Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke Lagenda Budak Hitam. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Thursday, October 27, 2011

Sabar Untuk Menjadi Matang

Dua hari lepas, selesai dua interview.. harap2 sangat ada berita gembira untuk kesabaranku berbulan2.. moga2 ada berita gembira setelah lama bertahan dengan perasaan cemburu melihat teman2 sudah punya kehidupan baru selepas tidak lagi bergelar pelajar.

Bukan aku tak usaha, tapi mungkin kadang2 aku banyak menolak tuah. (mungkin?).. Aku boleh rasa bila kata hati aku tak mampu menerima sesuatu keadaan. Mungkin dulu aku belum cukup matang dan sabar untuk menghadapi kerenah orang, terutamanya manusia2 yang sentiasa buat aku tertekan.. Tapi itu tak bermakna aku tak bersyukur dengan rezeki yang Tuhan bagi.. aku cuma mempertahankan diri untuk tidak menjadi kuli (walaupun hakikatnya aku tetap akan jadi kuli melainkan aku punya company sendiri).. Mungkin aku harus belajar terima hakikat yang aku memang terpaksa duduk di bawah arahan seseorang..

Sekali cobaan yang datang.. tak pernah buat aku putus asa. Tapi kadang2 hati ini terlalu jahat mengapikan2 kan...
"padan muka. dulu berlagak sangat. boleh cari kerja lain konon"

"haha tengok la kau sekarang. tak jelous ke tengok kawan2 kau kerja besar2"

"Kau ade pape ke untuk dibanggakan?"

Bila jumpa member2.. kelu nak bersuara. Masing2 dengan topik 'hot' seperti selalu..
"Kerja mana sekarang?"

Bersabarkah aku untuk terus menjawab soalan2 begitu.. Sebulan dua mungkin aku mampu..

Sampaikan pernah satu ketika aku rasakan dunia ni sangat tidak adil. Aku yang berusaha berbulan2.. tapi masih tak ade hasilnya. Sedangkan orang yang berusaha sikit malah lebih pendek ujian sabarnya lebih dulu mendapat hasilnya. Malah aku lalui pelbagai ujian dalam tempoh itu sehinggakan pernah accident, ditipu, dibuli seperti kuli, malah pelbagai lagi dugaan dan nasib buruk yang menimpa aku. Beratus2 kerja yang aku mintak tapi tiada satu pun dipanggil temuduga selepas pelbagai ujian dalam usaha aku dulu.. Adilkah?

Tapi itu dulu.. Sekarang aku dalam proses mematangkan fikiran. Dan aku rasa kesabaran aku semakin hari semakin hebat! Betul cakap penemuduga kelmarin.

"Awak tak bersedia untuk berkerja kalau awak masih berfikiran sebagai seorang student. Awak mungkin biasa berdepan dengan nota dan buku, awak mungkin hebat berdepan dengan soalan2 ujian tapi awak tak matang untuk berdepan dengan ujian di dunia luar.. Jadi lupakan dunia pelajar awak tu"

Kalaulah dugaan sekecil ini pun aku tak mampu tangani, apatah lagi dugaan masa kerja yang maha hebatnya.. Kalau penantian yang tak seberapa ini yang aku kesalkan, macam mana aku nak hadapi penantian dan bersabar dengan kerenah manusia, bos dan kawan2 sekerja yang lebih besar cabarannya..

p/s: syukur masih ada bukan seorang, tapi ramai insan yang setia disisi aku, bukan setakat jadi pendokong agar aku tetap teguh, malah setia menjadi tangan yang menyambut andai aku terjatuh..

Thursday, October 20, 2011

Oh Kecewanya!

Baru tersimpan niat di hati ni (macam lagu pulak) nak merasa pergi spa, buat urutan itu ini, buat facial (walaupun muka aku kategori tak payah gatal2 nak buat facial)..

Dan yang paling aku nak merasa mestila spa ikan. Makin teruja bila dengar cerita teman yang pergi buat macam2 treatment termasuk spa ikan dengan first trial RM34 hengget.. tapi bila dah masuk rawatan seterusnya naik pulak sampai sembilan puluh lebih kot. (maap. ingatan kurang baik sebab banyak makan semut).

Yang aku heran tu kalau kita dah datang lagi, patutnya bagilah lagi murah kan? Baru la syok nak datang selalu. Ni tak, pegi naikkan lagi (suke2 ati aku je).. then kawan aku tu cakap kat tempat dia tu, ada banyak spa, salon dan segala mak nenek adik beradik dia la. Dan semuanya buat stail first trial murah. So, ape lagi.. pergi la semua spa2 tu buat first trial je. Pergi 10 spa, cukup la 10 kali rawatan. Dah elok la muka. hahaha.. (canggih gak otak aku ni)

Tapi.. (berbalik pada tajuk entry.. Oh Kecewanya!) bila terbaca di BH Online (bukan Budak Hitam ye..)


Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.


Huhu.. kecewanya sayeee!!! tak dapat nak pergi gedik2 kat spa, tak dapat nak rasa hulur kaki kat ikan sambil jerit "oh gegetlah saye! gegetlah cepat!"..

Sob3.. nampaknya impian hanya tinggal impian.. nak harap akuarium rumah aku pun, dah arwah dah akuarium tu. Kalau tak, mau aku pergi celup kaki dalam akuarium mak aku tu. Hahaha.. ikan2 aku pun taknak makan kaki tuan sendiri la! (gila punya olang!)


p/s: dah tau tu takyah la saja gatal2 nak pergi spa ikan. Pergi buat treatment lain la pulak..
Berhati-hatilah sebelum anda dijangkiti..



Tuesday, October 18, 2011

Milik Siapa Hati Ini (Bahagian 3)


Milik Siapa Hati Ini : Bahagian [1] [2]




“Selamat pagi kak Fiza, kenal saya lagi tak?” Aku terlebih dulu menyapa kak Fiza sebelum sempat dia membuka mulut. Maklumlah, orang mesra alam macam aku ni memang rajin bermesra-mesra dengan orang.

“Selamat pagi. Apa pulak tak kenal. Tak boleh lupa dengan Wiya. Satu-satunya calon temuduga yang cari pasal dengan bos kita tu.. hehe” Aku tersipu-sipu malu bila Kak Fiza mengingatkan kembali tragedi dua minggu lalu. Tragedi? Macam teruk sangat je bunyinya..

“Isy. Jangan la cakap macam tu kak. Malu saya. Akak jangan bagitau siapa-siapa pasal ni tau”

“Nak bagitau apanya.. Satu ofis dah tau pasal Wiya bergaduh masa interview, habis orang yang selepas Wiya tu kena halau balik. Kalau nak tahu, orang-orang kat ofis ni semua menikus je bila nampak bos tu. Dia tu bos nombor tiga kat sini, tu yang ego semacam. Cakap pun main lepas je. Wiya la satu-satunya orang yang paling berani melawan dia tau. Bila buku dah bertemu ruas, mengamuk sakan la dia hari tu. Tapi hairankan, kenapa agaknya dia tetap ambik Wiya bekerja kat sini? ” soal Kak Fiza dalam senyuman penuh makna.


*********************************


“Sebenarnya.. I nak cari secretary, bukan tukang buat air. Macam mana you boleh apply kerja ni. You mintak kerja secretary sedangkan you ni a degree holder in engineering. You tak baca betul-betul ke requirement dalam iklan tu?”

“Mana-mana peluang yang ada depan mata, saya ambil la. Tak salah rasanya kalau saya mencuba kan? Lagipun kalau tak sesuai kenapa saya dipanggil untuk temuduga?” Alamak. Mulut aku ni main lepas je. Berani sangat! Biasa mulut ni. Nak kena ajar ni.

“Emm.. “ Lelaki di depan aku buat muka tak puas hati dengan jawapan aku.

“Tapi you rasa you layak ke jadi secretary I? Apa yang you tau pasal tugas-tugas setiausaha?

“Apa yang saya tahu, tugas seorang setiausaha adalah membantu dalam pengelolaan dan pentadbiran syarikat, menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai mesyuarat dan perkara-perkara penting, bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail, serta menguruskan mesyuarat-mesyuarat. ” Aku menjawab sehabis tenang.

“Hmm.. you ingat semudah itu tugas secretary? Setakat cakap memang la boleh. Tapi kalau suruh buat, I tak rasa you boleh buat. You lansung tak ada basic dalam bidang ni.”

“Tapi, saya belum cuba lagi. Kalau encik bagi peluang pada saya, saya yakin saya boleh jadi setiausaha yang bagus. Saya boleh belajar perlahan-lahan. Dan saya ni jenis yang committed dalam kerja.”

Committed? You datang ni pun dah nampak sangat you tak bersungguh-sungguh. I rasa you tak layak kerja kat company I. I bukan setakat menitikberatkan pasal kelulusan, Cik Adawiyah. Tapi if pakaian you pun setakat standard makcik nak pergi pasar. Lebih baik you pergi mintak kerja kilang. You nak kerja ofis tapi kenapa you datang mintak kerja macam ni?. Tak professional lansung”

Wah. Bahasa dia cantik sangat lah. Macam orang sekolah setakat darjah tiga je. Dalam hati aku ni rasa macam magma gunung berapi tengah menggelegak je. Apa masalah dia ni? Ni bukan temuduga cari kerja ni. Ni temuduga nak cari pasal. Takkan soal pakaian aku pulak yang jadi masalah.


“Encik. Kalau encik taknak ambik saya berkerja, encik cakap je. Tak payah susah-susah nak kutuk pasal pakaian saya ni berjela-jela. Encik tau tak ini first time saya pakai baju kurung bukan untuk beraya atau kenduri kahwin. Ni pun dah kira baik daripada pakai baju dedah sana sini. Saya tengok pekerja-pekerja encik tak ada lah pakai elok sangat. Haii.. takkan company besar macam ni tak mampu beli kain yang cukup untuk staff sendiri” Aku memberi paku buah keras. Beraninya!!! Tapi dalam hati kecut jugak.. Aku dapat merasakan kemenangan berpihak kepada aku. Kalau dia tak nak ambik aku bekerja pun aku tak kisah. Lagipun dah tak ada hati nak kerja dengan orang macam dia ni.

I rasa you tau pintu kat mana kan? So takkan nak I hantar sampai pondok guard pulak kan?”

“Eh. Tak payah susah-susah.. Saya bukannya buta sampai tak nampak pintu. Tapi kalau buta mata tak apa lagi. Jangan buta hati dan minda macam encik ni”

What?? You!!!! Better you keluar sebelum I naik angin!”

Hahaha.. hati aku dah ketawa riang. Kemenangan milik aku! Kemenangan milik aku! Memang puas hati aku tengok muka dia merah padam tahan marah. Baru kau kenal siapa Rabiatul Adawiyah. Kau memang silap sebab cari pasal dengan aku. Arghhh malang sungguh first interview ni.

“Sebelum apanya. Dah naik angin pun kan? Hahaha” Aku ketawa sambil mengangkat punggung. Aku nampak lelaki tu tengok aku dengan pandangan tajam, tak puas hati dan dendam membara.

“Encik marah-marah nampak cute. Macam incredible hulk!” Sempat aku jelir lidah sambil cepat-cepat menutup pintu sebelum fail-fail tercampak ke muka aku.

Rasanya itu interview aku yang paling teruk aku pernah pergi. Memang la. Sebab satu tu aje interview yang aku dapat. Balik dari interview tu memang teruk aku kena lecture dengan Ammar dan Laila. Bagus sangat. Kalau dua orang tu bergabung mentazkirahkan aku. Mau aku insaf tiga hari tiga malam. Ye... aku sedar memang salah aku pun sebab cepat sangat naik angin dan main cakap lepas je. Tapi aku geram sebab dia tak hargai usaha aku nak pakai baju kurung tu. Ceh! Macam susah sangat je usaha aku tu kan.Tapi… dalam marah-marah pun. Dapat jugak kerja tu. Dah rezeki aku kan..

Detik untuk mengingati diri..

Salam sayang semua..

Hampir sebulan jugak aku tutupkan blog ni atas sebab-sebab tertentu.. dan pastinya kemalasan aku ni termasuk dalam list tersebut. hehe

Aku bukan orang yang kuat semangat atau punya ketekunan yang tinggi dalam sesuatu benda. Aku akan buat ikut hati. If rasa nak buat, aku akan buat.. dan bukan atas desakan orang lain. Tapi lain pulak ceritanya dengan novel yang aku konon2 nak jadikan hobi sambilan aku tu.. Disebabkan novel tu adalah galakan dari seseorang, proses dan idea terhenti seketika bila hilang pendorong aku tu untuk menulis. Tapi bila ada dorongan dari orang yang lain pulak. Semangat itu datang kembali..

Dalam hidup ni kita tak boleh nak cakap, "aku tak perlukan sesiapa untuk hidup" (walaupun kadang2 aku cakap macam tu) tapi sebenarnya aku sedar yang aku tetap perlukan someone.. Siapa2 pun macam tu. Tak kisah lah orang tu mak, ayah, adik beradik, kawan rapat, atau siapa2 aje.. Tapi yang pasti setiap dari kita perlukan ALLAH swt dalam hidup kita. Tak percaya? Bila korang sedih, susah, kepada siapa korang berdoa pertolongan.. Pasti pada Allah kan? Sebab walau sejauh mana kita dari Allah, pasti dalam hati kita ni akan terselit yang tiada siapa dapat membantu kita selain Allah..

Tapi jangan la time susah je baru nak ingat Allah.. sebab korang kena ingat, dalam hidup kita ni.. kita akan diuji dengan 2 bentuk ujian. Yang pertama ujian dengan kejayaan, yang kedua kita akan diuji dengan kegagalan. Macam mana kita nak lalui semua ni bergantung pada hati, iman kita kuat atau tidak, dan sejauh mana kita mengingati DIA. Setakat ni aku banyak diuji dengan ujian yang kedua. Dan hati aku tak pernah rapuh lagi (moga2 tak akan pernah rapuh) . Tapi aku tak pasti sama ada dapatkah aku lalui ujian dengan kejayaan itu. Harap2 aku takkan terpesong, lalai atau jadi tamak bila aku diuji dengan kejayaan melimpah ruah.

Ada orang selalu ingat Allah tak sayang dia, Allah tak adil bila tak dimakbulkan doanya.. tp dia tak sedar yang sebenarnya Allah sangat sayang pada kita sebab DIA sentiasa ada bersama kita.. di mana2 saja, tiap ketika..


... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Baqarah: 216)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails