Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, December 26, 2009

Al-Fatihah..

10 maut bas ekspres terbabas
26/12/2009 8:13am

Ipoh 26 Dis. - 10 penumpang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di sini pagi ini. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.00 pagi tadi di lorong tengah, kira-kira 5km dari Tol Jelapang. Bas berkenaan bertolak dari Klang jam 9.00 malam menghala ke Kangar dengan membawa 48 penumpang bersama seorang pemandu dan penolongnya. Semua 10 mangsa yang maut di tempat kejadian berada di bahagian tingkat bawah bas berkenaan. Dua lagi penumpang juga cedera parah. Mereka yang cedera dikenalpasti sebagai Md Razip Fadzir dan Siti Munira Hashim yang dikejarkan ke Hospital Ipoh. Kejadian tersebut dikatakan berpunca apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya menyebabkan kebanyakan mangsa adalah penumpang sebelah kiri tingkat bawah bas.


Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38 di tahan untuk siasatan.
Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:
1. Noor Jismi Noordin (Kangar).
2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).
3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).
4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).
5. Shaharin Mohd Noor (Klang).
6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).
7. Supiah Adam (Klang).
8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).
9. Ng Kah Kit (Alor Setar).
10. Shaharin Mohd Noor (Klang).

- Utusan


Sedihnye bile pagi tadi aku terbaca berita pasal kemalangan yg melibatkan 3 orang student unimap yg mana 2 orang dari mereka meninggal dunia.. Innalillahi wainnaillah hirajiun.. Salah seorang mangsa tu adalah junior aku pelajar 2nd yr PPK Alam.. sedih bile aky terbaca yang diorg dlm perjalanan nak blk ke kangar.. yela.. u pun nk bukak lagi 2 hari.. mcm mane la prsaan mak ayah diorang bile tau pasal ni... diorang lepaskan ank utk belajar jauh2 tapi terpaksa lepaskan utk selama2nye.. Betapa hancurnye harapan mak ayah diorang..

Sejak akhir2 ni byk betul kemalangan berlaku, yang depan mata pun ade.. kadang2 aku terfikir, dalam dunia ni dah xde lagi ke tempat yang selamat? jangan cakap di luar, dalam rumah pun belum tentu selamat.. mungkin betul, kalau dah ajal x de sape boleh mengelak, tapi x nak la pemergian kite tu nanti buat orang2 disekeliling kite rase terkilan @ bersalah...biarlah bile pergi tu orang boleh terima dengan redha.. Pape pun kite doakan semoga roh Allahyarham Mohd Bilal dan yang lain2nye dicucuri rahmat dan tenteram di sana... Al-Fatihah...





http://www.emocutez.com

1 comment:

  1. lar.. bdk unimap ker.
    akak cma tahu noor jismi tue jer.
    sbb atok de dok kt kpg akak kt bintong tue..

    innalillah..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)