Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, December 25, 2010

Spesies kawan di muka bumi..




Korang tau tak dalam dunia ni ada beberapa kategori kawan.. jom check korang dalam kategori mana.. hehe

1- Kawan chipsmore.. time susah dia datang tersengih2 and tetiba baik semacam sebab nak mintak tolong.. tapi bile kita yg susah pulak, dia menghilangkan diri macam chipsmore. Kawan cam ni kalau ada ke, xda ke. sama je..

2 - Kawan spesies enau.. memang jenis yg pentingkan diri.. kalau harta orang, makanan orang, dia yg no 1 muncul.. time kita beli makanan dia macam tau2 je kita ada simpan makanan.. tapi bila kena kat dia, kedekut tahap jebon. Tak kira dalam situasi apa, tetap nak berkira sampaikan 5 sen pun tuntut hutang kat org.. kawan yg macam ni lagi baik xda dari adaFree Blinkies.

3 - Kawan spesies parasit. Kawan yang boleh jadi pendengar yang baik. time kite ada masalah dan dia mampu mendengar.. selalu tolong kalau kita susah.. bila depan kita bukan main baik, lemah lembut.. kalau dalam semua benda tu, dia la paling baik.. Kawan macam ni kat depan baik tapi kat belakang, dia tolak kawan dia dari belakang..
Memang parasit ini orang!

4 - Kawan mesra alam.. yang ni spesies biase2 je la.. kalau jumpe kat kelas atau kat luar boleh bertegur mesra... boleh berbual, share isu2 dan gosip2 hot, study sesame.. tapi kawan jenis ni x penah involve dlm hal2 peribadi kite.. setakat kawan macam tu je... selalunye classmate la..

5 - Kawan atas nama... mesti korang ramai kawan macam ni kan.. bila jmpa kat luar setakat tegur .. bila org tanya "sapa tu?" kite akan jwb "kawan.." (padahal name pun belum tentu tau.. hoho)

6 - Kawan maya Free Emoticons.. kawan di dunia blog, fb, friendster dan sepupu sepapat beliau.. kawan maya ni, walaupun x pernah berjumpa tapi masih boleh rapat sebab berkongsi hobi yang sama, aktiviti yang sama... percaya atau tidak, teman maya juga boleh jadi teman baik..

7 - Sahabat... kawan ni jenis kawan sampai syurga.. Sahabat selalu bagi nasihat untuk kita perbaiki diri kita dan bukannya jenis yg suka drop kawan sendiri.. Kawan sampai syurga sentiasa ada bila kita susah dan bila kita senang pulak, dia x pernah nak ambil kesempatan. Dengan sahabat la kita boleh share semua benda.. Free UserbarsKawan jenis ni adalah yg paling sukar dicari..

So, korang tentukan la korang nak jadi kawan spesies yang mana.. spesies parasit ka, sahabat ka? kawan maya dah tentu2 la kan?







Thursday, December 23, 2010

Kenapa lelaki suka pilih bulan 12 untuk kawin??

Sebagai student engineering.. kami selalu diajar untuk berfikir luar dari kotak pemikiran biasa dan bukan hanya menilai sesuatu dari sudut engineering.. Apa yang dipelajari di dalam kelas jugak boleh dikaitkan dengan kehidupan untuk proses pemahaman yang lebih mendalam (pemahaman lebih mendalam bermaksud bertambahnya kepeningan yang mendalam)..
Situasi:
Seorang pensyarah lelaki berbaju t-shirt dan berseluar track (betapa sempoinya lecturer kami) masuk ke kelas.. seperti biasa.. hanya helaian kertas di tangan. Pensyarah tersebut memulakan soalan berkaitan thermodynamic..


Pensyarah: Kenapa lelaki suka pilih bulan 12 untuk berkahwin?
Majoriti pelajar kelas menjawab dengan semangat: cuti sekolah1 dan beberapa orang memberikan jawapan yang lain..

Dalam ramai2 tu hanya seorang memberikan jawapan dengan tepat iaitu musim hujan. Tapi aku sendiri tak paham apa kaitan musim hujan dan kawin dengan thermodynamic. Da puas aku pikir.. walaupun kawan2 aku duk mengarut2 tapi aku still tak paham ape kaitannye dengan thermodynamic. Sape2 paham tolong terangkan.. ( Sila terangkan dari sudut engineering dan thermodynamic ye.. )
notakaki: pening bertambah2 dengan soalan ni dan selepas menerima tamparan hebat semalam.. kalau aku tau siapa yg bawak mulut pasal aku siap la!! memang aku cili2 mulut orang tu!!! ( malangnye aku tak sekuat itu.. T_T)

Thursday, November 25, 2010

Award disaat genting..

salam..

Fuh2! Giler berhabuk blog daku.. rasa macam da berkurun tak bukak. Muahahah.. Bukan la nak kata aku ni malas sangat nak bukak blog ke, tulis blog ke apa.. tapi aku busy sangat la. (main fb tak busy plak) Sekarang kan minggu exam. Takkan nak masuk notes process control dalam ni. Mau kena baling pinggan mangkuk satgi.. heheh..

Kebetulan plak dapat award ni dan aku pun baru je habis 2 paper exam. Baru 2 k. tu pun kire paper paling senang la (senang2 pun aku rasa macam nak tergolek2 time jawab tu) kalau nak dibandingkan dengan lagi 2 paper selasa depan. Yang selasa depan ni tak tau la camne.. Adekah aku akan berenang2 plak dengan kertas soklan tu.. kte tengok aje la nanti.. huhu.. harap2 semuanya ok dan smoga dipermudahkan oleh-NYA nanti...

Psstt.. korang nak tengok tak award ape yang aku dapat?

Jeng3!!!



Thanks to Cik Gadis cute yang bagi award ni.. Tapi aku musykil jugak la.. Lawa ke blog aku? hahaha.. pape je la. Janji halal.. ngeh3..

Nak amik award ni ada syarat2nye.. tak banyak, 2 je..

Pertama, kena senarai 7 perkara tentang diri penerima award (aku la tu.. hihi).
Kedua, tag 10 orang untuk menerima award ini (kalau 2-3 orang pun dikira halal kot.. haha).

******************************************

Tujuh perkara tentang diri penerima award iaitu aku yang dapat aku discover selepas aku membuat kajian selama 22 tahun ni...

1. Aku pengidap migrain terlampau. Huhu.. Boleh kata hampir setiap hari kot aku kena.. tapi pas makan ubat bunuh sakit migrain tu ilang la.. tapi die macam chipsmore, kejap ade kejap takde.. Orang2 yg kenal rapat aku pun da paham sangat pasal sakit aku ni.. Huhu.. tak suka migrain!!

2. Aku sangat sukakan pisang (aku bukan monyet ye..) tak tau la nape.. kadang2 aku nampak pisang tu macam cute sangat2... kalau aku jumpe pisang yang cantik, mata aku akan blink2 macam nampak shawl yang cantik.

3. Aku suka tengok barang2 makeup.. macam kiut giler.. Haha kalau pergi guardian ke, watson ke, shopping mall ke, memang benda yang aku cari adalah tempat barang2 makeup.. Kawan2 aku sampai da tau nak cari aku kat mana kalau aku tiba2 hilang time shopping.. asal ilang je tengok2 aku duk belek2 barang makeup (punye la obses tu).. tapi yang pelik tu, aku suka tengok n beli.. tapi tak suka pakai.. kenapa erkk??? pelik kan??

4. Yang ni pun aku mula sedar sejak 2-3 tahun lepas.. aku tak suka dengar bunyi lagu yg kuat.. dalam kereta pun aku tak boleh dengar kuat2. aku akan rasa pening, sakit kepala, nak muntah dan macam2 gejala yang menunjukkan aku meluat dengar bunyi yang kuat tu..

5. Aku sangat sensitif dengan cuaca sejuk.. kalau sejuk sikit mesti kuku aku jadi biru. Macam mayat.. sampaikan ada kawan chinese aku kata aku macam ghost! oh kejamnye!! Tapi kalau panas plak aku tahan.. siap boleh berselimut lagi.. Cuma kepala aku je yang tak tahan sangat.. Nanti mula la dia mengada2 nak buat2 sakit..

6. Aku tak boleh makan pedas dan sangat tak suka makan pedas.. lagipun doktor dah nasihatkan aku tak boleh makan pedas coz perut aku sangat sensetip macam tuan die gak.. adoiii

7. Dalam hati aku totally tak sama dengan luaran aku.. Kalau aku nampak macam kuat tapi sebenarnye aku la manusia paling tak kuat.. huwaaaa... pasni kena makan vitamin banyak2 bagi kuat macam hulk. ngeh3..

8. Aku kidal terlampau (bukan andartu terlampau ye adek2). Buat ape pun mesti guna tangan kiri kecuali suap makanan dengan tangan.. nak taip msg kat fon dengan tangan kanan pun menggigil macam kena parkinson.. (budak tadika taip msg lagi laju dari aku.. hua3)


**********************************************

Eh da macam terlebih plak.. hahaha.. Kire bonus la.. bukan senang aku nak bagi maklumat ni sume.. rahsia negara ni.. pssttt jangan gitau orang lain eh.. bak kta pepatah biar pecah di perut, jangan buncit diperut.. hehe

Sekarang tibalah masanya aku menyerahkan pulak takhta ni kepada orang2 yang aku rasakan selayaknya.. Untuk pengetahuan umum, pemilihan ni bukan sahaja dinilai dari segi aesthetic, tetapi juga mutu dan kualiti sesebuah blog itu turut diambil kira.. cewah!!! hahaha ada gaya macam juri profesional la... ngeh3..

Dan mereka yang bertuah ialah... (kuar efek drum)

Tok Esah. Blog yang cantik dan isinya jugak cantik dimataku.. "bukan rupa kupandang, tapi hati budimu itu" (tetibe. haha)
Kerdil Desa. Adek comei yang lagi maju dari aku. Walaupun aku yg menulis dulu dari die, tapi blog die lagi hebat dari aku kot. Hehe..
Wan Hazel. Memang kagum tengok blog die.. Banyak katun yang comei2.. hehe
Sizuka. Blog cik sizuka ni pun cute je macam tuan die gak..

4 orang cukup la eh.. Kepada penerima ni, sudi2 la eh terima award yang tak seberapa ni.. hehe daaa

Wednesday, November 3, 2010

Lautan Air di Perlis

2 Nov 2010Justify Full
Hari in telah masuk hari kedua bumi perlis ini dilanda banjir. Walaupun hujan sudah berhenti sejak semalam, masih belum ada tanda-tanda yang air bakal surut. Semalam, aku bersiap awal pagi untuk ke kelas. Mengenangkan tanah yang sudah dibakar dan sample BOD (biochemical oxygen demand) yang perlu dianalisis, aku gagahkan juga. Sampai je di tempat tunggu bas, aku lihat puluhan pelajar berjaket sedang menunggu bas. Ada juga yang bersiap sedia dengan beg besar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.. Ehmm seronoknye dapat balik, bisik hatiku. Study week dah bermula. Jadi ramai yang lebih memilih untuk study di rumah daripada tinggal di sini. Dan sememangnya itu pilihan yang tepat untuk keadaan sekarang.

“Dik. Bas tak boleh pi Kubang. Jalan tutup. Ayaq(air) naik. “ beritahu abang yang menjaga jadual bas.

“Macam mana ni kak? Sape nak tolong tutupkan oven tu? “ aku risau memandangkan mungkin tiada sesiapa yang akan ke sana.

Pantas Kak Hani menghubungi salah seorang PLV(jurutera pengajar) kami. Malangnya dia juga terperangkap di rumahnya kerana banjir. Aku menghubungi seorang lagi PLV perempuan. Mujur dia masih berada di makmal. Satu masalah dah selesai. Sample BOD macam mana pula? Hmm nampaknya terpaksa dibiarkan rosak. Masuk ni dah dua kali sample aku rosak. Haduiii…

Kami mengambil keputusan untuk ke pekan Kangar. Takut pulak tak sempat beli tiket kalau banjir lambat surut. Kami pergi tapi bas terpaksa lalu jalan jauh melalui Kuala Perlis. Habis pusing satu Perlis baru nak sampai Kangar agaknya. Sedangkan kolej kediaman kami ni terletak di Kangar je. Cuma jauh terperuk dekat hutan. Berkawan la kami dengan segala binatang, monyet dan kaum kerabat beliau.

Aku lihat air sudah mula naik di sepanjang kiri kanan jalan. Habis rumah-rumah tenggelam. Kanak-kanak seronok bermain air. Ada juga orang kampung yang bersampan untuk berpindah ke tempat lain. Kasihan. Hanya itu saja yang mampu keluar dari mulutku. Sempat jugak ku ambil beberapa gambar mereka.

Rumah dah tenggelam dek air tapi jalan masih selamat..



Sebahagian rumah penduduk yang ditenggelami air


Mereka terpaksa bersampan untuk keluar dari rumah.



Sampai di Kangar. Air sudah mula naik. Tapi tidak seteruk di kawasan aku. Perkara pertama. Isi perut dulu. Kelaparan dari pagi dan kebetulan aku belum jamah nasi dari kelmarin. Memang terkejut sebab aku boleh habiskan sekeping roti telur dan sekeping roti planta. Lapar sangat la tu. Selalunya sepinggan roti telur tu mesti tak habis. Lepas mengisi perut kami bergegas membeli tiket. Banyak kaunter yang tutup akibat banjir. Mujur tempat tiket aku masih buka. Satu kejadian menarik perhatian aku bila seorang junior aku sikap kurang ajar dengan akak yang jaga kaunter tu. Marah kerana tertinggal bas. Pada pandangan aku, itu bukan salah kakak tu. Dia yang nak naik bas, sepatutnya dia bertanggungjawab sendiri. Terkejut aku bila budak perempuan tu mengeluarkan perkataan kesat dan memaki akak kaunter sambil menumbuk meja kaunter. Isyy kurang ajarnnye. Aku mengetap gigi. Malu nak mengaku junior. Mahu aje aku maki budak tu balik tapi ku tahan. Malas masuk campur. Mujur akak tu melawan balik. Kalau akak tu senyap memang aku maki budak junior tu. Geram tengok orang kurang ajar macam tu. Buat malu je. Belajar tinggi tapi adab takde. Selesai beli tiket aku teman akak-akak tadi beli stok makanan. Mana tahu banjir lambat surut. Tapi entah kenapa aku tak tergerak hati nak membeli sebab aku sangkakan banjir ni tak lama. Sempat jugak bertemu teman-teman lain yang tak jadi pergi ke kelas. Sudahnya masing-masing membawa diri ke Kangar.

Waktu ni banjir belum teruk di bandar Kangar. (saat entry ini ditulis. Bandar Kangar sudah ditutup dan perjalanan bas hanya naik dan turun di Kuala Perlis)





3 Nov 2010

Ayah call lagi bertanyakan keadaan aku di sini. Mulai malam tadi, tiada sesiapa pun yang boleh keluar selepas air mula naik. Bas juga sudah tidak bergerak pagi ni. Awal-awal pagi aku masej Yana bagitahu yang Test aku bermula jam 10 pagi. Aku minta Yana tolong hantarkan ke pejabat lecturer sebab hanya aku seorang yang tak pergi test kelmarin. Yana ajak aku keluar dulu tengok jalan macam mana. Bimbang air belum surut. Lepas mandi, aku terus bersiap-siap. Aku membonceng motosikal Yana sambil tengok keadaan banjir. Memang menakutkan bila tengok keadaan air sawah dah sama tinggi dengan air atas jalan. Silap-silap boleh tak Nampak mana satu jalan mana satu bendang. Sampai tengah jalan air makin dalam. Yana pulak bersemangat nak jalan sampai ke simpang masuk Wang Ulu (kolej kediaman kami).. Makin lama makin jauh. Aku pun rasa seronok bila tengok ramai orang keluar jalan-jalan. Dah macam pesta. Ada jugak pakcik yang menjalan ikan tengah jalan. Haha.. ada ikan ke? Fikirku. Tapi baru beberapa langkah berjalan, ikan-ikan berenang melalui kakiku. Tak sempat pulak nak snap gambar. Waktu tu, motosikal Yana dah mati enjin. Mungkin banyak air masuk. Kami berjalan sambil tolak moto. Ramai jugak yang ambil gambar dalam banjir. Aku pantas mengeluarkan telefon bimbit aku. Snap gambar Yana dan gambar aku. Err test macam mana?? Cepat-cepat bagitahu lecturer mintak untuk tundakan test. Sebab amaran dikeluarkan. Pelajar tak dibenarkan bawa kenderaan sendiri keluar dari kawasan Kolej. Memang kalau keluar jugak alamat terperangkap tengah jalan.


Boleh pulak tersenyum tengah banjir kan? Yang kat sebelah aku tu sebenarnya sawah. Kalau air laju memang tak perasan mana satu jalan raya mana satu sawah. Silap2 boleh accident masuk dalam sawah tu.



(banyak gambar ter'delate' dan aku tak berani nak ambil gambar jauh-jauh sebab air makin dalam dan laju. Masa ni moto Yana dah mati enjin. Kesiaaannn)

Balik ke Wang Ulu.. Kami bersiap untuk main badminton. Dah lama aku tak exercise. Bukan senang aku nak keluar awal-awal macam ni. Kalau keluar awal pun hanya nak ke kelas. Hari cuti pun banyak habiskan masa di rumah. Malas nak turun naik tangga ke tingkat 4. Masa main tu aku tengok ada ramai budak-budak dan nampak pakcik dan makcik naik blok. Pelik. Takkan ada ibu bapa melawat waktu banjir macam ni. Rupa-rupanya mereka penduduk sekitar tempat ni yang menumpang di blok-blok kolej kediaman ni. Menjerit-jerit budak-budak tu melihat kami main badminton. Ada penyokong rupanya. Haha.. Lepas aku dan Yana duduk-duduk di gym.. terdengar pengumuman bagitahu bekalan air akan terputus sebab tangki utama pecah. Bergegas kami balik ke rumah untuk tadah air. Mujur sempat. Aku bagitahu housemate suruh beli makanan cepat sebab tak ada orang yang akan keluar. Makanan mungkin terhad. Ketuk pintu bilik Dzu dan Huda.. Laaa tak bangun lagi budak ni. Kejutkan budak yang belum bangun tu. Mesti tengok drama korea sampai ke pagi. Isy3.. apa nak jadi dengan anak dara ni.. Ckin dengan Amy awal-awal pagi dah bangun buat senamrobik. Aku malas join sebab ada agenda nak main banjir tadi.

Kafeteria blok lelaki sudah dipenuhi orang. Ckin masih di blok mengisi air. Aku beratur ambil turn untuk bayar. Amy dan Huda sibuk mengisi nasi dan Dzu pulak bertugas mengambil lauk. Memang kami sangat bekerjasama kalau menyentuh bab-bab makan ni. Hehe.. Sementara tunggu aku bayar, Huda dengan Amy pergi koperasi beli maggi. Nak tambah stok makanan. Koperasi pun penuh. Memang makanan semakin terhad.

Awal pagi tadi aku lihat pelajar yang nak pulang ke kampung terpaksa menaiki lori untuk dihantar ke pekan. Berulangkali wakil MPKK buat pengumuman bagitahu sesiapa yang nak pulang perlu mendaftar di pejabat untuk dihantar ke Kuala Perlis. Nampaknya stesen bas di Kangar juga sudah dinaiki air. Aku semakin risau bila bekalan elektrik juga akan terputus petang ini. Wah.. ini dah macam combo. Makanan tak ada, elektrik dan air diputuskan. Internet awal-awal lagi memang dah tak ada. Hujan pula turun balik. Jadi bila la banjir ni nak surut agaknye. Duit dalam tangan semakin berkurang. Mesin atm dah tak berfungsi lagi. Aduhhh.. cobaannnn…

Ayah call lagi. Aku tak berniat buat ayah risau. Keadaan di sini sebenarnya tak seteruk mana. Kami masih boleh makan. Tapi tak boleh nak buat apa-apa. Jadi nak buat apa ye? Mungkin kami patut study je. Huhu.. Betul la.. Exam pun dah dekat. Nak keluar tak boleh, nak online tak boleh.. Yang boleh sekarang study je.. Jadi. Apa lagi. Study la kawan-kawan! Ayah pesan jangan main air. Heheh.. maaf ayah... Angah dah pergi main tadi. Ayah pesan lambat sangat. Hehe.. Ok.. lenguh jugak menaip. Cukup la laporan setakat ni. Laporan mengenai banjir ni akan disambung petang atau malam nanti. Tu pun kalau masih ada elektrik..


P/s: Aku tulis entry ni masa tengah kebosanan tadi dan saat aku post entry ni, elektrik dan internet sudah ada. Tapi aku masih kelaparan. huuu.. dan kenapa ye aku rasa macam tengah buat karangan bertajuk "Pengalaman yang tak dapat dilupakan".. macam budak-budak sekolah rendah pulak dengan ayat skemanye semua ada.. hihi.. Sekarang kepalaku dah mula sakit dan rasa nak demam.. ni la akibatnye main hujan.. adoiii


"Syukur.. walau banyak dugaan-Mu, Engkau masih mengasihani kami.. keadaan sekarang tak la seteruk bencana alam di tempat lain.. syukur Ya Allah atas sifat pengasihmu.."

Saturday, October 30, 2010

Tentang Seseorang




Aku tidak mengenali kamu.. tidak pernah walau sekali.
Aku tidak pernah tahu kewujudanmu sebelum ini..
Aku tidak tahu peribadi sebenarmu..

Tapi jujur aku katakan..
Dari pandangan pertamaku..
Aku mengagumi ketabahan kamu..
Aku kagum dengan kecekalan dan ketegasanmu membela hak kamu..
Andai ada yang mengatakan kamu kamu seorang yang bongkak, aku yakin mereka sebenarnya mencemburuimu..

Aku suka melihat caramu..
Pemikiran kamu yang selalu melangkaui orang lain..
Walaupun kadang kala tampak seperti kamu beria-ia..
Tapi itulah kelebihan kamu..
Keyakinan kamu yang tiada tara..

Aku kagum dengan prinsipmu..
Percayakan diri sendiri, itu yang kamu pegang..
Kerana itu kamu nampak terhormat di mata orang..

Aku suka sifat keras hatimu..
Walaupun kadang kala kamu seperti seorang yang kejam..
Tapi sesuai memberi pengajaran kepada mereka yang suka tikam belakang..
Namun disebalik sifat keras hatimu itu..
Aku nampak kelembutan jiwamu yang tenang..

Andai aku punya ruang..
Ingin sekali ku mengenalimu..
Andai waktu itu mampu ku ulang..
Ingin sekali ku jadi sepertimu..

Maaf.. Ku ambil sedikit kekuatanmu tanpa pengetahuanmu..
Namun, bukan niatku untuk menjadi seorang pencuri..
Aku tak mampu jadi sepertimu, malah tak mampu berada disamping kamu..
Cuma satu yang aku pinta..
Izinkan aku mengagumimu walau hanya dari jauh..



yang benar:
Pemilik Hati Ini





update: akhirnya 'dia' menjadi milik insan yang lebih berhak :)

Friday, October 29, 2010

When Oktober End

Sedar tak sedar dah hampir ke penghujung oktober.. maksudnye aku dah nak final exam.. aduhhh.. aku benci saat ini dengan final year project yang problem.. perlu ke dinyatakan di sini? haha tapi kawan2 aku tau macam mana tahap kesabaran aku kalau diorang nampak aku Align Centermengamuk. Itu maksudnya tahap kesabaran dah memuncak bila kerja aku banyak x menjadi. And tadi bila aku dah dapat buat kerja, kawan aku cakap aku nampak ceria dan asyik tersenyum.. Wah tak sangka begitu susah nak buat aku tersenyum...

Disebabkan terlalu busy(konon la..) aku terlupa wish birthday kakak aku.. yela kakak aku yang sorang tu je la.. Petang tu bila aku dah habis lab dan bila classmate aku cakap pasal birthday baru aku teringat.. sorry Along. Aku memang selalu lupa birthday orang. Tapi dalam family aku, Along la orang pertama yang akan ingat birthday setiap ahli keluarga aku. Bila birthday family aku yang lain dia akan msg aku dan tanya dah wish ke belum. Thanks.. but sorry sebab xde orang ingatkan aku tadi.. Tapi aku wish jugak kan walaupun terlewat sikit..

Cerita pasal kakak aku ni buat aku teringat banyak kenangan aku dengan dia.. Mesti la.. dah dia sorang je kakak aku dan cuma kami berdua je yang perempuan dalam adik beradik aku.. Apa2 pun aku mesti berkongsi dengan Along.. Dari kecik kongsi bilik yang sama, waktu kecik mak selalu pakaikan baju yang sama sampai sekarang pun masih share semua benda. Yela.. dia memang suka buat kepala "barang ko barang aku" (aku pun sama.. hehe).. tapi aku tak kisah pun.. coz mmg aku tak kisah. Apa sangat nak dibandingkan barang2 tu dengan kasih syang dia.. Kakak aku ni masa kecik2 dulu sangat garang. Sebab dia anak sulung.. Nak jaga adik2 aku yang nakal2 tu bukan senang(mujur aku baik dan sangat mendengar cakap).. kadang2 adik panggil kakak aku singa betina. Tapi sekarang, bila dah besar.. Dia la paling manja dan paling sensitif.. Aku pun tak tau kenapa. Aku sangat jahat dengan kakak aku. Sebab dia selalu kacau aku. Dari siang sampai la aku nak tidur. Padahal bukan ape sangat pun.. Kakak aku ni suka peluk orang. Time nak tidur mesti nak peluk, n nak gosok2 tangan. Kalau time aku sedar tu memang cepat2 aku pukul tangan dia.. Tapi kalau aku dah lena memang seronok la dia kacau aku.. Walaupun aku selalu garang2 dengan kakak tapi aku tetap sayang dia..


Ni pulak kisah adik aku. Apsal tiba2 masu adik aku ni eh? Saje wat combo entry sebab dua hari lepas birthday adik aku ni. Adik aku yang last.. Dulu aku penah buat entry pasal beliau. Adik aku yang paling susah nak dengar dia bercakap. Tapi hampir 24 jam boleh dengar dia menyanyi atau ketawa. Aku pun tak tau dia ada simptom apa.. Haha.. Adik aku ni jenis yang happy2.. Suka melayan lagu indon sampai aku pun terikut2 perangai dia.. Suka jugak kacau aku dan suka buli aku kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Kesimpulannya, aku la mangsa buli di rumah. Tu belum masuk adik aku yang lagi dua.. Buatnya dia buat tagteam buli aku ramai2.. penah jugak aku hangin.. dan adik2 aku paham sangat kalau aku naik angin macam mane.. Haha tak perlu dinyatakan di sini.. Lagi satu yang aku suka pasal adik aku ni, dia jenis yang tak mengharap orang sangat.. Apa2 pun dia akan buat sendiri, tak payah disuruh2.. Pendek kata senang la.. Kadang2 aku buat2 garang dengan adik and dia akan cakap macam ni "eleh.. tau angah bukan boleh marah sangat pun.. main2 je tu" .. memang tak boleh blah sebab dia da tau taktik aku.. Kalau aku naik angin pun bukan aku tak sayang dia.. aku sayang sangat2.. Buktinya masa adik aku sakit dulu.. Aku menangis je tiap kali tengok dia sakit. Aku sanggup berulang alik dari sini ke perak setiap minggu sebab nak tengok adik dan temankan adik kat rumah..

Aku pun tak tau kenapa aku tulis entry ni.. tiba2 aku rasa nak tulis pasal family aku. jangan cakap aku homesick lagi.. minggu depan je nak balik.. tapi mungkin tak lama sebab aku dah nak exam. Balik rumah buat aku rasa macam berada kat syurga.. sungguh.. Sebab mereka (family aku) adalah nyawa dan penawar duka aku..

Wednesday, October 20, 2010

Sampai syurga..

Sahabat yang baik..

Apabila dipandang wajahnya,
Membawa mengingati Allah..

Mendengar kata-katanya,
Menambahkan ilmu..

Terlihat gerak gerinya,
Menambahkan takut kepada Allah..

Berkawan dengannya,
Bererti berjuang ke jalan Allah..


Ya Allah, temukan aku dengan sahabatku ini.. semoga kelak aku punya pendamping yang mampu mengiringiku ke jalan-Mu.





nota kecil: masih tercari2 teman yang sebegini. Teman yang ada bukan tidak baik.. ramainya hanya mampu menjadi teman menangis dan ketawa.. tetapi belum ada yang mampu menjadi teman ke syurga..

Friday, October 15, 2010

Minggu rindu dan busy sedunia



Assalamualaikum SeMuA n GooD MorNiNg BloG!!

OH.. hari ni baru la aku dapat jumpa kamu, blog.. aku rindu sangat2 nak menulis.. tapi nak buat macam mane. Line kat tempat aku belajar tu tersangat slow, sampai nak post satu entry pun macam nak putus nyawa(mcm hiperbola sangat je)..

Sekarang ni aku ada kat rumah.. hehe.. banyak soalan yang sepatutnya bermain difikiran kamu kan bloggy? kenapa aku boleh berada di rumah sedangkan report melambak nak disiapkan, dengan viva dan test yang semakin dekat, FYP yang masih dalam keadaan terumbang ambing, pokok yang aku tanam pun macam hidup segan mati mau.. Tapi aku punya sebab sendiri.. jangan bagitau orang lain ye.. ni rahsia.. sebenarnye.. sebenarnye.. ermm... sy sangat homesick.. uhh x sanggop nak tulis besar2.. malu.. hihih

merindui mereka yang jauh di mata..


***************************

Ermm bloggy, boleh tak aku nak luahkan sesuatu kat sini.. dah lama aku tak luahkan sesuatu kat kamu kan bloggy?

Sebenarnye aku baru pulih dari sakit. Sakit hati dan emosi yang sangat berat. Aku terlalu merindui sahabatku, Guardian Angel.. (kamu jangan cemburu ya bloggy).. Tidak kira berapa banyak kebencian yang cuba aku bina, aku tetap merindui dia, sahabatku (kamu juga sahabatku, bloggy).. sakit hati dan emosi yang berlaku disebabkan salah aku.. kalau la dia boleh baca entry ni (dia takkan baca T__T) aku nak dia tahu..

"kata2 aku membenci kamu hanya sekadar kata2.. sedangkan hati aku menangis dan terlalu sakit untuk melafazkan aku benci kamu sampai mati. Mungkin aku kejam sahabatku.. tapi aku sedang cuba berubah.. mungkin kita dah ditetapkan untuk bersahabat cuma setakat ini.. tapi kalaulah kamu tahu, betapa aku merindui kamu.. Aku kata aku benci senyuman kamu, aku benci rupa kamu, aku benci mata kamu, aku benci perangai kamu, aku benci semua pasal diri kamu. Aku tipu.. aku tipu kamu... aku suka mata redup kamu, aku suka rupa kamu yang buat aku tersenyum, aku suka senyuman kamu yang menenangkan aku, aku tak benci perangai kamu, aku cuma mahu kamu berubah sedikit.. aku mahu kamu jadi lebih baik, aku suka semua pasal diri kamu. aku tak pernah benci kamu, sahabat."

Hmm.. bloggy. aku sudah habis sesi meluahkan perasaan. sekarang aku sudah semakin kuat. Aku tidak menangis lagi.. Aku tersangat gembira sekarang. Aku punya ramai teman di sisi aku.. Aku punya family yang menyayangi aku.. dan ramai yang ambil berat pada aku. Sebab tu aku mahu selalu tersenyum untuk mereka..

***********************

Oh ye.. FYP aku dah start tau.. Minggu lepas aku pergi ambil sample dengan housemateku (Ckin), kelmarin ambil pokok kat tepi sawah.. ramai pakcik dan makcik yang macam berminat tengok aku dengan temanku (Yana) kutip pokok paku rawan dengan pokok menerong kat tepi sawah.. tapi malang tak berbau, aku disengat binatang. tak tahu la tebuan atau penyengat. Tapi bengkak tu cuma naik sekejap. lepas 2 jam terus hilang. Mungkin badan aku imune tinggi kot. hehe.. Dan semalam, lagi sekali kawanku (nazmin) tolong aku korek tanah untuk tanam pokok. Haha.. kalau pokok tu tak hidup, nampaknye kena la kau tolong aku lagi, Min.. Thanks jugak kat Huda yang tolong angkat pokok2 tu walaupun ko terpatahkan satu pokok aku.. hehe


dah macam buruh kasar si Nazmin ni.. nanti aku blanje KFC na..


aku dah macam orang pegi bersawah.. penuh lumpur..

************************

Sekarang aku terasa bagai berada di syurga (rumahku syurgaku).. jadi aku mesti guna kesempatan yang ada ni untuk merehatkan badan, emosi dan hati ni, then boleh sambung buat kerja.. mungkin aku akan tinggalkan kamu lebih lama lagi ye bloggy.. aku cuma boleh update bila aku di rumah.. Babaii blogku, sahabatku, cintaku, hidupku....




notakaki:
- tiada tempat yang paling indah selain disisi ibu bapa dan keluarga..
- perkara paling bodoh yang selalu dilakukan manusia adalah meluahkan kata2 sebelum berfikir panjang..
-menulis di blog adalah lebih baik drpd meluahkan pada manusia yang tidak berperasaan..



Tuesday, September 21, 2010

Antara Asmara, Siti Kelembai Dan Statistic

Salam semua..

Hari ni housemate aku baru je install tv kat laptop die.. aku tengok dari semalam die duk belek laptop kitorang kot2 boleh pasang tv die.. aku sebenarnye tak la heran sangat, sebab aku tak minat pun tengok tv ni.. DUNIAWI semata2 tu... hihi.. Bile diorg duk cite pasal cerita Asmara ke ape tah, aku wat derk je.. macam2 la diorg duk psycho aku.. kononnye hero hensem la, cite best la.. Nasib la aku ni jiwa kental. Tak termakan dengan pujukan semua tu. Bagus x aku? Contoh gadis sejati ni.. hihi..

Khamis ni pulak ade test statistic. Wuarghhh.. tadi Prof tu buat pre-test@tutorial. Memang blurr nak mampus. Mati aku kalau test tadi tu test sebenar. Memang sedap la Prof tu perli kitorg. Makan dalam kot. Kalau dalam lab aku la paling seronok. Tak tau kenapa. maybe sebab Prof tu suka aku kot. hahaha(ketawa macam orang gile). Walaupun Prof tu dok ugut konon2 nak marah kitorang, aku masih boleh berpura2 ketawa plastik. Tapi tadi, aku rasa memang blur giler.. tengok soalan tu macam tengok kertas kosong. Agaknye, mesti Prof tu panas hati tengok student die ni duk tenung kertas soalan macam nak tembus kertas tu. Bile die tanye soalan, masing tunduk macam kura2 nak menyorok kepala dalam cengkerang..

Maka, dengan semangat berkobar kesan dari tamparan pre-test tadi, aku pun mula menanam azam untuk study malam. Tapi, agak2 korang la kan. Dengan bunyi tv kat sebelah aku ni, dan terdengar2 pulak diorang duk bagi komen pasal hero citer ni, aku tak tergugat ke? Dah la petang tadi aku TERtengok la iklan citer ni.. Secara tak sengaja, mulut aku dengan lancar mengeluarkan statement " HANDSOMEnye.." ...Serta merta housemate aku gelakkan aku. Konon2 aku tak tergoda la kan.. Tapi malam ni aku lansung tak tengok cite tu. Kononnye nak buktikan la yang aku tak tergugat lansung dengan kehenseman hero tu. Telinga aku je yang membesar sebesar piring astro sebab nak dengar cite tu. X dapat tengok, dengar pun jadi la.... (hahaha)

Mujur la hero die bukannye Fizo Omar. Aduh!! macam kena panahan asmara tengok Fizo. Cute betul die bawak watak bodo2 dalam cite Siti Kelembai. Orang kalau hensem, bawak watak bodo2 pun nampak cute.. Alahaiiii... Fizo..... Tapi yang tak best tu.. dalam cite ni duk sebut pasal hukum karma je.. Hmm.. tak tau la nak komen sebab aku pun tak baper suke dengar pasal hukum karma. Aku cume suke Fizo je. Haha.. Aku sempat la tengok cite tu petang tadi. Memang tak study lansung petang tadi sebab teruja sangat tengok Fizo. Hihi (tak tergugat iman la sangat kan?..)

Dah. Aku nak stop. Lenguh jugak aku curi2 menaip ni. Kantoi la aku tak study sebab nak tulis entry pasal tv diorang tu.. haha.. Cukup2. Aku mau sambung study. Takut kena hentam dengan Prof tu kalau tak dapat jawab test nanti. Makan dalam woo..

p/s: doa2 la aku boleh jawab test tu ye.. hihi. PEACE!!

Friday, September 17, 2010

Starlight Tears

Salam.. Aii semua.. Selamat Hari Raya!! ^_^ .. Untuk entry kali ni aku belum ada mood nak citer pasal hari raya. Tah kenapa sepanjang raye ni aku duk melayan lagu ni.. padahal lagu ni dah lame pun.. JIWANG siott... haha.. korang layankan jela kejiwangan ni..



Ni aku bagi skali maksud lagu starlight tears ni untuk korang lebih menghayati lagu ni.. LAYANNNNN~~~~

the white starlight envelops the tears
the tears fall in the warm wind

do you feel it?
this trembling, quiet whisper that is going your way

i draw you on this white paper
the warm smile holds me

is this love?
even when i close my eyes, i see only you

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore

you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

i'm walking in my memories with you
the tears fill even the deepest area of my heart

what should i do?
even in my dreams, i miss you

i will be waiting for you
i will wait for you

i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know

this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

please look at me, like the faraway stars
can't you be the one that's in my heart

i will be waiting for you
i will wait for you

i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know

this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

p/s: sebelum play lagu ni.. tutup dulu player halwa telinga kt atas tu.. hehe

Sunday, September 5, 2010

Iklan Raya 1 Malaysia




Mula-mula aku tengok video ni aku da pelik.. ni iklan hari raya atau iklan krismas? Siap ada kenderaan yang macam santa claus bawak macam dalam cite katun orang putih tu.. Lepastu pulak.. sampai bab keluar pelita dari bunga teratai.. Aishhh tak pelik ke? aku pikir aku sorang je pelik. Rupa-rupanya ramai yang perasan dan timbul lah macam-macam pendapat dari orang orang ramai yang sangat tak berpuas ati.. Kenapa la diorang tak kaji dulu sebelum luluskan iklan ni.. Kalau la budak-budak tengok, mungkin diorg pun akan keliru dan terpedaya. mana x nya.. hari raya kite ada kereta santa claus.

Konon-kononnye nak buat iklan 1 Malaysia, tapi aidilfitri kan utk umat Islam. Terang-terang untuk agama. Bukan untuk orang Melayu.. takkan la x boleh bezakan. Betul x? Harap-harap lepas ni takde lagi iklan-iklan merepek macam ni. Dulu-dulu aku rasa TV* selalu buat iklan yang menyentuh perasaan tiap kali raya.. tak tau la kenapa raya tahun ni dah kekurangan idea atau diorang ni terlampau ikut sangat slogan 1 Malaysia. Kalau ye pun nak menyahut seruan kerajaan ke apa, pikir la elok-elok supaya tak menyentuh sensitiviti agama Islam. Nasib baik la iklan ni dah ditarik balik dan stesen tv tu pun dah memohon maaf. Tapi mungkin lepas ni mereka harus lebih berhati-hati dan merujuk pada yang arif tentang agama sebelum keluarkan sesuatu iklan.

kata BH: Kadang-kadang, kalau dah terlalu taksub sampai benda yang mudah difaham macam perbezaan antara agama dengan kaum pun orang boleh keliru.. ape nak jadi tah..

Friday, September 3, 2010

Diari 24 Ramadhan

Sedar tak sedar sudah 24 Ramadhan rupenye.. lepas ni masuk Syawal.. Sedih sangat nak meninggalkan Ramdhan.. Suasananya nanti pasti dah tak sama lagi.. Hari ni aku keseorangan di rumah ini, di Wang Ulu. Teman2 semua sudah pulang ke kampung dan aku akan pulang esok pagi.. Sayu sangat. Bukan sayu kerana aku sorang-sorang kat sini.. Tapi sayu bile teringatkan indahnye Ramadhan aku kali ni bersama teman serumah. Seronok tiap kali pegi beli makanan sama-sama, berbuka sama-sama, terawih sama-sama.. Kawan-kawan. Aku rindu saat itu. Ini mungkin Ramadhan terakhir kite kat UniMAP ni.. Tahun depan kite dah bawa haluan masing-masing. Dapat lagi ke kite lalui saat-saat indah ni.. (Sebak tetiba.. huhuhu)

Syukur, mungkin dengan berkat bulan Ramadhan ni jugak RK07 dah berjaya mendapat pengiktirafan dari BEM selama 2 tahun. Tahniah dan terima kasih buat lecturer dan jugak senior yang bersusah payah berusaha untuk dapat pengiktirafan ni(tepuk tangan ramai-ramai).. Walaupun kami tak sempat menyumbang apa-apa, tapi kami tumpang bangga sebab orang lain tak boleh perkecilkan lagi kos kami.. Sangat bangga dengan mereka..

Esok aku akan pulang ke kampung.. rindukan rumah, family dan segala-galanya.. betul kata kawan aku.. walaupun orang cakap kuale kangsar takde apa-apa, tapi aku tetap berbangga menjadi anak jati kuale dan suke tinggal kat situ.. Tak sabar nak balik. Mesti hari ni adik-adik aku dah sampai rumah. Esok, mungkin kakak dengan sepupu-sepupu aku pun akan balik. Wah meriah la rumah aku nanti.. Tak sabar nak balik.. Tapi... lecturer ku juga sangat baik kerana bekalkan assignment dan tutorial(sigh). Haha.. Balik nanti mesti buat design dan lab report jugak.. Bagus. Jangan sampai tak berusik sudah.. hahaha..

Ni diari terakhir Ramadhan di Wang Ulu. Esok atau lusa aku akan menulis lagi tapi dengan suasana yang berbeza pulak.. Selamat tinggal Wang Ulu.. Dua minggu kemudian kita ketemu lagi.. hehe

Tuesday, August 31, 2010

Erti Merdeka




"Tangkal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh... "

Bukan tangkal la wei.. Tanggal. Tangkal nak wat pe... Haha.. Kelakar betul budak-budak ni menyanyi lagu merdeka yang paling popular aku rasa. Kalau menyanyi lagu pun dah tak betul apatah lagi nak memahami apa erti merdeka kan?

22 tahun sudah aku sambut merdeka.. Tapi sampai sekarang aku tak paham lansung apa makna merdeka. Bebas dari penjajahan? Tak kisah la orang cakap bebas dari segi maksud penjajahan tanah air atau gaya hidup jajahan barat. Aku lansung tak memahami. Adakah kerana aku ni lansung tak mengambil berat pasal dunia sekarang, pasal hidup aku atau lansung tak memikirkan pasal bangsa aku? Aku sendiri tak tahu..

"Eleh. macam la orang lain ambik berat sangat pasal negara, bangsa atau masa depan kite kan?"

Kadang-kadang, kata hati aku sangat jahat memikirkan begitu.. tapi adakah lagi orang di luar yang sebaya aku masih begitu ambik berat pasal merdeka? Ada sesiapa yang peduli pasal hidup kite? Bangsa kite? Aku rasa takde atau satu dalam seribu..

Apa yang aku sedar dan nampak. Setiap kali menjelang merdeka, berduyun-duyun orang pergi sambut merdeka. Berkumpul laungkan kalimah "merdeka! merdeka! " tapi diorang betul-betul tahu apa makna merdeka atau sama je macam aku.. Waktu malam pulak sibuk nak pergi tengok bunga api. Untuk meraikan merdeka setiap tahun, walhal tiap-tiap tahun dah tengok bunga api tu.. Lepas tu masing-masing buat-buat kagum macam tak pernah tengok. Acara yang aku rasa tak pernah berubah dari dulu. Sebelum upacara bunga api, tengok konsert dulu.. menyanyi lagu patriotik, tapi pakaian macam artis barat. Itukah makna merdeka?

Kalau orang-orang tua dahulu mungkin berbeza erti merdeka dengan kite sekarang. Sebab mereka dah merasa hidup dalam kongkongan. Dan mereka mulakan perjuangan mereka untuk dapatkan kebebasan. Bebaskan diri dari kekejaman penjajah. Itu erti merdeka bagi mereka. Tapi macam mana pulak dengan kite?

Sampai sekarang, aku masih belum paham erti merdeka yang sebenar.. Masih mencari untuk memahami maksud dan perasaan merdeka itu sendiri. Kalaulah ada yang mampu sedarkan aku dan ajarilah aku apa itu erti merdeka.. aku juga tak mahu jadi manusia yang rugi.. Sehingga seumur hidup tak pernah memahami erti merdeka...

Monday, August 30, 2010

Hikmah setiap kejadian...

Lepas je habis test khamis malam kelmarin, aku sudah mula mengira-ngira hari.. owhh aku rindukan family. tak kisah mahu cakap aku ini suka homesick. Tapi ini sudah dikira baik sebab aku cuma balik sekali je sejak masuk sem ni. bulan puasa ni pun aku belum sempat balik rumah. kalau nak dibandingkan masa 1st year, hampir setiap minggu aku balik rumah. haha. macam budak-budak kan. Mesti la. Time tu aku budak lagi. sekarang dah 4th year. aku dah matang. Tapi kalau betul dah matang kenapa mesti sampai demam-demam nak balik rumah ni? dah la siap dapat pakej batuk dengan selesema.

Nak kata tak sesuai dengan cuaca kat perlis ni menipu sangat la kan. Dekat 2 bulan duk sini takde masalah pape pun. Bila dekat nak balik terus demam.. Tapi bagus jugak aku demam. Sebab bila demam ni la baru aku sedar ramai orang ambik berat dan risau pasal aku.. Thanks Ajak.. kalau bukan sebab Ajak, mungkin aku takkan pergi klinik.. tapi macam budak-budak je ugut taknak kawan kalau aku tak pergi klinik.. hahaha.. kelakar betul Ajak ni..

************************

Kelmarin pulak teman aku dah balik rumah. Cemburu? tidak!!! aku tumpang sedih sebab mak dia masuk hospital. Aku pernah merasa beraya tanpa mak ayah dulu. Aku tau macam mana sedihnya.. Ni kan pulak bila tengok mak ayah kita sakit. Selalunya.. waktu raya kita nak salam mak ngan ayah.. Bergambar ramai-ramai.. sehari sebelum raya pulak kami ramai-ramai menyibukkan diri tolong mak kat dapur.. Tak mahu terkurang walau seorang pun ahli keluarga.. Masa tu terasa seronoknya bila ada dengan ahli keluarga..
Apa yang boleh aku buat, doakan mak dia cepat sembuh dan dia dapat beraya dengan happy dengan family dia...
Oohh aku juga mula rindukan family aku...

************************

Macam-macam pulak dugaan bulan puasa ni kan. entah la. semalam aku rasa macam betul-betul disakiti. atau aku kah yang menyakitkan hati orang? Keluar berbuka dengan sahabat then aku merajuk tiba-tiba. Membawa diri dan terus balik naik teksi. Argghhh melayang duit aku. tapi ye la masa tu dah lewat. Mana ada bas lagi. Sahabat aku tu pulak lansung tak pujuk. Sudahnya aku yang memujuk sampai pagi..

Tapi aku tak kisah duit melayang. Itu rezeki untuk pakcik teksi. Pakcik teksi yang baik. Sepanjang-panjang dalam perjalanan tu pakcik nasihatkan aku, belajar sungguh-sungguh.. nanti boleh tolong mak ayah.. mak ayah susah payah cari duit. Aku tau dan paham. Sebab aku nampak pakcik tu memang berusaha untuk anak-anak dia. Dan aku nampak pakcik tu gembira sangat bila bercerita pasal anak dia yang masuk u dan dapat kerja. Aku tau ayah aku pun mesti gembira macam tu untuk anak-anak dia.. Betul cakap pakcik. Jangan bercinta tengah belajar. Buang masa, buang tenaga dan buang duit!!!!

Aku tidur lewat seperti selalu. Menyiapkan sedikit lukisan dan berborak. Selebihnya aku duk memujuk sahabat yang aku tak ketahui apakah masalahnya. Dia manusia paling pelik aku pernah jumpa. Tapi dia baik. Dia sahabat aku. Guardian angel aku. Tapi kalau betul guardian angel kenapa tak pujuk aku semalam dan biar aku naik teksi sorang-sorang??!!! (benci kamu T__T)
Huwaa aku pun boleh jadi gila kalau asyik pikir pasal sahabat aku ni. Dari semalam aku memujuk, sudahnya hari ni aku amik keputusan berhenti pujuk. Sebab aku rasa macam menyusahkan dia.. Maaf sahabat, aku tak tahu yang aku dah banyak merimaskan kamu. Tapi sekarang aku tak kan serabutkan kamu lagi.. Sekarang baru aku sedar yang aku patut bagi ruang untuk hidup kamu sendiri..

************************

Semalam aku borak dengan housemate aku. Macam kelakar pun ada. Dia bagitau yang dia mahukan doktor. Doktor orang, bukan doktor mesin. Aku pulak mahukan pilot. (masalahnye ade ke pilot nak kat aku??) Jadi kami pakat-pakat nak carikan teman masing-masing. Aku carikan untuk dia dan dia carikan untuk aku. Macam kelakar je..

Kata teman aku, " kite ni dah 22, kite kena cari pasangan sebelum habis 4th year ni."..

Dan sungguh-sungguh aku pikir dia bergurau. Then tengah hari tadi dia tanya, "macam mana dengan perjanjian semalam?"

Aku terkedu. Alamak!! dia betul-betul ke? Mana pulak aku nak cari doktor manusia yang kacak, putih, tinggi dan smart??? ah sudah.. kalau tak dapat macam mana? Sekali dia betul-betul carikan pilot untuk aku.. otak berpusing-pusing..

"haaa idea!!! baru teringat ex-rumate kat matrik dulu amik pergigian kat usm. Boleh mintak dia tolong carikan.."

Hihi.. aku mula pasang strategi.. Strategi pertama cari no ex-rumate. Hahaha.. aku boleh bayangkan betapa marahnya ex-rumate tu nanti kalau aku yang dah bertahun tak contact dia tiba-tiba call semata-mata sebab doktor manusia yang kacak, putih, tinggi dan smart?? hahahaha.. aku rasa macam dah terngiang-ngiang bebelan dua hari dua malam ex-rumate walapun dia belum start membebel lagi... Apa nak jadi la dengan anak dara ni kan..

Tapi aku sebenarnya tak terniat pun mencari sapa-sapa. Lebih gembira dengan hidup sekarang.. Biarlah jodoh datang dengan sendiri. Dengan jalan cerita ala-ala cinderella.. Macam dalam cerita novel... ohh indahnye.. hihi.. Bila pandang housemate aku, baru aku sedar yang kadang-kadang orang yang comei dan cantik macam housemate aku ni pun sangat susah nak dapat pasangan (apetah lagi aku yang tak comei ni)..

Dulu bila nampak orang cantik aku cakap, " ala, dia cantik mesti ramai yang minat.. kompem ada bf.."

Tapi sebenarnya aku silap. Orang sekarang dah tak memandang semua tu. Kalau hanya menunggu dengan berbekalkan kecantikan dan tanpa usaha, belum tentu akan dapat. Tapi aku taknak mencari. Biarlah kita ikut kata hati sendiri.. Macam kata pakcik teksi.. "tak payah pikir pasal tu lagi.. Jodoh dah ditentukan.. buat apa yang patut je sekarang. Dah keje nanti. kalau nak cari, cari la..."

************************

Rasanya banyak jugak dugaan aku bulan puasa ni. Cuma antara sedar dengan tidak. Kalau aku sedar, bersyukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya aku boleh perbaiki segala kelemahan aku. Tapi dugaan-dugaan yang datang tu mesti ada hikmah.. contohnya macam merajuk dengan angel. Kalau tak merajuk mungkin aku tak jumpa pakcik teksi yang baik. Hmm pasal tiket balik yang lambat tu tak tahu la apa hikmahnya. Harap-harap hikmahnye, aku tak perlu menyusahkan ayah lagi..

Thursday, August 19, 2010

Kenapa Bulan Puasa Best?? (mengikut pendapat orang sekeliling)

Salam semua.. sedar tak sedar dah dekat nak 10 ramadhan rupenye.. mcm sekejap je masa berlalu kan.. maunye tak sedar.. hari2 busy dan kepala otak duk serabut pikir pasal design dengan proposal FYP.. serius otak aku masih terkejut dengan situasi skrg. mane taknye.. lebih 6 bulan duk pendam tak jalan2 time LI ritu. ye arr.. LI ni kire time paling rilek dalam idup aku, aku rasa la. orang lain aku tak tau ar plak.. masuk sem baru tiba2 banyak keje. nak kejar kelas. kadang2 aku sempat tido tak sampai dua jam. penah arr gak aku tak tido lansung pasal nak siapkan design. Esoknye terus migrain. Hamik kau! Sumpah aku tobat tak wat lagi. korang jangan sekali2 try tak tido dengan otak letih. Kalau korang taknak tido sebab nak main game lantak korang la. kalau sakit tanggung sendiri arr kan.. Tapi bulan puase ni aku tengok memang kebanyakkan orang susah nak tido... sedar2 je dah pagi... eh tapi tujuan aku tulis entry bukan nak cite pasal tido tapi nak citer kenapa bulan puase ni best.. ni aku dapat dari pendapat sesetengah orang yang telah diinterbiu oleh aku(termasuk aku sendiri)...

1) Diet/ Kuruskan Badan
Sebelum puase ritu aku sebenarnye dah memasang niat.. konon2 nak kurangkan la siket makan. mana la tau boleh kurus. jeles wa tengok ex-rumate da kurus kurus keding lepas LI padahal aku makin gemok. Memang rasa tercabar naluri kewanitaan tgk rumate yg dulu sama2 bambam ngan aku skrg lagi cun dari aku. Haha.. aku jeles2 pun xde la sampai hasad dengki okeyh.. aku masih berhati mulia. Jeles aku jeles yang membina. Menguatkan semangat aku untuk kurus. TAPIIII... malangnye.. iman aku sangat tak kuat! (hantuk kepala laju2).. Tiap kali pegi bazar, atau pegi beli makanan tiba2 je semangat nak kurus yg berkobar2 tu mcm tumbuh sayap dan terus terbang macam dalam cite katun tu... gilerr ahhh... tgk tu rs nak, tgk ni macam best, tgk air terus telan air liur... sangat tak kuat iman aku.. konon2 nak kurus arrr... pas berbuka baru la aku nak insaf balik.. " arghhh!!! knp aku mkn byk!!!!" then pasang niat utk diek keesokan hari plak. tapi tu hanya penipuan semata2!!! esk2 pegi bazar terus lupe niat... sampai bile pun tak kurus2 la aku nampaknye.. isy3.. da lari niat puase aku.. (tampar laju2) sedar la BUDAK HITAM!!! puase bukan utk kurus!!! astaghfirullah... ape nak jadi aku ni?? T___T

2) Makanan Best Sambil Cuci Mata
Tapi yang paling tak boleh blahh menurut orang yg aku interbiu ialah dapat cuci mata time beli makanan. sambil tengok makanan best2, sambil tengok jejaka kacak kat bazar.. sabau je la kan dengan statement beliau. aku pun mula2 terkejut(konon2 je). tapi akhirnye aku yang berhati mulia ni pun 'terpaksa' join sama. bukan pe, kalau x aku ketinggalan informasi. tapi aku join pun bukan dengan niat tak baik ok. just nak tau sapekah gerangan yg menjadi perhatian geng cuci mata tu je.. (kikikiki).. eh tapi tu awl2 ritu je.. skrg tak da. aku da insaf. x ikut perangai mengarut tu da.. korang jangan la jadi macam tu.. kalau korang buat jugak. cepat2 la insaf.. lebih baik tgk makanan dari tgk orang.. silap2, punye sibuk tgk org, x pasal2 tersadung jatuh tergolek.. jatuh saham korang...

3)Ada Solat Terawih
Seronok dapat pegi solat terawih. tapi kalau tengah tak larat, terpaksa la solat terawih sendiri kt umah... Tapi ada la jugak citer lucu kawan2 aku. Masa tu aku x dapat pegi.. 1st time diorg solat berimamkan international student dari yaman. yang tak tahan tu. kawan aku ni boleh ketawa tengah solat. mana taknye. selalunye bila habis 4 rakaat memang dah prepare nak baca doa. diorang pun angkat tangan siap2 utk baca doa. skali terus tazkirah.. memang sepanjang2 solat tu takde baca doa lansung.. rupe2nye dia kumpul doa masa solat witir yang terakhir. Yang selalunye lepas malam kelima belas kita baca doa Qunut. Tapi dia baca doa yang pnjg giler.. Yang kawan aku ni tak tau ada baca doa, lepas rukuk terus la dia sujud. skali dia sorg je sujud. memang tak senonoh la sebab dia pegi bantai gelak tengah solat tu.. hahahaha!!!

5)Mengeratkan silaturrahim dengan jiran dan kawan2
Yang ni memang terasa macam kat rumah la.. kan selalu bile berbuka mak kite buat kuih pastu suh p hantar kat jiran sebelan. Dulu time kecik2, aku penah ar cakap kat mak, “tak payah la bagi kt orang sebelah. Kang tak cukup”… tapi mak aku cakap “ bulan puase kite kena la bersedekah.. tak baik dengki2”… malu giler bile ingat balik. Tapi nasib baik time tu wa kecik lagi. Mana tau pape kan. Hahahah… sekarang ni baru aku tau betapa seronoknye perasaan dapat share makanan dengan orang. Yela.. sem2 lepas housemate aku ramai cina. Selalunye aku bebuka sorang. Sekarang duk dengan melayu.. memang best buka kongsi2. Siap boleh hantar makanan kat jiran sebelah lagi.. nak2 dapt pulak jiran yang tak kedekut. Boleh la kitorang tukar2 juadah kan… seronok. Dan nikmatnye bulan puase sebab dapat kenal orang lebih dekat…

6)Boleh Main Mercun
Ni pendapat orang lain ok.. yang memang aku tak boleh terima... aku tak tau bapak budak mana yang perangai macam budak2.. da la tak pegi solat terawih. boleh pulak main mercun dekat ngan surau. kalau setakat main mercun pop yang macam berudu tu takpe la jugak. ni segala macam mercun bola, thunderclap, ntah ape kejadah jenis mercun lagi diorang main. siap main banyak2 dan bersambung2 lagi.. kitorang yang tengah solat ni terkejut sampai terangkat bahu. Classmate aku sendiri pun tolong jual mercun jugak! isyy.. aku nak tau sangat2.. kenapa mesti main mercun time bulan puase eh??

Alamak! da banyak aku membebel ni.. bile byk membebel tak siap la design dgn proposal aku.. sudah la aku ni macam kucing hilang ibu.. eh betul ke? tak kesah la. yang penting memang macam hilang ibu pun sebab SV untuk FYP aku tengah cuti bersalin. xde sape nak bimbing aku. T__T... harap2 proposal aku nanti xde masalah la... uwaaaa... sudah2. aku nak pergi melayan hati yang duka lara ni sebelum menyerabutkan otak aku dengan keje2 ni... bye semua... jg diri.. jgn wat benda2 x bek buat pose ni.. Slmt beribadah!..... uwaaaaaaa!!!!

Tuesday, August 10, 2010

Rindu Padamu Lagi



Sungguh..
Aku sangat merinduimu
Setahun berganti terasa amat panjang bagiku
Kini engkau kembali
Buat aku tersenyum tenang
Syukur masih berkesempatan menemuimu kembali
InsyaAllah jika ada izin Nya
Aku pasti dapat melayari detik-detik indah bersamamu nanti

Entah mengapa
Aku rasakan kau begitu istimewa
Bukan sekadar manis lidah berkata
Tetapi dari hati yang jujur berbicara
Engkaulah tetamu paling istimewa
Sentiasa singgah membawa seindah berita

Aku harap kau hadir dan tidak pergi lagi
Kerana bersamamu aku menjadi lebih bahagia
Engkau ajarku jadi lebih bersabar
Engkau jadikan manusia sederhana
Engkau tunjukkanku menjadi insan bertimbang rasa
Engkau menemaniku tika sujudku sendirian
Engkau jua yang mengingatkanku supaya ku tidak lupa pada TUHAN

Saat bersamamu segala-galanya istimewa
Aku tidak pasti adakah sempat ku bertemumu lagi nanti..
Rugilah bagiku mengabaikanmu dan tidak menghargaimu
Malah sangat rugi jikaku tidak mengalu-alukan kehadiranmu..
Marhaban.. Marhaban ya Ramadhan..
Sesungguhnya..
Kehadiranmmu telah lama aku tunggu..




Monday, August 9, 2010

Perkhabaran dariku buatmu..

Dear blog..

Oh blog.. wuaargghh.. rindu bangat dengan mu.. muah3.. haha..
Maaf LBH, sebab aku mengabaikan dirimu.. tuanmu in terlalu busy sejak akhir2 ni.. tidur pun selalu tak cukup.. kesiankan?..

Aku tiada perkhabaran menarik untukmu wahai belogku.. cuma mungkin ini sesi bertanya kabar denganmu wahai pendengar setiaku.. sihatkah kamu.. ada lagikah pengunjung yang sudi menemanimu di kala aku meninggalkanmu.. kasihan kamu..

oppss.. terlupe pulak. aku dah dapat tajuk FYP aka aku terpaksa meninggalkanmu lebih lama.. jangan sedih ye belogku.. kau sentiasa dihatiku.. (hihi).. baru2 ni ada classmate ku yang melawat kamu.. gembira tak syg? nanti aku akan mintak Budak Hitam yang lain untuk melawat kamu sementara aku tiada ya..

Kalau boleh aku mahu melawat kamu selalu.. tapi beruk peliharaanku terlalu malas bekerja dan sangat lembap untuk aku online.. nanti aku 'ajar' beruk tu supaya dia lebih rajin k..

Eh.. kamu nak tau tak tajuk FYP aku.. ni la tajuk yang aku pilih "Nutrients and heavy metal removal from landfill leachate by using two-stage construction wetlands planted with Limnocharis Flava and Eichhornia Crassipes".. eii kamu geli ke?? sebab aku akan bermain dengan leachate atau dalam bahasa mudahnye "air dari sampah".. geli ea?? tapi itu lebih bagus dari bermain wastewater(iyeekk.. bluwekk)..

Oh my blog.. aku sedang mengejar masa sebab sekarang lecturer sedang menanti sambil pegang rotan di tangan dengan muka bengisnya.. kalaulah aku lambat nanti mesti aku kena rotan. mesti kamu tak mahu tengok tuan kamu kena denda kan? selamat tinggal belogku.. mungkin aku akan meninggalkan kamu lebih lama lagi.. isk3.. tataaa sayang...

Saturday, July 17, 2010

Bencana menimpa. maka bertambah lagi kisah sedih kami.Award yang membuatkan aku jadi mereng sebentar

Salam semua.. wuaargghhh keletihan sangat².. Dengan masalah subjek tambahan, lepas tu ditambah dengan masalah pindah kolej kediaman. Mahu marah, mengamuk atau kecewa memang tak berguna dah. Cukup² la aku menangis kelmarin.Bukan aku lemah semangat tapi sedih sebab terasa seperti dianaktirikan. Letih? siapa yang mahu peduli? Marah? Ada sesiapa yang kisah? Apa yang mampu kami buat cuma terima dengan redha..


Huh. tinggalkan kisah sedih yang tak penting tu.aku menulis bukan semata² mahu bercerita kisah sedih. Kisah kolej kediaman aku yang dilanda ribut kelmarin menguatkan lagi sebab kenapa kami perlu berpindah. Siap ada kuar surat kabar lagi. Owh Yeah!! Sekarang kolej kediaman aku sudah pemes(jangan jeles).. Ops. Jangan tanye apa jadi sebab aku tiada di tempat kejadian.Hihi. Aku ke kelas dari pagi sampai petang(al maklum. budak rajin la katakan). Then balik² je da jadi huru-hara tempat ni. Tapi sempat jugak la aku pegi menyibukkan diri.. hihi


Alamak! mukaddimah da terlebih panjang la pulak. Dan da lari dari objektif aku membuka blog ini. Hihi. Sebenarnye aku nak menulis pasal award dari AQNaim. Thanks Naim sebab bagi award pada blog yang tak seberapa ni.. ^_^




Da dapat award kena la jawab soalan and soalan untuk award ini ialah

1. Sebutkan blog anda dengan kuat dan jelas.
Lagenda Budak Setan Hitam

2. Sila cari orang yang bernama Haikal Muzamel dan Fred Ilyas
Owh siapakah itu?

3. Apakah soalan ketiga?
Soalan ketiga ialah soalan ini..

4. Camna nak jawab soalan ni tanpa menjawab soalan ini?
Macam mane erk? Tak belajar lagi soalan macam ni. hihi

5. Tagkan menatang ni kepada lima orang yang telah tagkan menatang ni kepada anda?
Tamo. nanti orang yang kena tag tu jadi mereng jugak nak jawab soalan² ni..



Owhh da siap rupenye. Hoho.. hebat tak aku? Siap dalam masa beberapa minit je. Hihi.. bukan pe.. penat shopping tadi. Penat plak nak tulis panjang. Tapi tadi tiba² teringat award tertangguh. uhuh.. aku semakin pelupa rupanya. ok la.. mo rehat sekarang. Tataaaa

Sunday, July 11, 2010

Award para2

Kesibukan melanda menyebabkan blog ini kembali bersawang. Niat mahu menulis selepas selamat sampai di kampus tapi keletihan dan kesibukan bersama kawan2 menyebabkan niat tersebut tergendala. Tiada yang menarik untuk diceritakan pasal hari pendaftaran. Cuma yang ada, terasa seperti baru berada di tahun satu bila aku kembali ke sini.

Baru sekarang berkesempatan untuk menaip panjang. Tapi aku bukan mahu berceloteh atau merepek. Sekadar menunai janji dan tanda terima kasih aku pada si Para-Para kerana menghadiahkan award ini kepada aku.

awardss

1. anda mesti memuji si pemberi award

> pemberi award ini ialah Para-Para, penulis blog Syair Si Para-Para. Seorang yang kreatif dan penuh dengan idea. Kalau tak percaya boleh baca blog beliau yang penuh dengan pelbagai sajak dan madah indah nukilan beliau sendiri. Juga dengan dialog si Munir yang aku gemari.


2.Sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain.

1. KerdilDesa

2.AQNaim

3. Azrai

"AWARD NI UNTUK KAMU BERSEPULUH BERTIGA"
*aku senaraikan yang berada di depan aku. Bukan bermakna blog lain tu tak best yer tapi aku sangat penat.


3.Anda mesti memberitahu kepada 10 blogger tadi.
Baiklah.. Saya akan cuba merajinkan diri.


4.Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.


Rasanya blog aku ni tak best pun. Jadi aku tak mampu nak bagi komen. Bak kata pujangga artis , “no komen”.

ps: aku sudah tidak mampu untuk menulis lagi. harap2 aku diberi kekuatan untuk terus menulis supaya LBH ini terus kekal..

Wednesday, July 7, 2010

Budak Hitam! Bertukar!!!


Assalamualaikum semua!!


Eh.. BH nak kongsi tips menaikkan traffic fb? Haaa.. jum tengok.. shhh.. senyap2 je.. ni rahsia tau.. hihi


Bukak mata kamu boolat2 ye.. nak tnjuk gambar ni.. tengok betul2 tau yang kat line kaler ijau tu.. hihi..


fb

Dah baca? Haha!! Sebenarnye saje nak tunjuk ada orang puji nama BH sedap.. ceh. Padahal nama biase2 je.. Saje nak perasan. Bukan ape. Tak pernah kena puji nama sedap. Tu yang JAKUN sket. Haha! Bukan sorang yang puji plak tu.. (bangga2)


Lepas je tukar nama dari Budak Hitam ke Shazwani Ismail.. ramai yang bertanya ke mana Budak Hitam. Bertubi2 soalan kat chat. Hoo baru la daku tau selama ni ramai kenal Budak Hitam tapi tak kenal tuan empunya diri.. oh kejammmnye.. T___T


Sebenarnye dah lama nak tukar nama sendiri.. tapi sayang nama Budak Hitam tu.. takut nanti orang dah tak kenal aku.. Sampai ada yang perasan. Selalunya Budak Hitam online. Tiba2 hari ni tak online. Sebenarnye bukan tak online. Tapi dah ‘BERTUKAR!!’..


Setakat ni.. banyak komen yang suruh kekalkan nama sendiri.. Ada yang cakap tak sesuai nama Budak Hitam.. Paling kejam bila cakap kelakar. Yela.. orangnye tak itam pun, tapi guna Budak Hitam. 99% orang yang tegur kat fb chat mesti tanye soalan ni first, “kenapa guna nama Budak Hitam?” … sampai tiap kali aku dapat soalan tu mesti aku gelak.. tapi aku rindu status Budak Hitam tu,, kalau ramai yang suka nama betul aku ni.. aku akan guna.. bak kata teman aku dari indonesia.. nama yg begitu cantik mengapa tidak digunakan. (hua3.. jgn puji lebih2.. kembang daku.. haha)..


p/s: insyaAllah status kat LBH ni tetap Budak Hitam.. takkan bertukar sampai bila2 selagi takde apa2 aral…

Monday, July 5, 2010

I am always with you!

friends-bestfriends-1

When true friendship
binds two individuals together,
that bond can never be broken.
For in times of confusion,
I will be there to listen to you.
In times of sadness,
I will be there to console you.
In times of anger,
I will be there to talk with you.
Even when miles separate us,

my friend,
when you are confused,
when you are sad,
when you are angry,
search your heart,
and I will be there.
I am and always will be
your friend
.

Saturday, July 3, 2010

Comedy Football

Assalamualaikum sume.. Hai3...

Fuh3. berhabuk blog daku. Lama tak menulis. Melawat pun tak. Huhu.. Kesian blogku terabai. Sebenarnya aku tak la busy body sangat. Cuma idea dan mood menulis tu belum ada. Sekarang pun takda lagi. Just nak share video ni. Tengah tension2 tengok video ni tadi boleh tergelak sorang2. Mungkin ada yang dah tengok. Tapi takpe. kite tengok lagi eh..

Monday, June 21, 2010

Yang Terhebat

Rasa-rasa aku belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Bapa buat ayah aku dan semua yang bergelar bapa..


Buat ayah yang menyambut hari lahir dan hari bapa bulan ni.. Angah nak ucapkan terima kasih sebab ayah dah bagi yang terbaik untuk besarkan kami adik beradik.


ayah

Ini ayah aku. Ayah aku seorang yang kuat dan sangat tabah pada penglihatan kami adik beradik.

  1. Ayah tidak penyayang – Tidak. Ayah hanya kurang sifat penyayang pada diri sendiri sebab semua kasih sayangnya diberikan kepada kami..
  2. Ayah seorang yang pelupa - ayah selalu lupa belikan sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak pernah lupa belikan untuk kami. .
  3. Ayah selalu menghabiskan duit - Bila kami lama berjauhan, ayah pasti akan usaha untuk datang melawat walau kami jauh berbatu dan walau terpaksa berhabis ratusan ringgit sebab ayah selalu rindukan anak-anaknya..
  4. Ayah tak suka berkongsi – ayah tak pernah cakap susah di depan anak-anak sebab tak mahu kami susah hati tapi ayah sentiasa ada bila anak-anaknya susah. Walau seteruk manapun ayah akan usaha untuk bagi anak-anak tersenyum senang.
  5. Ayah tak suka marah-marah - Selalunya ayah la yang bela bila kami kena marah. Tapi diam ayah bukan bermakna ayah tidak tahu mendidik anak. Diam ayah kerana penyabarnya. Dan diam ayah kerana begitulah cara dia mengajar anak-anak sehingga kami begitu menghormati dan menyayangi ayah.

Sekarang ayah sudah banyak uban di rambut menandakan semakin meningkat umur ayah. Ayah juga tidak sekuat dulu lagi. Tapi sehingga kini ayah masih menanggung kami lima beradik.


Kini sudah 24 tahun ayah menjadi seorang ayah. Seorang ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Walaupun orang lain cakap ayah mereka hebat, tapi bagi aku dan adik beradik aku yang lain ayah adalah ayah yang terhebat di dunia.


Kami sayang ayah kami. Aku nak cepat habis belajar supaya lepas ni ayah tak payah kerja teruk-teruk lagi.. Biar kami yang jaga ayah dengan mak. Kami sayang ayah dan mak kami.. Merekalah yang terhebat!!

Friday, June 18, 2010

Oyeah!! final year sudah hampir!!

Posto-posto!!! alamak aii. Surat cinta dari pusat pengajian sudah sampai.Ini bermakna SEM 7 hampir tiba..

Yeay!!

Seronoknye.. Aku memang bersemangat nih nak masuk sem ni. Yela, aku kan pelajar berdedikasi yang sukakan belajar.. (konon je.. hihi)


Tapi.. ada masalah besar la pulak. Yang menjadi masalahnye sekarang ni, aku terpaksa pilih subjek. Aduyaii.. kalau nak tau jom baca surat cinta dari PPK aku ni..



………………………………………………………………………………….......................................

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagi pendaftaran kursus secara online bermula 22 Jun 2010, berikut adalah subjek-subjek yang perlu di daftar bagi pelajar-pelajar Tahun 4 Program Kejuruteraan Alam Sekitar:


1 Kursus : EAT444 PROJEK TAHUN AKHIR Unit: 6


2.Kursus : EAT404 ENVIRONMENTAL PROCESS CONTROL AND INSTRUMENTATION Unit: 4


3.Kursus : EAT401 INFORMATIK SEKITARAN atau EAT402 PERSEKITARAN BINAAN** Unit: 4


4.Kursus : EAT405 REMEDIASI SEKITARAN** atau EQT373 STATISTIK UNTUK JURUTERA** Unit: 4


5.Kursus : EAT407 REKABENTUK KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR I Unit: 4


Jum. Kredit : 22


NOTE : ** elektif (pilih salah satu)
Mohon semua pelajar Tahun 4 Program Kejuruteraan Alam Sekitar ambil perhatian dan tindakan.
Sekian, terima kasih.

…………………………………………………………………………………..................................



Nampaknya aku kena pilih betul-betul. Dah la semakin susah je. Kawan-kawan pun asyik tanya dah buat pilihan ke belum. Aduii… macam mana ni??


Aku pun merajinkan diri yang malas ni untuk bertanya pada yang lebih pakar. Siapa lagi kalau bukan senior-senior.


Untuk kursus ke 3:

Aku dah pilih persekitaran binaan. hoho. Sebab macam best je. kiki… Bukan-bukan. Bukan sebab macam best. Tapi sebab informatik tu subjek baru, kata senior. Diorang pun tak tau nak bagi nasihat apa pasal subjek tu. Subjek binaan tu pulak dekan yang ajar. Hoho takottnye… maka bertabah lah.. (macam la tak pernah ada kelas dengan dekan.. hihihi)


Untuk kursus ke 4:

Menurut senior aku, kalau minat matematik, ambik la statistik. Kalau suka membaca ambik la remediasi. Tapi masalahnya dua-dua aku tak suka. Aku suka tido je. kikiki. hmm.. Kompius2 nak pilih apa. Yela.. aku ni dah la susah nak menghafal. Kalau mengira pulak aku ni selalu sangat cuai. Sebab tu tak power math. hahaha alasan!


Pastu.. tengah pening-pening lalat nak pilih subjek, lecturer hantar lagi satu notis kena tambah subjek.


Kursus : EAT 231- Thermodynamics Unit : 3


Omak aii… ni bukan subjek tahun dua ke? tapi aku tak pernah pulak tengok kod 23. Seingat aku dulu semua 20 je. Ni budak building punye subjek ke apa nih? alamakkk!!! kimia lak tu.. last belajar kimia2 ni masa tahun 2 lau tak silap. Ni nak belajar balik. Lomah gomalai tulang-tulang dan urat sondi den..


Giler terkezut aku. Dah la 22 jam kredit semuanya. Tambah lagi 3 dah jadi 25. Setahu aku maksimum boleh ambik 22 jam je. Tapi rupa2nya yang FYP tak dikira lagi. FYP hanya akan dikira masa final sem. fuhhh lega…


Sekarang masa untuk perah otak pilih lagi satu subjek. Statistik atau remediasi…


hmmmm…

errrrmm...

aaaaaaa...


Nanti la pikir. Jom main game dulu!!! hehe

Sunday, June 13, 2010

Bila demam piala dunia menyerang, mood mau kaco orang pun datang…

Nampaknye demam piala dunia dah mula ar.. Kaki-kaki bola http://www.cute-smiley.commesti dah mengadap depan tv untuk tengok semua game yang ditayangkan.. bagi yang bukan kaki bola, terpaksa la terima hakikat yang bf atau suami diorang tu akan melupakan diorang seketika (sepanjang piala dunia je.. ).. erkk macam terkena kat aku je.. hohoho… tapi tak pe la.. ni masa diorang.. lagipun cuma 4 tahun sekali.. berbanding kaum perempuan yang bila sampai masa sale kompem akan melupakan para suami dan kekasih hati sebab sibuk nak bershopping.. hihihi.. tapi sayangnye, shopping pun aku tak suka.. jadi, bila masa aku plak eh?


Kat umah aku pun mengalami situasi yang sama.. dah memang wajib la tv kat umah tu tunjuk pasal bola je sebab adik-adik aku semua lelaki yang memang kaki bola.. ayah aku pun minat bola jugak.. mak aku tak heran pun nak tengok tv.. aku sorang je la yang tak minat bola.. jadi kerja aku melekat depan laptop je la..


Tapi yang pelik dan ajaibnya, masa perlawanan pembukaan antara South Africa dengan Mexico, aku boleh tengok sampai abes.. tengok dengan excited plak tu.. padahal aku ni tak minat bola.. dan kalau ada game bola sebelum-sebelum ni memang confirm aku da tido sebelum abis separuh masa pertama.. agak-agaknye la kan, tempias demam piala dunia da terkena kat aku.. huhu… sebelum demam tu merebak baik aku cepat-cepat makan ubat.. hihi..


Lagi satu, kredit fon aku pun macam tau-tau je nak abis sekarang supaya aku tak boleh kaco encek kekasih tengok bola.. bagus betoi engko ye encek kredit.. aku pulak malas nak topup.. mengharap belas ehsan ayahanda untuk topupkan.. hihihi.. bagus tak? kalau ayahanda lambat topupkan, maka bergumbiralah encek kekasih tanpa gangguan aku.. (sigh)


suara hati: niat jahat nak kaco orang tak kesampaian..