Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, January 30, 2010

Help me!!

Mcm mna ni.. knp x boleh tgk follower ni.. bkn setakat kt page aku ni, kt blog orang lain pun x dapat tengok.. mcm mana ni.. mcm mana aku nk follow orang.. da tgk kt google.. ade yg ckp kna clear cache.. aku dh buat tp xde perubahan.. slma ni aku pkai mozilla, bla bkk kt i.e dgn chrome ttp xde jgk.. da byk kali add n remove gadget and da try delete and edit html blk.. tp masih x bleh.. ada sesiapa yg blh bantu.. tulun.. hamba ini sudahlah cetek ilmu psl menda2 ni semua..

Salam..

Akhirnya lepas juga tarikh 29 Jan..
di saat detik itu hampir tiba aku merasakan bagai tidak mahu melalui tarikh itu..
mau saja aku langkau terus ke 30 jan..
byk btl dugaan yg berlaku bla hmpir 29 jan pd thn2 sblm ni...
Alhamdulillah, aku melalui tarikh itu dgn tenang dan sedikit rs bhgia yg tidak aku rasa pda thn2 sblm ni..
thanx utk semua yg wish dan doa2 yg menggembirakn aku..
thanx sgt2 buat ex rumate matrix, Nurain Kamarulzaman.. trm kasih sgt2..
trm ksh sbb x pnh lupa besday aku and sentiasa ada di sisi aku..
aku akn igt kata2 ko tu utk thn2 yg akn dtg..
aku xkan bersedih lagi ms hari jadi aku.. aku xkan igt cerita2 sedih..
dan aku akn igt yg mak aku bhgia bila tgk aku lahir 22 thn dulu.. thanx utk kata2 semangat tu.. trm kasih jgk utk buah ati yg sntisa ada bt aku tsenyum.. yg aku hmpir2 lukakn hatinya masa hr jadi aku.. maaf sgt2 sbb kebodohan aku yg terlalu sgt ikt perasaan..
Dan sangat2 berterima kasih pd mak dan ayh... mak yg melahirkan aku dan ayh yg bersusah payah membesarkn aku selama 22 thn ni..
mampukah aku balasnya lebih dr apa yg mak dan ayah bagi??
Semoga kebahagian menanti di masa akn dtg.. dan aku akn ingat kata2 seseorg yg juga sama hari lahir dgn aku yg begitu mendalam maksudnya..
"Meningkatnya umur seseorang tu bermaksud makin hampir dia untuk menemui penciptaNYA..." aku pasti ingat..

Rasanya selama 22 thn ni x pernah lagi ucap selamat hari lahir kt diri sendiri.. hari ni aku nak ucap tanda aku menghargai diri aku yg masih setia bersama keluarga dan akan berusaha tetapkan iman di hati, tidak lupa diri dan berusaha utk menjadi seseorang yg lebih baik dan berguna kpd keluarga, agama, dan bangsa.. hihi
Selamat Hari Lahir yg ke 22 Nor Shazwani binti Ismail..

Wednesday, January 27, 2010

Alhamdulillah..

Hujan!! yea hujan turun.. alhamdulillah.. panas sungguh hari ini. tambah-tambah masa dalam lab tadi. duk tengok cik abang tu wat test.. har3..

Gumbira.. kunun-kunun aku jadi tukang ajar kat pekerja baru.. shh sebenarnya aku pun x berapa pandai. yela alat kat sini x sama lansung dengan kat u.

Kat u semua pakai alat electronic. mak aih senang sangat. budak skolah rendah pun reti tapi kalau dia x reti mengeja baik jangan gatal-gatal nak try.

Kat cni kebanyakan alat dia guna manual. ada jugak yang electronic tapi mesti jugak buat yang manual..

Masa mula-mula dulu terhegeh-hegeh jugak la aku nak buat. Dengan nak ingat tablet yang diguna. aishh tadi pun aku baru tau DPD rupanya ada 3 jenis.

"ku sangkakan dua. rupanya tiga.." (ala2 dialog cik pah dalam madu 3)..

Hua3.. nasib baik x tanya aku.. kalau x kantoi la aku tak tau.. takpa2.. lepas ni dah tau dah..

seronok jugak dapat jumpa budak praktikal lain. baru hari ni aku jumpa adik-adik tu selepas sebulan diorang masuk..

Dan yang paling best, ckin dgn azrin pun datang td.. terkejut jugak bila buka laptop tiba-tiba ada nota dari ckin.. nasib baik jugak lepas tu diorang datang balik.. dapat la jumpa sekejap..
Seronok tak ckin panjat tangga tinggi tu??.. hahaha aku hari kedua LI dah kena panjat. Panjat sorang-sorang pulak tu..

Tapi aku x cakap pun kat encik Mahathir yang aku gayat tempat tinggi. Pura-pura berani. Korang penah tak berdiri kat tempat tinggi yang kiri kanan dia tak ada pemegang?? kire macam ahli akrobatik yg jalan atas tali tu.. bezanya yang ni pijak simen.. muat-muat untuk letak sebelah kaki. dan dekat bawah tu ada air terjun dan batu-batu..

Masa mula-mula naik tu, aku pandang bawah. aku rasa pening dan badan terhoyong-hayang.. pernah x korang rasa macam tu.. agaknya macam tu la rasanya kalau gayat.. macam hilang pertimbangan je.. errr bukan2.. macam hilang keseimbangan dan tiba-tiba otak jadi beku.. itu la jadi dulu..

Itu dulu masa aku mula2 jejakkan kaki kat tempat praktikal ni.. skrg dah ramai orang aku kenal. aku seronok dapat ramai kawan walaupun hakikatnya mereka semua lebih kurang sebaya mak ayah aku je.. mungkin ini la yang akak2 senior penah cakap pengalaman yang takkan kita dapat dari kelas2...

Mungkin bila aku keluar, aku akan rindu tempat ni.. ramai jugak staf sini yang suruh aku kerja sini bila dah habis belajar nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki aku nanti aku kembali ke sini lg.. bukan sebagai seorang pelajar praktikal. tapi sebagai seorang engineer.. wahh!! cita2 mesti tinggi tau.. heheh..





Tuesday, January 26, 2010

Al Kisah..

Tadi aku merepek pergi beli alat timbang.. ala takkan tak tau kot. yang bentuk segi empat tu.. tapi aku punya penimbang ini comel tau.. tapi aku beli yang manual je.. nak beli yang digital xda duit pulak.. Aku beli sorok-sorok dari mak sebab takut mak marah abiskan duit sesuka ati.. har3 lagi.. kebetulan tadi aku beli kertas A4.. jadi boleh la tutup sikit-sikit penimbang tu. bila mak tanya beli apa. aku jawab beli kertas A4. betul pe. aku x tipu. cuma x bagitau sampai abis je.. huhu.. tapi sampai kat umah adik aku telah mengantoikan aku dengan mak. Huuu x pasal-pasal kena marah. tapi mak marah sikit je.. Adoi.. nasib baik.. Tapi aku rasa berbaloi aku beli sebab benda ni sangat penting sebab sekarang aku dalam usaha menguruskan badan. aku pun dah buat jadual diet. jadi aku boleh tau apa yang aku makan dalam seminggu disamping mengurangkan kuantiti makanan tu. jadi boleh la aku tengok samada berkesan atau x diet aku tu.. hihi..


Ni alat ukur berat aku.. xde la comei pun.. saje gempak.. kui3


Erkk sekarang suda hampir pukul 12.. budak gemuk. bila mau tidur.. aku mau tidur tapi mata xmau tidur lagi.. ahh jgn gini mataku sayang.. esok mau kerja.. xkan mau tidur di office.. nanti kena flying kick kuar daerah.. kui3.. agak melampau bunyinya di situ.. okey la aku mau tidur sekarang.. huuuu

Engkau Rasa Aku Lembut ke Sopan??

Sejak dari sekolah aku banyak berkawan dengan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai sopan santun.Ulangan.Sopan santun, bukan lembut okey.

Malah ada yang menjadi kawan yang sangat baik dengan aku.
Kawan aku ni baik sangat.

Walaupun budak lelaki lain selalu kutuk-kutuk dan ejek-ejek dia, tapi dia tak pernah marah. Mustahil dia tak terasa lansung tapi dia tak pernah merungut atau marah.

Boleh aku katakan lelaki sopan santun macam kawan aku ni lebih bagus daripada lelaki lain.

Sebab kebanyakan yang aku jumpa ni lebih memahami perempuan dan jarang sekali nak sakitkan hati kita.

Lebih-lebih lagi dialah yang paling sesuai jadi tempat nak luahkan perasaan sebab dia juga berjiwa sensitif seperti perempuan.

Maaf ya lelaki-lelaki di luar sana. Aku bukan nak kata lelaki yang macho dan maskulin ni tak bagus. Aku tak benci lelaki normal, sebab adik aku lelaki, ayah aku lelaki dan buah hati aku pun lelaki jugak.

Cuma nak mencari lelaki yang boleh dipercayai sekarang ni susah sangat. Nak cari yang betul-betul baik tu susah sangat. Yang senang nak cari dan banyak aku jumpa, musang yang berbulu ayam!

Macam kawan aku yang sopan santun tadi, sekurang-kurangnya dia tahu menghormati orang.

Bila bercakap sedap sikit telinga mendengar. Bukan kata-kata kesat macam yang kita selalu dengar.

Tapi yang sedihnya, orang yang sopan santun macam kawan aku ni selalu dipandang serong.

Mereka kata dia pondan, lembut, suka berkawan dengan perempuan, bila berkawan dengan lelaki dituduh gay pulak.

Kesian orang-orang yang seperti kawan aku ni, selalu menjadi bahan umpat keji orang.

Aku ingat ada satu peristiwa bila budak-budak laki ejek dia lembut macam pondan. Cikgu aku marah dan cakap dia bukan pondan tapi dia sopan santun.

Bukan mereka mahu jadi begitu, tapi sudah dilahirkan begitu. Mereka terima dengan redha.

Pengumuman, kes sahabat saya tidak sama dengan lelaki yang mahu jadi pondan dengan sengaja dan terlalu obses nak jadi perempuan sampai sanggup tukar segala-gala pada diri untuk jadi perempuan.

Walaupun sahabat saya ni lembut tapi dia masih menjaga diri, pakaian dan sebagainya. Sebab dia masih sedar yang dirinya lelaki. Cuma tutur kata dan lenggoknya sahaja yang lemah lembut.

Cuma perempuan sekarang pasti pandang serong dan tak ingin jadikannya boyfriend atau dengan kata lain tak akan ada yang mahu jadikan teman hidup.

Pada orang diluar sana, tolong la buang pandangan negatif tu. Mereka juga manusia. Buangkan umpat keji dan bantu mereka seikhlas hati. Mereka juga mahu hidup normal seperti orang lain.

Kalau yang jadi pondan kat lorong-lorong gelap tu tak tahu la macam mana nak tolong dah. tapi sebenarnya aku kesian diorang jadi macam tu. sebab x jumpa jalan pulang.. huhu.. maybe ada orang yang akan cakap. itu salah dia. siapa suruh jadi macam tu. Jangan sedap-sedap mengata orang. Siapa tau, tak jadi kat engkau boleh jadi kena kat keturunan engkau. Nanti baru sedar langit tu tinggi ke rendah.

p/s:Korang rasa aku aku lembut ke sopan? (hihi mesti la lemah lembut dan sopan. Kan aku ni gadis pilihan mak-mak mertua.. har3. perasan sedikit masih boleh dimaafkan)






Monday, January 25, 2010

Siapa yang sesat sebenarnya???

Masa tengah duk rehat2, aku teringat pasal kisah seorang lelaki.. pada perkiraan aku layak aku panggilnya pakcik.. waktu itu aku menjadi sukarelawan utk satu program antara universiti 3 negara, Malaysia, Indonesia dan Thailand.. sewaktu sedang khusyuk menyaksikan perlawanan sengit bola tampar antara Indonesia dan Thailand, ketenangan aku telah diganggu oleh hamba Allah tadi.. aku yg sekadar menghormati orang lebih tua ni cuma melayan ala kadar shj..

Sebenarnya mata dan otak aku x menangkap sangat apa yg dicakapkn oleh pakcik td sebab aku lebih berminat dgn perlawanan yg memang sengit ms tu.. ttpi tiba2 pakcik yg konon2 alim tadi bercerita mengenai Saidatina Aisyah... aku terkejut bila dia mengatakan Saidatina Aisyah yg kita sangka baik itu sebenarnya adalah penghuni neraka.. malah dia menyatakan bahawa ada hadis yg menyatakan Saidatina Aisyah itu adalah ulaq ayaq (ular air).. aku yg tdk berapa faham maksudnya memandang mukanya tnpa berkelip.. sebenarnya bukan aku kagum dengan fakta yg entah dari mana dia dapat tu.. tapi aku betul2 blurr dan cuba mengingat penah ke tidak aku dengar pasal kisah ini.. aku mula fikir yang pakcik ni sedang mengelentong aku..

Dia juga menyatakan apa yg kta semua belajar dlm Pendidikan Islam di sekolah rendah smpai ke sekolah menengah itu adlh tidak betul dan sesat sbb banyak kisah yg benar telah dimanipulasikan.. malah menyatakan ahli sunnah itu sesat.. aku sudah tidak percaya dgn kealiman kucing pakcik td dan lepas tu aku buat2 tak dengar apa yg dia ceritakan lagi. pakcik tu sempat bg no tel dan email supaya aku boleh rujuk dia klu ada apa2 masalah dan jika ingin membaca buku hadisnya.. tapi sampai sekarang aku x pernah contact hamba Allah itu.. aku xtau sama ada mau mengatakan dia sesat atau tidak sebab bukan hak aku menjatuhkan hukum.. yg penting tidak menggugat pendirian aku.. tp kalau pakcik tu berani menyebarkan pd aku, x mustahil dia berani sebarkan pd org lain, itu yg aku bimbangkan..

Tapi aku telah merujuk seorang kawan tentang ini dan dia menasihatkan aku supaya jangan mendekati pakcik tu lagi.. memang aku ikut cakap kawan aku tu.. setiap kali aku nampak pakcik tu mesti aku lari jauh2.. pernah sekali sewaktu majlis penutup aku berpura2 tak nampak pakcik tu.. tapi kawan2 aku pulak marah aku sebab nampak macam kurang ajar.. aku cuma mahu menyelamatkan diri sedangkan mereka tidak tahu apa yang berlaku.. malang sungguh.. dimarah tanpa usul periksa.. kat sini ada link seorang blogger yg menulis tentang kisah Saidatina Aisyah.. sebenarnya aku memang cetek ilmu tentang agama dan sejarah Islam.. tapi aku berminat kalau2 ada blogger2 di sini yg sudi berkongsi ilmu ini.. malah aku masih ada kemusykilan tentang enam imam yang dikatakan oleh pakcik tadi.. ada sesiapa yg sudi membantu?? aku menerima dgn hati yg terbuka.. http://www.cute-smiley.com






Hari Ini hari Apa??

La la la
Hari hari kerja...
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja... kerja...


Hohoho.. hari ini hari apa? hari ini hari Isnin. Semua orang pergi kerja kecuali orang yg tggl kat Johor, orang yg amik MC, orang yg bercuti dan orang tanam anggur...

Jadi apa aku buat di sini?? tak mau kerja kah?? Hahahah.. hari ini aku bercuti.. nge3.. 1st time amik cuti tau.. alah kalau duduk kt ofis bukan ada kerja pun.. melainkan kalau pergi site.

Bosan betul hari2 bt benda yg sama.. aku sudah rindu suasana kampus.. rindu jalan dgn member kamcing pegi kelas.. Makan2http://www.cute-smiley.com dekat dpn Dragon dan kt Samudera..

Sebelah petang plak jalan2.. kalau x pun duk kt depan blok Suksis sambil lepak denga dzu, huda dgn encik buah ati.. Waktu malam lepak2 bawah blok kejap, x pun lepak makan malam kt kedai Mak Cik Ros.. Ari minggu pulak pg library dgn encik buah ati..

Pelik. Klu ikutkan setiap ari buat benda yg sama jugak. Tapi kenapa aku x penah boring pun sepanjang kt sana.. Maybe sebab semua kawan2 aku ada sama..

Sekarang betul2 rindukan tempat itu, suasana itu, dan orang2 di situ semuanya.. huhu.. waaaahttp://www.cute-smiley.com nak balik u.. lambatnya mau abes praktikal ni..





http://www.cute-smiley.com


Saturday, January 23, 2010

Baju Baru..

Blog ku ini sudah pakai baju baru..
walaupun x cantek tp kira ok la sebab da lain..
xde la jemu asyik tengok yang lama..
niat di hati nak tukar classic..

tapi.. kemalasan mengatasi segala-galanya...

Nak sangat cari layout yang cantek2..
xpe la.. pakai gini sudah la..

nanti cantek2 sangat ramai pulak yang terpikat.. hehehe...
nanti bila aku sudah pandai dan kerajinan yang tinggi sampai langit ke tujuh (boleh ke sampai tu) baru la aku buat kasi cantek, cun melecun..

bukan setakat baju, maskara, eyeshadow, lipstick pun aku pakaikan jugak.. hehehe...

elok2 pulak layout ni warna pink dengan hitam..
memang cun sangat la kena dengan fav kaler aku.. nge3..







http://www.emocutez.com




Baby Blog yg Usang

aishhh.. blog aku ni baru lagi.. tp huduh sgt.. bila jalan2 kat blog org rs jeles sangat sebab blog diorg sume cantek2.. hisshhh jeles2...

apa mau buat.. sya budak baru belajar.. tpi nanti kalau aku suda pandai main sma itu code pelik yg memeningkan kepala aku bagi ko baju baru ye blog..

kesian kt blog ni pakai baju buruk je... mesti dia malu kat blog2 lain.. hahaha blog xtau malu, tp aku tau malu.. lalalala.. ada sapa2 nak ajar? hari ni atau esok sifu aku iaitu cikGadis ckp mau shopping sama beli baju utk blog aku ni... kesian blog.. bersabarlah ek...




ps: aku jadi biol plus x center hari ni sbb perkara yg begitu menyentap ati.. kui3.. sapa yang baca ni klu rasa bosan bleh bagi luku kepala aku seliang http://www.emocutez.comsebab tulis entry ntah pape.. hak3









http://www.emocutez.com



Thursday, January 21, 2010

Contest Oh Kunci by Arieza

Kunci Segala Hati


Oh kunci..

Pada manusia 'kau' tiada apa-apa,
Mereka melihat mu hanya suatu benda,
Tetapi manusia selalu terlupa,
Menilai dari sudut yang berbeza,
Memahami maksudku yang luar biasa,

Pada ku 'kau' terlalu sempurna,
Kerna takdir yang tertulis tanpa dakwat berwarna,
Pada ku 'kau' adalah raja,
Yang mempunyai kuasa tiada taranya,

Adanya 'engkau' masalah terungkai jua,
Ibarat kunci yang membuka mangga,
Mengemudi bahtera yang mengubah minda,
Menetapkan iman sebagai tiang jiwa manusia,

Padaku 'kau' berbeza sekali,
Yang takkan terlihat walau secara ilusi,
Namun kan tetap ku genggam walau hanya di hati,
Kerana tanpa mu merabalah aku mencari,
Arah mana pedoman hayatku ini,
Dan tujuan apa ku berpijak di bumi ini,
Kerna hanya 'engkau' yang mampu mengerti,
'Engkaulah' Tuhan Yang Esa,
'kunci' segala pintu hati...



Pergilah Air Mata~~

Arghh.. hati ini mula bernafsu kembali.. nafsu novel suda datang.. arghh aku mau novel itu.. buah tangan kedua Hanni Ramsul.. aku sudah membaca buah tangan pertama Hanni, "Biarlah YM Berbicara".. memang best!! walau suda baca berulang kali masih x jemu2.. kalaulah aku mampu menjadi penulis seperti dia, Aisya Sofea, Faisal Tehrani, Habiburrahman El Shirazy dan ramai lagi novelis yg aku suka.. mau jadi seperti mereka..

Dulu sewaktu form3 aku menulis novel.. dua novel yg aku tulis tangan.. sedihnya, novel yg telah selesai tapi hilang selepas aku masuk ke asrama.. memang x sangka aku mampu menulis panjang.. tpi masa itu nafsu menulis sangat tinggi.. setinggi gunung everest.. ms pun banyak dan x banyak serabut kelapa dlm tempurung kepala ni..sekarang mau mula menulis tapi aku bimbang tidak mampu memberi komitmen.. takut tulisanku terbiar sepi.. almaklum la.. dengan macam2 kerja, dan nak melayan hati dek kerenah orang yg mengada2.. Ni pun mujur juga jari jemariku masih mampu menari di laman maya ini.. jika tidak, blog ini pun bakal terbiar sepi seperti blogku yang terdahulu... Mampukah aku menulis kembali?? aku kepingin benar... harap2 akan ada kesempatan selepas ini...



Argghhh.. sekarang fikir pasal Pergilah Air Mata pula.. tiada sesiapa mau berikan hadiah?? heheh.. lgpun hari jadiku sudah dekat.. mau sangat2.. Encik Buah Hati x nak bagi hadiah?? hahaha.. nak mencari di sini belum tentu ada.. Biarlah YM Berbicara pun mujur terjumpa di Tesco.. Hahaha sebab novel tu aku sanggup pergi ke Alor Setar.. memang benar.. semata2 kerana novel itu.. heheh.. tapi itu dulu sewaktu di u.. tiada siapa yang mau herankan diriku yang x berapa betul ni.. tiada siapa kesah apa yang budak pendek gemuk ni hendak buat.. tapi sekarang cuba la gatal2 pergi ke taiping semata2 untuk novel??? lebih baik pegi tadah pipi dekat mak.. biar mak bagi penampar dua liang.. huh mengada2, sudah la buang duit beli benda x berfaedah, nak buang duit abes bayar tambang jauh2 pulak.. Nak beli sebuah novel pun dah macam nak beli kete sebijik.. huhu macam melampau sangat perumpamaan tu.. sekarang mampu menanti ihsan sesiapa.. mana tahu kakak berhati mulia nak belikan.. atau Sutun baek hati nak belikan.. isyy berangan!!



p/s: masih berharap.. http://www.emocutez.com






http://www.emocutez.com

Wednesday, January 20, 2010

Salahkah aku??

Ape yg kelakar sangat??? adakah kerana aku ni terlalu lembut atau lurus bendul?? adakah itu yg layak aku terima?? aku bukan bodoh. bukan juga badut yang patut diketawakan?? apa salah aku?? aku cuma menjadi diri aku dihadapan orang.. aku cuma bercakap benar dihadapan org.. adakah itu satu yg kelakar?? walaupun aku cuma tersenyum bila diketawakan aku boleh rasa riak wajah aku berubah.. sedihkah aku?? marahkah?? tidak.. aku tidak marah.. aku cuma kecewa apabila dijadikan bahan ketawa.. "awak ni lurus bendul".. itukah kata2 yang layak aku terima kerana kepatuhan aku, kerana rasa hormat aku pada mereka2??? mereka2 yang tidak tahu menghargai rasa hormat aku.. tapi aku terima.. hidup kita manusia ibarat roda.. kadang di atas kadang di bawah.. tapi bila aku di atas nanti aku takkan memalukan sesiapa atau ketawakan sesiapa kerana kepatuhannya atau kerana mereka menunjukkan rasa hormat.. biarlah Tuhan membalas dan mereka sedar hendaknya.. bahawa kepatuhan atau kesetiaan bukan untuk diketawakan...





http://www.emocutez.com

Tuesday, January 19, 2010

Lappyku...

Uwaaa.. tulun tulun!!.. lappyku sedang menjerit kesakitan... kesian my lappy diserang penyakit bernama virus.. skg sedang nazak di spital.. isk3..

Sumenye bermula bile ade makhluk yg menyebarkan virus kt yahoo massenger.. kesian lappy ku.. suda la de tu da tue dan usang.. diserang penyakit pulak.. kuang hasam punye makhluk!!! klu aku tau sape ko, aku sebarkan segala mcm jenis virus, worm, trojan ke, atau klu ak bleh cipta satu penyakit utk lappy de bg rosak trs smpai arwah lappy de..

Wuuu kesian lappy tuaku.. wlu de buruk, aku tetap syg.. kerana de la ak x bosan n dpt bukak sgala mcm cafe, farm.. sbb de jgk la aku bleh jln2 kt ruang maya ni.. de jgk la yg tlg aku buat esemen yg betimbun.. huhu.. kesian lappy.. xpe2 lepas ni mst lappy sehat.. makhluk Tuhan tu aku da block.. jgn dtg lg.. PARASIT!!








Saturday, January 16, 2010

My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi!




My Childhood Photo Contest




This contest will run from January 7 2010 to January 2010 (11:59P.M)..
('My Childhood Photo Contest' berlangsung selama 2 minggu sahaja so I urge U to hurry!)

Terms and Conditions of the Contest:

1. Add Url Link ( http://ieda2009.blogspot.com/) pada Bloglist@Blog Roll anda & anda juga diwajibkan untuk menjadi Follower http://ieda2009.blogspot.com/
- DONE
-

2. Copy & paste banner di atas pada entry/posting anda bertajuk 'My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi!' & link kan ke ( http://ieda2009.blogspot.com/2010/01/my-childhood-photo-contest-by-pu3.html ) kemudian letakkan pula banner 'My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi!' bersama link ( http://ieda2009.blogspot.com/2010/01/my-childhood-photo-contest-by-pu3.html ) pada sidebar blog anda
- DONE
-

3. Upload 2 keping gambar anda. 1 keping gambar anda sewaktu kecil/pada zaman kanak2 & 1 keping lagi gambar anda setelah dewasa.(TAMBAHAN: HAD UMUR DARI USIA BARU LAHIR PUN TAK APE & SEHINGGA 12THN SHJ..13-19 KEATAS TU DAH CONSIDERED TEENAGERS & ADULT,KEY.. :)
PERHATIAN: Hanya gambar anda sahaja ya,gambar orang lain adalah tidak dibenarkan samasekali
Anda diwajibkan untuk menceritakan serba-sedikit tentang gambar anda sewaktu kecil/pada zaman kanak tersebut ATAUPUN ceritakan mengenai kenangan yang tidak dapat anda lupakan sewaktu zaman kanak2 anda..
(Ada certain Blog yang saya tak dapat view gambarnya gara-gara line internet yang bermasalah sila e-mailkan gambar anda ke luvieda09@yahoo.com..Terima Kasih..)
- DONE
-

4. Pemenang akan dinilai melalui gambar yang chumel,menarik & berjaya membawa saya & juri2 lain,mengenang kembali akan zaman ria kanak2 dulu.
Hanya 3 orang pemenang sahaja yang akan dipilih.Manakala bagi penyertaan yang ke-13,akan mendapat hadiah misteri! :)

5. Apabila semua syarat & peraturan telah dipenuhi, jangan lupa tinggalkan komen berserta URL link anda mengenai contest ini pada ruangan komen N3 My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi! untuk memudahkan proses blog review.. ^_^
- DONE
-


Hadiah2 yang ditawarkan:


Tempat Pertama: H/Phone Top-up RM30 + H/Phone Strap
Tempat Kedua: H/Phone Top-up RM20 + H/Phone Strap
Tempat Ketiga: H/Phone Top-up RM10 + H/Phone Strap
Hadiah Misteri Penyertaan yang ke-13: ??????????????? ^_*



Kisah Seorang Aku yg Sangat NAKAL





Masa tengah jalan2 kat blog orang, tiba2 aku nampak ade contest ni.. mcm menarik.. sebab aku memang terlalu rindu zaman itu.. memang waktu itu adalah saat terindah dalam hidup aku sebelum aku mengenal dunia sebenar dan aku ingin berkongsi dgn semua orang saat2 indah itu...




Gambar ni mase aku, kakak, dgn adik aku ikut orang tua kami bercuti ke Pulau Pangkor.. mase tu, Chu(mak sedara) aku dgn opah pun ikut sama.. Masa ni kami cuma 3 beradik.. yg sebelah kiri yg cute2 tgh tepuk tangan tu mesti la aku.. hihi. Sebelah tu plak kakak aku.. Masa ni adik lelaki aku hilang entah ke mane... ade kisah disebalik gamba ni.. ayah amik gamba ni selepas satu kejadian berlaku ke atas kami 3 beradik.. mase tu kami ni memang tersangat NAKAL.. memang x reti duduk diam.. masa dekat hotel, kami duduk di bilik opah dan merancang pegi ke bilik my parent tnpa pengetahuan opah dgn chu.. yg menjadi ketua operasi mestilah kakak.. Kami keluar senyap2 dan mencari bilik mak dgn ayah.. aneh, terasa semakin jauh plak kitorg berjalan.. mase tu budak2 lagi, so ikut je la ke mane kakak pegi.. kami jalan betiga sambil pimpin tangan.. lame2 aku rase pelik sebab kami sampai dekat kolam mandi.. memang pelik sebab sebenarnye ktorang dh jauh dari hotel.. bile ade org bertanye, adik nak pegi mane? kami jwb nk cari bilik mak dgn ayah.. mujur la jmpe orang baik2, klu x mesti da kena jual sampai siam!! dan akhirnye mak dgn ayah cari ktorg.. x sangka kami betiga boleh sesat mase cari bilik mak dgn ayah padahal bilik mak dgn ayah tu sebelah je dgn bilik chu ngn opah.. hihi.. sebenarnye sje jln jauh2.. bak kate org, jauh perjalanan luas pemandangan.. heheh



Disebabkan kami ni NAKAL sangat, penah ade 1 kali tu orang datang umah.. kami ni asyik la mengacau orang yg datang tu.. bile mak hidang air kami yg buat muke x malu dtg bwk cawan dan makan roti cicah air dgn muke x malu.. padahal mak dah siapkan kat dapur utk ktorg tapi ktorg dengki sebab diorg makan kt depan ramai2.. satu hari tu chu mrh sgt lalu kami bertiga diikat dekat ats katil supaya x mengacau lagi.. mase 2 ktorg kecik lagi tp dh diajar macam tu.. sampai sekarang kami tau beradab bile ade tetamu dtg umah... heheh.. mcm kejam kan??



Mase kecik2 dulu aku duduk umah kampung, jd memang xde kawan lagi.. umah pun kt kawasan jin bertendang.. sambil duk kt tepi tingkap tu kami tengok ke bwh.. nampak la sekumpulan pig berbaris.. anak2 de yg warne pink2 nampak comei sangat ikut belakang mak die.. aku dgn kakak menjerit2 "mak2 tgk tu comei!! itu lebit(rabbit) ke cat??"..Tb2 dgr Chu aku menjerit sambil mengejar kami yg hampir2 turun nk pegi tgkap binatang tersebut.. "jgn!! itu bkn lebit!!!" fuh.. nasib baik ktorg x pegi terkam binatang tu.. geram sebenarnye tgk anak2 die comei and kaler pink.. haha agak2 ape jadi kt ktorg klu ktorg terkam anak pig tu???



Lagi 1 aku dgn kakak pantang nampak peti ais.. sebab ktorg suke sangat mandi dgn air peti ais tu.. mak plak selalu sibuk kt dapur.. aku dgn kakak senyap2 bukak peti ais, amik air utk minum yg dalam botol tu.. mule2 kakak mandikan aku.. lepas tu aku plak jirus kakak dgn air sejuk tu.. bile mak sedar je, berbotol2 air abes dan ktorg x dpt minum air sejuk utk mkn tgh hari.. hehe.. klu kitorg x mandi pun, kucing kt rumah tu la menjadi mangsa.. opah selalu terkejut sebab bile buka peti ais mesti jumpe kucing dekat tempat simpan sayur.. haha keje sape lagi klu bukan aku dgn kakak.. kesian kucing tu jadi mangsa.. last2 ayh letak peti ais kt dapur dan bt pintu supaya aku dgn kakak x dpt bukak peti ais lagi... tiada lagi kekejaman terhadap binatang bernama kucing dan tiada lagi mandi air sejuk.. hehe kami telah diselamatkan dari terus membuat dosa kerana menyeksa binatang.. ngee memang NAKAL ini budak!!



29 Januari ni genap umur aku 22 tahun.. cute itu masih ade tapi keNAKALan tu aku rase dah berkurang.. aku x lagi NAKAL mcm dlu.. bukan jgk spesies ayu2.. aku spesies ape?? aku pun x tau.. yg penting bkn 2 alam.. hahah.. ni gamba aku yg terbaru.. mmg terbaru sgt sbb br smlm tangkap.. hihi.. tgk gmba ni mesti x caye mase kecik aku ni sgt NAKAL kan??





p/s: x kesah menang @ tidak.. yg penting aku dapat kongsi kisah aku walaupun aku tau x sume org lalui hidup yg gembira ms kecik...

Lagi cite ms kecik2 dlu.. klik sini

I dont want banana fruit two time!!

Seronok dapat jmpa kawan2 selepas beberapa bln x jumpe.. mcm2 cite jadi topik.. mslh kt office, x ketinggalan gosip2 kt tempat keje.. tp topik paling best pasal cite yg kitorang tgk td.. "Adnan Sempit".. "ini bukan cerita pasal rempit atau bohsia.. tp ini adalah cerita tentang cinta antara seorang awek dengan seorang aku".. memang kelakar abes. satu panggung gelak sakan. budak yg duk kt sebelah Kerang siap gelak sambil hentak2 kaki.. punye la die seronok tgk cite tu.. kerang plak x bley tahan msa Shaheizy Sam ckp bhsa Inggeris beterabur.. "I dont want banana fruit two times!!" elok2 plak time tu tgh minum.. memang da tersembur sket.. naseb baek bleh cover.. naseb baek jgk xde mamat ensem kt sebelah tu.. klu x jatuh saham juta2 lemon!


Gumbiranye Kerang sebab hari ni bleh lepaskan tension lepas seminggu terperuk dalam lab.. tp yg paling penting gumbira sbb hari ni dpt pulang.. Pasal cite Adnan Sempit tu.. de x sama dgn cite rempit atau bohsia.. memang kerang suke sangat cite bohsia tp cite ni lain sangat dgn bohsia.. Yang paling penting terdapat beberapa nilai murni dalam cite ni.. ahaks! da mcm jwb soalan komsas ms skolah menengah dulu jek..hihi.. tp mmg ade la sket2..


Yg pertama.. jgn la kte nilai sum1 tu dari luaran je.. kdg2 muke ensem tp hati busuk.. ade jgk yg muke mcm pecah rumah tp sebenarnye die la yg paling blh diharapkan.. x kata yg luaran cantik tu x elok tp seelok2nye sebelum kte menilai org biar la kte nilai hatinye dlu..Kerang pun penah jgk tersilap menilai org.. Tp lepas ni, I dont want banana fruit two times.. hihi


Yg kedua plak.. manusia ni selalu bt sesuatu secara melulu.. mksudnye x reti nk control emosi.. bile x dpt control emosi, mule la mulut tu laju je mcm ketapi ekspres nk maki orang, marah org.. kadang2 sampai kte x sedar yg kte dh lukakan hati orang yg kte ske n sayang.. sehingga hati orang tu retak dan hancur lumat sampai dh xde rupe.. pastu senang2 kte nk mintak maaf.. mase nk marah2 tu x reti plak nk fikir prsaan orang.. tul x?..


Cukup la tiga je kan.. x sempat la plak Kerang nak mengkaji byk2..hehe.. haaa yg terakhir plak.. jgn la kte merempit.. hihi.. tgk orang merempit pun jgn.. tp jgn plak asal nmpak org bwk moto kte fikir die pun mat rempit jgk.. bak kte adnan sempit.. "xkan pak aji yg bwk moto pun dikire mat rempit??" hehe..



ok la.. saje nak merepek hari ni disamping nak promote cite Adnan Sempit... pegi la ramai2 tgk cite tu.. mmg best! kelakar abes.. I pun tgk sbb ade pelakon feberet I.. Shaheizy Sam.. hehehe I lebiu Sam!! tp mmg x rugi la tgk.. percayalahhh...


Ayat yg Kerang ske selepas ayat "besar x besar la brader!"
> Dimana ada kemahuan, disitu ada highway
> I dont want banana fruit two times
> Pakcik and all pakciks
> waa tgk lu kecik besar kecik besar je de!
> muka brutal tapi dlm hati ade taman
> sye tgh sibuk ni. byk lagi beg2 tangan yg sye nk ragut pasni!
> kerana nila setitik habis rempit sebelanga

dgr sume ayat2 tu memang Kerang tergelak abes.. bkn Kerang sorang, tp satu panggung gelak besar!!





http://www.emocutez.com

Tuesday, January 12, 2010

Aku Benci!!

Arghhh.. dia datang lagi.. dia selalu datang x mengena masa.. time aku nk bergembira dan beristirehat.. knp mesti dia mengganggu hidup aku lagi.. shuh2!! pegi jauh.. aku da x larat melayan engkau.. tolong la bagi aku keamanan.. cukup2 la kau buat aku menderita.. kenapa engkau mcm cemburukan kebahagian dan keseronokan aku?? please pegi jauh2..(penuh mengharap)
.

Tiap kali kau datang mesti mood aku berubah, dari ceria jd muram, dari hepi jd marah.. smpai encik buah hati pun kadang2 bawak diri sebab perangai aku tiba2 berubah bile kau datang.. tolong pergi.. jgn dtg2 lagi.. da mcm2 cara aku buat supaya kau x hadir dlm hidup aku semula.. tapi kau cume pergi sekejap dan dtg semula.. pergi!!


Kau sedar x kau dah merampas semua yg aku suke!! aku x boleh nak makan coklet kegemaran aku, snek2 ngn jajan yg aku ske, aku xde cara lain melainkan terpaksa menelan ubat sepanjang ms.. eh! ubat?? hah itu je caranye.. pegi la kau migrain durjana!! aku da telan ubat 2 bijik tadi.. kau akn lenyap sebentar lagi.. sementara tu biar aku zzZZZ dlu...


Pergilah migrain.. jangan datang lagi....





http://www.emocutez.com

Monday, January 11, 2010

Redha atau pasrah..

Assalamualaikum....

Adakah sy seorang yg benar2 redha atau sy seorang yg pasrah tentang apa yg menimpa hidup ni??.. br tadi sy membaca blog seseorang.. dia bcakap tntang perasaan. tentang hati yg terguris, tentang kemaafan.. bg sy sume tu dh terlalu sebati dgn diri sy.. pada sy soal hati terlalu subjektif, tiada org mampu memuaskan hati setiap orang.. mungkin bg kta, apa yg kta lakukan dh cukup utk memuaskan mereka, tp bg mereka apa yg kta lakukan masih blum mencapai tahap yg mereka mahukan.. sbb itu lah ianya terlalu subjektif..

Prinsip sy semahu2nya menjaga hati org lain.. tp bg orang lain plak kdg kala kata2 itu melemaskan, bt mereka rs menyampah.. mengapa mesti menjaga hati org? mengapa mesti melayan kerenah mereka? mengapa mesti tunduk pd kehendak org sedangkan de yg melukakan aku?.. itu bkn persoalan yg ptt ditanya.. tp kta spatutnya btanya, adakah aku sudah melakukan yg terbaik utk mjaga hati mereka? adakah aku pernah mengguris hati mereka? adakah Yg Maha Pencipta mengampunkan aku jika aku melukakan mereka? itu persoalan yg lebih penting..

Jgn marah klu hari ini sy menjadi seperti A.Samad Said.. Sy cuma tertarik menulis soal hati bile tbaca soal hati.. Rasulullah SAW sendiri ttp menjaga hati org lain, wlu dia dilukai.. Yaa.. mesti ad yg akan cakap, Rasulullah itu maksum.. hatinya terlalu bersih.. klu dh tau begitu, mengapa kta x bersihkan hati kta? cukup2 lah dgn titik hitam yg ada dlm hati kta.. bersihkan hati bkn setakat bersihkan kejahatan, tapi bersihkan dr kesedihan dan kekesalan yg x sepatutnya.. biar ap yg orang lakukan, memaafkan itu lebih penting.. bukan di mulut, tapi berdoa kpd Yg Maha Pengampun supaya berikan kemudahan kpd kta spya kta benar2 ikhlas memaafkan menandakan kta redha dgn ap yg berlaku dan bkn kerana pasrah..


Ade seorang teman pernah kata yg sy ini seorang yg sgt pelik seperti org yg tidak ada perasaan.. sbb selalu x kesah dengan ap yg jd.. benarkah sy tiada perasaan?? tidak.. sy bukan tiada perasaan.. tp sy sebenarnya cuba jd seorang yg memaafkn.. sy cuma mahukn yg sy benar2 redha dgn ap yg tjadi..


Korg tau ap perbezaan radha dgn pasrah?

Redha itu adalah rela dan pasrah itu menyerah.. klu kte benar2 redha kte xkan mengeluh dgn ap yg tjadi.. tp mampukah sy redha dgn ap yg tjadi? sy cuma berusaha, tp yg membuka ruang itu adlh Allah SWT..

Cara terbaik yg sy sllu lakukn ialah dgn memaafkan semua org di sekeliling sblm tidur dan berdoa semoga mereka juga melakukan perkara yg sma...


“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang , Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan” (Ali Imran : 133-134)


“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An Nuur, 24:22)



Sunday, January 10, 2010

Kad bercerita...

Sebenarnye xtau nak tulis ape.. mase yg kurang dan kekeringan idea lg.. tp smlm mase tgh mencari2 kotak.. tb2 Kerang terjumpa kad yg Sutun penah bg Kerang..

Sonok jugak bile bace kad ni.. sbb byk cite pasal mule2 kitorg kenal.. mcm mane kerang mule kenal ayh ngn Sutun.. Mase bace tu mst tgelak2...



Maybe org lain xkan paham ttg kartun dlm kad tu.. cume kami2 je yg paham.. yg penting Kerang seronok dgn persahabatan mcm ni.. wlupun x penah jmpe Sutun tp mcm dah lame kenal.. Skg pun Sutun da hepi, Kerang dgn Ayah pun da hepi.. hope kite sume hepi2 smpi bile2.. mcm lagu Amy Mastura - Happy!

http://www.emocutez.com
"Lebih baik cinta daripada benci.. Lebih baik setia dari iri hati… Menyanyi dan menari sesuka hati… Janji kita!! Happy!!"





http://www.emocutez.com