Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Wednesday, January 27, 2010

Alhamdulillah..

Hujan!! yea hujan turun.. alhamdulillah.. panas sungguh hari ini. tambah-tambah masa dalam lab tadi. duk tengok cik abang tu wat test.. har3..

Gumbira.. kunun-kunun aku jadi tukang ajar kat pekerja baru.. shh sebenarnya aku pun x berapa pandai. yela alat kat sini x sama lansung dengan kat u.

Kat u semua pakai alat electronic. mak aih senang sangat. budak skolah rendah pun reti tapi kalau dia x reti mengeja baik jangan gatal-gatal nak try.

Kat cni kebanyakan alat dia guna manual. ada jugak yang electronic tapi mesti jugak buat yang manual..

Masa mula-mula dulu terhegeh-hegeh jugak la aku nak buat. Dengan nak ingat tablet yang diguna. aishh tadi pun aku baru tau DPD rupanya ada 3 jenis.

"ku sangkakan dua. rupanya tiga.." (ala2 dialog cik pah dalam madu 3)..

Hua3.. nasib baik x tanya aku.. kalau x kantoi la aku tak tau.. takpa2.. lepas ni dah tau dah..

seronok jugak dapat jumpa budak praktikal lain. baru hari ni aku jumpa adik-adik tu selepas sebulan diorang masuk..

Dan yang paling best, ckin dgn azrin pun datang td.. terkejut jugak bila buka laptop tiba-tiba ada nota dari ckin.. nasib baik jugak lepas tu diorang datang balik.. dapat la jumpa sekejap..
Seronok tak ckin panjat tangga tinggi tu??.. hahaha aku hari kedua LI dah kena panjat. Panjat sorang-sorang pulak tu..

Tapi aku x cakap pun kat encik Mahathir yang aku gayat tempat tinggi. Pura-pura berani. Korang penah tak berdiri kat tempat tinggi yang kiri kanan dia tak ada pemegang?? kire macam ahli akrobatik yg jalan atas tali tu.. bezanya yang ni pijak simen.. muat-muat untuk letak sebelah kaki. dan dekat bawah tu ada air terjun dan batu-batu..

Masa mula-mula naik tu, aku pandang bawah. aku rasa pening dan badan terhoyong-hayang.. pernah x korang rasa macam tu.. agaknya macam tu la rasanya kalau gayat.. macam hilang pertimbangan je.. errr bukan2.. macam hilang keseimbangan dan tiba-tiba otak jadi beku.. itu la jadi dulu..

Itu dulu masa aku mula2 jejakkan kaki kat tempat praktikal ni.. skrg dah ramai orang aku kenal. aku seronok dapat ramai kawan walaupun hakikatnya mereka semua lebih kurang sebaya mak ayah aku je.. mungkin ini la yang akak2 senior penah cakap pengalaman yang takkan kita dapat dari kelas2...

Mungkin bila aku keluar, aku akan rindu tempat ni.. ramai jugak staf sini yang suruh aku kerja sini bila dah habis belajar nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki aku nanti aku kembali ke sini lg.. bukan sebagai seorang pelajar praktikal. tapi sebagai seorang engineer.. wahh!! cita2 mesti tinggi tau.. heheh..





1 comment:

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)