Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Tuesday, January 26, 2010

Engkau Rasa Aku Lembut ke Sopan??

Sejak dari sekolah aku banyak berkawan dengan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai sopan santun.Ulangan.Sopan santun, bukan lembut okey.

Malah ada yang menjadi kawan yang sangat baik dengan aku.
Kawan aku ni baik sangat.

Walaupun budak lelaki lain selalu kutuk-kutuk dan ejek-ejek dia, tapi dia tak pernah marah. Mustahil dia tak terasa lansung tapi dia tak pernah merungut atau marah.

Boleh aku katakan lelaki sopan santun macam kawan aku ni lebih bagus daripada lelaki lain.

Sebab kebanyakan yang aku jumpa ni lebih memahami perempuan dan jarang sekali nak sakitkan hati kita.

Lebih-lebih lagi dialah yang paling sesuai jadi tempat nak luahkan perasaan sebab dia juga berjiwa sensitif seperti perempuan.

Maaf ya lelaki-lelaki di luar sana. Aku bukan nak kata lelaki yang macho dan maskulin ni tak bagus. Aku tak benci lelaki normal, sebab adik aku lelaki, ayah aku lelaki dan buah hati aku pun lelaki jugak.

Cuma nak mencari lelaki yang boleh dipercayai sekarang ni susah sangat. Nak cari yang betul-betul baik tu susah sangat. Yang senang nak cari dan banyak aku jumpa, musang yang berbulu ayam!

Macam kawan aku yang sopan santun tadi, sekurang-kurangnya dia tahu menghormati orang.

Bila bercakap sedap sikit telinga mendengar. Bukan kata-kata kesat macam yang kita selalu dengar.

Tapi yang sedihnya, orang yang sopan santun macam kawan aku ni selalu dipandang serong.

Mereka kata dia pondan, lembut, suka berkawan dengan perempuan, bila berkawan dengan lelaki dituduh gay pulak.

Kesian orang-orang yang seperti kawan aku ni, selalu menjadi bahan umpat keji orang.

Aku ingat ada satu peristiwa bila budak-budak laki ejek dia lembut macam pondan. Cikgu aku marah dan cakap dia bukan pondan tapi dia sopan santun.

Bukan mereka mahu jadi begitu, tapi sudah dilahirkan begitu. Mereka terima dengan redha.

Pengumuman, kes sahabat saya tidak sama dengan lelaki yang mahu jadi pondan dengan sengaja dan terlalu obses nak jadi perempuan sampai sanggup tukar segala-gala pada diri untuk jadi perempuan.

Walaupun sahabat saya ni lembut tapi dia masih menjaga diri, pakaian dan sebagainya. Sebab dia masih sedar yang dirinya lelaki. Cuma tutur kata dan lenggoknya sahaja yang lemah lembut.

Cuma perempuan sekarang pasti pandang serong dan tak ingin jadikannya boyfriend atau dengan kata lain tak akan ada yang mahu jadikan teman hidup.

Pada orang diluar sana, tolong la buang pandangan negatif tu. Mereka juga manusia. Buangkan umpat keji dan bantu mereka seikhlas hati. Mereka juga mahu hidup normal seperti orang lain.

Kalau yang jadi pondan kat lorong-lorong gelap tu tak tahu la macam mana nak tolong dah. tapi sebenarnya aku kesian diorang jadi macam tu. sebab x jumpa jalan pulang.. huhu.. maybe ada orang yang akan cakap. itu salah dia. siapa suruh jadi macam tu. Jangan sedap-sedap mengata orang. Siapa tau, tak jadi kat engkau boleh jadi kena kat keturunan engkau. Nanti baru sedar langit tu tinggi ke rendah.

p/s:Korang rasa aku aku lembut ke sopan? (hihi mesti la lemah lembut dan sopan. Kan aku ni gadis pilihan mak-mak mertua.. har3. perasan sedikit masih boleh dimaafkan)






1 comment:

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)