Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, February 27, 2010

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST




Kepada penggiat industri blog!! Sila ambil perhatian!!! Contest terhebat abad ini telah bermula!!


Apa yang hebat sangat pasal contest ni????

Hadiah Bernilai lebih RM 3500!!!

(mata sudah blink2 tengok hadiah dia)




About this contest!!


(ketuk pada gambar untuk besarkan imej)



Dapatkan Mata anda!!!


(ketuk pada gambar untuk besarkan imej)



Register


(ketuk pada gambar untuk besarkan imej)


Kalau nak tahu lebih lanjut cara nak menyertai contest ni boleh klik sini

Contest "Apakah gaya & warna diriku...."



Thanx Vee sebab sudi jemput Cik Budak Hitam ni join contest ni.. Kalau ikutkan aku tak tau nak cite apa pasal fesyen sebab aku bukannya suka bergaya.. stail aku cuma jeans dan t-shirt.. cuma kadang-kadang je terasa nak melaram.. tapi lebih suka pakai tudung ekin tu.. kalau ikut kata kawan aku macam minah indon.. tak kesah la diorang nak cakap apa sebab aku selesa and tak payah nak selalu tiup2 tudung bile tudung da terkelepet.. hihihi.. dulu masa sekolah.. badan aku ni agak gempal.. sebenarnya bukan agak.. memang gemok pun.. hihihi sebab tu aku malas nak berpesyen2 ni.. so sampai sekarang aku ni jenis simple je... ok la.. malas nak celoteh panjang lagi.. tengok la gamba ni..

nampak macam heroin indonesia?? Hehehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Gamba ni adalah gamba yang paling aku suka.. sebab?? sebabnya aku sangat suka warna merah dan hitam.. kebanyakkan baju aku cuma mempunyai satu warna yang aku suka.. cuma gmbar ni yang menggabungkan warna merah dan hitam..

Kenapa aku suka merah dan hitam??

Warna merah pada aku mempunyai daya tarikan sendiri.. kira ibarat penggoda la.. (erkk penggoda ke aku?? hahaha)lagi pulak menampakkan aku lebih berani..

Warna hitam pulak buat aku lebih yakin dan sebab hitam itu menawan...
Macam dalam iklan: "hai.. nama saya rain.."
eh eh bukan.. "nama saya Budak Hitam..."

Hihihihih


p/s: kepada blogger sekalian.. sila la undi saya ye.. tarikh undian bermula pada 7 march hingga 6 april.. undian anda nanti sangat dihargai..
sayang kamu semua..
http://www.cute-smiley.com

untuk mengundi nanti anda boleh pergi ke blog Vee Violet

Kalau cantik.. i like~~.Kalau tak cantik.. huh menyampah!!

Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!


Cantik atau tidak.. itu bukan ukuran.. yang penting seikhlas mana hati itu.. sebahagian yang tertulis di atas, penah aku rasakan.. memang perit menerima.. tapi aku buang dan pekakkan telinga seperti aku tidak pernah mendengar kata2 perit itu.. aku dan teman aku ni sama2 penah merasa.. tapi... tengok la kat bawah..


Ni gambar hari bahagia teman zaman kanak2 aku ni.. natrah.. ari ni ko cantik sangat.. agaknya kalau aku kawin nanti mesti cantik macam ko kan??? hihihih..


notajarikaki: bile la aku nak kawin ni... hihihihih (<------gatal gile dak ni)

Thursday, February 25, 2010

Pepohon telah berlagu riang. Sila kebalkan telinga anda sebelum dimaki~~

Beberapa minggu ni sangat panas.. dan kenapakah Cik Puan begitu giat membuat kerja luar dan secara tak lansung aku pun kena ikut sama.. yela aku kan secretary tak rasmi beliau...

Haduyai.. kalau boleh time2 macam ni nak duk dalam ekon je... baru masyuuukk.. tapi yang buat aku hangin, sakit hati, limpa jantung, sawan macam nk giler bila ekon dalam ofis ni rosak.. ces! ces!

Kenapa kau rosak sekarang wahai ekon?? panas hati dibuatnye.. duk dalam ekon pun berpeluh2 macam baru lepas lari pecut 100 meter.. berpeluh ok.. tiap kali balik mesti aku busuk dengan bau peluh.. itu belum cite pegi keje kt luar.. dibuatnye pulak kena tengah ari terik... adoii.. jgn x percaya aku suda semakin hitam.. cuma belum sampai tahap rentung je T______T.. kalau korang tengok gamba aku tu cerah, sebenarnya gamba2 aku perlu di edit sebelum dipublish untuk menyembunyikan kehitaman aku.. hahahah.....

Dan akhirnye semalam hujan turun dengan lebat.. memang tengok langit gelap macam hari dah malam.. sonoknye kalau time tu dapat golek2 atas katil... tapi.. hampa... sebab time tu aku sedang berada di kerusi empuk office.. mata aku pun layu semacam.. nampak seperti katil memanggil2 dan aku berlari2 anak ke arahnya... huaaaa angan semata2...

Syukur, hujan sudah turun... hari2 yang sentiasa panas kembali sejuk.. tanah bergumbira dan pepohon berlagu riang... bumi Tuhan ini subur kembali dan tersenyum senang...

Sekarang kite tinggalkan cerita panas tu.. dalam cite panas tu plak aku dapat 1 pengalaman baru.. semalam Cik Puan ajak aku ikut die pegi umah orang sebab ade kes.. kesian aku tengok makcik tu.. sampai keras rambut die sebab pH air kt umah die tinggi sangat.. masak nasik putih jadi nasik planta.. haha best jugak tu.. jimat duit x payah beli planta.. kui3.. tapi kalau iye puuun jangan la marah2 pak cik ooii... kesian aku tengok Mr Kenny kena maki.. da la die tu baik.. nasib baik la die cool... kalau iye pun marah sebab air kotor jangan la sampai maki orang.. lagipun bukan salah Mr Kenny.. ni mesti sebab orang betulkan paip hari tu.. pastu x scaver sampai abes.. patut la abang2 tu gelakkan aku sebelum aku pegi.. siap pesan jangan nangis... rupa2nya diorang dah tahu.. kalau kerja yang melibatkan orang memang kna kebal telinga dan bersedia untuk dimaki.. aduyai... so nasihat kepada semua yang bakal menjadi pekerja.. sila kebalkan telinga anda~~~

Sunday, February 21, 2010

~~~Merindui mereka dalam kenangan..~~~

Isk3.. aku rindu dia
Aku tak pernah tengok muka dia
Sejak lahir dia dah tak ada
Tentu dia baik, kacak..

Semalam mak dengan ayah bercerita pasal arwah atuk..
Aku tak ada atuk..
Aku sempat merasa ada atuk time umur setahun je
lepas tu atuk pergi menyambut seruan Ilahi

Atok sebelah mak pulak dah lama tak ada..
tak pernah tengok wajah dia..
cuma ada gambar je..
Mak cakap atok dulu garang..
tapi aku rasa mesti dia sayang sangat cucu dia
mesti dia selalu bawak cucu dia jalan2
Bila balik kampung dia akan bawak pegi kebun..
Kenal kat orang kampung, 'ini cucu aku'

Kalau balik kampung n9 pulak
atuk sebelah ayah bawak jalan2 naik moto
tapi atuk ni pun dah tak ade..
Masa aku umur setahun, dia pegi..
Apalah yang aku tahu masa tu..
aku tak ingat lansung wajah dia..

huaa aku mahu atok..
aku tak pernah ada atok
jeles sangat tengok orang yang ada atok
Ada sapa2 boleh bagi aku pinjam atok??
Nenek sebelah ayah pun da tak ade..
Teringin tengok wajah die yang betul2..
http://www.cute-smiley.com aku mahu atok dengan nenek aku...







Al- Fatihah buat nenek dan kedua2 atok aku.. Allahyarhamah Maimon, Allahyarham Mahmod Duami dan Allahyarham Bahar Mazidin Hud...

Saturday, February 20, 2010

Adakah sekadar fesyen atau payung ketika panas??~~Aku masih mahu menilai diri

R. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung etika pemakaian wanita Islam.

Beliau berkata, "ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu,

'Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya simpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang menghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk?”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah menutup aurat itu sesuatu yang menyusahkan? Pada aku, mereka yang tidak bernah merasainya atau meletakkan diri mereka disebalik kelubung atau tudung mungkin berasa itu sesuatu yang tidak bebas atau merdeka. Mereka mungkin berasa hak untuk mereka menayangkan kecantikan tubuh mereka yang menggiurkan itu sudah dirampas tanpa sedar.

Dan apakah wanita muslim sekarang benar-benar menutup aurat kerana mengikut permintaan agama itu sendiri atau semata-mata mengikut peredaran fesyen semasa.

Sewaktu di pekan, mata aku sering melilau melihat orang yang lalu lalang di depanku. Entah kenapa tiba-tiba sahaja mata aku terhenti pada sesusuk tubuh yang cantik pada pandangan lelaki aku rasa. Otakku berputar lagi.. putar dan putar lagi.. aku pernah melihatnya sebelum ini.. ya! Memang aku pernah melihatnya.. dengan cara pakaian yang sama.. fesyen pelik itu yang membuatkan aku boleh mengingatinya sampai hari itu.

Apa yang menarik minat aku? Blaus tanpa lengan yang sendat membaluti tubuhnya, seluar ketat separas lutut, mekap tebal kalah pelakon opera cina atau selendang yang menutup sebahagian mahkota kepalanya??.. aduh fesyen zaman apakah ini? Atau fesyen planet manakah ini?? Aku keliru..

Aku bukan orang yang layak mengkritik kerana aku juga bukan wanita yang meletakkan diri disebalik kelubung hitam labuh dengan wajah bertutup hingga hanya menampakkan dua anak mata ini ( kalau aku jadi empat kerana memakai kaca mata).. oh aku bukan orang sebegitu.. walaupun aku bukan sesempurna itu tetapi aku masih tahu bahagian mana yang menjadi sempadan ‘aurat’ seorang bergelar wanita. Aku masih menjaganya.. tetapi aku pelik apakah tudung, seledang kini menjadi fesyen semata.. atau hanya sekadar pelindung dari panas.. aduh.. sungguh aku tidak layak mengadilinya.. tetapi hati ini masih mahu berkata-kata..

Aku tidak pernah membenci wanita yang bebas rambut (free hair).. kerana ramai kenalanku begitu. Tetapi jika mereka tidak mempermainkan tudung itu sendiri sudah memadai bagi aku, jika mereka menerima teguranku dengan senyuman dengan kata insyaAllah juga sudah cukup memuaskan hati aku.. Kerana aku tahu suatu hari nanti, akan terbuka hatinya.. asalkan jangan kau permainkan tudung atau pergunakan untuk kecantikan atau sebagai payung ketika panas sahaja…

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).




p/s :Aku gadis kerdil yang masih belum sempurna perlakuannya. Aku tidak layak bersuara tetapi hati halusku masih mahu berkata-kata. Sungguh aku tidak menjadi wanita yang hanya menampakkan dua anak mata, tetapi aku masih menjaga batasan maruahku.. Aku masih mahu bertaubat dan menilai diri…

Friday, February 19, 2010

Tolong!!! Jangan tinggalkan saye...



Sedihnya.. lama saya tunggu awak..
kenapa awak pergi macam tu je..
Saya sanggup tunggu tengah panas..
Saya tak kisah kalau hujan sekalipun..
Saya cuma mahukan awak..
Hanya awak..
Lepas je kuar office saya terus tunggu awak..
Kat bus stop depan tu..
Bus stop tu jauh..
Tapi saya sanggup jalan kaki sebab nak tunggu awak..
Tapi awak selalu datang lambat..
Saya tak kisah..
Saya tunggu penuh sabar..
Saya tahu awak akan datang jugak..
Selalu awak datang lambat tapi tak pernah tinggal saya..
Tapi kali ni kenapa awak tak berhenti..
Kenapa tak tunggu saya..




..............

Waaa jahat betul bas ni!!!
Da la panas ni dia boleh tinggal aku pulak...
Penat aku tahan dia tak nak berhenti pulak..
Jahat! jahat! jahat!!


~~Ku setia menunggu mu...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku pun mengadu la kat encik Amin
Pasal kena tinggal bas
Yela.. dah la panas
Dia tak nak benti pulak..
Laju je pecut...
Sedih betul..

...............
Tau encik Amin cakap ape??

Encik Amin: Jahat betul bas tu.. Pukul je bas tu..
Aku: Tapi bas dah lepas.. macam mana nak pukul??
Encik Amin: Nanti kalau jumpa.. pukul dia..

Adeh.. aku yang tengah marah pun boleh tergelak..
Kalau la aku tau bas yang mane satu tinggal aku tu.. Huhu
Sabar je la~~~

Thursday, February 18, 2010

SAJE CONTENG2


hm...dh lame jgk la aku x menconteng2 dlm ni. hehe...bukan x sudi nk meluahkan ape yg terpendam cume rase dri blum cukup kreatif nk wt. Tp demi buah hti yang tercinta, aku gagahkn jgk la mengharung onak duri, menempuh segala halangan yang mendatang, ku taip juga ape yg termampu...:p Sbnrnye mmg xde idea nk tulis ape kt cni dan tetibe...terjumpe la plk bnde ni. check it out...


Gementar, gugup dan panik merupakan antara perasaan yang wujud dalam diri ketika berhadapan dengan bakal mertua. Kebiasaannya, ia didorong oleh perasaan negative yang bermain di fi kiran mengenai persepsi bakal mertua terhadap diri. Bagaimana cara untuk menjadi lebih tenang ketika berhadapan dengan mereka ? Ikuti panduan berikut.

Jangan takut
Kebanyakan bakal menantu sudah ketakutan sebelum bertemu calon mertua. Di fikiran mereka, bakal mertua pasti tidak akan dapat menerima kekurangan dirinya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kaku, sukar untuk melemparkan senyuman dan menjadi tidak tentu arah. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berfi kiran positif agar anda mampu bersikap seperti biasa dan lebih yakin untuk berkata-kata.

Jaga percakapan
Dalam percakapan, sebaiknya biarkan calon mertua yang mendominasi pembicaraan tetapi jika bakal mertua anda jenis pendiam, jangan anda pula turut mendiamkan diri. Tanyakan beberapa hal tentang hobi atau kegiatan si calon mertua sebagai cara beramah mesra.

Jadilah diri sendiri
Hal ini mungkin senang untuk dikatakan namun sulit untuk melakukannya. Disebabkan itulah kebanyakan orang cenderung berpura-pura dan menjadi ‘orang lain’ sewaktu berbicara mahupun berpenampilan. Semuanya kerana ingin dilihat baik di mata bakal mertua. Walhal, adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri untuk membolehkan anda berada dalam keadaan tenang.

Jangan lupa memuji
Dalam memuji, kamu jangan pernah berdusta atau mengatakan sesuatu secara berlebihan. Carilah hal-hal yang anda rasakan benar-benar layak dipuji. Seperti masakannya yang enak, keramahannya ataupun keadaan rumahnya yang bersih.

Jangan lupa tawarkan bantuan
Jangan lupa tawarkan bantuan untuk apa-apa perkara yang anda rasakan perlu, seperti ikut serta mengemas meja makan sebaik sahaja selesai makan malam di rumahnya. Harus diingat bahawa kerja tersebut bukan sahaja kerja perempuan. Seorang lelaki yang bertanggungjawab juga melakukannya.

‘Dress for success’
Ungkapan ‘jangan menilai orang dari penampilannya’ tidak wujud di sini. Walaupun perlu menjadi diri sendiri, perhatikanlah apa yang anda pakai. Walaupun anda jenis lelaki yang‘sempoi’ sekalipun, elakkan dari memakai seluar jeans dan kemeja-T yang lusoh dan kotor. Apatah lagi seluar jeans yang koyak sana sini. Jika ini berlaku, sudah pasti anda terkeluar dari senarai calon menantu mereka.

Jadilah sopan
Orang tua pasti suka anak muda yang sopan. Apapun kekurangan diri anda, ia cenderung terlindung dek sikap anda yang baik itu. Murahkan senyuman, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih pada pujian atau tawaran, beri salam ketika datang dan pulang dan berjabat tangan tanda hormat pada orang tua.

Bersedia untuk menerima kritikan
Sudah jelas apa makna kalimat di atas. Calon mertua selalunya akan menolak anda dengan berbagai-bagai alasan. Sebagai usaha memenangi hati mereka, hormati apa jua pendirian mereka, namun dalam masa yang sama jangan berdendam atau membenci mereka kerana tanpa anda sedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mendalamkan lagi jurang pemisah antara anda dan mereka. Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat menerima anda jua akhirnya, sama seperti anak mereka sendiri








Bantulah Baby Ammar..

Sebelum 22/2/2010

Mungkin aku agak terlewat mengetahui pasal baby ammar ni dan ramai yang dah tolong promote dalam blog masing2 pasal baby ammar ni kan.. tapi aku masih mahu menulis pada yang belum tahu..aku just nak share some info.. Sedih bila tgk keadaan baby ammar mcm tu. Seusia muda 2 tahun, baby ammar disahkan menghidap penyakit jantung berlubang (Patent Ductus Arteriosus (PDA)) semenjak lahir lagi.. bagi aku baby ammar terlalu kecil untuk menanggung dugaan sebesar itu.. tapi bila Allah memberikan kita dugaan yang hebat pasti hikmahnya jauh lebih hebat..
Walaupun aku masih belum bergelar ibu, tapi aku dapat rasa penderitaan ibu baby ammar.. melihat anak sekecil baby ammar menahan kesakitan.. baby ammar juga mahu bergembira dan hidup seperti kanak-kanak lain.. bukan menangung penderitaan yang mungkin org dewasa sendiri tak tertanggung.. besar sungguh dugaan Allah kepadanya..

Jika masih ada yang ikhlas mahu membantu.. mari sama2 kita tolong ibu ammar utk kumpulkan RM 12k sebelum 22/2/2010 ni utk pembedahan ammar.

walaupun sikit sumbangan kita.. tp kalau ramai yang menyumbang tak mustahil jumlah yang dikehendaki mencukupi. insyaAllah. utk baca story & perkembangan lanjut baby ammar boleh baca blog ibu ammar, Asz.

Jom la ramai2 kita meringankan beban family ni.. hari ni hari dia.. mana la tau esok2 hari kita.. walaupun hanya dengan iringan doa & sokongan moral pun... besar maknanya apatah lagi kalau semua dpt membantu...


Kepada yang ingin memberi sumbangan:


1. bank-in sumbangan ikhlas tu kat akaun maybank ibu ammar ni..
Azmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank)

2. tukarkan "show Global ads" kepada "show Charity ads" utk iklan Nuffnang di setiap blog yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan nuffnang. so semua duit iklan akan disalurkan ke akaun ammar. sekejap je pun.. sampai 17hb. xrugi mana kan????
3. last sekali yang paling senang gak.. paste kat ribbon ni kat sidebar blog masing2.. en hydir bermurah hati nk sumbangkan RM 1 utk setiap blog yang ada ribbon ni.. masuk contest leh letak banner kat sidebar.. xkan yang ni xleh kan.. tp maybe dah terlambat sebab katanya hanya sampai 1/2/2010.. tp mana la tau hatinya terbuka utk teruskan sumbangan sampai harini kan? murah rezeki en hydir .
Walaupun tarikh untuk nuff dan red ribbon ni dah lepas tapi kita masih boleh memberi sumbangan dengan cara lain kan.. Sedikit sumbangan ikhlas dan doa pun sudah cukup bermakna bagi baby ammar.. baby ammar tidak pernah meminta tapi.. harap-harap masih ada orang yang ikhlas nak membantu..

Homeroom Mr Ahmad Kamil 04/05 (Diligent)

Belakang dari kiri: Aku, Ke'on, Zawani, Aslah, Ifah, Tok Batin, Amin, Nuzul, Izwan
Duduk: Izzati, Fida, Salma, Anis, Anes

Oh oh.. gambar ni ditag di muka buku.. rindu betul sama budak-budak sewel anak homeroom Mr Ahmad kamil.. apa kabar papa kita tu ek?? lama tak jumpa dia.. adik beradik homeroom pun da lama x jumpa.. anes pun kadang-kadang je jumpa.. tu pun kalau melepak kat umah dia.. abang long kita (Amin) pernah sekali terjumpa masa kat perlis.. yang lain-lain lansung menghilang entah ke mana.. mau jugak dengar kabar korang semua..

Ingat lagi tak masa kita masak ramai-ramai dan time sembelih puyuh tu.. nuzul tolong pegangkan burung puyuh.. aku sembelih.. memang happy tengok macam-macam perangai masa amali sembelihan tu.. ada yang menjerit-jerit sebab burung puyuh terlepas.. lepas tu kita memasak.. yang si izwan pulak boleh tertidur kat hostel.. ingat tak papa kita tak ada time tu.. kita masak sendiri.. pastu ada pakcik yang tengah buat simen tu datang tolong.. pastu aku tak sengaja pecahkan botol kicap.. abang long plak sibuk takut-takutkan aku.. cuak jugak masa tu.. tapi lepas tu aku kemaskan kaca then tinggalkan baki kicap atas lantai macam tu je.. jahat jugak aku ni..

Pastu kita buat kalendar ramai-ramai.. naik lenguh jugak tangan menggunting.. walaupun tak menang tapi happy jugak time tu.. walaupun kita tak lama sangat.. cuma dua tahun.. aku happy jugak... masa aku mula-mula masuk sekolah tu, korang semua da ada.. sebab aku transfer dari mrsm lain.. aku, fida, izzati dengan syarifah baru masuk homeroom tu.. aku ingat lagi abang long tanye aku ni budak sekolah agama ke?? sebab aku pakai tudung labuh.. padahal aku dari sekolah biasa je.. nak tergelak jugak la..

Rindu kenangan itu.. Papa kita yang baik sangat.. abg long dengan nuzul yang kelakar.. izwan yang pendiam.. tok batin (epol) , aslah.. blilik kite depan-depan je.. anis yang comei, anes, izzati, fida.. sekarang ko dah kat oversea da kan, ifah, salma, zawani dengan ke'on... apa kabar korang semua...

Tags Untuk Rileks Atau Untuk Mati?

Semalam aku sangat2 tak ada mood dan sangat letih.. sampai tokwan (kawan encek buah hati) kata aku tak banyak cakap semalam.. selalunya aku la yang suka pot pet dekat dia sampai dia tak larat nak dengar agaknya.. hihi.. tapi hari ni sudah okey.. bukak2 blog tengok sudah kena tag.. aiyoo tak apa la.. lagipun hati tengah baik hari ni... hihi jom kita jawab soalan!

1 . 2. 3. mula!
Di sini, ada 10 soalan dan kamu kena jawab semuanya :

1. Bilakah kali terakhir kamu pergi mandi?
Pagi tadi.. bangun pagi mesti la mandi.. kan nak g kerja..

2. Esok kamu mati, apa yang kamu fikir?
Ya Allah.. Betapa banyaknya dosa aku.. sempat ke aku nak bertaubat..
Di manakah tempat aku nanti.. adakah orang2 di sisi aku akan merindui aku.. aku sangat sayangkan mereka dan tak mahu berpisah dengan mereka.. http://www.cute-smiley.com

3. Siapakah 4 orang yang kamu paling sayang?
- mak
- ayah
- adik beradik
- encik buah hati (amin)

5. Mengapakah kamu sayang 4 orang itu?
aku sayangkan mak dan ayah sebab dah bersusah payah membesarkan aku yang degil dan jahat ni.. mereka membesarkan aku dengan kasih sayang tak berbelah bahagi.. ayah yang sanggup berkorban segalanya untuk aku.. mak yang bersabung nyawa melahirkan aku, menjaga aku sebaiknya.. tanpa mak dengan ayah tak mungkin aku jadi seperti sekarang..

Aku sayang kakak yang selalu berkongsi segala-galanya dengan aku.. teman baik aku dari kecil..
Aku sayang adik-adik aku yang tak bernah berkira dan sentiasa sayangkan kakak2 diorang.. Walaupun adik-adik aku nakal tapi sebab diorang la hidup aku sentiasa ceria dengan gelak tawa..

Aku sayangkan encik buah hati sebab dia banyak berkorban untuk aku.. bersedih kerana aku.. walaupun aku banyak buat dia sedih sekali pun dia tak pernah marah.. dialah manusia paling penyabar yang aku pernah jumpa.. dia selalu buat kejutan yang menggembirakan aku...

6. Pernah melukakan hati orang lain? Dengan cara apa?
Rasanya selalu sangat.. Walaupun aku cuba untuk tidak melukakan orang lain, aku tetap melakukannya tanpa sedar.. aku sendiri tak ingat dengan cara apa sebab aku betul-betul tak sedar yang aku dah melukakan orang.. http://www.cute-smiley.com

7. Kamu berada di bandar, dan tidak mempunyai duit, apa kamu nak buat?
- balik umah jalan kaki.. hohohttp://www.cute-smiley.com

8. Apa 5 benda yang akan kamu bawa setiap kali keluar rumah?
- beg duit (dengan segala isi duit, kad atm, ic)
- handphone
- spare spec
- eyeliner
- lip gloss elianto

9. Andaikata kamu menjadi jutawan, apa 5 perkara yang kamu buat?

- hantar mak ayah dan kami adik beradik buat haji (klu x jutawan pun aku akan cuba sedaya upaya aku..)
- nak belikan rumah banglo untuk mak ayah then kami boleh duduk satu keluarga
- nak bina rumah anak2 yatim dan rumah orang tua
- nak bina sebuah pusat penjagaan haiwan teraniaya.. (rindu kucing aku.. isk3)
-nak bina masjid (insyaAllah...)

10. 5 perkara mengenai orang yang tag kamu ini?
-dia kecil
-sangat cute..
-sangat2 baik hati..
-tua sebulan 9 hari je dari aku
-nama dia Nurul Fatin binti Ramlihttp://www.cute-smiley.com



5 orang yang ingin kamu tag ??
Farihin
Mimie
Kak Ieda
Wanie
Azrai

Kepada 5 orang bertuah yang telah dipilih oleh Cik Budak Hitam.. selamat merajinkan diri untuk buat tag ni eh...

Tuesday, February 16, 2010

Aku mau jadi seperti kemboja..

Trima kasih sangat2!! akak (cik gadis) dan sahabat sengal aku (cepot).. aku rasa aku terlalu bodoh sebab tak nampak jalan yang betul sebelum ni.. bodoh sebab tak berfikir dengan waras sampai tergamak lukakan hati orang yang sayangkan aku... aku ni memang tak tahu bersyukur.. dia adalah insan terbaik yang ditentukan untuk aku.. aku tak mahu dia terluka lagi.. jahatnya aku.. berkali-kali aku lukakan dia.. berkali-kali buat dia sedih.. akhirnya air mataku tumpah lagi.. aku sudah berjanji takkan menangis tapi aku menangis lagi kerana kata-kata dan fikiran bodohku.. time kasih kak, cepot.. sebab menyedarkan aku dari mimpi ngeri ini.. aku akan ingat pesan cepot dgn akak.. aku akan ingat kata2 akak.. dan aku tak mahu jadi mawar yg cantik tapi berduri sampai boleh melukakan orang lain.. aku mahu jadi kemboja.. tetap harum walau sudah gugur ke bumi...
yeah.. aku kemboja...http://www.emocutez.com

p/s: post ni ditujukan utk kak Fatin dan Cepot.. tQ sbb bgi nasihat yg berguna utk Wani...http://www.emocutez.com

Ya Allah.. bantulah aku...

Ya Allah.. kenapa dengan aku ni?? sejak akhir2 ni aku selalu diserang penyakit hati, perasaan, mental dan macam2 lagi perasaan pelik.. aku selalu keliru, tak percaya diri dan tidak tahu membuat keputusan.. aku sedar sejak aku di matrik lagi.. selalu sangat aku buat keputusan yang salah.. aku pernah terfikir, kalau aku buat pilihan yang betul dari awal, mungkin keadaan sekarang tak akan sama.. tapi perkataan kalau itu tak patut ada dalam kamus hidup aku.. aku perlukan kata2 semangat yang boleh buat aku rasa jalan yang aku pilih sekarang adalah tepat.. aku perlukan kata2 nasihat supaya perasaan was2 itu pergi jauh dari hidup aku.. aku perlukan kata2 yang mampu buat perasaan bersalah dan menyaesal itu hilang.. tolong.. aku rasa menyesal sangat2.. menyesal dengan pilihan aku 3 tahun lalu... aku sudah berada di laluan ini.. aku sedar yang aku selalu tak yakin dengan keputusan dan selalu sangat berubah fikiran.. tidak pernah ada istiqamah dalam setiap apa yang aku buat.. aku mahukan diri aku yang dulu.. Nor Shazwani yang asal.. seorang yang tetap pendirian.. yang tidak pernah menyesal dengan setiap keputusannya, kata-katanya.. kerana setiap apa yang dipilih selalunya adalah tepat.. diriku yang dulu sudah hilang.. aku mahu diriku kembali.. kalau masa boleh diputar.. aku mahu kembali ke masa dulu.. aku mahu perbetulkan segala2nya..

kenapa aku jadi macam ni??? selalu sangat ada rasa menyesal.. http://www.emocutez.com

Friday, February 12, 2010

Aku mau bunuh dia!!



Dia datang, dengan lenggang lenggok nya.. oi dia datang.. (apsal menyanyi plak ni.. bukan ke tengah sakit sekarang?)

Memang kalau time sakit aku selalu jadi mereng.. baru je kelmarin cuci otak.. hari ini sudah serabut balik.. sakit mig-hujan (nama melayunya migrain) yang datang tiba-tiba macam ribut petir.. kenapa datang hari ini.. sakit perut yang mengganggu dua tiga hari ini sudah cukup membuatkan aku tidur terlebih masa..

Kenapa?? sebab bila aku sakit aku suka tidur... itu je ubat terbaik aku.. baik untuk sakit fizikal atau mental.. betulll.... kalau aku menangis, marah, sedih, merajuk dan seumpamanya.. aku lebih suka bawak tidur.. motif?? bila tidur aku boleh lepas dalam mimpi.. bila dah jaga.. semua penyakt perasaan itu hilang dibawa mimpi.. betulll.. kalau tak percaya cuba la.. tapi hari ini aku tak dapat tidur nyenyak sebab panas.. migrain semakin menikam-nikam kepala aku.. tapi untuk migrain, memang aku kalah.. selagi tak telan 3 atau 4 biji ubat bunuh sakit, mana mungkin dia pergi.. sebab migrain aku ni kategori degil terlampau macam tuan dia jugak.. tambah-tambah dengan cuaca panas macam ni.. kalau la migrain tu budak-budak.. aku sudah tarik telinga dia.. tapi apakan daya.. Tuhan ciptakan dia sebagai penyakit..

Mau jumpa doktor??? tak mau!! nanti doktor cakap benda yang sama jugak.. dah letih dengar.. itu la dulu silap tak record apa yang doktor tu cakap.. bila jumpa dia lagi nanti play je recorder tu.. tak payah susah-susah dia ulang banyak kali kan.?? takpe-takpe.. lepas ni Cik Budak Hitam nak buat macam tu.. sekali doktor tu bagi pelempang. terus kebah semua penyakit.. hahaha... Pelik kan aku ni.. sakit-sakit masih boleh menulis di blog.. tapi ini salah satu cara jugak nak kurangkan sakit.. sekurang-kurangnya sakit itu tertinggal di sini... babai migrain!!...siapa-siapa yang baca ni harap berjaga-jaga.. takut penyakit itu berjangkit pulak.. err migrain boleh berjangkit kaa???



Ada orang cakap muka aku comei bila tahan sakit.. comei ka?? (<--- sedang perasan)

MIETOS LUCKY DRAW

Assalamuaikum & Hai Sume!!

Wuu ada contest lagi.. sebenarnye da lama usha contest ni kt blog kak Ida.. tapi hati belum terusik nak buat.. So.. hari ni saja-saja mau try.. mana la tau ada rezeki kan..




syarat-syarat nya....

#xkisah la sama ada hendak follow atau tidak blog ni, janji ada blog.... tapi dalam entry anda, silanyatakan referrer anda....
http://www.cute-smiley.com Mesti la kak Ieda.. hihi


#postkan banner atas ni pada entry & sidebar blog dan link kat blog Encik Mietos!!!sila tinggal link entry kat bahagian comment....
http://www.cute-smiley.com Sudah encik!



#tarikh tutup pada 13 February 2010 (before chinese new year)
http://www.cute-smiley.com Hari ni baru 12 February 2010.. hehe



# 2 hadiah untuk cabutan bertuah & 1 hadiah untuk referrer terbanyak (ajak la member2 join skali) so, sila tulis souvenier dari negara mana yang dihendaki!!!pilih satu sahaja, antaranya....
@japan
@barbados
@korea
@egypt
@france
@USA
http://www.cute-smiley.com Saya pilih E untuk Eqypt!!



Kepada blogger2 sekalian mari la join selagi masa masih ada.. hiihi.. sempat lagi ni.. mana tau penyertaan last minute anda pulak yang bernasib baik.. Gud Luck sume!!!http://www.cute-smiley.com


Wednesday, February 10, 2010

Rindu Serindu-rindunya...

Petang tadi berskype dgn Encik Lemi Dan Cik Kura-Kura.. Walaupun En. Lemi menyamar sebagai Yana kami masih belum sewel utk tidak tahu membezakan anda okeh... Seronok betul menghabiskan masa berjam-jam merepek di skype.. Macam-macam benda yang kitorang repekkan.. tak tau la berapa ribu perkataan yang aku sudah taip tadi sampai lebih tiga jam berborak.. (sesuai ke guna perkataan berborak untuk perlakuan tanpa suara??)

Yang nyata aku sangat merindui kawan-kawanku.. tempat belajar itu.. jangan cakap kangar tak ada apa-apa.. kangar ada kfc, ada pizza, ada the store, aneka tempat aku selalu lepak, kwsp.. banyak lagi tempat-tempat lepak yang aku rindu.. haa lagi satu 7 eleven.. hehe.. aku rindu semuanya.. bukan kat tempat aku tak ada tapi aku rindu yang ada di perlis.. aku rindu dragon.. aku rindu bilik kuliah yang sejuk macam kat antartika.. aku rindu wang ulu... sungguh banyak yang aku rindu...

Masa mula-mula dulu, aku rasa menyesal sangat mintak kat perlis.. sebab aku fikir aku takkan suka tempat itu.. tiada hiburan.. tiada wayang.. tiada tempat bersosial.. tapi sekarang aku sayang tempat itu.. tiga tahun bermastautin di situ.. banyak kenangan pahit manis aku lalui.. air mata yang tumpah kerana kekecewaan dan kegembiraan.. tempat di mana aku belajar tentang kesetiaan.. persahabatan.. segala-galanya.. sebab di situ la aku mula rasa dewasa...

Hari ini aku mula merindui segala-gala di situ.. aku mula sedar yang aku sudah di tahun ketiga.. hanya tinggal setahun aku akan memijak bumi Perlis.. bumi UniMAP yang aku sayang.. adakah aku akan bertemu teman-teman sebaik mereka lagi?? aku tidak pasti.. yang pasti aku akan merindui mereka dan kenangan di sana sebaik saja kaki ini melangkah meninggalkan bumi Perlis dan UniMAP.. I LOVE UniMAP...



3rd year Environmental Engineering.. ni gmba time pg trip kt WWE Penang
(gambar ehsan: Roselniea)

Tuesday, February 9, 2010

Termenung sejenak...

Hari ni kena keluar lagi.. Macam biasa duduk di loji.. aktiviti berjalan2 di blog orang terpaksa ditangguhkan.. tadi pulak tgh khusyuk tgk video kuliah Dr Zakir naik di youtube, cik puan ni pulak ajak pegi loji sebab jabatan kesihatan nak buat sampling.. aishh cik puan ni potong jalan betoi..

Petang ini sudah free... dapat jalan2 blog orang.. aku start balik aktiviti menjelajah blog.. banyak rupenye blog2 ilmiah ni.. dulu ms mula2 berblog.. aku fikir menulis blog ni sangat buang masa.. tapi aku menulis sekadar mengisi masa and aku ni x berapa suka bercakap.. jadi aku menulis aje la..

Selepas beberapa bulan menulis aku mula terasa yang blog aku x pernah ada info berguna.. jadi perlu ke aku terus menulis? kenapa aku nak menulis lagi kalau xde manfaat kan? rasa kerdil sgt dan betapa ceteknya ilmu yang aku ada selama ni.. nak menulis pasal ilmu.. sungguh aku x punya ilmu yang tinggi..

Semalam seorang student aka adik aku dapat email dari someone.. terang2 mengata Islam.. mau aje aku balas.. tapi sangat benci dgn diri sendiri sebab english yang agk lemah dan kurang ilmu tentang Islam.. mcm mana aku nak tegakkn Islam kalau selemah itu diri aku, ilmu yg ada pun terlalu cetek...

Rasanya sekarang aku perlu bermula dari bawah.. macam budak baru belajar.. aku takkan tinggalkan dunia blog.. aku xnak buang kawan2 blog yang baik2 semuanya.. aku masih boleh berhibur dgn mereka dan aku masih boleh menimba ilmu dari blog2 yang brmanfaat macam yang ada kt link aku ni.. Ustaz Nor Amin, Pembela Sahabat Nabi, Aksara Cinta Ilahi, Rahsia Besar Dalam Al Quran dan aku rasa banyak lagi yg belum aku teroka.. Blog2 lain pun aku tetap akn ikut.. kurang2 ade ilmu lain yg aku blaja.. contoh.. mcm mn nak bg blog ni lagi maju.. hoho tapi blog aku tetap x maju2 pun..

Jangan pening2 fikir kenapa aku tiba2 macam ni.. aku manusia.. memang begini la fitrahnye.. pena x berdakwat ni masih akan menari di alam maya ni.. Budak Hitam yang nakal tu pun masih orang yang sama akn trs menulis psl dunianya.. menarikan irama kisah hidup pelbagai ragam manusia di dunia Budak Hitam... hayok sudah jadi seperti penglipurlara pulak.. xpe asalkan x menyibuk hal orang dan x menyusahkan orang lain.. Kalau ade yang rase susah sebab pening kepala baca blog aku ni mohon ampun maaf zahir dan batin.. hihi

Monday, February 8, 2010

Spek oh Spek Part II

Ini adalah spek baru aku yg ak citer ari tu.. nampak mcm best je la.. dgr Mr Tokey Kedai tu promote mcm best je kann.. design ala2 jeans la kan.. aku pun da rambang mata.. niat di ati nak amik merah saga tapi satgi terbeliak bijik mata org tgk.. dari jauh da ley kenal aku.. punye la semangat amik td.. aleh2..tengok la sendiri camne ruper spek aku..



Chantek ke?? Sile tengok aku pakai.. huaaa tamau tgk... sgt huduh.. penah tengok power rangers x?? aku rasa da mcm mata power rangers putih.. ni power rangers pki tudung tau.. adeh.. aku rase mata babybob lagi cumil.. huhu.. nak wat cmne kan.. aku yg pilih sendiri.. mak suda pesan.. jgn gatal2.. nanti da x lawa aku xnk pakai pulak.. hoho.. mcm btl plak ape yg mak cakap.. padan muka sama budak degil ini...huhu.. x kesampaian niat mau berlagak.. mau tgk jgk ka?? tgk la.. huduhnyaaaaa...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.......END........

Marah jangan disimbah dgn minyak...

Hoho.. tajuk tu ditujukan utk post sblm ni.. yang aku suda delete ia.. hadoii terlalu mengikutkan amarah.. tidak bagus cik Wani.. jadi aku delete entry penuh kemarahan itu supaya tak mengganggu emosi blogger lain.. syabas cik Wani si Budak Hitam..

Okey2.. terus ke cite yang sepatotnye.. tadi aku ikut technician pegi cuci lumpur kat valve.. cuci tu x la.. just buang je la.. air die.. hamek ko.. kotornye sampai da sama kaler dgn teh tarik kaw punye.. dasat2.. ntah berpuluh tahun x cuci agaknye.. sampai lumpur pun da tinggi... rasenye kucheng pun xnak mandi ngn air mcm tu.. huhu

Alkisahnye.. kami pergi berempat.. sorang pembantu makmal, sorang technician, sorang operator loji dan sorang budak praktikal yang kiut iaitu aku.. hihihi... pembantu makmal tu perempuan.. same la dgn aku.. ape igt aku pondan?? oh tidak! aku masih pmpn melayu yg bkn terakhir okeyh.. yg lagi 2 org tu msti la lelaki..

Tapi sangat kesian dekat encik technician itu.. die la yang sorang2 kena korek n buang tanah lumpur dalam tempat valve tu.. sampai berpeluh2.. aku kagum jugak la.. sebabnye, pakcik operator tu da tua.. sakit2 n x larat nak buat keje tu.. pembantu makmal tu pulak pakai baju kurung.. so sangat x sesuai kalau die buat kerja korek lubang.. Tapi!!! budak praktikal yang x tau malu tu boleh tolong tengok je... ishh kesian encik tu..

Ehh mane ade tengok je.. (tiba2 terasa plak).. aku tolong angkat cangkul dgn penyodok la.. aku tolong amik sample air.. tapi time de bersihkan lumpur tu aku tolong tengok je la.. hihih.. kesian encik tu... suda la pakai smart2.. pakai kemeja.. tiba2 kna wat keje macam tu.. hihi maaf encik.. hamba bersalah sbb x tolong.. tapi stkat mane la sangat kudrat hamba ni.. sedangkan encik yang gagah dan kacak ni pun hampir menggigil nak bukak valve yg ketat tu, inikan hamba yang lemah.. hoho (itu alasan orang pemalas).. Tapi yg x tahan.. penduduk kt tempat tu sibuk giler.. orang buat keje die buleh tggu plak.. ade je yg dtg.. buat komplen macam2.. x nampak ke orang tgh nk cuci ni.. aishh.. kagum jugak cara pekerja ni layan kerenah orang.. jawab dgn lembut je.. hoho.. boley ke aku cam tu?? x ke aku marah2 je orang2 tu nanti.. sal orang tgh penat kan.. aishh... banyak lagi kna belajar ni..

Tapi walaupun x buat keje berat aku rase mcm buat keje berat jugak.. mane xnye.. 3-4 kali ulang alik tmpat tu.. hadui... skg ni badan aku da busuk gile.. bkn sbab aku mmg busuk tapi berpeluh2 tadi.. aisehh.. suda hilang sedekit kejelitaan di situ.. okeyh2.. suda2 la perasan ek.. stop cepat sebelum perasaan bongkak. riak dan segala mak nenek perasaan x baek tu dtg..

Ok la.. da nk balik da ni.. balik umah mau tido puas2.. lalalala.. marah aku sekejap je.. tengok skg dh baik pun.. hihi~~


Sunday, February 7, 2010

Mari karaoke.. oyeah!!

Ni lagu yg aku suka skrg.. mna xnye. adek bongsu aku dok nyanyi lagu ni je 24 jam.. ble de blk hostel da x dengar lagi lagu ni.. skg dgr kt player je.. hehehe.. jum layan je la lagu feberet adek aku ni.. lagunye.. Yakinlah aku menjemputmu- Kangen Band

Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lagu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Reff *
Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

**
Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu

ulang Reff:* / **

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu.. kau milikku




D`BOMB PHOTO CONTEST

D`BOMB PHOTO CONTEST
Lebih Lanjut.. klik sini


(sorry.. x de gmba sorang yg Da' Bomb)

SAYA RASA PHOTO SAYA PATUT MENANG KERANA saya adalah yang paling cute di situ.. hihi.. Lihatla saya diapit bagaikan seorang ratu yang baru menerima anugerah.. iyaaa memang tepat sekali.. masa ni saya baru sja menerima anugerah.. Cuba perhatikan betul2 anugerah apa itu.. Hihi tengok betul2.. Anugerah Miss Pemalu!! (clap2!! tahniah kepada cik Budak Hitam.. hihi).. Rasanya dalam dunia ni saya adalah satu2nya orang yang berjaya menerima anugerah ini sebanyak dua kali.. satu di matrik dan yang ini di u (bangga2).. Jadi vote for me!! (eceh.. mcm artis popular plak.. ).. sebenarnya anugerah itu sangat tidak tepat diberikan kepada saya kerana saya adalah kontra dengan anugerah tersebut dan sangat tidak malu.. apa2 pun sangat terharu menerima anugerah ini.. dan terima kasih kepada lecturer yg mengundi utk anugerah ini...hihihi


SAYA TAHU CONTEST NI DARI Ieda the Rainbow Princess

Thursday, February 4, 2010

Spek oh Spek!!

Sepatotnya ini hari aku dapat spek baru kaler dot.dot.dot.. (kasi sound sket sbb nak rahsia dlu sampai aku betul2 dapat nanti..)

Sedih tol.. aku da berangan tadi nak amik gmba dan tunjuk kat cni dgn perasaan berlagaknye.. Haishh aleh2 tokei kedai tu slh letak fokus point de.. Tu la pasal.. awl2 lagi dh niat x baik..

Ms amik td bukan main teruja nak pakai.. skali pakai..
Aikk apsal aku rasa macam orang juling ni?? xkan aku da juling kot.. xmau la camtu..

Pastu pejam mata kanan.. okey.. clear.. sangat terang..
Bila pejam mata kiri.. adoi.. tulisan sebesar2 alam pun x nampak.. single line pun da jadi double line..

Dh sah orang ni slh pasang.. bile p report.. e'eh dia buat terkejut pulak..
Xkan la power aku boleh bertambah lagi dlm masa 3 hari.. hari isnin ritu baru tmbah power seratus.. biar btl..

Hmm nasib x baik plak, dia kna hantar spek tu kat ipoh pulak..
Babai spek baru.. ari senin kte jumpe balik..
Nanti da dapat aku mau snap gamba byk2 dan tnjuk kt encik buah ati sambil berlagak2 sket.. hahaha

Wednesday, February 3, 2010

Kuda.. Kuda.. Kuda..

Kuda.. binatang berkaki empat yang sangat comel.. pada aku la.. sebab die ade rambut yang sangat cantik.. kadang2 nampak jugak kuda lumba yang didandan rambut.. kalau ditambah dengan kelip warna warni mesti lagi cute.. hoho..

Mesti ramai yang x tau yang kuda ni mempunyai bilangan jari kaki ganjil dan kuda pun memakai sepatu macam kite jugak.. tp sepatu die diperbuat daripada besi.. Kuda ni merupakan salah satu dari 10 spesies moden dalam famili Equus.

Sebenarnye sejak beribu thn dlu, manusia dah gunakan kuda sebagai pengangkutan dan untuk mengangkut barang muatan. Disebabkan kuda ni haiwan yang jinak, jadi penggunaannye secara meluas dah bermula sejak 2000 SM lagi.. lame tu.. moyang aku pun x lahir lagi.. Mase zaman Rasulullah dulu pun da ade tentera berkuda kan..

Kalau dulu kuda digunakan untuk pengangkutan, tapi sekarang x lagi sebab kebanyakkan orang memelihara kuda untuk kegiatan masa lapang dan sukan mcm Equestrian (dulu aku suke sgt tgk Qabil Ambak dgn adik beradik Equestrian die.. time ade je sukan yg melibatkn Equestrian mesti aku da beku depan tv nk tgk Qabil)..hihi

Mesti pelikkan kenapa aku tiba2 tulis pasal kuda?? Sebenarnye semalam aku bermimpi pasal kuda.. mimpi naik naik kuda.. jln2 dgn kuda.. peluk2 kuda.. kenapa ye?? xkan la aku bakal dapat hadiah kuda?? hahah.. Tapi x kesah la.. aku suka kuda.. asalkan bukan pacat sudah.. hihi.. kalau aku ade kuda aku nak letak name die Lollipop.. comei kan?? hoho berangan jew lebih.. saje seronok2 merepek di hari yang x berape nak indah ni.. tapi mane tau angan2 jadi kenyataan kan??

Tuesday, February 2, 2010

I miss u, my little bro


Didedikasikan khas buat my little bro

Semalam adik bongsu aku masuk asrama.. die x penah berenggang dengan mak.. kesian mak sampai mimpi2 adik balik..

Aku plak.. rase sunyi sebab da xde geng nak menyanyi melalak2 kat umah.. xde geng nak share lagu.. kt umah die la yang paling rapat dgn aku sebab minat kitorg same.. suke lagu yang same.. die jugak la yang ajar aku dengar lagu2 wali band dgn kangen band..

Tiap2 ari ktorg berebut laptop ni.. die nak download lagu ngn bukak myspace.. aku pulak sibuk nak bukak blog dgn fb.. adik aku x banyak cakap tapi suke menyanyi.. umah pun sunyi sebab x dengar suare die menyanyi..

Kt umah die selalu kena buli sebab die paling kecik.. orang lain yg buli die.. tapi die selalu buli aku.. sebab aku x reti marah.. hihi.. hmm sunyi je umah die xde..

Nasib baik la die duk hostel x jauh sangat.. boleh jugak pegi melawat.. yang aku suke, die x mengharap orang.. sangat pandai berdikari.. jadi x la risau sangat kalau die duk jauh2..

Aku ingat lagi mase adik masuk hospital.. kami semua menangis.. dan aku pulak lansung x boleh tengok muke die.. bile pandang je die mesti menangis.. waktu adik sakit adalah saat yang paling sedih dalam hidup kami.. sebab tu sampai sekarang aku sayang sangat adik aku...



ni la adik aku....