Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, February 20, 2010

Adakah sekadar fesyen atau payung ketika panas??~~Aku masih mahu menilai diri

R. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung etika pemakaian wanita Islam.

Beliau berkata, "ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu,

'Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya simpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang menghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk?”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah menutup aurat itu sesuatu yang menyusahkan? Pada aku, mereka yang tidak bernah merasainya atau meletakkan diri mereka disebalik kelubung atau tudung mungkin berasa itu sesuatu yang tidak bebas atau merdeka. Mereka mungkin berasa hak untuk mereka menayangkan kecantikan tubuh mereka yang menggiurkan itu sudah dirampas tanpa sedar.

Dan apakah wanita muslim sekarang benar-benar menutup aurat kerana mengikut permintaan agama itu sendiri atau semata-mata mengikut peredaran fesyen semasa.

Sewaktu di pekan, mata aku sering melilau melihat orang yang lalu lalang di depanku. Entah kenapa tiba-tiba sahaja mata aku terhenti pada sesusuk tubuh yang cantik pada pandangan lelaki aku rasa. Otakku berputar lagi.. putar dan putar lagi.. aku pernah melihatnya sebelum ini.. ya! Memang aku pernah melihatnya.. dengan cara pakaian yang sama.. fesyen pelik itu yang membuatkan aku boleh mengingatinya sampai hari itu.

Apa yang menarik minat aku? Blaus tanpa lengan yang sendat membaluti tubuhnya, seluar ketat separas lutut, mekap tebal kalah pelakon opera cina atau selendang yang menutup sebahagian mahkota kepalanya??.. aduh fesyen zaman apakah ini? Atau fesyen planet manakah ini?? Aku keliru..

Aku bukan orang yang layak mengkritik kerana aku juga bukan wanita yang meletakkan diri disebalik kelubung hitam labuh dengan wajah bertutup hingga hanya menampakkan dua anak mata ini ( kalau aku jadi empat kerana memakai kaca mata).. oh aku bukan orang sebegitu.. walaupun aku bukan sesempurna itu tetapi aku masih tahu bahagian mana yang menjadi sempadan ‘aurat’ seorang bergelar wanita. Aku masih menjaganya.. tetapi aku pelik apakah tudung, seledang kini menjadi fesyen semata.. atau hanya sekadar pelindung dari panas.. aduh.. sungguh aku tidak layak mengadilinya.. tetapi hati ini masih mahu berkata-kata..

Aku tidak pernah membenci wanita yang bebas rambut (free hair).. kerana ramai kenalanku begitu. Tetapi jika mereka tidak mempermainkan tudung itu sendiri sudah memadai bagi aku, jika mereka menerima teguranku dengan senyuman dengan kata insyaAllah juga sudah cukup memuaskan hati aku.. Kerana aku tahu suatu hari nanti, akan terbuka hatinya.. asalkan jangan kau permainkan tudung atau pergunakan untuk kecantikan atau sebagai payung ketika panas sahaja…

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).




p/s :Aku gadis kerdil yang masih belum sempurna perlakuannya. Aku tidak layak bersuara tetapi hati halusku masih mahu berkata-kata. Sungguh aku tidak menjadi wanita yang hanya menampakkan dua anak mata, tetapi aku masih menjaga batasan maruahku.. Aku masih mahu bertaubat dan menilai diri…

3 comments:

  1. salam...
    moga apa yang diluahkan akan memberikan kita suatu ilmiah tentang aurat masa kini...

    ReplyDelete
  2. menchantekkn diri utk pndangan bukan mhram juga haram =)=) peace!

    *pringatan utk diri sndiri juga =)

    ReplyDelete
  3. Wsalam Pak Long.. insyaAllah..

    CikGadis.. btl tu.. Budak Hitam menulis juga utk peringatan diri..
    "masih mahu bertaubat dan menilai diri"

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)