Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Wednesday, March 31, 2010

Aku tak perlukan pengkritik peribadi.. Sila la Service hati anda..

Selama 22 tahun aku hidup ni macam2 perangai manusia aku jumpa.. memang kalau nak diikutkan, bila berdepan dengan perangai yang macam ni buat aku kadang ketawa sendiri.. cuma yang aku paling tak paham bila ada makhluk yang tak suka tengok orang lain bahagia.. Ya Allah.. kenapa la ada orang macam ni.. hati rosak ke cik kak oi? ke dah lama tak service hati?

Kadang2 ak tak paham apa yang mereka dapat bila berhasad dengki macam tu.. diorang tak bahagia bila tengok orang lain bahagia.. cuba kalau orang buat kat diorang ke, adik beradik diorang ke, apa yang diorang rasa… mungkin la diorang ni kurang kasih sayang.. atau pun diorang rasa diri tak bahagia.. jangan cemburu bila Allah berikan kebahagiaan pada orang lain.. memang Allah yang berikan kebahagiaan dan ketenangn tu tapi kita juga boleh berusaha untuk dapat ketenangan dan kebahagiaan macam orang lain..

Mesti korang pun perasan kan, bila ada orang yang macam berlumba2 dengan kita.. kita beli kerata, dia nak beli, kita ada pakwe dia pun sibuk2 nak cari pakwe, lepas tu sibuk tayang2 kat kite macam kite kesah sangat.. yang paling aku tak boleh terima sampai sanggup datang bilik sebab nak check loker.. nak tengok baju jenama apa yang kita pakai, make up apa kita pakai, perfume mahal ke murah.. Ya Allah.. kenapa la ada orang macam ni.. sampaikan bila nak kuar rumah kita tu sempat lagi ushar kasut jenama apa kita pakai.. siap komen2 lagi kasut tu tak elok la.. apa hal plak dia nak jadi pengkritik peribadi aku ni??

Memang tak dinafikan, boleh jadi gila dengan orang macam ni… aku ingat lagi ada 1 kes member dekat u… pasal rambut pun boleh gaduh.. ada sorang ni baru buat rambut.. free hair la kan.. dia punya syok dapat rambut baru, tiba2 makhluk yang tak suka tengok orang lebih ni boleh kutuk2.. “rambut awak tu buruk la.. macam orang tua… “.. Yang mengata tu plak xde la lawa sangat.. tapi da nama tak boleh tengok orang lebih, hati dia rasa tak bahagia sangat bila tengok orang lain gembira..

Aku memang biasa alami semua ni masa kat u.. aku ni jenis yang tak suka keluar.. aku lebih senang duduk di bilik. Kalau keluar pun cuma nak pergi kelas, pergi library dan pergi beli makanan.. Tapi ada seorang hamba Allah ni sibuk2 plak hal aku.. datang check meja study aku complain meja kau ni penuh buku, bersepah.. memang la bersepah, tak nampak ke aku tengah study.. pastu dia boleh cakap, eii aku tak suka la meja bersepah macam ni.. nampak macam pemalas.. sebab tu aku beli rak.. aku yang malas nak melayan aku senyap je.. bila aku tengah baca Al-Quran plak dia datang dan boleh dia cakap “wani, kenapa ek ko tak kuar? asyik memerap je dalam bilik.. macam takda life” Sengal gile minah ni.. takkan tak nampak aku apa yang aku buat.. boleh plak dia komen2 pasal life aku.. hadoi… sudah la aku tak kenal dia sangat.. kawan pun tak.. cuma dia je suka menyibuk datang bilik aku sebab minah ni sangat dengki tengok orang lain bahagia…

Untuk orang2 yang rasa kurang kebahagiaan dan masih tercari2 rasa bahagia, service lah dulu hati anda tu.. macam2 cara boleh buat.. kalau tak boleh nak berfikir, kat sini Budak Hitam dah tolong fikirkan cara nak service hati untuk anda.. nak ikut atau tak terpulang la…

hati

Gambar ini dipinjam dari pak cik Google


1. pertama2 cuba dekatkan diri dengan Allah.. bila kita jauh dari Allah memang hati kita takkan tenang dan kita rasa kurang kasih sayang dari Allah.. Jadi cuba2 la dekatkan diri dengan Allah.. kerana Dia juga la yang akan memberikan ketenangan itu kepada kita.. cuma kita juga perlukan sedikit usaha utk sampai kepadanya..berdoa adalah salah satu cara untuk kita hampir selain menjamu hati kita dengan makanan hati.. apakah makanan hati? tentulah zikir2, selawat dan sebagainya.. jangan la plak asyik kejar yang tu sampai yang wajib dilupakan..

2. Cara yang kedua, belajar la menerima apa yang kita ada.. kadang2 kita cemburu bila tengok orang lain lebih sebab kita tak boleh terima kemampuan diri kita.. bersyukurlah dengan apa yang kita dapat.. sebab segala yang baik itu datang dari Allah..

3. Sentiasa membuat kebaikan. tak bayak sikit pun jadi la..

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebajikan sebesar zarah niscaya Allah akan melipatgandakan dan memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar.

Kadangkala, bila kita buat sedikit kebaikan hati akan rasa sedikit puas bila tengok orang lain senang atas usaha kita.. secara tak lansung kita dah menyuntik sedikit rasa bahagia dalam diri kita…

4. Selalu la meminta maaf walau kesilapan yang dilakukan tu kecil dan kadang2 tak nampak.. mungkin kita selalu tak ambil kisah pasal perasaan orang lain.. tapi bila kita memohon maaf dan orang memaafkan kita secara tak lansung hilang beban dalam hati kita.. hati kita ni terlalu banyak digunakan sampaikan nak tambah dengan beban yang sedikit ni pun dah tak termampu.. sebab itu la bila hati dah menjadi beban kepada kita, kita rasa tak bahagia.. sepanjang masa fikir masalah, fikir kenapa Tuhan buat aku macam ni, fikir apa salah kita.. sedangkan kita tak sedar itu semua berpunca dari diri sendir, salah kita bukan setakat pada Tuhan, tapi juga pada orang2 lain.. mungkin orang tak redha atas salah kita pada diorang.. jadi, belajarlah memohon maaf dengan hati yang seikhlasnya..

5. Selalulah memberi pujian secara ikhlas.. ada jugak orang yang memuji tapi secara menyindir.. dalam memuji tu hati berbaur dengan rasa cemburu melihat kelebihan orang lain.. sebab itulah hati kita tak senang dan tak bahagia.. Cubalah sekali puji dengan jujur.. dalam hati kita tu selitkan la pegangan setiap orang ada keistimewaan masing2.. mungkin Allah bagi dia lebih kat situ.. aku pulak mungkin Allah bagi kelebihan lain.. tak rugi pun kalau kita ikhlas.. tak luak apa2 pun.. pernah ke orang yang ikhlas memuji ni hati tinggal separuh.. tak pernah kan? jadi ikhlaskanlah diri kita dalam apa jua yang kita buat... Kalau kita ikhlaskan hati dalam setiap apa pun yang kita buat, InsyaAllah kebahagiaan itu milik kita…

6. Control perasaan marah.. mana la hati nak tenang kalau asyik marah2 kan.. Bila berdepan masalah atau keadaan stress, cuba control perasaan marah tu.. tarik nafas dalam2 dan hembus. kembali. buat berulang kali.. kalau kita mampu control emosi, x mustahil kita mampu control hati kita.. lagi satu, banyakkan melihat benda2 yang boleh menenangkan fikiran seperti warna hijau, pemandangan yang cantik.. soal hati kan berkait dengan fikiran kita.. bila fikiran tenang, hati tenang.. rasa bahagia itu juga akan muncul perlahan2...

7. Ini yang terakhir, selalulah memaafkan orang lain terutamanya sebelum tidur.. Bila berdendam dengan orang ni memang hati kita takkan pernah tenteram.. ada saja rasa sakit hati yang datang bila kita teringatkan dendam kita tu.. dalam keadaan tu, syaitan pun berlumba2 datang kat kita, nak menghasut kita.. kalau dah hidup berdampingan dengan syaitan… fikir2 lah sendiri ek…



Setakat itu je la yang mampu Budak Hitam bantu.. kita tak boleh mengharap orang lain ubah diri kita melainkan diri kita sendiri.. kalau mahukan kebahagiaan, usahalah dari hati yang ikhlas..

p/s: Budak Hitam pun rimas bila ada orang yang suka jadi pengkritik peribadi Budak Hitam secara percuma.. terima kasih saja lah eh..

Monday, March 29, 2010

Top Blogger Award!!!

Salam Semua... hari yang ceria!!!
Ceria la sangat kan?? hihi.. Budak Hitam ni kena la ceria2 jugak sebab baru dapat award kan.. 1st skali Budak Hitam nak ucap time kasih kpd Si Para Para dan Đ╝AkU_BeBaS_BerFiKiRĐ╝ sebab bagi award ni kat Budak Hitam..


Top Blogger 2010!!
Sebenarnye blog ni tak la top pun.. ye la.. follower pun x sampai seratus.. setakat ni traffic pun x pernah jam lagi.. hihi.. tapi orang da bagi kan.. bak kata pepatah "kecik tapak tangan, sebesar lautan ku tadahkan.."

Ok, basically this is what the regulations are:

# Thank & link the person that gave you the award.


# Pass this award onto 12 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
# Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.


The 12 top bloggers are:

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Disebabkan saya bermurah hati jadi saya memberikan award ini kepada sesiapa yang membaca entry ini.. (sebenarnye malas .. ) hehe

Sudilah kiranya menerima hadiah dari saya ini.. peace!!



Friday, March 26, 2010

Tag Dari Mr Lelaki Bulan..

Ini tag dari Mr Lelaki Bulan.. hihi suka panggil dia ngan nama tu.. x marah kan?? hehe..

1. Siapakah diri anda di rumah?
Aku anak kedua bagi kedua ibu bapa aku.. adik kepada seorang kakak, dan kakak kpda 3 orang adik lelaki. Aku pendiam. tak suka kacau orang. Jadi bahan buli adik-adik dan kakak.

2. Siapakah diri anda disamping rakan2?
Aku tak banyak bercakap. Pendengar setia tapi bukan pemberi nasihat yang baik. Mereka kata aku tiada perasaan jadi kalau yang tension akan cerita masalah kat aku atau marah-marah kat aku..

3. Lima benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai..
a) Kereta dengan duit sendiri
b) Beli rumah untuk kami sekeluarga dengan duit aku
c) Bawa mak ayah pergi haji
d) Berikan hadiah paling istimewa untuk family
e) Nak buat surprise untuk kekasih supaya dia boleh ingat kenangan manis tu sampai bila-bila


4. Siapakah nama pasangan anda?
Mohammad Aminnuddin bin Jamhari

5. Ceritakan lima perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda..
a) Dia lagi muda tapi lebih matang dari aku
b) Sangat-sangat penyabar
c) Cukup ilmu agamanya
d) Hormat orang tua dan sangat mudah bergaul dengan orang
e) Jujur, setia & memahami
tambahan: mak cakap dia berbudi bahasa dan pandai layan orang tua..


6. Bila tarikh anda couple?
20 April.. semoga hubungan ni kekal ke jinjang pelamin dan akhir hayat.. (ni bukan ayat gatal nak kawin.. haha)


7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Rasanya takda..

8. Lagu tema cinta anda?
Ermm.. apa saja by kru kot.. hihi.. tak pernah dengar? rajin-rajin la cari..

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Perubahan yg lebih baik dan bertambah baik.. (tiada manusia yg sempurna... aku pun macam tu gak)

10. Tag 10 rakan anda yang lain?
Para

Aku larat tag sorang je.. almaklum la.. laptop ni pun pinjam kakak.. tak boleh on9 lama2.. hihi
Sesiapa yang berminat, anda dialu-alukan untuk buat tag ini...

Tuesday, March 23, 2010

Aku takkan merungut lagi.. Maafkan aku..


Gambar dipinjam dari sini


Salam semua.. hari yang ceria..
(dengan suara yg lemah)

Semalam, lepas je balik kerja aku diserang migrain sekali lagi..
Malam tadi pulak elektrik takda..
Ya Allah.. korang bayangkan la tengah2 musim panas ni..
Sedangkan berkipas pun panas, ni kan plak takda kipas..
Memang tidur pun berpeluh-peluh..
Bangun tadi, badan aku panas, hidung tersumbat dan batuk2 sikit..
Aku pun g mandi nak g kerja..
Lepas siap-siap tu aku boleh tertidur balik.. sakit sangat kepala..
Mak cakap kalau tak larat amik la cuti..
So aku msg sv aku mintak cuti..
Then aku sambung tidur.. sedar-sedar da pukul 1.30pm...
Rasa betul2 tak larat.. tiba2 tambah lagi satu sakit..
Gusi tiba2 sakit.. sampai sekarang masih sakit...

Tapi aku ni memang tak tahu bersyukur..
bila Allah bagi aku sakit.. tentu la sebab Dia sayangkan aku..
Mungkin aku ada buat salah pape..
Bearbee (klasmate aku) cakap,
Bila Allah bagi sakit, maknanya Dia nak hapuskan dosa-dosa kecil aku..
Thanks B nasihatkan aku.. aku takkan merungut lagi..
Syukur Allah masih sayangkan aku...

Sunday, March 21, 2010

Award cantek sekali lagi.. cantekk ke?? haha

TQ so muchh ye cik Snow White!!

Aku br je buat entry ni kelmarin.. tp xpe la.. juz nk ucap tima kaseh kpda cik Snow White sbb bg award ni kt sy... hihihi..

untuk syarat selanjutnya boleh view entry terdahulu.. hihi
(psst budak itam ni pemalas sebenarnya.. hihi)

sila klik
sini untuk entry Beautiful Blogger Award.. (senyum lebar..)

Tapi pemenang seterusnya masih juga belum dapat dikenal pasti.. lalala

Blog terlebih berat??!!


Gambar dipinjam dari sini


Salam semua..Aiyo.. betul ke blog aku sangat berat.. haizzz..
Setelah menimbang, sungguh.. blog aku suda terlebih berat..
Kalau kurang dari 100kb, kiranya blog anda masih dalam berat yang dibenarkan..
Tapi malangnya blog aku suda terlebih 29.75kb!!
Mcm mn ye nk kurangkan berat blog ni??
Nampaknya terpaksa la aku jalankan program diet untuk blog ni.. haha
Tuan blog berdiet, blog pun kena diet jugak.. kesiaaan..


Nak tau macam mana nak check speed blog anda dan secara tak lansung bleh tau berapa berat blog anda?
Anda boleh pergi kat sini untuk semak berat blog anda..
Selamat Mencuba!!!

psstt.. blog aku da diet.. tengok la.. da xde gadget2 lain.. huhu

Saturday, March 20, 2010

Masihkah kau ingat??

mrsm transkrian

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Putera puteri MARA semua.. masihkah kau ingat akan lagu ini??? kelmarin aku baru join group MRSM Tranx batch 04/05 kt fb.. ada la sorang hamba Allah ni masukkan lagu ni… hoho rindu sungguh dengan lagu ni… ingat lagi masa batch aku pergi kem jati diri kt Bukit Panchor.. kitorang kena nyanyi lagu tu kuat-kuat sampai bergegar dalam hutan tu.. haha mesti orang kampung pelik dengar orang menyanyi tengah malam buta..

Bila balik maktab, kitorang kena nyanyi kuat-kuat macam masa dalam hutan… maka bergemalah satu maktab.. ada la beberapa orang budak-budak batch lain pulak, dah la tak menyanyi.. siap gelak-gelakkan kitorang.. alih-alih diorang plak kena marah dengan cikgu dan kena nyanyi berulang-ulang kali dengan kuat.. hahah tu la.. gelakkan orang lagi…

Yang penting aku akan ingat lagu ni sampai bila-bila.. sekarang pun masih terngiang-ngiang kat telinga aku lagu ni.. lagu ni kira lagu sekolah paling sedap antara semua sekolah yang aku masuk… macam banyak sangat je.. padahal 4 je sekolah menengah yang aku masuk.. mana banyak kan?kan?? hahaha.. Tapi sekolah aku masa form 1 takde lagu sekolah.. tiap-tiap kali perhimpunan kitorang kena baca Asma Ul Husna.. baguskan??

Pensel Warna



Sepasang suami isteri yang hidup susah mempunyai 11 orang anak yang masih kecil.. salah seorang anak kecilnya itu mempunyai keistimewaan berbanding adik beradiknya yang lain. Anak kecil itu begitu berbakat melukis dan mewarna walaupun masih kecil. Suatu hari si anak meminta si ayah membelikan pensel warna untuknya.. si ayah yang terlalu sayangkan anaknya tersenyum dan berjanji membelikan pensel warna baru untuk anak kecilnya.

Tengah malam itu, sebelum tidur.. si ayah memikirkan tentang janjinya dan melihat wang simpanannya.. 20 puluh ringgit yang diterima sebagai upah mengangkat barang itu cuku-cukup untuk membeli makanan mereka sekeluarga untuk beberapa hari...

Esoknya.. si ayah membelikan sekotak pensel warna yang baru untuk si anak.. si ayah berpesan kepada anak kecil itu supaya merahsiakan perihal pensel warna itu daripada ibu dan adik beradiknya yang lain... malam itu, sekali lagi si ayah berfikir bagaimana mahu mencari duit untuk menampung kembali duit yang telah di guna.. pada si ayah yang hidup kais pagi makan pagi itu, beberapa belas ringgit itu sudah terlalu bernilai untuk membeli makanan untuk keluarganya..

Suatu hari.. si ibu terjumpa kotak pensel warna baru yang dibeli si ayah.. si ibu menangis dan begitu marah sekali kerana sudah beberapa hari mereka sekeluarga hanya makan nasi kosong tidak berlauk..

Si ayah yang melihat si ibu memarahi si anak kecil itu merampas kotak pensel warna itu dan mematah-matahkan pensel warna tersebut.. mengalir air mata si anak tadi melihat pensel warna kesayangannya itu.. kerana terlalu sayangkan pensel warna itu, dia tidak pernah menggunakannya dan hanya menyimpannya di dalam almari.. si ibu yang melihat si anak menangis, turut menangis dan mengutip bekas-bekas pensel yang telah patah tadi dan menyusunnya ke dalam kotaknya kembali sambil memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang...



Cuba kita lihat kasih sayang seorang ayah dan ibu.. walau betapa susahnya mereka, kasih sayang pada anaknya tidak pernah kurang.. sesusah mana pun, mereka sedaya upaya cuba menunaikan hasrat anaknya dan tidak sanggup melihat anaknya kesedihan.. mungkin pada kita, harga sekotak pensel warna itu terlalu kecil untuk dinilai, tetapi harga untuk kasih sayang mereka itu terlalu besar sehingga tak ternilai.. tapi sayangnya.. anak-anak terlalu mudah melupakan kedua ibu bapanya bagaikan tiada sedikit pun kasih sayang kepada insan yang telah membesarkan mereka.. sehigga ada yang sanggup meninggalkan ibu bapa sendiri di perhentian bas.. bagi yang masih mempunyai ibu bapa, sayangilah mereka.. walau dikumpulkan seluruh intan permata di dunia ni, kita masih belum mampu membalas jasa dan pengorbanan mereka.. walau dihadiahkan dengan kasih sayang seumur hidup kita.. tetap masih belum mampu menandingi kasih sayang yang mereka berikan...

Beautiful Blogger Award

Arghh… mata belum mengantuk lagi.. kebosanan.. tadi sibuk melayan tv.. sekarang dah tak mau tido.. tiba-tiba aku teringat award yang Mieran bagi. alamak! aku belum buat lagi.. jadi aku merajinkanlah diri ni buat award tu.. hihihi

Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award

First sekali saya sebagai penerima award ni nak ucapkan terima kasih kat Mieran sebab sudi bg award Beautiful Blogger ni kat saya.. santek ke?? aaa itu yang kite tak tau.. hihihi.. TQ jugak kepada peminat2 saya.. kemenangan ini adalah milik kita bersama.. adoi apekah aku merepek ni? (ini adalah kesan terlebih tido).. ok2 stop merepek. kita teruskan dengan aktiviti seterusnya…

2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

Aku sangat malas nak mencari.. tapi kalau tak cari pun takpe kan? aku da dapat award ni.. ade aku kesah?? hahaha sengal betul dak itam ni.. sorry bkn x nak cari tapi aku tak larat...

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

Sebab x cari penerima award.. jadi aku x contact sapa2 pun… hihihi

4. State 7 things about yourself.

- Masa sekolah dulu aku sangat gemuk dan dipanggil debab

- Perut aku sangat sensitif tahap impak maksima.. adeh

- Aku pemalu n pendiam.. tapi bila da lama kenal aku jadi x malu dan x reti diam.. hihihi

- Aku suka tengok cite katun kanak-kanak macam Barney and Friends.. ngeee

- Aku sangat meminati Yusri KRU.. dulu kini dan selamanya.. kenapa ek??

- Aku suka karaoke dengan adik bongsu aku..

-Aku kidal!!

- Aku suka jawab tag n contest

alamak.. terlebih sudah.. xpe la.. aku bagi extra 1

p/s: ini entry orang pemalas yang cuba merajinkan diri.. malangnya malas tu tetap ada.. ngee… nak titon dulu… papai…

Monday, March 15, 2010

Program di UniMAP tak diiktiraf???


KAMPUS baru UniMAP di Pauh, Perlis tersergam indah tetapi sebahagian besar kursus yang ditawarkan IPTA itu tidak mendapat pengiktirafan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.

Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Gara-gara pernyataan Kosmo hari ini membuatkan ramai student UniMAP sedikit kecoh dan risau.. mana taknya.. pernyataan yang dikeluarkan tanpa usul periksa dan bukti yang sahih sewenang-wenangnya dikeluarkan.. sehinggakan pihak UniMAP mengarahkan Dekan dan pensyarah bagi semua pusat pengajian memberikan penjelasan mengenai perkara ini kepada semua pelajar dan alumni..

Untuk PPK aku, iaitu PPK Alam Sekitar, program RK 07, memang belum diiktiraf lagi. Tetapi bukanlah kerana program ni dan UniMAP tidak layak diiktiraf. Tetapi proses akreditasi hanya akan boleh dibuat apabila program tersebut lengkap 4 tahun penawarannya. Oleh yang demikian, untuk program aku, pusat pengajian aku sudah pun submit dokumentation (SAR) yang diperlukan pada January 2010. Pihak EAC dijangka datang untuk membuat penilaian sekitar bulan May 2010 dan insyallah keputusan dapat atau tidak akreditasi untuk RK 07 akan diketahui sekitar Ogos 2010..Program kami ini baru nak dinilai kerana program ini masih baru dan graduan pertama program ni akan grad pada tahun ni.. bukan pasal isu langsung tak diiktiraf...

Lagi satu, kenyataan kosmo tentang 16 program tak diiktiraf adalah tidak tepat sama sekali kerana hanya 8 program masih belum diiktiraf.. dan program yang belum diiktiraf adalah program baru yang masih menanti keputusan dari SAR yang di delay selama beberapa tahun.. jadi sekali lagi bukan disebabkan program-program ini tidak layak untuk diiktiraf..

Kalau la betul program-program di UniMAP tak diiktiraf, mustahil graduan-graduan UniMAP boleh mendapat pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta. Malah graduan UniMAP tidak mempunyai masalah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana mahupun PhD dan ada antara graduan UniMAP diberikan biasiswa oleh universiti luar negara untuk menjalankan pengajian sehingga ke peringkat PhD.

Setiap pelajar yang baru diterima masuk ke UniMAP, kami akan diberi penerangan mengenai perkara ini dan kami sedia maklum mengenai perkara ini. Tetapi nampaknya masih ada orang masih belum atau kurang faham bahasa melayu untuk memahami situasi sekarang, malah ini bukan kali pertama pernyataan seperti ini dibuat.. Rasanya tak susah pun nak faham.. Kepada kawan-kawan dan adik-adik semua.. jangan risau mengenai isu ini.. Kalau betul kita lansung tak diiktiraf, tak mungkin kakak-kakak dan abang-abang kita memperoleh pekerjaan bukan setakat di company biasa bahkan di multinational company..

Di sini juga disertakan dengan sedikit maklumat mengenai peratusan graduan UniMAP yang berjaya mendapat pekerjaaan setakat ni...

• 100% graduan UniMAP tahun 2006 telah mendapat pekerjaan
• 96% bagi graduan 2007
• 88% bagi graduan 2008
• 60% bagi graduan 2009

Jadi, adakah program di UniMAP tak diiktiraf??

p/s: benda ni mmg bikin gempak.. sampai VC pun turun padang.. haishhh... mlm ni pun ade perjumpaan tergempar dgn semua student.. rugi tul tak dapat pegi.. kalau aku kat perlis confirm aku pegi..

Sunday, March 14, 2010

Cik Ted Beruangku...

Salam...
Saya sangat suka beruang.. lihat itu..

ohh ia sangat comel...
di rumah saya juga ada banyak beruang..
tapi saya sudah bungkuskan dan mahu pulangkan kepada pemiliknya..
huhu sangat sedih...
tapi kelmarin.. hari khamis lepas..
saya rasa malas mau pergi kerja.. jadi saya ambil cuti..
rupa-rupanya saya bakal dapat seekor beruang yang sangat besar..
memang besar.. hampir sama tinggi dengan saya...
sangat comel, comel, comel, comel...
tapi beruang saya tak boleh buat macam ni...
oh.. comelnye...


malam2 saya tido dengan dia.. tapi bila pagi dia sudah ada kat bawah katil..
hahaha.. saya sangat buas bila tido..
kesian beruang saya...
oh ye.. nama beruang saya itu Cik Ted..
walaupun dia jantan tapi saya kena letak nama betina..
sebab Encik Buah Hati jeles bila saya peluk-peluk Cik Ted.. kah3
ni gambar beruang saya...


terima kasih ye Encik Buah Hati..
Nanti boleh la bagi lagi.. hihihi..



tamat cerita beruang...




Friday, March 12, 2010

TaTaCaRa PeMaKaNaN RaSuLuLLaH SAW

Sebenarnya, banyak tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW yang boleh kita ikut. Malah terbuki bahawa ia benar-benar sihat untuk badan kita. Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
* Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
* Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

* Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel.

* Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

* Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.

* Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

* Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini tidaklah boleh dianggap haram cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

* Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

* Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

* Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.

* Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.


~~Lagi tatacara dan adab makan Rasulullah SAW
~~

Tuesday, March 9, 2010

Tag seterusnya dari Mr Para-Para

Amboi2.. budak Munir ni da pandai mengetag orang.. esok p skolah suh cikgu rotan die.. hahaha.. mujur la Budak Hitam ni baik.. layannnnn

1.- Adakah anda rasa HOT???
ohh.. Im HOT!!! derr... mcm good2 jer.. :P

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!


3 - cerita pasal gambar...
aku tak tau gambar ni kat mana.. tapi aku suka sangat.. betul2 indah dan yang penting menenangkan fikiran aku bila tengah kusut buat assignment..

4 - bila kali terakhir anda makan pizza?
last ms bulan satu..

5 - lagu terakhir anda dengar?
lagu msg kt hp.. xtau la lagu ape.. huhu

6 - apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
melayan msg dr encik buah atiku...

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
angah, kerang, kakak chantek(tQ adik sutun bg nama ni.. hahahaha), budak hitam

8 - tag lagi 8 org
1) waniey sakura
2) Mieran
3)Mimie
4) Kak Ieda
5) CikGadis
6) Ellis
7) misdawia
8) applegreen

9 - siapakah org no.1 kepada anda?
dia classmate masa kat matrix.. pernah kena tegur ngn En Ahmad Bakhtiar sebab main2 manik tudung dalam English class.. hahahah

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5...
tua sebulan 9 hari dr sy.. lalala

11 - no.3 ada hubungan dengan siapa?
ehem2.. xkan x tau.. mesti la dengan bangdam.. hihih

12 - bagaimana pula dengan no.4...
mestila dengan hubby die.. heeee

13 - pesanan kepada orang no.6...
semoga kita terus bersahabat.. :)

14 - kata2 cinta untuk orang no.2...
sy terima lamaran awak... lalala gurau jer... hehehe

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
yup.. dua2 x pernah jmpa lagi.. heee

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
Para (Syair Si Para-Para)

- baik.. rasenye la.. hahaha
- addicted dengan bulan julai.. hihi oppss
- Suka tulis cite pasal munir
- dia cakap dia terasa dengan sy..
- dia tinggal kt kuala terengganu.. btl x? lalala

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
dua2 halal dimakan.. hihihi

18 - perasaan anda wat tag ni?
perasaan xde.. perasan ade.. hahaha

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
razman? razman mane niii? err mungkin la kooot

20 - a)GAY or b)LESS
ermm dua2 xmo..

Sunday, March 7, 2010

TAG KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST



Aiyokk kena wat tag pulak.. ni adalah salah satu tugasan bonus untuk mendapat 20 markah dalam Kamiblogger Biggest Contest.. kemudian saya perlu menjemput 10 orang peserta untuk menjawab tag ini.. mari2 jawab.. soalan senang2 aje..


1,2,3 MULA!!!

1. Jika anda adalah gf/bf kepada diri anda sendiri, apakah hadiah paling istimewa yang anda ingin berikan?

2. Adakah anda suka menunggu? Berikan sebab.

3. Pernahkan anda berjumpa dengan orang gila?

4. Jika ya, apakah yang anda bualkan, jika tidak apakah yang ingin anda bualkan?

5. Jika anda diberitahu hanya akan hidup selama setahun saja lagi. Apakah 5 perkara yang ingin anda buat?

6. Jika anda pergi esok, siapakah 3 orang yang paling anda rindu? Siapakah mereka pada anda?

7. Anda sedang berjalan-jalan, tiba-tiba anda terjumpa sekeping duit RM50, apakah yang akan anda lakukan?

8. Satu hari anda sedang menuruni tangga di hadapan sekumpulan wanita cantik/lelaki kacak. Tiba-tiba anda tergelincir dan terjatuh. Apakah yang akan anda lakukan?

9. Adakah anda rasa anda cantik/kacak?

10. Apakah ayat famous orang yang cuba tackle anda / ayat famous anda ketika cuba tackle seseorang?



~~~~Selesai~~~~


Kepada yang di tag, sila la jawab soalan ni ye.. sila berikan jawapan anda di ruangan komen mengikut format di bawah.. jangan lupa tinggalkan link anda

Link Blog Peserta jemputan : http://kamibudakhitam.blogspot.com/
1.coklat
2.tidak. kerana....
3.

Akhir sekali jangan lupa hantar link anda di KamibloggerBiggestContest


Senarai peserta yang di tag:
1) *Mieran_87
2) *qairul-nizam
3) *maisarahmazhar
4) *murnihati
5) *aslindaa
6) *happinessisreachable
7) *paraparapets
8) *missteletybes
9) *malaywifelife
10) *applegreengirl
11) *gadis1810
12) asahara93
13) arissaarlin
14) senyumisimpul

Selamat menjawab!!!

* ----> yang sudah menjawab tag

Saturday, March 6, 2010

Lagu Geng Budak Hitam

Kerang tulis lagu ni untuk ayah, sipot, sutun dan penyu...

tajuk lagu: Lima Budak Hitam
penulis: Kerang


Satu budak hitam,
Nama dia sutun,
Ajak penyu kuar,
Sekarang jadi dua..

Dua budak hitam,
Sutun dengan penyu,
Sipot senyum suka,
Bertambah jadi tiga..

Tiga budak hitam,
Sutun, penyu, sipot,
Kerang datang rapat,
Sudah menjadi empat..

Empat budak hitam,
Suka buli ayah,
Gelak guling-guling,
Buat ayah pening….




Friday, March 5, 2010

Kalut untuk lima minit~~~ sila bangun dari mimpi indah!!!

Tampar pipi sendiri 2-3 kali.. (tampar dengan perlahan)
bukan marah atau geram
tapi mahu sedarkan diri..
Cik Wani sila bangun dari mimpi indah..
Sekarang sudah minggu ke 15...
Logbook sudah pending 2 minggu..
Report baru sekadar conteng2..
Apa nak jadi.. Lagi beberapa minggu lecturer nak datang!!!
Huh baru sekarang nak sedar.. selama ni duk goyang kaki je...

Argghhh tension n bingung...
X ready lagi.. x master lagi pasal tempat ni..
Aku tak mahu present macam budak sekolah...
Setakat cakap kat depan sambil baca kertas di tangan..

Argghhh tension balik!!
Marah pada diri sendiri sebab sungguh menyibuk nak join contest yang macam2
sibuk dengan fb x berfaedah
sibuk dengan blog ni..(blog xpe.. hihiih)

Arghhhh bingung2..
Jerit2 sambil tarik rambut dan terus pengsan...~~~~

Monday, March 1, 2010

Kanan atau Kiri.. kedua2nya berjasa~~

Salam Semua.. Hihi
Hari yang sangat ceria.. ye la selalu aku murung, bersedih je..
Hari ni tak ada sedih2 lagi...
ok la.. tadi baca blog Mr. Qamarguyz.. hehe pasal tag tulis tangan kiri tu la..
Hmm tapi kali ni aku bukan tulis tangan kiri.. tulis tangan kanan..
Kadang2 rasa tak nak jadi kidal.. tapi nak buat macam mana kan.. tangan kanan aku x kuat untuk menggenggam.. so terpaksa la guna tangan kiri..
Ni la hasil dari tangan kanan aku.. tak sangka boleh jugak menulis..
Walaupun banyak kali jugak pen terlepas dari tangan..
Hasilnya.. agak hancusss... hihihihi
Nikmati dan hayatilah karya tangan kanan saya ni... hihihi.. Peace!!



notakecil: kedua2 tangan aku ni sangat2 berjasa pada aku.. Syukur aku dilahirkan sempurna kejadian.. aku akan jaga apa yang dipinjamkan ni dan gunakan sebaiknya.. Supaya bila aku pulangkan nanti, ia masih elok sepertimana asalnya..