Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Monday, March 15, 2010

Program di UniMAP tak diiktiraf???


KAMPUS baru UniMAP di Pauh, Perlis tersergam indah tetapi sebahagian besar kursus yang ditawarkan IPTA itu tidak mendapat pengiktirafan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.

Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Gara-gara pernyataan Kosmo hari ini membuatkan ramai student UniMAP sedikit kecoh dan risau.. mana taknya.. pernyataan yang dikeluarkan tanpa usul periksa dan bukti yang sahih sewenang-wenangnya dikeluarkan.. sehinggakan pihak UniMAP mengarahkan Dekan dan pensyarah bagi semua pusat pengajian memberikan penjelasan mengenai perkara ini kepada semua pelajar dan alumni..

Untuk PPK aku, iaitu PPK Alam Sekitar, program RK 07, memang belum diiktiraf lagi. Tetapi bukanlah kerana program ni dan UniMAP tidak layak diiktiraf. Tetapi proses akreditasi hanya akan boleh dibuat apabila program tersebut lengkap 4 tahun penawarannya. Oleh yang demikian, untuk program aku, pusat pengajian aku sudah pun submit dokumentation (SAR) yang diperlukan pada January 2010. Pihak EAC dijangka datang untuk membuat penilaian sekitar bulan May 2010 dan insyallah keputusan dapat atau tidak akreditasi untuk RK 07 akan diketahui sekitar Ogos 2010..Program kami ini baru nak dinilai kerana program ini masih baru dan graduan pertama program ni akan grad pada tahun ni.. bukan pasal isu langsung tak diiktiraf...

Lagi satu, kenyataan kosmo tentang 16 program tak diiktiraf adalah tidak tepat sama sekali kerana hanya 8 program masih belum diiktiraf.. dan program yang belum diiktiraf adalah program baru yang masih menanti keputusan dari SAR yang di delay selama beberapa tahun.. jadi sekali lagi bukan disebabkan program-program ini tidak layak untuk diiktiraf..

Kalau la betul program-program di UniMAP tak diiktiraf, mustahil graduan-graduan UniMAP boleh mendapat pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta. Malah graduan UniMAP tidak mempunyai masalah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana mahupun PhD dan ada antara graduan UniMAP diberikan biasiswa oleh universiti luar negara untuk menjalankan pengajian sehingga ke peringkat PhD.

Setiap pelajar yang baru diterima masuk ke UniMAP, kami akan diberi penerangan mengenai perkara ini dan kami sedia maklum mengenai perkara ini. Tetapi nampaknya masih ada orang masih belum atau kurang faham bahasa melayu untuk memahami situasi sekarang, malah ini bukan kali pertama pernyataan seperti ini dibuat.. Rasanya tak susah pun nak faham.. Kepada kawan-kawan dan adik-adik semua.. jangan risau mengenai isu ini.. Kalau betul kita lansung tak diiktiraf, tak mungkin kakak-kakak dan abang-abang kita memperoleh pekerjaan bukan setakat di company biasa bahkan di multinational company..

Di sini juga disertakan dengan sedikit maklumat mengenai peratusan graduan UniMAP yang berjaya mendapat pekerjaaan setakat ni...

• 100% graduan UniMAP tahun 2006 telah mendapat pekerjaan
• 96% bagi graduan 2007
• 88% bagi graduan 2008
• 60% bagi graduan 2009

Jadi, adakah program di UniMAP tak diiktiraf??

p/s: benda ni mmg bikin gempak.. sampai VC pun turun padang.. haishhh... mlm ni pun ade perjumpaan tergempar dgn semua student.. rugi tul tak dapat pegi.. kalau aku kat perlis confirm aku pegi..

2 comments:

  1. kosmo ni tak buat research betul2 ke?? haish~~

    ReplyDelete
  2. hmm ntah la.. main tls ikut suke je.. dgr2 pihak u tgh usahakn tindakan selanjutnye.. memalukan btl.. mcm la ktorg x tau.. dh muak dgr.. dr start masuk, asyk ckp psl akreditasi.. student pun da lebih arif psl ni.. hmmm

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)