Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, March 20, 2010

Masihkah kau ingat??

mrsm transkrian

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Putera puteri MARA semua.. masihkah kau ingat akan lagu ini??? kelmarin aku baru join group MRSM Tranx batch 04/05 kt fb.. ada la sorang hamba Allah ni masukkan lagu ni… hoho rindu sungguh dengan lagu ni… ingat lagi masa batch aku pergi kem jati diri kt Bukit Panchor.. kitorang kena nyanyi lagu tu kuat-kuat sampai bergegar dalam hutan tu.. haha mesti orang kampung pelik dengar orang menyanyi tengah malam buta..

Bila balik maktab, kitorang kena nyanyi kuat-kuat macam masa dalam hutan… maka bergemalah satu maktab.. ada la beberapa orang budak-budak batch lain pulak, dah la tak menyanyi.. siap gelak-gelakkan kitorang.. alih-alih diorang plak kena marah dengan cikgu dan kena nyanyi berulang-ulang kali dengan kuat.. hahah tu la.. gelakkan orang lagi…

Yang penting aku akan ingat lagu ni sampai bila-bila.. sekarang pun masih terngiang-ngiang kat telinga aku lagu ni.. lagu ni kira lagu sekolah paling sedap antara semua sekolah yang aku masuk… macam banyak sangat je.. padahal 4 je sekolah menengah yang aku masuk.. mana banyak kan?kan?? hahaha.. Tapi sekolah aku masa form 1 takde lagu sekolah.. tiap-tiap kali perhimpunan kitorang kena baca Asma Ul Husna.. baguskan??

8 comments:

  1. kalau ada org nyanyi lagi best ni..lalalala~

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    huhu..
    puteri MARA jg rupenya..
    study mana sis?
    lama tak nyanyi..rindu kat lagu nie..

    ReplyDelete
  3. err tak tahu pun lagunya macam mana...

    bangsa yang sehat eset negara...kualiti hidup di pelihara..lallala~ heehehe

    ReplyDelete
  4. Azrai: yup.. kita putera puteri MARA.. mula2 kt balik pulau.. tp skejap je.. x thn.. haha pastu tukar transkrian

    para2: erkk lagu ape tu ek?? hihih.. xpe2 meh sy ajar... ikut sy nyanyi k.. 1,2,3 nyanyi!!

    ReplyDelete
  5. azrai: rindu jgk lagu ni.. lbh rindu kt mktb.. huhu :b:

    ReplyDelete
  6. ~Taqi~ : yeke x pnh dgr? :k: hihi

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)