Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Wednesday, March 31, 2010

Aku tak perlukan pengkritik peribadi.. Sila la Service hati anda..

Selama 22 tahun aku hidup ni macam2 perangai manusia aku jumpa.. memang kalau nak diikutkan, bila berdepan dengan perangai yang macam ni buat aku kadang ketawa sendiri.. cuma yang aku paling tak paham bila ada makhluk yang tak suka tengok orang lain bahagia.. Ya Allah.. kenapa la ada orang macam ni.. hati rosak ke cik kak oi? ke dah lama tak service hati?

Kadang2 ak tak paham apa yang mereka dapat bila berhasad dengki macam tu.. diorang tak bahagia bila tengok orang lain bahagia.. cuba kalau orang buat kat diorang ke, adik beradik diorang ke, apa yang diorang rasa… mungkin la diorang ni kurang kasih sayang.. atau pun diorang rasa diri tak bahagia.. jangan cemburu bila Allah berikan kebahagiaan pada orang lain.. memang Allah yang berikan kebahagiaan dan ketenangn tu tapi kita juga boleh berusaha untuk dapat ketenangan dan kebahagiaan macam orang lain..

Mesti korang pun perasan kan, bila ada orang yang macam berlumba2 dengan kita.. kita beli kerata, dia nak beli, kita ada pakwe dia pun sibuk2 nak cari pakwe, lepas tu sibuk tayang2 kat kite macam kite kesah sangat.. yang paling aku tak boleh terima sampai sanggup datang bilik sebab nak check loker.. nak tengok baju jenama apa yang kita pakai, make up apa kita pakai, perfume mahal ke murah.. Ya Allah.. kenapa la ada orang macam ni.. sampaikan bila nak kuar rumah kita tu sempat lagi ushar kasut jenama apa kita pakai.. siap komen2 lagi kasut tu tak elok la.. apa hal plak dia nak jadi pengkritik peribadi aku ni??

Memang tak dinafikan, boleh jadi gila dengan orang macam ni… aku ingat lagi ada 1 kes member dekat u… pasal rambut pun boleh gaduh.. ada sorang ni baru buat rambut.. free hair la kan.. dia punya syok dapat rambut baru, tiba2 makhluk yang tak suka tengok orang lebih ni boleh kutuk2.. “rambut awak tu buruk la.. macam orang tua… “.. Yang mengata tu plak xde la lawa sangat.. tapi da nama tak boleh tengok orang lebih, hati dia rasa tak bahagia sangat bila tengok orang lain gembira..

Aku memang biasa alami semua ni masa kat u.. aku ni jenis yang tak suka keluar.. aku lebih senang duduk di bilik. Kalau keluar pun cuma nak pergi kelas, pergi library dan pergi beli makanan.. Tapi ada seorang hamba Allah ni sibuk2 plak hal aku.. datang check meja study aku complain meja kau ni penuh buku, bersepah.. memang la bersepah, tak nampak ke aku tengah study.. pastu dia boleh cakap, eii aku tak suka la meja bersepah macam ni.. nampak macam pemalas.. sebab tu aku beli rak.. aku yang malas nak melayan aku senyap je.. bila aku tengah baca Al-Quran plak dia datang dan boleh dia cakap “wani, kenapa ek ko tak kuar? asyik memerap je dalam bilik.. macam takda life” Sengal gile minah ni.. takkan tak nampak aku apa yang aku buat.. boleh plak dia komen2 pasal life aku.. hadoi… sudah la aku tak kenal dia sangat.. kawan pun tak.. cuma dia je suka menyibuk datang bilik aku sebab minah ni sangat dengki tengok orang lain bahagia…

Untuk orang2 yang rasa kurang kebahagiaan dan masih tercari2 rasa bahagia, service lah dulu hati anda tu.. macam2 cara boleh buat.. kalau tak boleh nak berfikir, kat sini Budak Hitam dah tolong fikirkan cara nak service hati untuk anda.. nak ikut atau tak terpulang la…

hati

Gambar ini dipinjam dari pak cik Google


1. pertama2 cuba dekatkan diri dengan Allah.. bila kita jauh dari Allah memang hati kita takkan tenang dan kita rasa kurang kasih sayang dari Allah.. Jadi cuba2 la dekatkan diri dengan Allah.. kerana Dia juga la yang akan memberikan ketenangan itu kepada kita.. cuma kita juga perlukan sedikit usaha utk sampai kepadanya..berdoa adalah salah satu cara untuk kita hampir selain menjamu hati kita dengan makanan hati.. apakah makanan hati? tentulah zikir2, selawat dan sebagainya.. jangan la plak asyik kejar yang tu sampai yang wajib dilupakan..

2. Cara yang kedua, belajar la menerima apa yang kita ada.. kadang2 kita cemburu bila tengok orang lain lebih sebab kita tak boleh terima kemampuan diri kita.. bersyukurlah dengan apa yang kita dapat.. sebab segala yang baik itu datang dari Allah..

3. Sentiasa membuat kebaikan. tak bayak sikit pun jadi la..

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebajikan sebesar zarah niscaya Allah akan melipatgandakan dan memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar.

Kadangkala, bila kita buat sedikit kebaikan hati akan rasa sedikit puas bila tengok orang lain senang atas usaha kita.. secara tak lansung kita dah menyuntik sedikit rasa bahagia dalam diri kita…

4. Selalu la meminta maaf walau kesilapan yang dilakukan tu kecil dan kadang2 tak nampak.. mungkin kita selalu tak ambil kisah pasal perasaan orang lain.. tapi bila kita memohon maaf dan orang memaafkan kita secara tak lansung hilang beban dalam hati kita.. hati kita ni terlalu banyak digunakan sampaikan nak tambah dengan beban yang sedikit ni pun dah tak termampu.. sebab itu la bila hati dah menjadi beban kepada kita, kita rasa tak bahagia.. sepanjang masa fikir masalah, fikir kenapa Tuhan buat aku macam ni, fikir apa salah kita.. sedangkan kita tak sedar itu semua berpunca dari diri sendir, salah kita bukan setakat pada Tuhan, tapi juga pada orang2 lain.. mungkin orang tak redha atas salah kita pada diorang.. jadi, belajarlah memohon maaf dengan hati yang seikhlasnya..

5. Selalulah memberi pujian secara ikhlas.. ada jugak orang yang memuji tapi secara menyindir.. dalam memuji tu hati berbaur dengan rasa cemburu melihat kelebihan orang lain.. sebab itulah hati kita tak senang dan tak bahagia.. Cubalah sekali puji dengan jujur.. dalam hati kita tu selitkan la pegangan setiap orang ada keistimewaan masing2.. mungkin Allah bagi dia lebih kat situ.. aku pulak mungkin Allah bagi kelebihan lain.. tak rugi pun kalau kita ikhlas.. tak luak apa2 pun.. pernah ke orang yang ikhlas memuji ni hati tinggal separuh.. tak pernah kan? jadi ikhlaskanlah diri kita dalam apa jua yang kita buat... Kalau kita ikhlaskan hati dalam setiap apa pun yang kita buat, InsyaAllah kebahagiaan itu milik kita…

6. Control perasaan marah.. mana la hati nak tenang kalau asyik marah2 kan.. Bila berdepan masalah atau keadaan stress, cuba control perasaan marah tu.. tarik nafas dalam2 dan hembus. kembali. buat berulang kali.. kalau kita mampu control emosi, x mustahil kita mampu control hati kita.. lagi satu, banyakkan melihat benda2 yang boleh menenangkan fikiran seperti warna hijau, pemandangan yang cantik.. soal hati kan berkait dengan fikiran kita.. bila fikiran tenang, hati tenang.. rasa bahagia itu juga akan muncul perlahan2...

7. Ini yang terakhir, selalulah memaafkan orang lain terutamanya sebelum tidur.. Bila berdendam dengan orang ni memang hati kita takkan pernah tenteram.. ada saja rasa sakit hati yang datang bila kita teringatkan dendam kita tu.. dalam keadaan tu, syaitan pun berlumba2 datang kat kita, nak menghasut kita.. kalau dah hidup berdampingan dengan syaitan… fikir2 lah sendiri ek…



Setakat itu je la yang mampu Budak Hitam bantu.. kita tak boleh mengharap orang lain ubah diri kita melainkan diri kita sendiri.. kalau mahukan kebahagiaan, usahalah dari hati yang ikhlas..

p/s: Budak Hitam pun rimas bila ada orang yang suka jadi pengkritik peribadi Budak Hitam secara percuma.. terima kasih saja lah eh..

9 comments:

  1. aah la kan.. padahl sume kite ney ade kelebihan masing2.. sedar ngn tak sedar je.. 2 pom nak dengki orang jugak.. tak paham.. T_T

    ReplyDelete
  2. yup.. tepat skai.. hehe Michkun macam pernah mengalami je.. heheh

    ReplyDelete
  3. pengkritik nie prlu sbnarnya. tp yg baek tue kta amik tuk improve dri kta, yg brok tue kta anggap jer sbgai dugaan. =)

    ReplyDelete
  4. pengkritik yg dperlukn bknlah yg menjaga tepi kain orang.. dlm cerita di ats pengkritik yg dimaksudkn adlh org yg ska jg tepi org smpai org mgaji pun dia ckp xda life.. so rsnye org mcm ni x pyh ad pun xpe.. klu yg mengkritik tu dh cukup prfect xpe la.. huhu.. xtau la nk ckp cmne..

    ReplyDelete
  5. hi there...senang2 visit blog http://gossipgirlstuff.blogspot.com/ see ya!!!

    ReplyDelete
  6. semakin dewasa..semakin banyak jenis manusia yg kita jumpa...bersedialah...bersedialah....

    ReplyDelete
  7. btl tu.. kna bsedia dr segi mental dan fizikal.. yg penting kna bykkn bsabar..

    ReplyDelete
  8. pengkritik yg bole mmbantu kita ok la~ jgn kritik sbb hasad dengki suda X_X

    ReplyDelete
  9. yup.. btl tu.. tp skrg rmi yg kritik sbb PHD.. xde sgt yg btl2 nk tlg kte berubah..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)