Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, March 20, 2010

Pensel Warna



Sepasang suami isteri yang hidup susah mempunyai 11 orang anak yang masih kecil.. salah seorang anak kecilnya itu mempunyai keistimewaan berbanding adik beradiknya yang lain. Anak kecil itu begitu berbakat melukis dan mewarna walaupun masih kecil. Suatu hari si anak meminta si ayah membelikan pensel warna untuknya.. si ayah yang terlalu sayangkan anaknya tersenyum dan berjanji membelikan pensel warna baru untuk anak kecilnya.

Tengah malam itu, sebelum tidur.. si ayah memikirkan tentang janjinya dan melihat wang simpanannya.. 20 puluh ringgit yang diterima sebagai upah mengangkat barang itu cuku-cukup untuk membeli makanan mereka sekeluarga untuk beberapa hari...

Esoknya.. si ayah membelikan sekotak pensel warna yang baru untuk si anak.. si ayah berpesan kepada anak kecil itu supaya merahsiakan perihal pensel warna itu daripada ibu dan adik beradiknya yang lain... malam itu, sekali lagi si ayah berfikir bagaimana mahu mencari duit untuk menampung kembali duit yang telah di guna.. pada si ayah yang hidup kais pagi makan pagi itu, beberapa belas ringgit itu sudah terlalu bernilai untuk membeli makanan untuk keluarganya..

Suatu hari.. si ibu terjumpa kotak pensel warna baru yang dibeli si ayah.. si ibu menangis dan begitu marah sekali kerana sudah beberapa hari mereka sekeluarga hanya makan nasi kosong tidak berlauk..

Si ayah yang melihat si ibu memarahi si anak kecil itu merampas kotak pensel warna itu dan mematah-matahkan pensel warna tersebut.. mengalir air mata si anak tadi melihat pensel warna kesayangannya itu.. kerana terlalu sayangkan pensel warna itu, dia tidak pernah menggunakannya dan hanya menyimpannya di dalam almari.. si ibu yang melihat si anak menangis, turut menangis dan mengutip bekas-bekas pensel yang telah patah tadi dan menyusunnya ke dalam kotaknya kembali sambil memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang...



Cuba kita lihat kasih sayang seorang ayah dan ibu.. walau betapa susahnya mereka, kasih sayang pada anaknya tidak pernah kurang.. sesusah mana pun, mereka sedaya upaya cuba menunaikan hasrat anaknya dan tidak sanggup melihat anaknya kesedihan.. mungkin pada kita, harga sekotak pensel warna itu terlalu kecil untuk dinilai, tetapi harga untuk kasih sayang mereka itu terlalu besar sehingga tak ternilai.. tapi sayangnya.. anak-anak terlalu mudah melupakan kedua ibu bapanya bagaikan tiada sedikit pun kasih sayang kepada insan yang telah membesarkan mereka.. sehigga ada yang sanggup meninggalkan ibu bapa sendiri di perhentian bas.. bagi yang masih mempunyai ibu bapa, sayangilah mereka.. walau dikumpulkan seluruh intan permata di dunia ni, kita masih belum mampu membalas jasa dan pengorbanan mereka.. walau dihadiahkan dengan kasih sayang seumur hidup kita.. tetap masih belum mampu menandingi kasih sayang yang mereka berikan...

2 comments:

  1. cerita yg sarat dengan pengajaran..

    kasih sayang ibu bapa mmg tak ternilai...tapi anak jarang yg menilai...

    celik mata je..semua benda dah tersedia....ank tak pernah rasa jerih perih susah payah ibu bapa untuk memberikan keselesaan pada anaknya... sbb tu mereka kurang menghargai...

    ReplyDelete
  2. yup betul tu.. sy sebak ms menulis cerita ni :b:.. cerita ni sebenarnya tlh diolah dr sebuah kisah benar..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)