Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Friday, March 12, 2010

TaTaCaRa PeMaKaNaN RaSuLuLLaH SAW

Sebenarnya, banyak tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW yang boleh kita ikut. Malah terbuki bahawa ia benar-benar sihat untuk badan kita. Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
* Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
* Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

* Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel.

* Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

* Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.

* Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

* Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini tidaklah boleh dianggap haram cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

* Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

* Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

* Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.

* Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.


~~Lagi tatacara dan adab makan Rasulullah SAW
~~

3 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini..
    kadang kadang kita main sdp mkn je..
    padahal Nabi kita dah tinggalkan cara cara yg terbaik.tp kita tak ikut..sbb tu la jadi mcm2 penyakit..obes la..mcm2....

    ReplyDelete
  2. ouhh..upenye lau xmkn mlm lg btmbh kolestrol ea..huhu..so jgn diet smpai xmkn mlm ekk! :D

    ReplyDelete
  3. :) btl tu.. sy sndri pun byk x buat mcm ap yg tertulis kt ats slma ni.. sbb tu byk sgt penyakit.. tp insyaAllah lepas ni akn ikut sedikit sebanyak.. mn tau blh kurangkan penyakit ni...

    btl tu.. tp mkn mln yg dmaksudkan sblm maghrib.. mkn apabila lapar dan berhenti sblm kenyang.. xde la nafsu tu bermaharajalela...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)