Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Friday, April 30, 2010

Sebuah Pesanan

PERTAMA telah kupandang makhluk yang banyak ini.

Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.

Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.

Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri.

Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya.

Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh.

Sebab itu maka kuambil ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.


-Imam Ghazali

Thursday, April 29, 2010

Nombor cantek.. mai tikam nombor.. hak3

Untitled

Sila tekan pada gambar untuk proses pembesaran

Saja nak tunjuk nombor cantek ni.. I love u 123.. ngeee.. follower ke 123 ni namanya Zayani Zidane… pemilik blog ni cantek secantik namanya.. tp sygnya.. BH xde prepare hadiah utk follower nombor cantek ni… xpe la.. utk follower yg bernombor unik akan datang.. BH akan prepare hadiah ok…

Harap Maaf.. ini entry kebengangan..~~

Arghhh.. aku dilanda sakit hati yang kronik dan kekecewaan melampau.. waaaa kenapa wat camni??? ni la salah satu perkara yang buat aku benci pihak p*******n.. sedih sangat.. tiga tahun aku tinggal kt kolej kediaman tu.. tapi knp mesti pindahkan aku tahun akhir??!!!! sedih sangat.. yang geram tu hampir semua kos dipindahkan.. aku syg wang ulu, aku ska tempat tu.. aku suka rumet aku.. wuaaa INN, nnt aku da x jumpe rumet yg gile cam ko.. da xde tgk movie kt bilik ngn ko lagi, x bleh paw2 makanan da…

isk3… kalau PPK aku berjauhan dgn INN secara otometik berjauhan dgn encik BH sbb diorg satu PPK.. wuaaa… walaupun KKE ngn Kg wai x jauh ttp ssh nk jmpe.. nnt kte da x blh tggu bas sm2.. bencinye.. sedih sgt2.. da la x dpt jmpe kt kelas, kt kk pun xleh jmpe.. isk3.. benci diorg wat camni…

harap2 la benda ni dibubar.. kalau nk penuhkan sgt kg wai tu.. hntar arr budak yg baru masuk nnt.. apsal kitorg yg da 3 thn duk situ nk kna pindah??!!!! x phm btl!!!! geram btl!!!!! benci btl!!!!! aku x nak pindah kg wai!!!!!

Wednesday, April 28, 2010

9 manusia pelik

Salam mesra.. sembilan orang manusia telah dikenal pasti sebagai manusia terpelik di dunia dan berjaya mencatat rekod di Guinness Book of World Records. Kepelikkan mereka telah menjadi satu tarikan kepada orang awam dan spesies hantu seperti pontianak kerana dikatakan telah mencabar kewibawaan mereka sebagai makhluk terpelik.. mari kita saksikan sembilan manusia pelik ini...

1. Rambut terpanjang di dunia.

rambutSeorang wanita di Amerika Syarikat pada tahun 1994, memiliki rambut panjang 3,869 meter. Telah mencatatkan Guinness Book of World Records pada tahun 1999, untuk rambut sepanjang 5.085 meter.

komen: erkk panjangnye.. macam ni pontianak pun kena resign sebab kalah ngn dia..



2. Janggut terpanjang

janggutSeorang lelaki di barat India memiliki janggut terpanjang iaitu
3.75 meter. Dia juga telah berjaya mencatatkan Guinness Book of World Records

komen: erkk xtau la nak komen pe.. rs cam susah nak makan camni


3. Hidung terbesar di dunia

hidung besar Seorang lelaki dari Turki, 57 tahun memiliki hidung terbesar iaitu 8.8 sentimeter-panjang hidung, dan telah dicatatkan secara rasmi sebagai “manusia yang memiliki hidung terbesar di dunia” dan telah dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records.

komen: walaupun rupamu tidakku kenal, tatapi hidongmu tetap tak menjadi pojaan hatiku.. heheh.. lipas pun boleh sesat kat dalam tu.


4. Hidung terpanjang

hidung pnjgEmmott 80-tahun, orang tua yang tinggal di sebuah desa di Turki. Beliau memiliki hidung sepanjang 14 cm panjang dan telah membuat satu lagi Guinness Book of World Records bagi hidung terpanjang dan terbesar.

komen: senang dia nak bernafas.. udara banyak masyuukk


5. Lidah terpanjang

lidah pnjgStephen Taylor
9.8 cm (3.86 in)
Coventry, United Kingdom
11 February 2009

komen: kalau da terlebih panjang kasi potong la.. jum nyanyi lagu potong.. (macam dalam iklan tv)


6. Mata terkeluar paling jauh

mata besarKim Goodman
12 mm (0.47 in)
Istanbul, Turkey
November 2, 2007

komen: ngerinye.. macam bola pingpong.. baik2 kak.. kang terkeluar susah nak kutip balik..


7.Pinggang paling ramping

pinggang ramping

Cathie Jung
38.1 cm (15 in)
Old Mystic, Connecticut, USA
1999

komen: adoiii.. boleh patah pinggang kalau macam ni.. abg.. u nak i ramping camni ke?


8. Telinga paling panjang

telinga

komen: manyaknye subang…


9. Leher terpanjang

tengkuk

komen: sy syak kamoo ni bukan manusia..


Sekian.. Budak Hitam melaporkan dari bilik berita Lagenda Budak Hitam.. hehe

Tuesday, April 27, 2010

Istimewa Untukmu..



Hayati lirik lagu ni.. memang boleh bergenang air mata bila kita hayati betul2.. pada yang masih ada ibu dan ayah.. sayangi mereka sepenuhnya..


"Ya Allah, kau selamatkan kedua ibu bapaku dari azab neraka dan bencana dunia.. berilah kesempatan kepadaku untuk membalas segala jasa mereka walau seluruh hidupku diperlukan untuk mengganti setiap titik peluh dan air mata mereka"

Angah sayang mak dgn ayah sangat2..

IMG_1803Hari bahagia buat mak dan ayah bila melihat kejayaan anaknya.. aku harap aku boleh gembirakan mak dan ayah macam ni jugak


Entry ni angah tulis sempena hari lahir mak hari ni.. selamat hari lahir yang ke 46 tahun.. semoga mak dipanjangkan umur dan dilindungi dunia dan akhirat.. angah sayang mak!!

IMG_1888

Ini my mom.. ibu, sahabat dan guru kepada aku sepanjang 22 tahun aku hidup.. kasih sayang aku pada mak aku takkan hilang selagi aku masih bernafas, selagi nadi masih berdenyut dan selagi degupan jantung belum terhenti.. kasih sayang aku pada kedua ibu bapa aku bukan seperti air sungai yang mengalir lalu hilang apabila sampai di muara, kasih sayang aku pada kedua ibu bapa aku, bukan seperti hujan yang membasahi bumi lalu kering bila muncul mentari, kasih sayang aku pada mereka, ibarat mentari yang tetap menyinar cahaya pada siangnya, dan walau malam menjelma masih menyinar cahayanya melalui sang bulan..

p/s: Aku mungkin bukan anak yang baik.. aku tak mampu ucapkan kasih sayang secara berdepan kerana ini lah aku..

Mencari punca tapi bertemu si tua sedang bertapa~~ tunjuk berani padahnya aku jadi seperti angkasawan baru turun dari bulan

Semalam aku masuk hutan.. memang da lama x masuk hutan, daki bukit, panjat batu.. seronok.. aku suka dengan aktiviti mencabar macam tu.. aku suka dengan hutan.. dekat dengan hati aku.. tenang dan aku rasa aman di dalamnya…

Tapi kali ni aku masuk hutan bukan untuk bersuka ria.. kami pergi mencari punca air.. aku mengikut jabatan kesihatan untuk check kualiti air.. kalau tak silap aku ada 11 lelaki dan dua perempuan.. yang perempuan tu cuma aku dengan sv aku.. sv aku tu walaupun da berumur tapi masih kuat… caya lah!!

Tapi semalam aku aku buat kerja bodoh.. tak makan dan tak minum sebelum mula aktiviti tu.. mak aku marah sebab takda gula dalam badan,. tapi aku degil. orang2 jabatan kesihatan bawa makanan utk sarapan tapi aku tak makan.. aku simpan dalam beg.. sudahnya sampai basi aku tak makan.. Bukan aku sengaja. tapi tekak aku betul2 tak boleh terima makanan..

DSC02468

Aku seronok bermain air

Padah yang aku dapat.. masa nak seberang sungai.. kena lompat atas batu2.. tapi jarak2 batu tu terlalu jauh.. ramai jugak yang hampir tergelincir masa nak seberang sungai tu.. aku pulak konon hebat la.. aku lompat2 sampai ke tengah.. tiba kat tengah tu.. alamak! jauhnye.. kalau aku lompat mesti tak lepas.. kalau jatuh ni.. sure terhentak kat batu.. tapi aku beranikan jugak.. tak suka kalau orang cakap aku mengada2.. aku undur sikit.. ambik lajak.. sedia untuk mulakan lompatan.. ala2 orang nak buat lompat jauh tu.. tapi encik2 yang kt seberang tu jerit.. jangan!! tunggu situ!! aisey.. potong mood betul abg2 ni.. Salah sorang dari diorg patah balik.. sampai kat tengah tu.. dia hulur tangan.. giler.. nak suh aku langkah je ke? takkn tak nampak kaki aku ni pendek tak berapa panjang.. tapi aku try jugak.. aku cuba lompat.. tapi sebab aku tak ada tenaga.. aku boleh rasa aku tak kuat berpijak pada batu tu.. aku tergelincir dan hampir2 jatuh dalam sungai tu.. huh! kesan yang aku rasa hari ni.. kaki aku sakit sangat.. nak jalan pun da macam angkasawan baru turun dari bulan .. padan muka aku

Pastu masa nak balik tu aku jumpa kura-kura bukit sedang bertapa.. aku tak tau betul ke tak nama dia kura-kura bukit.. tapi sebab dia duduk kat atas bukit, mungkin la nama dia kura-kura bukit.. hihihi.. ni la gambar dia..

DSC02472

cian dia sorang-sorang sekor-sekor kt situ.. xde kawan..

Paling tak best banyak pacat.. tapi tak la sebanyak masa aku pergi kem Bukit Panchor dulu.. ngeri kalau ingatkan pacat yang berdiri macam menunggu mangsa.. aku siap jalan lompat2 pasal taknak bagi pacat naik.. tapi banyaknya pacat tu da tak tau nak berpijak kat mana… syukur kali ni tak la sebanyak tu.. tapi tetap ada.. aku pulak tak spray kaki, memang laju je pacat tu datang.. huhu.. yang aku tak sangka, aku da tak takut sangat macam dulu.. kalau dulu asal pacat naik badan aku jadi keras macam kayu.. tp semalam aku nampak pacat tu naik, aku biar je.. cuma tak tahan gatal kena gigit je.. tapi takpe la.. kira derma darah kat pacat tu… huhu



Pesan Mimpi

Semalam
aku mimpikan kamu
kau berikan aku sesuatu
membawakan pesan yang beribu
sebagai petunjuk halangan yang menanti
supaya ku tak tersungkur menyembah bumi

Semalam
kau tunjukkan aku
kenali rohku sendiri
cuba ingati di mana tempatku berdiri
cuba gamit kembali bagaimana ku ke sini
biar aku sedar aku sudah jauh berlari
hingga lupa siapa yang memberi hidup ini

Semalam kau muncul lagi
kali ini bukan memberi
bukan juga menyuruhku ingati
tapi kau ucapkan kau mahu pergi
lalu kau muncul dan tunjukkan rupamu
aku perasan kau adalah aku
diri yang hilang suatu ketika dulu
membawa pesan dari Dia yang satu
kata kau…
"kembalilah ke tempat asalmu…"

Monday, April 26, 2010

Gaya tidur paling cuuunn…

14534_1221581898136_1186601912_30633947_4978592_n

Ntah bile la diorg amik gmba2 ni kan.. tengok wajah2 yang suci tak matang ni, macam masa 1st year je.. credit to rynee yg ikhlas curi2 amik gmba dan editkan gmbar2 aksi terlampau ni.. hehe.. Agak2 korang boleh teka x yg mana satu Budak Hitam? (mestila yg paling comei kan.. hihihi)

Saturday, April 24, 2010

Tiga Bulan…

Ape tiga bulan? hehehe Tiga Bulan ni nama sejenis bunga.. Bunga ni species hydrangea.. asalnya nun jauh di timur.. iaitu negara matahari terbit… kenapa aku tiba2 nak cita pasal bunga? uhh perempuan sangat la kan.. haha okeyh2 aku memang ska bunga key..

Tapi aku tulis ni bukan la pasal ska bunga semata2.. i x jiwang camtu key.. sebenarnya masa tengah buat report intra, aku cari la artikel pasal pH.. tapi bunga ni plak yang keluar.. hmm ape kaitan bunga ni dgn pH ek?

Haaa.. menurut sumber yang aku baca warna bunganya akan bertukar bergantung pada pH tanah.. kalau tanahnya lebih berasid, bunganya akn berwarna biru, dan kalau tanahnya lebih beralkali bunganya akn berwarna merah muda.. bagusnye kan? kalau kite bosan tgk kaler biru.. kite tmbah je kapur bagi jadi kaler merah.. da bosan tgk merah tmbah la aluminium sulfat plak kt tanah bg dpt kaler biru.. e’eh.. da macam main lukis2 plak… tp tu menurut sumber la.. bkn i pandai2 k…

Lagi satu.. kalau tmbah Na2CO3, mungkin boleh dapat kaler pelangi kalau kena caranya.. hahaha yang ni lagi senang… x pyh nk tkr2 letak kapur ngn aluminium sulfat selang seli.. terus kuar byk warna.. jimat masa dan tenaga.. korang pun x payah nak tanam byk2 jenis bunga.. satu pun da cukup dapat bunga yg colorfull… hehehe

oh ye.. de ada lg satu kaler iaitu putih.. tp yg ni xkan bertukar kaler.. suci la katakan.. tp klu korg nak ada kaler warna warni jgk.. korang cat la sndri ngn water color ek.. hehehe

korang jgn tanya knp nama dia bunga tiga bulan.. i pun xtau sebenarnye.. tp klu korang tau.. bole la share2 kt sni eh.. haaa klu kt negara kita ni nama de pokok bunga Siti Zubaidah.. errr yg ni mungkin org bernama Siti Zubaidah yg mula2 tanam kt malaysia ni kot.. hihi… yg ni pun korg kna selidik jugak dr mana asalnya name ni.. klasik betul name de kan?

ok la… korang tengok la bunga2 tiga bulan ni kat bawah ni… cantik kan?

90px-Hydrangea_macrophylla_-_Bigleaf_hydrangea1 150px-Nikko_Petals_1 240px-Gakuajisai6183240px-Hydrangea_macrophylla_-_Hortensia_hydrangea 240px-Hydrangea-08-10-08

p/s: aku memang ska bunga.. bagi la bunga apa pun aku ska.. bunga api pun bleh jgk.. sila la bagi aku bunga.. heheheh (kempen promote diri sendiri)

Friday, April 23, 2010

Tag by Cik Windi

Setelah beberapa lama tak ditag.. akhirnya aku ditag juga.. hoho.. tQ Cik Windi kerana mengetag Budak Hitam.. haha.. katanya blog LBH ni creative ( erkk nak perasan jap.. agagaga), lagi katanya penulis blog ni peramah dan cantik (perasan lagi.. tlg kejut aku spya bangun dari mimpi!! hahaha)… sebenarnye aku pun da kempunan nak wat tag ni.. yela.. aktiviti asyik terbatas je.. lepas je presentation semalam rs bebas sangat.. Lihatlah dunia!! aku telah bebas.. hohoho

Ok2.. stop it! aku ni kalau dapat merepek meraban memang boleh dapat A++ la.. jum tengok apa yang Cik Windi tag kat aku…

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

Oh my… gambar kelapan ni folder gambar adik aku.. nak bukak ke x? pikir punye pikir.. aku abaikan folder dia.. kang dituduh mencabuli hak privacy dia plak kan.. so folder yang selepasnya di consider folder ke 8 aku.. aku pun bukak folder tu.. nah.. ni gamba yang kuar..

Picture 977

Nah! tengok la puas2 aku yang cun ni.. (sila abaikan lobang hidung ku.. ngeee)

Ni gambar aku dengan anak angkat kepada sedara aku.. comei kan?? nama dia Afiq.. bijak sangat.. aku rasa semua orang sayang dia.. dia ni jenis tak kacau orang.. ska wat hal sendiri.. tapi orang yang ska kacau dia.. gamba ni masa kat masjid.. masa majlis nikah aku mak sedara aku.. aku terpaksa dukung dia sebab dia terlalu excited masuk masjid tu.. siap berlari2 sambil jerit.. “Tempat ini Afiq yang punya!!”.. okeyh aku tipu. agagagaga.. tapi memang dia excited masuk masjid tu.. hihihi.. Afiq2… haaa satu benda yang aku ingat pasal dia ni.. kalau aku cakap nak salam dia, habis semua orang dalam umah tu pun dia pergi salam.. memangggg comeiii cam aku!!!

Ok sekarang sampai la tugas aku menangkap mangsa2 TAG yang seterusnya. hehehe… jum kita lihat siapa yang kenaaaa!!

Jeng3!!!

Keju

Ermm.. aku tak kenal sangat tapi.. nama keju tu cam bestt.. heheh.. so aku pilih dia sebagai mangsa pertama..

Ellis

Budak comei ni la yang tolong aku ubah blog ni serba sikit… tQ yer.. entry2 dia pun best2.. sbb tu aku ska bjalan ke blog dia..

Ckin

Dia salah sorang teman wanita aku.. cam pelik je bunyinye.. kawan aku laaaa…. dia baru lagi dalam industri blogging ni… heheh mcm artis lak.. so I nak bagi kerja sket kat u okeyhh…

Hans

Dia ni salah seorang blogger yang hebat jugak.. x caya baca entry2 dia.. tapi yang buat aku ingat pasal dia sebab gamba shah rukh khan kt page dia tu… I ska SRK masa zaman2 kegemilangan dia…

Am

Ermm apa nak cakap sal dia ni ek.. rasanya penulis baru jugak dalam industri blog ni.. hahaha.. ok la.. bagi peluang kat pelapis2 baru.. heheh

Lelaki Bulan

Hehehe.. ni salah seorang idola aku.. memang ska panggil dengan nama lelaki bulan ni.. nampak cam romeo sket.. agagaga…

Kasih

Ermm blogger ni pun aku baru kenal.. agaknya dia ska kaler merah.. cantek blog dia dengan kaler merah tu.. hehehe

Para

Mungkin sekarang Para tangah busy.. tapi xpe.. sy tag awak jugak ek… tak kira!!


hehehe.. ok da settle.. kepada yang di tag, sila buat yer…

Thursday, April 22, 2010

Di luar jangkaan…

Hahaha.. tau apa yg diluar jangkaan???

Tadi aku ade presentation.. punya la prepare dari mggu lepas… kacau bilau hidup aku dibuatnye..

Tadi pun tunggu lecturer dtg dari pagi… prepare slide ngn projector… slide plak tah baper kali upgrade.. tapi sambil tggu tu aku main game je.. kah3.. xda masa nk menghafal..

Skali lecturer tu dtg lagi setengah jam ofis nk tutup.. dan aku yg tak sempat nak bukak projector present secara spontan tnpa sebarang teks atau nota… BRAVO!!!

Giler kau.. hebat sangat ke aku??? hebat jugak la(perasan sket).. pasal malam tadi aku layan citer hindustan.. dari pagi tadi aku duk main game tiki island, mind jolt, barn buddy, animal paradise, alien vs zombie, tiping mania.. huh byk sangat nk disenaraikan.. hahaha.. giler tak giler..

Yela.. tunggu lecturer tak sampai2.. da malas nak menghafal.. Haaa skali encik2 tu datang.. diorg suh present spontan.. laptop x sempat nk prepare.. xpe.. janji layannnn.. kira bjaya jugak la presentation td.. maaf ye encik2 kalau saya ada terkelentong sket2.. saya x sengaja tu.. spontan la katakan.. kah3..

Pape pun time kasih sume.. orang2 di sekeliling aku memaaang sporting giler!!! i Luaiiikkk(baca like).. agagagagaga

p/s: ske plak aku dengan ketawa baby cam lady gaga ni.. agagagagaga

Saturday, April 17, 2010

Sungai bawah laut.. Subhanallah



Walaupun gambaran sungai dalam laut ni x seperti yang kita nampak di daratan. Tetapi, suasana ini memang mirip sungai, lengkap dengan lapisan seperti air yang berwarna agak kecoklatan.

Tapi , warna coklat itu bukanlah berasal dari air tawar. Bahagian berwarna coklat yang mirip air sungai itu adalah lapisan bahagian bawah gas hidrogen sulfida. Gas yang biasanya dihasilkan dari saluran pembuangan kotoran.

Pada kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun pada kedalaman 60 meter penyelam tersebut menemukan kembali air laut (masin). Mereka melihat sebuah sungai, pulau, lengkap dengan daun yang berguguran. Tapi sungai yang mereka lihat sebenarnya adalah lapisan dari gas hidrogen sulfida.

Walaupun bukanlah sungai yang sebenar, penemuan itu adalah sesuatu yang sangat mengejutkan dan menakjubkan. Ini membuktikan Allah mampu menjadikan apa yang dikehendaki-Nya. Subhanallah.

"dan Dia lah Tuhan Yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, Yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan Yang satu lagi masin lagi pahit; serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan Yang menyekat percampuran keduanya." Al Furqan(surah 53)


p/s: kalau nk baca lebih menarik boleh baca kt sini - Benarkah Penemu Sungai Bawah Laut Masuk Islam?

Tuesday, April 13, 2010

HOWTnye dia!!!

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia!!
Hehe... ape kabar ye sahabat mayaku sume..
Hoh! kalau da sakit tu cepat2 la makan ubat..
xkan nak tunggu i suap... mengade la u ol nih.. hihi
ape wa merepek nih?? ( bagi penampar 2-3 liang)

BH sebenarnya nak cakap pasal benda lain.. korang pernah bela kucing x?
Ala binatang berkaki 4 tu.. badan berbulu2.. bulu die plak ada macam2 kaler dan perisa..

yang kat belakang tu la kucing.. bukan yang kt depan tu ye adik2..

Kucing BH dulu sangat unik.. sebab dia makan nasik kena lengkap dengan sayur dan ikan goreng.. bagus kan.. cukup segala nutriennya.. lagi satu.. kena tambah kicap.. kalau takda kicap dia taknak makan... siyes nih.. bukan olok2.. kucing BH sangat pandai.. selalu tolong kejutkan kakak kalau dia tidur time orang datang umah.. lagi satu kucing BH tak makan tikus dan tak pandai tangkap tikus.. sebab dia geli kot.. ikan mentah pun dia tak makan.. dia buat main golek2 je.. Comei kan?? tapi sayangnya dia dah tak da.. isk3..
Walaupun kucing BH bijak tapi BH tak pernah la terpikir nak wat dia jadi cam kucing kat bawah ni.. memang comel tapi erkkk.. menggelikan!! haha


Korang penah tak buat kerja gila menganiaya kucing korang macam ni??.. BH ni masih waras lagi.. takde la nak buat macam ni kat kucing BH..


Tengok tu.. ewah2.. macam bersantai di tepi pantai je..Isy3.. siapa la yang buat kerja tak bermoral ni kan? walaupun kucing tu berasa sangat HOWT tapi siyes tak sesuai giler.. agak2 la kan.. da la kos tinggi.. tengok dia punya bikini sampai 4 lapisan.. memang la comei tapi sangat tak sesuai okeyh.. lagi satu.. tak baik korang ajar kucing korang pakai seksi2.. kalau iye pun bagi la baju yang cukup kain dan boleh menutup aurat.. (sejak bile kucing tutup aurat?? dushh!! hamek ko.. merepek tak tentu pasal lagi!)

Kalau korang ada kucing jangan la buat begini ek?? bukan pe.. nanti kalau kucing korang kena curi sebab terlampau HOWT mengalahkan artis barat, sapa nak jawab??

notajarikaki: sayangilah binatang.. hoho~~


Setiap komen akan mendapat ganjaran!!

Salam semua... Salam 1 Malaysia..
Blog ni baru diubah suai.. bak kata orang baru berubah wajah.. tapi takde la sampai buat plastic surgery plak..
Sebenarnya.. tuan rumah sendiri tengah pening.. tengok blog serabut ni bertambah pening.. dengan masa tak cukup..
Buat kerja tergesa-gesa.. macam ni la jadinya..
Jadi sy harapkan bantuan anda semua untuk tinggalkan komen..
Tak kisah la yang tak elok ke apa.. asalkan yang membina dan yang berkaitan pasal blog ni je tau.. i tak suka gosip2 pasal jiran sebelah.. hihihi..
Komen2 anda amatlah dihargai dan berguna untuk membantu saya mengubah wajah baru blog ni..
Dan setiap komen yang disumbangkan akan diberi ganjaran RM1 juta.. hoho gurau jer.. mati la sy kalau sorang pun komen memang tak termampu nak bayar.. cuma ucapan terima kasih yang mampu sy berikan dan sy sangat2 menghargai sokongan anda.. (apsal rasa mcm tengah wat speech??.. LOL!)
Ok la semua.. kerja sedang menanti, report memanggil2, doakan sy habis praktikal dengan selamat.. huhu.. isk3.. sedih nak tinggalkan blog dan korang semua.. isk3.. tataa semua.. jangan nakal2 tau dan jangan lupa tinggalkan komen ye.. nak hentam pun takpe.. i redha.. ahak

Saturday, April 10, 2010

Entry Mee Segera~~ Aku Sedang Mengejar Emas

images Assalamualaikum… sudah lebih seminggu rupanya aku tidak menulis.. walaupun belum sempat menulis sebarang entry dan tak tinggalkan komen kat blog kawan-kawan macam selalu tapi aku masih sempat menziarahi sahabat-sahabat maya yang best ni.. cukup la jadi pembaca senyap je.. mungkin selepas habis evaluation dari lecturer dan selesai submit final report hujung bulan ni, aku boleh kembali aktif.. aktif dalam erti kata join contest dan jalan-jalan ke blog orang.. hihi

Sebelum aku menjalani latihan industri ni.. dalam kepala aku selalu fikir boleh ke aku nak habiskan enam bulan tu, boleh ke aku bertahan sorang-sorang kat tempat tu, boleh ke aku adapt dengan orang-orang dan tempat tu.. macam-macam aku fikir.. memang aku takut sangat-sangat nak melalui semua ni..

Tapi alhamdulillah, lepas empat bulan ni aku rasa aku mampu bawa diri walaupun berseorangan tanpa teman sekelas.. aku boleh bergaul dengan orang-orang di sini walaupun ramai yang lebih kurang sebaya dengan mak dan ayah aku..

Tapi masa mula-mula masuk dulu pun kecut perut jugak.. tak tahu nak berjumpa sapa.. Mujur la aku bukan la jenis berat mulut sangat.. cuma kalau ramai-ramai orang aku lebih selesa senyap.. kalau ditinggalkan aku seorang atau letakkan aku dengan kawan-kawan, aku rasa aku lebih berani bila sorang-sorang.. sebab aku fikir aku takda sapa-sapa lagi untuk aku bergantung harap.. jadi aku terpaksa berani untuk buat sendiri..

Bila aku fikir-fikir balik.. semua ni bergantung macam mana cara berfikir dan macam mana kita set benda tu dalam otak kita ni… macam aku pulak jenis yang suka plan sikit-sikit lepas tu ikut flow je.. sebab aku tahu apa yang bakal terjadi tak semestinya jadi macam yang dirancang.. jadi aku kena bersedia untuk buat perubahan dalam plan yang aku dah buat sebelum ni… itu pun salah satu cara supaya aku tak tension sangat kalau apa yang aku harap-harapkan tak menjadi…

Aku mula terima kenyataan yang aku perlu fikir dari dua sudut.. macam bila aku fikir dari sudut aku begini-begini, tapi aku kena fikir yang aku ni student.. aku belajar tentang teori dan memami situasi melalui teori.. tapi macam mana dengan orang yang tak pernah belajar dengan teori-teori ni semua? takkan aku nak pergi cerita pasal formula-formula atau pergi lambakkan notes pada mereka tak tentu pasal.. Jadi bila melalui keadaan begini akulah yang sepatutnya fikir di tempat mereka..

Ok la.. aku pun sedang mengejar emas.. kata orang masa itu emas.. heheh jadi aku kena kejar emas tu supaya tak hilang.. doakan supaya aku berjaya habiskan LI ni dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.. hihihi… harap-harap presentation nanti lancar tanpa sebarang symptom gugup, parkinson dan sebagainya.. hehe.. daaaa