Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, April 10, 2010

Entry Mee Segera~~ Aku Sedang Mengejar Emas

images Assalamualaikum… sudah lebih seminggu rupanya aku tidak menulis.. walaupun belum sempat menulis sebarang entry dan tak tinggalkan komen kat blog kawan-kawan macam selalu tapi aku masih sempat menziarahi sahabat-sahabat maya yang best ni.. cukup la jadi pembaca senyap je.. mungkin selepas habis evaluation dari lecturer dan selesai submit final report hujung bulan ni, aku boleh kembali aktif.. aktif dalam erti kata join contest dan jalan-jalan ke blog orang.. hihi

Sebelum aku menjalani latihan industri ni.. dalam kepala aku selalu fikir boleh ke aku nak habiskan enam bulan tu, boleh ke aku bertahan sorang-sorang kat tempat tu, boleh ke aku adapt dengan orang-orang dan tempat tu.. macam-macam aku fikir.. memang aku takut sangat-sangat nak melalui semua ni..

Tapi alhamdulillah, lepas empat bulan ni aku rasa aku mampu bawa diri walaupun berseorangan tanpa teman sekelas.. aku boleh bergaul dengan orang-orang di sini walaupun ramai yang lebih kurang sebaya dengan mak dan ayah aku..

Tapi masa mula-mula masuk dulu pun kecut perut jugak.. tak tahu nak berjumpa sapa.. Mujur la aku bukan la jenis berat mulut sangat.. cuma kalau ramai-ramai orang aku lebih selesa senyap.. kalau ditinggalkan aku seorang atau letakkan aku dengan kawan-kawan, aku rasa aku lebih berani bila sorang-sorang.. sebab aku fikir aku takda sapa-sapa lagi untuk aku bergantung harap.. jadi aku terpaksa berani untuk buat sendiri..

Bila aku fikir-fikir balik.. semua ni bergantung macam mana cara berfikir dan macam mana kita set benda tu dalam otak kita ni… macam aku pulak jenis yang suka plan sikit-sikit lepas tu ikut flow je.. sebab aku tahu apa yang bakal terjadi tak semestinya jadi macam yang dirancang.. jadi aku kena bersedia untuk buat perubahan dalam plan yang aku dah buat sebelum ni… itu pun salah satu cara supaya aku tak tension sangat kalau apa yang aku harap-harapkan tak menjadi…

Aku mula terima kenyataan yang aku perlu fikir dari dua sudut.. macam bila aku fikir dari sudut aku begini-begini, tapi aku kena fikir yang aku ni student.. aku belajar tentang teori dan memami situasi melalui teori.. tapi macam mana dengan orang yang tak pernah belajar dengan teori-teori ni semua? takkan aku nak pergi cerita pasal formula-formula atau pergi lambakkan notes pada mereka tak tentu pasal.. Jadi bila melalui keadaan begini akulah yang sepatutnya fikir di tempat mereka..

Ok la.. aku pun sedang mengejar emas.. kata orang masa itu emas.. heheh jadi aku kena kejar emas tu supaya tak hilang.. doakan supaya aku berjaya habiskan LI ni dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.. hihihi… harap-harap presentation nanti lancar tanpa sebarang symptom gugup, parkinson dan sebagainya.. hehe.. daaaa

3 comments:

  1. semoga berjaya... utnuk presentation nanti k!

    P/s: ada dapat komen lagi satu tak?? try yang 1st tak tahu send ke tak... sebab tenet prob... kalau dapat, delete mesej yang nie.. kalau tak, yang nie jela

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)