Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Tuesday, April 27, 2010

Mencari punca tapi bertemu si tua sedang bertapa~~ tunjuk berani padahnya aku jadi seperti angkasawan baru turun dari bulan

Semalam aku masuk hutan.. memang da lama x masuk hutan, daki bukit, panjat batu.. seronok.. aku suka dengan aktiviti mencabar macam tu.. aku suka dengan hutan.. dekat dengan hati aku.. tenang dan aku rasa aman di dalamnya…

Tapi kali ni aku masuk hutan bukan untuk bersuka ria.. kami pergi mencari punca air.. aku mengikut jabatan kesihatan untuk check kualiti air.. kalau tak silap aku ada 11 lelaki dan dua perempuan.. yang perempuan tu cuma aku dengan sv aku.. sv aku tu walaupun da berumur tapi masih kuat… caya lah!!

Tapi semalam aku aku buat kerja bodoh.. tak makan dan tak minum sebelum mula aktiviti tu.. mak aku marah sebab takda gula dalam badan,. tapi aku degil. orang2 jabatan kesihatan bawa makanan utk sarapan tapi aku tak makan.. aku simpan dalam beg.. sudahnya sampai basi aku tak makan.. Bukan aku sengaja. tapi tekak aku betul2 tak boleh terima makanan..

DSC02468

Aku seronok bermain air

Padah yang aku dapat.. masa nak seberang sungai.. kena lompat atas batu2.. tapi jarak2 batu tu terlalu jauh.. ramai jugak yang hampir tergelincir masa nak seberang sungai tu.. aku pulak konon hebat la.. aku lompat2 sampai ke tengah.. tiba kat tengah tu.. alamak! jauhnye.. kalau aku lompat mesti tak lepas.. kalau jatuh ni.. sure terhentak kat batu.. tapi aku beranikan jugak.. tak suka kalau orang cakap aku mengada2.. aku undur sikit.. ambik lajak.. sedia untuk mulakan lompatan.. ala2 orang nak buat lompat jauh tu.. tapi encik2 yang kt seberang tu jerit.. jangan!! tunggu situ!! aisey.. potong mood betul abg2 ni.. Salah sorang dari diorg patah balik.. sampai kat tengah tu.. dia hulur tangan.. giler.. nak suh aku langkah je ke? takkn tak nampak kaki aku ni pendek tak berapa panjang.. tapi aku try jugak.. aku cuba lompat.. tapi sebab aku tak ada tenaga.. aku boleh rasa aku tak kuat berpijak pada batu tu.. aku tergelincir dan hampir2 jatuh dalam sungai tu.. huh! kesan yang aku rasa hari ni.. kaki aku sakit sangat.. nak jalan pun da macam angkasawan baru turun dari bulan .. padan muka aku

Pastu masa nak balik tu aku jumpa kura-kura bukit sedang bertapa.. aku tak tau betul ke tak nama dia kura-kura bukit.. tapi sebab dia duduk kat atas bukit, mungkin la nama dia kura-kura bukit.. hihihi.. ni la gambar dia..

DSC02472

cian dia sorang-sorang sekor-sekor kt situ.. xde kawan..

Paling tak best banyak pacat.. tapi tak la sebanyak masa aku pergi kem Bukit Panchor dulu.. ngeri kalau ingatkan pacat yang berdiri macam menunggu mangsa.. aku siap jalan lompat2 pasal taknak bagi pacat naik.. tapi banyaknya pacat tu da tak tau nak berpijak kat mana… syukur kali ni tak la sebanyak tu.. tapi tetap ada.. aku pulak tak spray kaki, memang laju je pacat tu datang.. huhu.. yang aku tak sangka, aku da tak takut sangat macam dulu.. kalau dulu asal pacat naik badan aku jadi keras macam kayu.. tp semalam aku nampak pacat tu naik, aku biar je.. cuma tak tahan gatal kena gigit je.. tapi takpe la.. kira derma darah kat pacat tu… huhu



2 comments:

  1. haa tu la...lain kali kena dgr cakap mak...ni degil la ni...nk kena cubit ni..hehe

    ReplyDelete
  2. waaa ampun2.. x degil da pasni.. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)