Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Tuesday, April 27, 2010

Pesan Mimpi

Semalam
aku mimpikan kamu
kau berikan aku sesuatu
membawakan pesan yang beribu
sebagai petunjuk halangan yang menanti
supaya ku tak tersungkur menyembah bumi

Semalam
kau tunjukkan aku
kenali rohku sendiri
cuba ingati di mana tempatku berdiri
cuba gamit kembali bagaimana ku ke sini
biar aku sedar aku sudah jauh berlari
hingga lupa siapa yang memberi hidup ini

Semalam kau muncul lagi
kali ini bukan memberi
bukan juga menyuruhku ingati
tapi kau ucapkan kau mahu pergi
lalu kau muncul dan tunjukkan rupamu
aku perasan kau adalah aku
diri yang hilang suatu ketika dulu
membawa pesan dari Dia yang satu
kata kau…
"kembalilah ke tempat asalmu…"

2 comments:

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)