Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Monday, May 31, 2010

Migrain menyerang lagi~~sedikit petua menghilangkan migrain


Salam semua.. hari ni rasa tak sihat betul. Macam biasa, migrain menyerang lagi.. Sejak aku sekolah menengah aku dah mula kena migrain.. tapi tak seteruk sekarang.. dan migrain aku bertambah teruk bila aku mula menjejakkan kaki ke matrik, 4 tahun lalu.. Biasanya aku diserang migrain bila aku dalam keadaan stress atau mengalami perubahan cahaya terang.. Selalunya bila aku ke klinik, doktor hanya akan bagi ubat tahan sakit.. pernah sekali aku pergi klinik sebab aku diserang migrain hampir setiap hari.. doktor tu sarankan aku buat CT scan… tapi aku belum sedia nak pergi lagi.. syukur sekarang aku dah kurang sakit macam dulu.. cuma kadang-kadang menyerang macam sekarang ni… aku ni kalau kena migrain memang selalunya makan ubat tahan sakit.. dulu aku makan panadol.. tapi sekarang ni panadol dah tak bagi kesan kat aku jadi doktor bagi aku ubat tahan sakit yang dosnya lebih kuat.. tapi kelmarin aku terjumpa masej ni… terkejut dan mula terasa takut..

……………………………………………………………………………

PANADOL MERBAHAYA

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI
(TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya… “Suami sayabekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita.. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yangmengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


……………………………………………………………………………………………………………………………


Bila aku baca artikel ni.. aku dah mula rasa takut.. berapa banyak panadol dah masuk perut aku.. aku takut kalau jadi macam tu.. dan sekarang aku dah nekad tak mahu makan ubat tahan sakit lagi.. aku ada la jugak cari cara-cara lain untuk kurangkan migrain.. berikut merupakan beberapa cara atau petua yang aku jumpa dan mungkin sesuai untuk anda jugak..


1. Berbekam

Bukan sahaja untuk migrain malah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit lain. Dalam Islam juga disarankan untuk berbekam sabagai salah satu cara merawat penyakit. Sepertimana seorang khadam Rasullullah saw mengatakan: "Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. "Berbekamlah" (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., "Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda". (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).

Aku tak pernah cuba lagi.. tapi insyaAllah aku akan cuba satu hari nanti…


2. Sujud

Cara paling bagus untuk menghilangkan sakit kepala/migraine ialah sujud lama sikit pada sujud yg terakhir terutama sekali waktu solat subuh. Semasa sujud tu berdoa la. Insyaallah, Sakit kepala akan semakin berkurang. Jika tak dilakukan dalam solat pun boleh dilakukan setiap subuh.

Otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal. Tetapi ada beberapa urat saraf yg tidak dimasuki oleh darah dan hanya dengan bersujud barulah darah akan mengalir ke bahagian urat saraf tu..


3. Minum Perahan Limau Nipis

Yang ni pun ada jugak petua yang biasa aku dengar sama jugak macam minum air kelapa tanpa gula dengan ais. Masa kecik-kecik mak aku bagi minum kelapa kalau panas badan atau sakit kepala. Tapi tak sure berkesan atau tak untuk migrain. Dan ada jugak petua yang mengatakan minum nira nipah boleh hilangkan migrain..


4. Ketawa

Yang ni aku pernah terbaca dalam satu majalah.. tapi tak ingat majalah apa.. yang ni cuma boleh hilangkan migrain tu seketika je.. bukan penawar.. tapi memang berkesan.. aku yang biasa kena migrain boleh hilang migrain masa tu kalau ketawa.. tapi esok-esok migrain datang lagi.. so kesimpulannye kena ketawa selalu… hihi


5. Rendam kaki dalam air suam

Yang ni pun aku biasa dengar orang buat dan berkesan tapi bagi aku tak berkesan.. yela.. lain orang tak sama cara rawatannye…


6. Minum minuman isotonik

Macam dalam artikel kat atas tu.. aku baru pertama kali dengar dan belum pernah cuba.. tapi aku akan cuba nanti.. kalau berkesan nampaknya aku kena simpan stok air isotonik banyak-banyak.. hehe


Sunday, May 30, 2010

Contest UnguPurple Crazy

Assalamualaikum semua.. dah lama jugak aku tak menulis kan.. bukan malas.. tapi mood rajin tak nak datang.. hihi.. Hari ni ada masa terluang sikit jadi aku merajinkan diri join contest ni.. tambah-tambah pulak tarikh tutup contest ni esok.. selagi ada masa ni baik buat kan.. Nak tau aku join contest ape? sila bolatkan mata anda kat banner bawah ni.. hihi

Nak kata aku ni giler suka ungu x jugak.. nak kata tak suka impossible.. coz baju kurung aku banyak kaler ungu, purse aku kaler ungu, handphone aku pun kaler ungu… so u all rasa aku giler ungu ke tak? hihihi.. aku banyak barang kaler ungu sebab rasa cam bertambah menawan je kalau aku guna barang-barang kaler ungu


Nak join contest ni ada syaratnya.. jom tengok apa syarat2 contest ni..

1. Mempunyai blog dan jadi follower blog Nazz@Purple.

-DONE-

2. Tangkap gambar anda berbaju purple atau gambar anda dengan apa sahaja barang2 kepunyaan anda yang berwarna purple. (gambo tu kalau nak edit boleh je..nak tambah seri kan lagi)

Ini gambar taruhan aku…

edit 2

3. Buat sikit cerita pasal barang anda itu atau kat mana anda ketika dalam gambar.

Ni gambar masa kenduri kawin.. tapi bukan kenduri aku.. tapi kenduri aku nanti kaler purple jugak.. wat tema purple dalam taman… hahaha… yang penting ada purple.. baru nampak menawan.. Masa aku pakai baju dan tudung ni.. aku rasa wajah aku yang selalunya nampak garang, jadi lembut sangat.. mungkin sebab warna purple tu yang buatkan wajah aku nampak lembut…

4. Letakkan banner promo contest ini di blog anda dan link kan entry anda ke blog ini dan promote contest ni utk yg lain join eh

-DONE-

5. Slogan Purle atau ungu adalah warna yang (tidak melebihi 30 patah perkataan)

Purple atau ungu adalah warna yang sangat menawan dan luas kerana melengkapi hampir seluruh spektrum warna menampakkan si pemakai berjiwa besar… malah warna ungu mencerminkan si pemakai seorang yang romantis dan feminin..

Kalau nak join contest ni...sila klik SINI untuk ke blog penaja... Tarikh tutup contest ni pada 31 Mei 2010.. ada lagi sehari…

Sunday, May 23, 2010

Kenapa Mesti Guna Bahasa Kesat di Blog?

images

Aku ada sedikit kemusykilan di sini.. kenapa ye ada blogger yang menggunakan bahasa kesat dalam blog? tak ape la kalau dia nak guna bahasa kesat, bahasa kasar ke, bahasa apa-apa pun kat blog dia.. tapi kalau dah sampai tinggalkan msg dengan kata-kata kesat kat cbox @ shoutmix kita bukan ke agak kurang ajar..

Mula-mula aku macam tak perasan sangat benda ni.. tapi sejak akhir-akhir ni selalu jugak aku tengok kegiatan tak bermoral ni.. haha boleh ke guna perkataan kegiatan kat sini? boleh la kot.. tapi masih menimbulkan kehairanan.. kenapa? kenapa dan kenapa? kalau nak tunjuk hebat ke, nak tumpang glamour ke… tak perlu la buat dekat kotak msg yang kecik tu.. apa barang kannn?? cuba cari medium yang lagi besar.. baru orang nampak.. situ kecik sangat orang tak perasan nanti.. hihi.. eh aku nak berpantun sikit boleh..?


Burung Serindit terbang melayang,

Mari hinggap di ranting mati,

Bukan ringgit dipandang orang,

Budi bahasa rangkaian hati.


Apa pendapat korang pasal blogger yang tak berbudi bahasa ni?

p/s: “Budi Bahasa Budaya Kita”


Apabila AF8 Menutup Tirai, Imam Muda pulak Membuka Tirai…


Tamat sudah akademi fantasia musim ke 8.. Dan yang penting keputusannya aku berpuas hati.. mesti la.. si Kacak Shahir menang.. masa aku tengok dia menyanyi aku terbayang gaya Jamal Abdillah menyanyi.. bukan suara ye, tapi gaya.. suara Shahir memang ori.. baik punyeee….

Berpuas hati dengan peserta final, tapi aku tengok hos dia agak kelam kabut.. kalau iye pun nak kejar masa, jangan la nampak sangat kelam kabut.. masa nak umumkan pemenang punnampak sangat kelam kabut.. sama macam masa nak buat kejutan AF Masuk.. sampaikan kejutan dah tak jadi kejutan.. diorang dah spoilkan awal-awal.. takpe la kan.. lagipun diorang baru lagi.. aku boleh bayangkan macam mana Aznil dan AC MIzal control kalau keadaan yang sama berlaku…

Bila AF menutup tirai.. Imam Muda(IM) pulak menyusul.. haha keluarga aku memang suka dengan program realiti tapi hanya terbitan astro.. yang lain-lain kitorang tak ikut.. bila Imam Muda start, ayah aku la yang paling melekat kat tv nanti, macam masa Akademi Quran bersiaran dulu.. sampai nak keluar time ada program AQ tu memang tak boleh..Ni pun da asyik tanye bila IM nak start.. aku pun tak sabar nak tengok macam mana la program tu.. Encik Lelaki Bulan tak masuk ke?

Notakaki: Apehal aku jadi pengkritik hari ni tak tau la.. hehe.. terpengaruh dengan Adlin agaknye.. haha, kelakar aku tengok Adlin masa Sarimah bacakan kad hari jadi dari isteri dia. romantik sungguh diorang…

Friday, May 21, 2010

Jangan jadi manusia kejam~ memberi harapan bukan satu kebaikan..




images

Aku keliru dengan kamu

Perasaan kamu yang sentiasa tak menentu

Mengapa harus memberi harapan

Kalau tak ingin tunaikan

Kamu berikan harapan pada dia

Kemudian kamu taburkan janji pada yang lain

Kamu fikir, berikan harapan itu satu kebaikan?

Mungkin benar kata kamu,

“Sekurang-kurangnya aku berikannya harapan”

Kata-kata itu benar seandainya masa depan itu milik dia,

Tapi kamu manusia paling bodoh dan kejam

Kalau kamu berikan harapan lalu kamu rampas dari dia

Kamu memang bodoh dan kejam, kalau kamu berikan harapan

Lalu kamu biarkan dia terjatuh dan tersungkur sendirian

Jangan bermain dengan perasaan insan

Seandainya kamu tak ingin hati kamu dipermainkan

Jangan salahkan takdir jika satu hari malang berbalik pada kamu

Sebab hidup ini ibarat roda

Jika kamu tersungkur satu hari nanti

Ingatlah perbuatan kamu satu ketika dulu…


p/s: sekadar meluahkan rasa di hati..

Thursday, May 20, 2010

Katak oh Katak

Katak oh Katak

Kenapa panggil ujan?

Macam mana aku tak panggil,

Ular nak makan aku(2x)

Heheh.. korang ingat lagi tak lagu ni.. masa kecik-kecik dulu selalu nyanyi lagu ni kan.. Saja letak lagu tu sebagai intro entry kali ni.. cikgu BM aku dulu pernah ajar.. kalau nak buat intro karangan mesti buat sekreatif mungkin.. abis kreatif la tu kan? hihih.. Kalau dah intro lagu katak mestilah aku nak cerita pasal katak kan? Sila setuju dengan saya… bagus..


Siapa takut katak, angkat tangan cepat!! sila mengaku.. jangan tipu-tipu.. tak baik.. isy apsal tangan aku ni gatal nak angkat eh?! hihi.. sebenarnya aku tak takut katak ye.. cuma sedikit geli tengok badan dia yang kembung.. tambah-tambah kalau katak tu gemuk dan besar.. comei tapi…. euuu.. sekali lagi dimaklumkan.. aku tak takut katak okeyh…


Sebenarnya pagi tadi aku nak masuk bilik air.. tiba-tiba aku nampak sekor katak kaler coklat berbelang oren duk menyorok kat belakat tiang dalam bilik air tu.. e’eh cantik pulak kaler dia kan.. tapi memang katak kaler oren tu yang selalu ada kt rumah aku.. katak kaler lain tak suka masuk rumah aku.. hihihi..


Lalu aku pun membatalkan hasrat nak masuk bilik air tu.. bukan takut okeyh.. sekali lagi ditegaskan disini.. aku tak takut.. cuma aku malu katak tu usyar aku mandi.. wakakaka.. so aku tunggu la sampai adik aku balik dan suruh dia tolong buangkan.. adik aku kan gagah perkasa, dia memang tak takut katak.. masa kecik-kecik dia pegang katak selamber je.. tapi sekarang dia dah takut kot… hihihi.. aku suruh dia buang, dia suruh aku tangkap.. aku terus lari pergi masak.. takut nak dekat malas nak kacau adik aku buat kerja.. hihihi..


Masa aku sedang memasak sambil menyanyi dengan riang.. adik aku panggil.. “angah”. aku pun menoleh.. sekali aku nampak dia hulur gayung buruk yang ada seekor katak besar di dalamnya.. aku terus menjerit-jerit. sambil tu tangan tutup muka dengan baju dan kaki menghentak-hentak ala-ala gedik manja.. wakaka tindakan spontan okeyh.. bukan takut.. makcik terkejut je… adik aku pulak terus bawak katak tu keluar sambil gelak-gelakkan aku.. kuang asam betul budak ni!!!


Aku sebenarnye tak la takut sangat dengan katak.. tapi aku selalu terbayang kalau la dia lompat kat muka aku.. euuu!! tak nak2!!!


Aku pernah pegang katak tau.. jangan tak percaya.. masa tu kat kem jati diri.. semua peserta wajib pegang seekor katak dengan cengkerik. memang macam-macam reaksi budak-budak tu nak pegang katak.. ada sorang budak laki ni berpeluh-peluh.. nak tunggu dia ambik seekor katak pun punya la lama.. aku… susah jugak.. katak tu asyik melompat.. yang aku paling tak boleh lupa ada sorang gurl menangis guling-guling.. tapi aku tak ingat sapa.. kenangan tu aku takkan lupa sampai bila-bila.. aku pernah pegang katak okeyhhh.. (dengan nada bangga) sila percaya!!

katak-gp

Letak gambar katak ni comei sikit.. hihi

Tuesday, May 18, 2010

3 Hari, 3 KG

Salam semua…

Hari ni BH rasa tak sihat sihat sangat.. masuk hari ni dah hari ketiga kena sakit perut yang teruk… tapi BH bukan nak merungut.. hihi.. tapi tadi tiba-tiba rasa nak timbang berat.. Naik je penimbang tu.. BH tengok banyak kali..

“Betul ke ni??? “

Gosok mata lagi.. ehh betul.. check kot-kot ada ralat pape kat penimbang tu.. ok je..

Wakaka!!

BH ketawa sorang-sorang dalam bilik.. tak sangka dalam masa tiga hari je dah turun 3 KG… waaa suka3!!! hihi..

Bukan la BH suka sakit ni.. nak kata marah pun tak tapi rasa dah banyak kali diet, tak mau turun-turun berat ni.. sekarang turun 3 KG dalam masa tiga hari.. hihihi seronoknya.. harap-harap tak naik balik.. ngee.. nak usaha kurangkan lagi… yeah!! usaha tangga kejayaan!!!

Monday, May 17, 2010

Contest Senyuman Paling Menawan

Assalamualaikum semua.. kalau sebelum ni BH buat contest senyuman paling tak ikhlas di dunia.. sekarang BH join senyuman paling menawan by miss chentazetty... haha.. walaupun tahu senyuman BH tak semenawan mana, tapi BH buat jugak sebab dah ditag oleh CikGadis.. untuk join contest ni ada syarat-syarat dia…

Haa ni syarat-syaratnya :

1- Contest nie terbuka untuk semua peringkat umur.

-Menepati kehendak-

2- 1 gambar je( GAMBAR ANDA).

-DONE-.

3- Gambar mestilah senyum yang memang ikhlas.

-Ikhlas? Mungkin la kot.. hehe-

4- Gambar BERSEORANGAN.

-Orang sebelah dah dicampak jauh-jauh-

5- Mestilah menjadi follower miss chentazetty.

-DONE-

6- Sediakan entri khas contest ini dalam blog u all n link kan kepada miss chentazetty

-Sudah-

7- Tag kawan-kawan anda minimum 4 orang.

Hajar

Azrai

Yana

Mashimashi

8. Letakkan sticky pic ini sekali di entry anda pastu explain...nape anda suke senyum

tarikh tutup pada 20 MEI 2010.

DAN…

Gambar yang BH pertaruhkan ialah..

jeng3..

smile

BH memang tak ada gambar senyuman yang menawan.. banyak kali buka folder gambar tu.. tapi tak jumpa yang berkenan di hati.. mungkin memang tak menawan kot.. hihi.. tapi tak apa la.. BH dah jalankan amanah yang CikGadis sampaikan.. lega la jugak… mungkin tu gambar termenawan BH.. hihi.. tapi bukan bermaksud BH tak suka senyum tau.. kalau baca entry sebelum ni, cikgu BH dulu gelar BH, Minah Senyum sebab suka senyum..

Kenapa BH suka senyum?

Sebab senyum tu awek muda.. tak caya tengok muka BH.. belum ada kedut-kedut lagi walaupun da berumur 90 tahun dan gambar tu tak di edit lansung tau.. siyes tak edit.. (walaupun jelas disitu BH telah mengeditnya..haha)..

Amaran!

Jangan tengok lama-lama.. nanti jatuh hati.. hihihi..

Sunday, May 16, 2010

Cikgu Garang, Cikgu Sporting.. dua2 aku akan ingat...

teachday1cp Semua orang tahu hari ini 16 Mei.. tapi tak semua orang ingat tarikh istimewa ni.. Bagi aku yang dah lama meninggalkan alam persekolahan, memang aku merindui saat-saat menyambut hari guru bersama cikgu-cikgu aku dulu..



Ingat lagi.. masa sekolah rendah dulu, tiap kali hari guru mesti sibuk nak belikan hadiah untuk cikgu kesayangan.. Cikgu yang paling aku ingat masa sekolah rendah ialah cikgu Yahya.. cikgu yang mengajar aku BM dan PJ dari darjah 4.. Cikgu ni garang sangat.. kalau dalam kelas dia semua orang tak berani nak keluarkan suara atau pandang tempat lain.. kalau tak, siap la.. kalau tak siapkan kerja rumah apetah lagi la… pernah sekali masa dalam kelas.. aku asah pensel bawah meja.. kan ada laci kat bawah meja kayu tu.. aku buat la senyap-senyap takut cikgu nampak.. nak bangun takut.. aku pandang bawah sebab takut tangan aku luka kena pisau.. tiba-tiba.. sebutir kapur tepat kena kat dahi aku.. fuh! terkejut gile masa tu.. malu pun ada jugak.. dia marah sebab aku tak bagi perhatian masa dia mengajar.. kalau nak tahu, itu la serangan paling berbisa cikgu Yahya… hihih… masa main bola jaring pernah jugak kena.. aku baling bola tak kuat. cikgu marah sambil jegil mata.. takut weii… aku pun baling kuat-kuat.. konon nak bagi kuat la, sekali kena kepala cikgu.. mak aiii aku ni memang nak bunuh diri… takut giler.. nasib baik cikgu jegil je.. aduiii takut-takut… tapi tiap kali hari guru dia la cikgu yang paling aku ingat dan mesti nak beli hadiah untuk dia.. tapi satu perkara pasal cikgu ni, dia tak suka terima hadiah.. kalau ada budak bagi hadiah, dia cakap, bagi la pada cikgu lain.. aku pun pelik jugak tengok dia.. sampai sekarang, dia la cikgu yang paling aku ingat…


Sekolah menengah pulak aku paling ingat Cikgu Maznan.. Cikgu ni ajar BM jugak.. Cikgu yang paling best n gila-gila.. Cikgu Maznan ketua warden masa kat mrsm.. kalau sapa-sapa yang buat salah, ponteng prep, tak turun perhimpunan.. memang siap la.. petang-petang kena jadi sukarelawan bersihkan kebun kat rumah dia.. aku paling suka time belajar novel perlumbaan kedua.. cikgu buat gaya tuk kura.. cikgu memang sporting.. kadang-kadang bila nampak isteri dia lalu kat tepi kelas, cikgu aku ni siap menyanyi lagu seiring dan sejalan.. isteri dia cikgu jugak kat sekolah tu.. memang sporting cikgu ni.. yang paling best sebab birthday kami sama.. bila hari jadi cikgu, diorang wish kat cikgu, tapi cikgu pulak wish kat aku.. hihi.. lagi satu, cikgu ni suka bagi gelaran kat orang.. ada je yang nak diusik.. aku selalu dapat gelaran minah senyum.. sebabnya bila dia usik-usik, aku senyum je.. budak-budak lain ada yang jawab-jawab tapi aku senyum je.. so dapat la gelaran minah senyum tu.. itu la yang aku ingat pasal cikgu yang best ni…

3165562692_429bb67ba6 Masa orang sibuk-sibuk sambut hari guru.. yang kawan aku ni pulak sambut hari jadi… jeles jugak tengok dia.. kalau 16 mei kitorang kena sediakan banyak hadiah.. untuk cikgu-cikgu dan untuk kawan aku ni.. untung betul la tuan empunya badan..



Memandangkan ada dua sambutan, aku nak hadiahkan ucapan Selamat Hari Lahir dan entry ni untuk kawan aku yang comel ni, Noor Saidatul Natrah dan aku ucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru dan bakal guru di Malaysia.. :)

Kenangan itu..

kenangan2

Bila aku duduk sorang-sorang, selalu jugak aku teringat kisah lama.. kadang-kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat kita menangis, marah dan bermacam-macam lagi rasa yang tak dapat nak dirungkaikan di sini.. Bila kita kenang sesuatu, terasa macam sedang menonton sebuah filem yang watak utamanya adalah diri kita sendiri.. itu yang selalu aku rasa..


Salah satu peristiwa yang buat aku tersenyum adalah kisah aku masa berada di sekolah rendah..


Kisah bermula dari darjah satu. Ada seorang budak lelaki yang sindrom down. memang kalau dilihat dari wajah memang dah tahu dia sindrom. Dalam kelas pun tak reti diam. Setiap hari kawan-kawan sekelas kena cari dia sebab dia suka lari dari kelas. Ramai yang tak sukakan dia.. yela, budak sindrom. memang tak ramai yang nak melayan. Walaupun dia bukan satu kelas dengan aku, tak pernah la aku tunjuk rasa tak suka dengan dia.. Bila dia bertanya, aku jawab dengan baik. Memang bukan cara aku nak tunjuk sombong tak tentu pasal. Kebetulan kami duduk satu taman. Setiap kali dia lalu depan rumah aku mesti dia jerit panggil nama aku. Kadang-kadang datang cuma nak berbual pasal apa yang jadi kat sekolah. Padahal aku tahu semua jadi kat sekolah. tapi aku iyekan aje la.. tak pernah la aku halau dia. Kadang-kadang dia ketuk tingkap belakang rumah akusebab nak tanya aku buat apa je.. sampai darjah 6 dia datang rumah aku lagi.. masuk form1 aku dah duduk asrama dan dia dah tak datang lagi.. tiap kali dia datang adik jerit. “Angah peminat kamu cari” memang bengang jugak la dulu. Tapi sekarang dah tak rasa apa. Yela dia cuma nak berkawan sebab tak ada yang sudi berkawan dengan dia..


Masa aku darjah 6 pulak, aku jadi pengawas. Ada sorang budak lelaki darjah 1 yang sindrom down jugak. Tapi budak ni tak berapa pandai bercakap. Memang kadang-kadang aku pun tak paham apa dia cakap. Aku selalu jaga kelas budak darjah 3 bila cikgu-cikgu meeting. Kelas budak tu pulak sebelah kelas darjah 3. Jadi dia selalu la datang kelas yang aku jaga tu. Kadang-kadang dia lari dari kelas. Penat la pengawas-pengawas lelaki kejar. Kadang-kadang tu sampai nak kena ikat. Cuma dua orang je yang boleh suruh dia diam. Aku dengan sorang lagi pengawas laki, Husaini nama dia.. Aku dengan Husaini memang selalu jaga kelas yang sama. Jadi, taknak bagi budak tu lari kitorang suruh dia duduk dalam kelas yang kitorang jaga. Kadang-kadang budak ni ikut je mana aku pergi.. aku pergi hantar buku dia ikut, aku pergi jaga kelas lain pun dia ikut.. Cikgu-cikgu tak bising kalau dia tak ada sebab tahu dia ikut aku.. Yang kelakar tu masa aku pergi rumah orang kenduri.. Dia boleh ternampak aku.. Dari jauh dia jerit “kakak pengawas!!” (dia tak tahu nama aku sampai sekarang) . Memang malu jugak dibuatnya. Nasib baik la orang tahu dia tak berapa sihat.


Bagi aku, watak-watak istimewa inilah yang kadang-kadang buat kita tersenyum dan kadang-kadang buat aku sedikit sedih. Pada aku, mereka cuma mahukan perhatian, mahukan teman seperti orang lain.. tapi orang tak pernah mengendahkan mereka. Apa yang aku lihat, mereka yang banyak menyesuaikan diri dengan kita yang normal.. bukan kita yang normal ni nak cuba sesuaikan diri dengan mereka..


Kalau ikutkan.. ada lagi kisah-kisah aku dengan orang istimewa.. ada yang mental, sawan… macam-macam lagi.. cukup la dua kisah ni untuk mengingati yang aku pernah mempunyai kawan-kawan insan istimewa seperti mereka…

Kes Cemburu Sama Datin Ellis

shahir2

Isy tak boleh jadi ni.. si Ellis tu buat entry pasal Shahir.. tak boleh jadi.. BH mesti buat entry pasal Shahir.. sebab dah jatuh hati kat dia… hihi.. maksud BH jatuh hati kat suara dan gaya dia yang bersopan santun tu.. Encek Amin jangan cemburu ye… hihihi…


Masa Shahir keluar pada minggu ke 7 tu.. BH tak ada rasa sedih.. sebab dalam hati BH, macam dah terdetik yang Shahir akan masuk balik.. serius.. tak tahu kenapa BH boleh rilek je.. Masa tengok wajah dia yang tenang.. BH tahu rezeki dia masih panjang kat AF..


Mungkin dah rezeki dia.. punya wajah yang elok dan sedap dipandang.. suara yang perghhh.. memang dengar boleh cair dan pada BH, Shahir adalah pelajar yang paling bersopan santun dalam AF8 ni..


Minggu ke 9 Shahir dapat dua lagu yang best.. lagu pertama, Tak Mungkin Berpaling.. memang lagu favourite BH.. masa Shahir nyanyi lagu Arab pun BH tersenyum sorang-sorang.. ah sudah.. angau agaknya… hahaha Ellis jangan marah ya.. BH jatuh hati sama Shahir.. pada suara, sopan santun dan gaya dia bercakap.. BH tak kisah kalau jadi madu Ellis.. (wakaka perasannya..)


Ha baru teringat, cara Shahir bercakap yang malas-malas dan malu-malu tu iras-iras gaya classmate BH.. masa BH bagitahu dia yang cara dia bercakap macam Shahir, terus dia buka youtube cari video Shahir bercakap sebab dia kata kat rumah dia tak ada astro.. kelakar la ko Tye.. pada orang lain BH tak tahu la.. Tapi pada BH memang sama.. Nanti kalau AF8 dah habis dan BH rindu kat Shahir, BH suruh si Tye tu bercakap banyak-banyak kat depan BH… hihihi


Contest Senyuman Paling Tak Ikhlas di Dunia!

Salam semua.. dah lama juga BH tak join contest kan? sebenarnya bukan tak nak join.. niat di hati tu ada.. awal-awal dah pasang niat.. orang cakap kalau ada niat tu kira bagus la daripada tak ada lansung kan? hehe.. Sebenarnya BH terlebih rajin hari ni merayap ke blog orang.. tiba-tiba BH jumpa satu contest kat blog cooliodrumdiddlyumdums iaitu:~~~~~~

Contest Senyuman Paling Tak Ikhlas di Dunia!

Isy3.. ada jugak orang senyum tak ikhlas kan? hahah.. BH pun selalu buat macam tu jugak.. tambah-tambah kalau keadaan tak mengizinkan BH untuk memberikan senyuman ikhlas.. hihi keadaan macam mana tu tak tahu la..

Ok.. untuk join contest mesti ada syarat kan? jom ushar apa syarat cooliodrumdiddlyumdums

Syarat-syarat contest senyuman paling tak ikhlas di dunia ni adalah seperti ..berikut...

  1. Jadi follower blog cooliodrumdiddlyumdums ni. -DONE-
  2. Tulis satu entry khas mengenai “Contest Senyuman Paling Tak Ikhlas di Dunia!'' ini. then, letak your permalink kat link ini ok ataupun drop kat comment box. -Done-
  3. Boleh hantar banyak gambar taww! tapi jangan lebih dari seploh! -Sudah dipatuhi-
  4. Gmbar boleh edit, tapi takboleh letak gamba org laen! buat sekreatif mungkin okeh! -Sudah dipatuhi-
  5. Letakkan banner ini di sidebar blog anda! dan link-kan pada blog cooliodrumdiddlyumdums -DONE-

Kat bawah ni adalah gambar yang BH pertaruhkan… hihi

Hari kejadian: Tidak dapat dikenalpasti

Waktu kejadian:Tak berapa ingat.. mungkin lebih kurang 10.05 pagi( boleh pulak ada 5 minit tu kan? hihi..)

Tempat kejadian : Ofis Loji Rawatan Air Perlop

Situasi kejadian: Budak Hitam sedang berangan dan syok sendiri mengambil gambar sambil tersengih bagai kerang busuk sehingga menampakkan gigi yang bersinar.. nampak tak tu?

image

Tiba-tiba!!

Seorang technician yang muda lagi kacak masuk.. Budak Hitam cuba untuk meng'cover', lalu senyuman Budak Hitam yang indah menjadi hodoh seperti ini..

ikhlas

Adakah senyuman ini ikhlas atau tidak?? ia masih menjadi MISTERI

Anda mahu join? sila klik sini untuk ke blog penganjur…

p/s: BH dah buat banyak kaler pink kat entry ni.. hihihi.. ok tak?

Saturday, May 15, 2010

Beg Plastik vs Beg Kertas

email

Email ni daripada senior BH mengenai kebaikan beg plastik berbanding beg kertas.. mungkin kita biasa dengar beg plastik ni tak bagus, menyebabkan pencemaran udara kerana hanya boleh dimusnahkan melalui pembakaran dan proses pereputan memakan masa ribuan tahun.. tapi betul ke?.. jum baca email ni tentang apa keburukan beg kertas pulak..

………………………………………………………….

Beg kertas dan beg plastik.. yang mana pilihan anda?

images SayNo2PlasticBags-2[1]

Mungkin kita biasa mendengar slogan “NO PLASTIC BAGS”, malah ada juga kempen-kempen yang menyuruh kita menggunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik. Kita masih perlu menggunakan beg plastik lebih banyak terutama untuk pembuangan sampah kerana ia sangat jauh lebih selamat daripada kertas atas alasan kesihatan.

ISU 1: TENAGA DAN SUMBER ASLI

Ia mengambil lebih daripada empat kali tenaga untuk mengeluarkan satu beg kertas berbanding mengeluarkan sebuah beg plastik.

Tenaga asal untuk menghasilkan beg (btus)

Beg-beg plastik: 594 BTUs

Beg-beg kertas: 2511 BTUs

(Sumber: 1989 kitar semula plastik direktori, masyarakat industri plastik. UK)

Kebanyakan kertas datang dari pulpa pokok, sehingga kesan pengeluaran kertas beg di hutan sangat besar. Ia juga menambah pemanasan global disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau (2511 BTUs).

ISU 2: PENCEMARAN

Majoriti kertas dibuat dengan pemanasan serpihan kayu di bawah tekanan, pada
suhu-suhu tinggi dalam satu larutan kimia. Penggunaan bahan kimia toksik ini menyumbang kepada kedua-dua pencemaran udara, seperti hujan asid, dan pencemaran air (efluen). Berjuta gelen kehendak bahan kimia ini akan meresap ke saluran air kita, dan kemudian tinggal sebagai mendapan yang kemudiannya mempengaruhi Eco-system.

BAHAN PENCEMAR KERTAS vs PLASTIK

Karung kertas menjana 70% lebih udara dan 50 kali lebih banyak bahan pencemar air daripada beg-beg plastik.

Sumber: "Perbandingan kesan-kesan pada persekitaran politena dan Paper Carrier Bags," UK.

ISU 3: KITAR SEMULA

Ia mengambil 91% kurang tenaga untuk mengitar semula satu paun plastik daripada terus mengitar semula satu paun kertas. Tetapi kadar-kadar kitar semula sama ada jenis beg pakai buang ialah sangat rendah, dengan hanya 10 hingga 15% beg-beg kertas dan 1 hingga 3% beg-beg plastik dikitar semula (menurut Wall Street Journal).

Tenaga untuk sekali KITAR SEMULA PAKET (BTUs)

Beg-beg plastik: 17 BTUs

Beg-beg kertas: 1444 BTUs

Sumber: 1989 kitar semula plastik direktori, masyarakat industri plastik, UK

ISU 4: DEGRADABILITY

Penyelidikan semasa menunjukkan bahawa kertas di tapak pelupusan sampah hari ini tidak mengalami pengurangan atau pereputan lebih cepat daripada plastik. Malah, ketiadaan penurunan di tapak pelupusan moden disebabkan oleh kekurangan air, cahaya, oksigen dan unsur-unsur penting lain yang perlu untuk proses pennyahidratan. Satu beg kertas mengambil lebih banyak ruang daripada satu beg plastik di tapak pelupusan sampah, tetapi kerana kadar kitar semula kertas adalah lebih tinggi, menjimatkan ruang di tapak pelupusan menjadikannya bukanlah isu yang besar.

Terima kasih.
Dr.Julian

……………………………… ………………………

OK.. sekarang anda dah tahu kan? jadi.. sama-sama lah kita fikirkan dan lakukan yang terbaik untuk bumi kita.. bukan la sebab BH ni study Environmental Engineering baru nak fikir pasal ni.. tapi sebab bumi kita ni sebenarnya sedang nazak.. takkan la sampai dah jadi macam dalam cerita “The Day After Tomorrow” tu baru nak insaf.. masa pertama kali tengok cerita tu kat matrik memang rasa takut sangat.. sekarang bertambah-tambah insaf bila dah belajar macam-macam.. isu beg plastik dan beg kertas mungkin kecil pada setengah orang.. mungkin kita tak boleh hentikan penggunaannya tapi kita boleh bantu mengurangkan penggunaanya.. :)

Wednesday, May 12, 2010

Lagenda Budak Setan vs Lagenda Budak Hitam

Lagenda Budak Setan dan Lagenda Budak Hitam, kedua-duanya mempunyai sejarah.. namun jalan cerita yang amat berbeza.. Lagenda Budak Setan, kisah daripada novel yang pernah menjadi novel terlaris dan merupakan buku yang terhebat, manakala Lagenda Budak Hitam hanya kisah aku, sejarah bagaimana persahabatan Budak Hitam dan cinta aku bermula.. Kisah Lagenda Budak Hitam menyimpang jauh dari keasyikan dan kesedihan cerita Lagenda Budak Setan.. Kisah Lagenda Budak Setan mungkin kisah meruntun jiwa, bakal membawa aku berfantasi dengan linangan air mata.. tapi kisah Lagenda Budak Hitam adalah kisah aku yang penuh ceria, gelak tawa dan romantis.. namun kedua-dua kisah ini berkongsi satu perkara yang pasti dan amat indah.. iaitu CINTA dan KERINDUAN….

Lagenda Budak Setan..

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak..

Lagenda Budak Hitam

Hmm nak cerita ke? hihi.. Kisah bermula dengan persahabatan aku bersama Sutun(bukan nama sebenar), Sipot(bukan nama sebenar), Penyu(bukan nama sebenar) dan Ayah Hitam (juga bukan nama sebenar).. Alkisahnya.. kami ni selalu sangat berskype dan merepek-repek dengan gurauan-gurauan sebagai Budak Hitam. Yang menariknya, hanya aku mengenali setiap mereka, tetapi mereka lansung tidak mengenali antara satu sama lain.. sehinggalah aku perkenal mereka..

Sipot, sahabat aku sejak dari tingkatan empat.. kami berkongsi suka duka bersama.. kisah sedih kami setelah meninggalkan maktab yang penuh nostalgia.. sedetik masa bersama Sipot jadi begitu berharga pada persahabatan kami.. dia sahabat yang tidak pernah melupakan aku walaupun pada hakikatnya enam tahun kami berbicara tanpa wajah.. berpisah selama enam tahun belum cukup lama untuk memutuskan persahabatan aku bersamanya.. oh ya.. Sipot ini lelaki tau.. panggilan untuknya yang cukup aku gemari ialah Budak Kecik. mungkin kerana fizikalnya dahulu.. tapi sekarang aku yakin dia bukan lagi Budak Kecik macam dulu…

Penyu, teman sekelas aku.. mengenalinya sejak 3 tahun lalu membuatkan aku senang mengenalinya.. walaupun kami pernah menghadapi konflik pada sem kedua namun persahabatan kami masih utuh sehingga kini.. bahkan, sepanjang enam bulan menjalani latihan industri, dialah teman yang paling kerap bertanyakan aku.. setiap hari, mungkin. Penyu tak pernah lupa bertanyakan apa yang aku buat setiap hari.. Kalau Penyu seorang lelaki.. mungkin dia adalah seorang kekasih yang sangat caring.. hihi.. Penyu satu-satunya sahabat yang menyimpan paling banyak rahsia aku.. please Penyu.. jangan khianati aku.. hihi.. walau apapun aku tetap percayakan Penyu..

Sutun, seorang adik dan sahabat bagi aku.. Selama setahun aku mengenalinya tetapi tidak pernah lagi bersua. Dia yang aku kenal seorang yang ceria, gila-gila dan kadang-kadang aku fikir dia ni tak tahu malu.. tapi aku tak tahu bagaimana Sutun yang sebenarnya.. Tapi diri yang sebenar mungkin seorang yang lemah lembut.. Siapa tahukan? Dia juga banyak membantu hubungan aku dengan kekasih selain daripada sokongan dan galakan penyu.. Sutun, saya rasa awak memang teman yang baik.. mungkin kalau kita berjumpa suatu hari nanti, persahabatan kita akan jadi lebih baik dari sekarang..

Sekarang kita berkenalan pula dengan Ayah Hitam.. kenapa panggil Ayah Hitam? hmm ini semua idea Sutun.. yela, Sutun yang paling kuat mengusik. Daripada seorang sahabat, dia kini bergelar seseorang yang terlalu istimewa dalam hati aku.. Sewaktu kami bergurau-gurau, dialah yang paling selalu dibuli oleh ahli Geng Budak Hitam yang lain.. sebabnya.. dia ni penyabar orangnya.. dan selalunya.. aku la jadi penyelamatnya.. haha.. kadang-kadang aku join diorang buli dia jugak.. tapi dia tak pernah ambil hati.. Sutun dan Penyu banyak bantu kami sehinggalah dia menyunting aku menjadi penyeri hidupnya.. (ayat tak boleh blahh hihihi).. tapi yang tak bestnya.. daripada panggilan kakak chantek, sekarang Sutun panggil aku mak baru.. sangat-sangat tak best nama tu.. tak kisah la.. asalkan Geng Budak Hitam masih macam dulu dan tak lupa antara satu sama lain pun aku dah cukup bahagia..

Haaa.. tu la serba sedikit kisah Lagenda Budak Hitam.. kalau nak cerita semua mungkin tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis… Memang cerita dua lagenda ni tak ada kena mengena pun.. saja nak cerita..hehehe.. kan dah bagitau awal-awal tadi.. hihih.. jangan marahh aaa…aku menulis kerana aku merindui mereka…

Tuesday, May 11, 2010

Wanita..

Allah berfirman:bermksud
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.
Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Sunday, May 9, 2010

Untukmu ibu..

mom

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


Selamat Hari ibu untuk semua insan yang bergelar ibu.. teristimewa buat emak.. Macam yang angah cakap kat mak, sepatutnya setiap hari adalah hari ibu.. sepatutnya setiap hari angah ucapkan terima kasih kat mak.. tapi angah tak tahu macam mana nak luahkan melainkan dalam setiap doa angah untuk mak.. angah doakan mak dipanjangkan umur, sentiasa rasa bahagia bersama kami, angah nak mak hidup senang, dapat pakai cantik-cantik macam orang lain, angah nak bagi mak duduk rumah besar, angah nak tengok mak happy selalu dan banyak lagi impian yang angah simpan dalam hati untuk buat mak happy.. angah anak mak.. angah saaaaaayaaaang mak!!!

Wednesday, May 5, 2010

Tip Kebahagiaan

love

valentine9.jpg Kejujuran

Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan.

valentine9.jpgTertawa

Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu kepada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.

valentine9.jpgPersahabatan

Menjadi sahabat kepada pasangan anda bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuat anda lebih dekat dengan pasangan.

valentine9.jpgHormat antara satu sama lain dan kompromi

Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi.

valentine9.jpgMemaafkan

Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda.

valentine9.jpgBersikap realistik

Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya.

valentine9.jpgLupakan masa lalu

Berhenti mengungkit kisah lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkat kualiti cinta anda, maka ceritakanlah.

valentine9.jpgDoa

Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan hubungan serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya.

NiCe BLoGgeRs AwaRd

Salam semua.. sudah beberapa hari laptop ni rosak.. dan sekarang Budak Hitam sudah boleh menulis semula..

Lepas je dapat laptop terus dapat award.. haha.. dan tiba-tiba terasa diri ini sangat hebat.. kikiki.. (unsur-unsur riak di situ).

BH tau mesti ada mulut-mulut yang berbunyi, hati-hati yang bercakap dan jari-jari yang menaip akan mengatakan, “eleh. Setakat award dalam internet pun nak bising”.

Kepada yang berfikir sedemikian.. “kau ada??”

Hahaha.. Sungguh berlagak nadaku di situ.. Bukan apa.. BH buat entry ni untuk menghargai teman-teman blog yang lain.. so tak ada la mengecilkan hati atau mengecewakan mana-mana pihak.. betul tak?. ok la.. BH punya mukaddimah dah terlebih panjang.. (“ops terlebih sudah..”). Sebelum kata pendahuluan ni menjadi terlebih panjang jom kita tengok award yang BH dapat.. hehe

- Ada beberapa pesanan dari pemberi award -


Copy award ini di blog anda

~ done ~

Buat ucapan anda kepada pemberi award dan perasaan anda

Terima kasih kepada pemberi award ini, ms GREEN.. BH sangat-sangat menghargai walau apa jua yang diberikan oleh teman-teman blog ni.. walau cuma sekadar award dalam alam maya, dah cukup menggembirakan BH..

Jawab soalan-soalan tag ini

1. Apakah yang bermain di fikiran anda sekarang

sedang memikirkan jawapan untuk soalan-soalan tag..


2. Apakah nama samaran anda

Budak Hitam, Angah, Wani, Tiya, Dakkoler, kakak chantek (perasan sekejap)


3. Berikan 3 orang yang anda sayang

-Family
-Kekasih
-Kawan-kawan


4. Panggilan untuk si dia

erkk.. segan nak beritahu.. hihi..


5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa

hmm tak ada kot.. mungkin kasih sayang


6. Blog mana yang anda suka visit dan yang boleh saya follow juga

Ini Blog Saya

Aksara Cinta Ilahi

Syair Si Para Para

LeyPark Corner

Dunia Sebelah Zara

BadBoy

Toh Tuan Tanah

KaiZen SHiNoBi

!ARC13!

Zikrihusaini


7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda

hmm tak mahu tag.. sesiapa yang membaca tag ini, sila ambil.. pada saya anda semua adalah blogger yang nice..sila ambil ya.. ini adalah paksaan.. hehe

Saturday, May 1, 2010

Sharing is Caring

Weehuu…. salam semua.. selamat hari Sabtu dan selamat hari2!!! heheh.. oh lupe pulak.. Selamat Hari Buruh untuk semua pekerja2… termasuk aku.. hehe

Semalam rasanya hari yang paling bosan dalam hidup arr.. yela.. dah la tak tahu nak buat apa.. Encik BH pulak tak layan.. isk3.. sedih hatiku ini… so aku pun buat2 la cari kerja.. hihi.. jalan2 blog orang cari tutorial yang best2.. semalam banyak jugak yang aku buat.. aku buat Twitter ( jangan gelak.. memang aku jakun.. selama ni aku tengok orang guna tapi aku tak pernah tahu apa ke menatang yang bernama Twitter..).

Lepas buat Twitter aku rasa cam bosan lagi.. aku jalan2 kat blog !ARC13! .. mencari tutorial best2.. memang banyak tutorial kat situ.. Encek !ARC13!.. saya amik tutorial awak ye.. hihi… kalau perasan, korang nampak tak tanda likes yang macam kat facebook ni.. likes

aku tengok macam cantik.. aku pun selalu juga like2 komen orang kat facebook.. korang buat la.. nanti aku like banyak2.. hihi.. kalau nak buat.. boleh tengok tutorial dia kat blog !ARC13! ni..

Lagi aku buat apa eh?? ermm haaa.. sila besarkan volume lappy or pc anda.. sila dengar lagu yang indah ni.. owhh indahnya.. rasa macam tengah duduk bersama kekasih dan dihujani bunga2 sakura.. oh indahnya kan?… semalam aku masukkan lagu ni.. dah lama aku cari kat fullmusik.co tu.. tapi bila taip tajuk dia lagu lain yang keluar.. entah macam mana semalam boleh dapat juga lagu ni… rezeki agaknya…

Lepas masuk lagu.. aku jalan2 blog Dunia Sebelah Zara.. aku ada terjumpa jugak Twitter Zara.. dan aku tengok dia post kat tweeter via TweetDeck.. aku pun godek2 la.. apa benda TweetDeck.. buka page dia dan install.. buat masa nih aku masih belajar lagi.. aku jenis suka belajar sendiri2.. tapi kalau ada yang nk tolong ajar memang sangat2 dialukan..

tweetdeck

TweetDeck ni pun macam best jugak.. boleh pilih sama ada nak guna kat desktop, iphone or ipad.. aku tak ada menatang tu.. so aku guna desktop je la.. hehe…

Macam da banyak aku buat semalam.. so hari ni aku nak rest dari godek2 menda2 ni semua.. nanti kalau jumpa tutorial best aku share lagi dan masukkan kat sini.. aku nak buat tutorial memang tak reti.. tapi aku boleh share kalau aku jumpa tutorial best2 kat blog2 otai yang lain.. hihi..

ok la.. hari ni cuti hari pekerja.. jadi aku pun nak bercuti dari blogging.. blogging pun salah satu kerja aku juga.. hihi tataaa semua.. salam peluk cium untuk kamu semua… heeee