Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Sunday, May 16, 2010

Kenangan itu..

kenangan2

Bila aku duduk sorang-sorang, selalu jugak aku teringat kisah lama.. kadang-kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat kita menangis, marah dan bermacam-macam lagi rasa yang tak dapat nak dirungkaikan di sini.. Bila kita kenang sesuatu, terasa macam sedang menonton sebuah filem yang watak utamanya adalah diri kita sendiri.. itu yang selalu aku rasa..


Salah satu peristiwa yang buat aku tersenyum adalah kisah aku masa berada di sekolah rendah..


Kisah bermula dari darjah satu. Ada seorang budak lelaki yang sindrom down. memang kalau dilihat dari wajah memang dah tahu dia sindrom. Dalam kelas pun tak reti diam. Setiap hari kawan-kawan sekelas kena cari dia sebab dia suka lari dari kelas. Ramai yang tak sukakan dia.. yela, budak sindrom. memang tak ramai yang nak melayan. Walaupun dia bukan satu kelas dengan aku, tak pernah la aku tunjuk rasa tak suka dengan dia.. Bila dia bertanya, aku jawab dengan baik. Memang bukan cara aku nak tunjuk sombong tak tentu pasal. Kebetulan kami duduk satu taman. Setiap kali dia lalu depan rumah aku mesti dia jerit panggil nama aku. Kadang-kadang datang cuma nak berbual pasal apa yang jadi kat sekolah. Padahal aku tahu semua jadi kat sekolah. tapi aku iyekan aje la.. tak pernah la aku halau dia. Kadang-kadang dia ketuk tingkap belakang rumah akusebab nak tanya aku buat apa je.. sampai darjah 6 dia datang rumah aku lagi.. masuk form1 aku dah duduk asrama dan dia dah tak datang lagi.. tiap kali dia datang adik jerit. “Angah peminat kamu cari” memang bengang jugak la dulu. Tapi sekarang dah tak rasa apa. Yela dia cuma nak berkawan sebab tak ada yang sudi berkawan dengan dia..


Masa aku darjah 6 pulak, aku jadi pengawas. Ada sorang budak lelaki darjah 1 yang sindrom down jugak. Tapi budak ni tak berapa pandai bercakap. Memang kadang-kadang aku pun tak paham apa dia cakap. Aku selalu jaga kelas budak darjah 3 bila cikgu-cikgu meeting. Kelas budak tu pulak sebelah kelas darjah 3. Jadi dia selalu la datang kelas yang aku jaga tu. Kadang-kadang dia lari dari kelas. Penat la pengawas-pengawas lelaki kejar. Kadang-kadang tu sampai nak kena ikat. Cuma dua orang je yang boleh suruh dia diam. Aku dengan sorang lagi pengawas laki, Husaini nama dia.. Aku dengan Husaini memang selalu jaga kelas yang sama. Jadi, taknak bagi budak tu lari kitorang suruh dia duduk dalam kelas yang kitorang jaga. Kadang-kadang budak ni ikut je mana aku pergi.. aku pergi hantar buku dia ikut, aku pergi jaga kelas lain pun dia ikut.. Cikgu-cikgu tak bising kalau dia tak ada sebab tahu dia ikut aku.. Yang kelakar tu masa aku pergi rumah orang kenduri.. Dia boleh ternampak aku.. Dari jauh dia jerit “kakak pengawas!!” (dia tak tahu nama aku sampai sekarang) . Memang malu jugak dibuatnya. Nasib baik la orang tahu dia tak berapa sihat.


Bagi aku, watak-watak istimewa inilah yang kadang-kadang buat kita tersenyum dan kadang-kadang buat aku sedikit sedih. Pada aku, mereka cuma mahukan perhatian, mahukan teman seperti orang lain.. tapi orang tak pernah mengendahkan mereka. Apa yang aku lihat, mereka yang banyak menyesuaikan diri dengan kita yang normal.. bukan kita yang normal ni nak cuba sesuaikan diri dengan mereka..


Kalau ikutkan.. ada lagi kisah-kisah aku dengan orang istimewa.. ada yang mental, sawan… macam-macam lagi.. cukup la dua kisah ni untuk mengingati yang aku pernah mempunyai kawan-kawan insan istimewa seperti mereka…

6 comments:

  1. cm tau je sape jejaka 2 org tu..hahahha..ade tinggal lagi sorang..xkan lupe kot..yg gile babi tu..hahahhaha

    ReplyDelete
  2. yg tu.. tak payah cte arr.. tak bek ckp org mcm tu.. aku da tak nak ingat da pasal dia..

    ReplyDelete
  3. tQ eqa.. org2 istimewa mcm ni yg sllu menyerikn hdup kte.. :)

    ReplyDelete
  4. salam dari brunei...suka msuk bolg awk,menarik... :)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)