Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Wednesday, May 12, 2010

Lagenda Budak Setan vs Lagenda Budak Hitam

Lagenda Budak Setan dan Lagenda Budak Hitam, kedua-duanya mempunyai sejarah.. namun jalan cerita yang amat berbeza.. Lagenda Budak Setan, kisah daripada novel yang pernah menjadi novel terlaris dan merupakan buku yang terhebat, manakala Lagenda Budak Hitam hanya kisah aku, sejarah bagaimana persahabatan Budak Hitam dan cinta aku bermula.. Kisah Lagenda Budak Hitam menyimpang jauh dari keasyikan dan kesedihan cerita Lagenda Budak Setan.. Kisah Lagenda Budak Setan mungkin kisah meruntun jiwa, bakal membawa aku berfantasi dengan linangan air mata.. tapi kisah Lagenda Budak Hitam adalah kisah aku yang penuh ceria, gelak tawa dan romantis.. namun kedua-dua kisah ini berkongsi satu perkara yang pasti dan amat indah.. iaitu CINTA dan KERINDUAN….

Lagenda Budak Setan..

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak..

Lagenda Budak Hitam

Hmm nak cerita ke? hihi.. Kisah bermula dengan persahabatan aku bersama Sutun(bukan nama sebenar), Sipot(bukan nama sebenar), Penyu(bukan nama sebenar) dan Ayah Hitam (juga bukan nama sebenar).. Alkisahnya.. kami ni selalu sangat berskype dan merepek-repek dengan gurauan-gurauan sebagai Budak Hitam. Yang menariknya, hanya aku mengenali setiap mereka, tetapi mereka lansung tidak mengenali antara satu sama lain.. sehinggalah aku perkenal mereka..

Sipot, sahabat aku sejak dari tingkatan empat.. kami berkongsi suka duka bersama.. kisah sedih kami setelah meninggalkan maktab yang penuh nostalgia.. sedetik masa bersama Sipot jadi begitu berharga pada persahabatan kami.. dia sahabat yang tidak pernah melupakan aku walaupun pada hakikatnya enam tahun kami berbicara tanpa wajah.. berpisah selama enam tahun belum cukup lama untuk memutuskan persahabatan aku bersamanya.. oh ya.. Sipot ini lelaki tau.. panggilan untuknya yang cukup aku gemari ialah Budak Kecik. mungkin kerana fizikalnya dahulu.. tapi sekarang aku yakin dia bukan lagi Budak Kecik macam dulu…

Penyu, teman sekelas aku.. mengenalinya sejak 3 tahun lalu membuatkan aku senang mengenalinya.. walaupun kami pernah menghadapi konflik pada sem kedua namun persahabatan kami masih utuh sehingga kini.. bahkan, sepanjang enam bulan menjalani latihan industri, dialah teman yang paling kerap bertanyakan aku.. setiap hari, mungkin. Penyu tak pernah lupa bertanyakan apa yang aku buat setiap hari.. Kalau Penyu seorang lelaki.. mungkin dia adalah seorang kekasih yang sangat caring.. hihi.. Penyu satu-satunya sahabat yang menyimpan paling banyak rahsia aku.. please Penyu.. jangan khianati aku.. hihi.. walau apapun aku tetap percayakan Penyu..

Sutun, seorang adik dan sahabat bagi aku.. Selama setahun aku mengenalinya tetapi tidak pernah lagi bersua. Dia yang aku kenal seorang yang ceria, gila-gila dan kadang-kadang aku fikir dia ni tak tahu malu.. tapi aku tak tahu bagaimana Sutun yang sebenarnya.. Tapi diri yang sebenar mungkin seorang yang lemah lembut.. Siapa tahukan? Dia juga banyak membantu hubungan aku dengan kekasih selain daripada sokongan dan galakan penyu.. Sutun, saya rasa awak memang teman yang baik.. mungkin kalau kita berjumpa suatu hari nanti, persahabatan kita akan jadi lebih baik dari sekarang..

Sekarang kita berkenalan pula dengan Ayah Hitam.. kenapa panggil Ayah Hitam? hmm ini semua idea Sutun.. yela, Sutun yang paling kuat mengusik. Daripada seorang sahabat, dia kini bergelar seseorang yang terlalu istimewa dalam hati aku.. Sewaktu kami bergurau-gurau, dialah yang paling selalu dibuli oleh ahli Geng Budak Hitam yang lain.. sebabnya.. dia ni penyabar orangnya.. dan selalunya.. aku la jadi penyelamatnya.. haha.. kadang-kadang aku join diorang buli dia jugak.. tapi dia tak pernah ambil hati.. Sutun dan Penyu banyak bantu kami sehinggalah dia menyunting aku menjadi penyeri hidupnya.. (ayat tak boleh blahh hihihi).. tapi yang tak bestnya.. daripada panggilan kakak chantek, sekarang Sutun panggil aku mak baru.. sangat-sangat tak best nama tu.. tak kisah la.. asalkan Geng Budak Hitam masih macam dulu dan tak lupa antara satu sama lain pun aku dah cukup bahagia..

Haaa.. tu la serba sedikit kisah Lagenda Budak Hitam.. kalau nak cerita semua mungkin tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis… Memang cerita dua lagenda ni tak ada kena mengena pun.. saja nak cerita..hehehe.. kan dah bagitau awal-awal tadi.. hihih.. jangan marahh aaa…aku menulis kerana aku merindui mereka…

6 comments:

  1. hehe lawak la..go geng budak hitam..=p

    ReplyDelete
  2. aku rasa lagenda budak setan best lagik...

    ReplyDelete
  3. nak marah pun x sempat ..
    tgh pokes tgok citer p ramlee ni
    hahahahhaha

    ReplyDelete
  4. ayue: hihi.. go go go!!

    kazirinkato: tpulang pd pndgn msg2.. yg melalui lbh mgetahui.. :)

    frodo: cte p ramlee mmg best.. tgk seratus kali pun x jemu..

    ReplyDelete
  5. not bad gak lagenda budak setan nie.. bley la bli nnt dgn kemilau mutiara wardah :)

    ReplyDelete
  6. mmg best.. wani pun x sure pnh bc novel de ke x.. rs mcm pnh.. tp byk sgt bc novel da x brp igt.. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)