Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Sunday, May 16, 2010

Cikgu Garang, Cikgu Sporting.. dua2 aku akan ingat...

teachday1cp Semua orang tahu hari ini 16 Mei.. tapi tak semua orang ingat tarikh istimewa ni.. Bagi aku yang dah lama meninggalkan alam persekolahan, memang aku merindui saat-saat menyambut hari guru bersama cikgu-cikgu aku dulu..



Ingat lagi.. masa sekolah rendah dulu, tiap kali hari guru mesti sibuk nak belikan hadiah untuk cikgu kesayangan.. Cikgu yang paling aku ingat masa sekolah rendah ialah cikgu Yahya.. cikgu yang mengajar aku BM dan PJ dari darjah 4.. Cikgu ni garang sangat.. kalau dalam kelas dia semua orang tak berani nak keluarkan suara atau pandang tempat lain.. kalau tak, siap la.. kalau tak siapkan kerja rumah apetah lagi la… pernah sekali masa dalam kelas.. aku asah pensel bawah meja.. kan ada laci kat bawah meja kayu tu.. aku buat la senyap-senyap takut cikgu nampak.. nak bangun takut.. aku pandang bawah sebab takut tangan aku luka kena pisau.. tiba-tiba.. sebutir kapur tepat kena kat dahi aku.. fuh! terkejut gile masa tu.. malu pun ada jugak.. dia marah sebab aku tak bagi perhatian masa dia mengajar.. kalau nak tahu, itu la serangan paling berbisa cikgu Yahya… hihih… masa main bola jaring pernah jugak kena.. aku baling bola tak kuat. cikgu marah sambil jegil mata.. takut weii… aku pun baling kuat-kuat.. konon nak bagi kuat la, sekali kena kepala cikgu.. mak aiii aku ni memang nak bunuh diri… takut giler.. nasib baik cikgu jegil je.. aduiii takut-takut… tapi tiap kali hari guru dia la cikgu yang paling aku ingat dan mesti nak beli hadiah untuk dia.. tapi satu perkara pasal cikgu ni, dia tak suka terima hadiah.. kalau ada budak bagi hadiah, dia cakap, bagi la pada cikgu lain.. aku pun pelik jugak tengok dia.. sampai sekarang, dia la cikgu yang paling aku ingat…


Sekolah menengah pulak aku paling ingat Cikgu Maznan.. Cikgu ni ajar BM jugak.. Cikgu yang paling best n gila-gila.. Cikgu Maznan ketua warden masa kat mrsm.. kalau sapa-sapa yang buat salah, ponteng prep, tak turun perhimpunan.. memang siap la.. petang-petang kena jadi sukarelawan bersihkan kebun kat rumah dia.. aku paling suka time belajar novel perlumbaan kedua.. cikgu buat gaya tuk kura.. cikgu memang sporting.. kadang-kadang bila nampak isteri dia lalu kat tepi kelas, cikgu aku ni siap menyanyi lagu seiring dan sejalan.. isteri dia cikgu jugak kat sekolah tu.. memang sporting cikgu ni.. yang paling best sebab birthday kami sama.. bila hari jadi cikgu, diorang wish kat cikgu, tapi cikgu pulak wish kat aku.. hihi.. lagi satu, cikgu ni suka bagi gelaran kat orang.. ada je yang nak diusik.. aku selalu dapat gelaran minah senyum.. sebabnya bila dia usik-usik, aku senyum je.. budak-budak lain ada yang jawab-jawab tapi aku senyum je.. so dapat la gelaran minah senyum tu.. itu la yang aku ingat pasal cikgu yang best ni…

3165562692_429bb67ba6 Masa orang sibuk-sibuk sambut hari guru.. yang kawan aku ni pulak sambut hari jadi… jeles jugak tengok dia.. kalau 16 mei kitorang kena sediakan banyak hadiah.. untuk cikgu-cikgu dan untuk kawan aku ni.. untung betul la tuan empunya badan..



Memandangkan ada dua sambutan, aku nak hadiahkan ucapan Selamat Hari Lahir dan entry ni untuk kawan aku yang comel ni, Noor Saidatul Natrah dan aku ucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru dan bakal guru di Malaysia.. :)

1 comment:

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)