Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Monday, May 31, 2010

Migrain menyerang lagi~~sedikit petua menghilangkan migrain


Salam semua.. hari ni rasa tak sihat betul. Macam biasa, migrain menyerang lagi.. Sejak aku sekolah menengah aku dah mula kena migrain.. tapi tak seteruk sekarang.. dan migrain aku bertambah teruk bila aku mula menjejakkan kaki ke matrik, 4 tahun lalu.. Biasanya aku diserang migrain bila aku dalam keadaan stress atau mengalami perubahan cahaya terang.. Selalunya bila aku ke klinik, doktor hanya akan bagi ubat tahan sakit.. pernah sekali aku pergi klinik sebab aku diserang migrain hampir setiap hari.. doktor tu sarankan aku buat CT scan… tapi aku belum sedia nak pergi lagi.. syukur sekarang aku dah kurang sakit macam dulu.. cuma kadang-kadang menyerang macam sekarang ni… aku ni kalau kena migrain memang selalunya makan ubat tahan sakit.. dulu aku makan panadol.. tapi sekarang ni panadol dah tak bagi kesan kat aku jadi doktor bagi aku ubat tahan sakit yang dosnya lebih kuat.. tapi kelmarin aku terjumpa masej ni… terkejut dan mula terasa takut..

……………………………………………………………………………

PANADOL MERBAHAYA

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI
(TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya… “Suami sayabekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita.. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yangmengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


……………………………………………………………………………………………………………………………


Bila aku baca artikel ni.. aku dah mula rasa takut.. berapa banyak panadol dah masuk perut aku.. aku takut kalau jadi macam tu.. dan sekarang aku dah nekad tak mahu makan ubat tahan sakit lagi.. aku ada la jugak cari cara-cara lain untuk kurangkan migrain.. berikut merupakan beberapa cara atau petua yang aku jumpa dan mungkin sesuai untuk anda jugak..


1. Berbekam

Bukan sahaja untuk migrain malah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit lain. Dalam Islam juga disarankan untuk berbekam sabagai salah satu cara merawat penyakit. Sepertimana seorang khadam Rasullullah saw mengatakan: "Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. "Berbekamlah" (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., "Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda". (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).

Aku tak pernah cuba lagi.. tapi insyaAllah aku akan cuba satu hari nanti…


2. Sujud

Cara paling bagus untuk menghilangkan sakit kepala/migraine ialah sujud lama sikit pada sujud yg terakhir terutama sekali waktu solat subuh. Semasa sujud tu berdoa la. Insyaallah, Sakit kepala akan semakin berkurang. Jika tak dilakukan dalam solat pun boleh dilakukan setiap subuh.

Otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal. Tetapi ada beberapa urat saraf yg tidak dimasuki oleh darah dan hanya dengan bersujud barulah darah akan mengalir ke bahagian urat saraf tu..


3. Minum Perahan Limau Nipis

Yang ni pun ada jugak petua yang biasa aku dengar sama jugak macam minum air kelapa tanpa gula dengan ais. Masa kecik-kecik mak aku bagi minum kelapa kalau panas badan atau sakit kepala. Tapi tak sure berkesan atau tak untuk migrain. Dan ada jugak petua yang mengatakan minum nira nipah boleh hilangkan migrain..


4. Ketawa

Yang ni aku pernah terbaca dalam satu majalah.. tapi tak ingat majalah apa.. yang ni cuma boleh hilangkan migrain tu seketika je.. bukan penawar.. tapi memang berkesan.. aku yang biasa kena migrain boleh hilang migrain masa tu kalau ketawa.. tapi esok-esok migrain datang lagi.. so kesimpulannye kena ketawa selalu… hihi


5. Rendam kaki dalam air suam

Yang ni pun aku biasa dengar orang buat dan berkesan tapi bagi aku tak berkesan.. yela.. lain orang tak sama cara rawatannye…


6. Minum minuman isotonik

Macam dalam artikel kat atas tu.. aku baru pertama kali dengar dan belum pernah cuba.. tapi aku akan cuba nanti.. kalau berkesan nampaknya aku kena simpan stok air isotonik banyak-banyak.. hehe


21 comments:

  1. 1 lagi, amik air asam jawa tempek atas kepala.. insya'allah, berkesan..

    ReplyDelete
  2. owh.. a'aa.. mak pnh buat ms kecik2 time demam.. tp xtau plak blh utk migrain.. nnt nk try..

    ReplyDelete
  3. ttg doktor xmkn panadol tue dh pnah dgar dh..huhu.

    alhmdulillah xnah migrain lg :)

    ReplyDelete
  4. yup.. mak wani pun ad cite kwn mak jd cmtu.. kna skt buah pggang kronik..

    ReplyDelete
  5. wani plg tkt klu tpksa guna dos plg kuat.. skrg pun da mkn ubat thn skt yg dos kuat..

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..
    hmM..mmG ramai yG tak amik panadol nie..nyway nice inf0! mmG banyak cara yG lebih bermanfaat tanpa membawa mudharat..

    ReplyDelete
  7. yup.. btl tu zikr.. tp klu sy kna migrain yg teruk, tdo x blh hlg.. klu skt kpla mayb blh hlg dgn tdo...

    btl tu azrai.. cara2 ln lbh byk dr ubt thn skt.. sdgkn doktor pun xnk mkn ubt thn skt..

    ReplyDelete
  8. alamak...ak slalu plak mkn pnadol active fast nie..skali tln 2 buijik..adoii.siap kunyah lg 2...
    death ak cmni...uuuuu..=(

    ReplyDelete
  9. sy pon migrain truk....bru msuk mtrix bln 5 aritu then mgrsin tu getting worst...then same jgk dlu dktr kasi ubt thn sakit,....skunk dorg soh wat ct scan...mmg sbijik naseb kite...tp sy lgsg xleh blja kt mtrix sbb kpla skit sgt...

    ReplyDelete
  10. Migrain kdg kala dtg kerana faktor sekeliling.. kite x sesuai dgn suhu, cuaca, cahaya dan sebagainye.. kdg kala faktor psycology seperti tertekan pun blh menyebabkan migrain.. kite x mampu nk hilangkan migrain.. itu kuasa Allah tp kite boleh kurangkan sakit dan cuba elakkn dari migrain. skrg pun BH masih migrain tp dlm kesakitan yg tidak seteruk dulu.. cue biasekan dgn keadaan n adapt situasi berbeza.. perlahan2 insyaAllah sakit akn berkurang..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Memang sakit.. tapi sakit kecil tak apa.. kifarah dosa :)

      Delete
  12. Assalamualaikum smua...sy dlu kerap sakit kpala, selalu g klinik, n makan ubat jea...kebelakangan ini migrain teruk myerang hampir setiap hari..mnyukarkan rutin harian sbagai pelajar form 6...hmpir setiap hari ponteng kelas...sedih sngt ketinggalan dlam pelajarn... pergi check kt hospital, rupan2nya ada migrain...17 oktber ni nak buat scan kt pkar di hospital, hrapkan doakn k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit itu kifarah dosa kecil. Terima dengan redha.. insyaAllah, Allah dah aturkan segala yang terbaik.. Semoga selamat semuanya.. :)

      Delete
  13. bleh x share lagu loe story ni?

    ReplyDelete
  14. bleh x share lagu love story ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan.. sy ambil dari file 4 shared je :)

      Delete
  15. saya pun migrane juga ...tp jarang sekali makan ubat ..boleh la sya cuba petua ni TQ

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)