Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Sunday, May 9, 2010

Untukmu ibu..

mom

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


Selamat Hari ibu untuk semua insan yang bergelar ibu.. teristimewa buat emak.. Macam yang angah cakap kat mak, sepatutnya setiap hari adalah hari ibu.. sepatutnya setiap hari angah ucapkan terima kasih kat mak.. tapi angah tak tahu macam mana nak luahkan melainkan dalam setiap doa angah untuk mak.. angah doakan mak dipanjangkan umur, sentiasa rasa bahagia bersama kami, angah nak mak hidup senang, dapat pakai cantik-cantik macam orang lain, angah nak bagi mak duduk rumah besar, angah nak tengok mak happy selalu dan banyak lagi impian yang angah simpan dalam hati untuk buat mak happy.. angah anak mak.. angah saaaaaayaaaang mak!!!

4 comments:

  1. selamat hari ibu..mcm kembar je mak ngn anak:))

    ReplyDelete
  2. hehe.. rmi ckp mcm muka mak.. tp sbnrnye byk muka ayh..

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu untok mom awak, mom saya, n mom2 di dunia ni termasok ibu jari sekalipon...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. kenapa x sebut ibu roti, ibu duit, sgala macam ibu skali..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)