Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Monday, June 21, 2010

Yang Terhebat

Rasa-rasa aku belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Bapa buat ayah aku dan semua yang bergelar bapa..


Buat ayah yang menyambut hari lahir dan hari bapa bulan ni.. Angah nak ucapkan terima kasih sebab ayah dah bagi yang terbaik untuk besarkan kami adik beradik.


ayah

Ini ayah aku. Ayah aku seorang yang kuat dan sangat tabah pada penglihatan kami adik beradik.

  1. Ayah tidak penyayang – Tidak. Ayah hanya kurang sifat penyayang pada diri sendiri sebab semua kasih sayangnya diberikan kepada kami..
  2. Ayah seorang yang pelupa - ayah selalu lupa belikan sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak pernah lupa belikan untuk kami. .
  3. Ayah selalu menghabiskan duit - Bila kami lama berjauhan, ayah pasti akan usaha untuk datang melawat walau kami jauh berbatu dan walau terpaksa berhabis ratusan ringgit sebab ayah selalu rindukan anak-anaknya..
  4. Ayah tak suka berkongsi – ayah tak pernah cakap susah di depan anak-anak sebab tak mahu kami susah hati tapi ayah sentiasa ada bila anak-anaknya susah. Walau seteruk manapun ayah akan usaha untuk bagi anak-anak tersenyum senang.
  5. Ayah tak suka marah-marah - Selalunya ayah la yang bela bila kami kena marah. Tapi diam ayah bukan bermakna ayah tidak tahu mendidik anak. Diam ayah kerana penyabarnya. Dan diam ayah kerana begitulah cara dia mengajar anak-anak sehingga kami begitu menghormati dan menyayangi ayah.

Sekarang ayah sudah banyak uban di rambut menandakan semakin meningkat umur ayah. Ayah juga tidak sekuat dulu lagi. Tapi sehingga kini ayah masih menanggung kami lima beradik.


Kini sudah 24 tahun ayah menjadi seorang ayah. Seorang ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Walaupun orang lain cakap ayah mereka hebat, tapi bagi aku dan adik beradik aku yang lain ayah adalah ayah yang terhebat di dunia.


Kami sayang ayah kami. Aku nak cepat habis belajar supaya lepas ni ayah tak payah kerja teruk-teruk lagi.. Biar kami yang jaga ayah dengan mak. Kami sayang ayah dan mak kami.. Merekalah yang terhebat!!

Friday, June 18, 2010

Oyeah!! final year sudah hampir!!

Posto-posto!!! alamak aii. Surat cinta dari pusat pengajian sudah sampai.Ini bermakna SEM 7 hampir tiba..

Yeay!!

Seronoknye.. Aku memang bersemangat nih nak masuk sem ni. Yela, aku kan pelajar berdedikasi yang sukakan belajar.. (konon je.. hihi)


Tapi.. ada masalah besar la pulak. Yang menjadi masalahnye sekarang ni, aku terpaksa pilih subjek. Aduyaii.. kalau nak tau jom baca surat cinta dari PPK aku ni..



………………………………………………………………………………….......................................

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagi pendaftaran kursus secara online bermula 22 Jun 2010, berikut adalah subjek-subjek yang perlu di daftar bagi pelajar-pelajar Tahun 4 Program Kejuruteraan Alam Sekitar:


1 Kursus : EAT444 PROJEK TAHUN AKHIR Unit: 6


2.Kursus : EAT404 ENVIRONMENTAL PROCESS CONTROL AND INSTRUMENTATION Unit: 4


3.Kursus : EAT401 INFORMATIK SEKITARAN atau EAT402 PERSEKITARAN BINAAN** Unit: 4


4.Kursus : EAT405 REMEDIASI SEKITARAN** atau EQT373 STATISTIK UNTUK JURUTERA** Unit: 4


5.Kursus : EAT407 REKABENTUK KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR I Unit: 4


Jum. Kredit : 22


NOTE : ** elektif (pilih salah satu)
Mohon semua pelajar Tahun 4 Program Kejuruteraan Alam Sekitar ambil perhatian dan tindakan.
Sekian, terima kasih.

…………………………………………………………………………………..................................



Nampaknya aku kena pilih betul-betul. Dah la semakin susah je. Kawan-kawan pun asyik tanya dah buat pilihan ke belum. Aduii… macam mana ni??


Aku pun merajinkan diri yang malas ni untuk bertanya pada yang lebih pakar. Siapa lagi kalau bukan senior-senior.


Untuk kursus ke 3:

Aku dah pilih persekitaran binaan. hoho. Sebab macam best je. kiki… Bukan-bukan. Bukan sebab macam best. Tapi sebab informatik tu subjek baru, kata senior. Diorang pun tak tau nak bagi nasihat apa pasal subjek tu. Subjek binaan tu pulak dekan yang ajar. Hoho takottnye… maka bertabah lah.. (macam la tak pernah ada kelas dengan dekan.. hihihi)


Untuk kursus ke 4:

Menurut senior aku, kalau minat matematik, ambik la statistik. Kalau suka membaca ambik la remediasi. Tapi masalahnya dua-dua aku tak suka. Aku suka tido je. kikiki. hmm.. Kompius2 nak pilih apa. Yela.. aku ni dah la susah nak menghafal. Kalau mengira pulak aku ni selalu sangat cuai. Sebab tu tak power math. hahaha alasan!


Pastu.. tengah pening-pening lalat nak pilih subjek, lecturer hantar lagi satu notis kena tambah subjek.


Kursus : EAT 231- Thermodynamics Unit : 3


Omak aii… ni bukan subjek tahun dua ke? tapi aku tak pernah pulak tengok kod 23. Seingat aku dulu semua 20 je. Ni budak building punye subjek ke apa nih? alamakkk!!! kimia lak tu.. last belajar kimia2 ni masa tahun 2 lau tak silap. Ni nak belajar balik. Lomah gomalai tulang-tulang dan urat sondi den..


Giler terkezut aku. Dah la 22 jam kredit semuanya. Tambah lagi 3 dah jadi 25. Setahu aku maksimum boleh ambik 22 jam je. Tapi rupa2nya yang FYP tak dikira lagi. FYP hanya akan dikira masa final sem. fuhhh lega…


Sekarang masa untuk perah otak pilih lagi satu subjek. Statistik atau remediasi…


hmmmm…

errrrmm...

aaaaaaa...


Nanti la pikir. Jom main game dulu!!! hehe

Sunday, June 13, 2010

Bila demam piala dunia menyerang, mood mau kaco orang pun datang…

Nampaknye demam piala dunia dah mula ar.. Kaki-kaki bola http://www.cute-smiley.commesti dah mengadap depan tv untuk tengok semua game yang ditayangkan.. bagi yang bukan kaki bola, terpaksa la terima hakikat yang bf atau suami diorang tu akan melupakan diorang seketika (sepanjang piala dunia je.. ).. erkk macam terkena kat aku je.. hohoho… tapi tak pe la.. ni masa diorang.. lagipun cuma 4 tahun sekali.. berbanding kaum perempuan yang bila sampai masa sale kompem akan melupakan para suami dan kekasih hati sebab sibuk nak bershopping.. hihihi.. tapi sayangnye, shopping pun aku tak suka.. jadi, bila masa aku plak eh?


Kat umah aku pun mengalami situasi yang sama.. dah memang wajib la tv kat umah tu tunjuk pasal bola je sebab adik-adik aku semua lelaki yang memang kaki bola.. ayah aku pun minat bola jugak.. mak aku tak heran pun nak tengok tv.. aku sorang je la yang tak minat bola.. jadi kerja aku melekat depan laptop je la..


Tapi yang pelik dan ajaibnya, masa perlawanan pembukaan antara South Africa dengan Mexico, aku boleh tengok sampai abes.. tengok dengan excited plak tu.. padahal aku ni tak minat bola.. dan kalau ada game bola sebelum-sebelum ni memang confirm aku da tido sebelum abis separuh masa pertama.. agak-agaknye la kan, tempias demam piala dunia da terkena kat aku.. huhu… sebelum demam tu merebak baik aku cepat-cepat makan ubat.. hihi..


Lagi satu, kredit fon aku pun macam tau-tau je nak abis sekarang supaya aku tak boleh kaco encek kekasih tengok bola.. bagus betoi engko ye encek kredit.. aku pulak malas nak topup.. mengharap belas ehsan ayahanda untuk topupkan.. hihihi.. bagus tak? kalau ayahanda lambat topupkan, maka bergumbiralah encek kekasih tanpa gangguan aku.. (sigh)


suara hati: niat jahat nak kaco orang tak kesampaian..

Sunday, June 6, 2010

Bila hati mula berkecamuk..

Penyakit meroyan datang balik agaknye.. Kalau kawan baik aku tentu dah paham sangat dengan simptom bad mood tiba-tiba ni.. aku bukan bad mood saja-saja.. banyak sebab..

1. Salah satu sebab yang buat aku bad mood ialah kecewa..aku mau kecewa sekarang boley??

frust Sila bayangkan aku sedang menaip dalam keadaan kepala diserkup beg kertas seperti gambar di atas untuk memudahkan anda mendalami mood aku yang sangat kecewa…

Wuaaa kecewa sangat-sangat.. shhh tak perlu tanya kenapa..


Aku nak kecewa jugak hari ni.. walaupun ada yang menasihatkan aku jangan kecewa.. control diri.. jangan sedih.. aku tetap nak kecewa…


Sebenarnye penyakit kecewa ni dah melanda beberapa hari.. tapi berjaya di control oleh aku dengan jayanya.. biasa la orang frust.. takkan tak pernah tengok orang frus.. kalau nak tengok aku frust sama macam dalam gambar kat atas tu.. (sila percaya dengan penipuan aku ni..)


2. Sebab kedua yang melanda bila aku tak dapat apa yang aku nak.. kira okeyh la tu.. aku tak mengamuk baling-baling benda atau buat penyakit sawanhttp://www.cute-smiley.com.. abis tidak pun aku tido 24jam je.. aku ni kan jenis tak suka marah-marah.. aku sangat cool (ceh! bajet je).. dan sangat tak suka menyusahkan orang.. kalau aku tido kompem orang tak sakit hati tengok muka aku yang ketat semacam.. so orang pun tak dapat dosa mengumpat aku.. hihihi.. jangan tipu! aku tau ada orang kutuk-kutuk muka aku ketat time aku bad mood.. memang tak dinafikan pun..


3 Sebab ketiga yang selalu buat aku bad mood.. hihi macam biase la.. bila aku sakit.. jika anda lihat aku sedang berbaring dalam keadaan kesakitan dan muka yang ketat.. sila jauhkan diri anda dari aku sebelum pipi anda digeget dengan amat kejam.. hohoho… aku kalau tengah sakit tak suka dengar orang membebel.. jadi sila jangan membebel time aku sakit.. bukan ape.. takut nanti orang yang membebel tu pun turut menumpang sakit aku.. hahaha.. mesti la bengang kot.. kalau tengah sakit orang dok ungkit-ungkit “ tu la degil tak nak makan nasi”.. “ tu la lain kali jangan malas makan ubat”.. “ hah degil sangat.. amik ko”… kalau anda buat jugak bermakna memang anda sangat teringin merasa penangan sawan aku atau sangat-sangat teringin merasa sup kasut saiz 7.. http://www.cute-smiley.com agagaga


Oh nampaknye simptom bad mood aku dah hilang.. siap boleh ketawa lagi sekarang.. hihihi.. meluahkan di blog ni memang satu terapi yang teramat bagus untuk hilangkan bad mood selain tido… hihi.. ok bad mood da hilang.. jadi aku taknak komplen bebanyak kat sini.. nanti korang bosan.. kalau bosan nanti korang geget aku pulak.. hehehe… k la.. tataaaa sume…

Salam peluk cium dari cik BH yang tiuuuuuttt tangat… http://www.cute-smiley.com





nota kaki:

1. Keletihan hari ni pergi kenduri.. aku sangat pemalas pergi kenduri.. tapi hari ni tiba-tiba merajinkan diri untuk tolong makan.. hohoh

2. Terasa bagai terawang-awang masa tido sebab terlalu letih.. (ceh! bukan tolong watpe pun kat umah orang kenduri tu..)

3. Hati sedikit merajuk hari ni.. sebab ape? biarlah rahsia...

4. Mendengar berita gembira teman kecilku dulu bakal menjadi ibu..

5. Membuat maraton game di muka buku juga terapi yang baik... hihihi