Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Friday, June 18, 2010

Oyeah!! final year sudah hampir!!

Posto-posto!!! alamak aii. Surat cinta dari pusat pengajian sudah sampai.Ini bermakna SEM 7 hampir tiba..

Yeay!!

Seronoknye.. Aku memang bersemangat nih nak masuk sem ni. Yela, aku kan pelajar berdedikasi yang sukakan belajar.. (konon je.. hihi)


Tapi.. ada masalah besar la pulak. Yang menjadi masalahnye sekarang ni, aku terpaksa pilih subjek. Aduyaii.. kalau nak tau jom baca surat cinta dari PPK aku ni..



………………………………………………………………………………….......................................

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagi pendaftaran kursus secara online bermula 22 Jun 2010, berikut adalah subjek-subjek yang perlu di daftar bagi pelajar-pelajar Tahun 4 Program Kejuruteraan Alam Sekitar:


1 Kursus : EAT444 PROJEK TAHUN AKHIR Unit: 6


2.Kursus : EAT404 ENVIRONMENTAL PROCESS CONTROL AND INSTRUMENTATION Unit: 4


3.Kursus : EAT401 INFORMATIK SEKITARAN atau EAT402 PERSEKITARAN BINAAN** Unit: 4


4.Kursus : EAT405 REMEDIASI SEKITARAN** atau EQT373 STATISTIK UNTUK JURUTERA** Unit: 4


5.Kursus : EAT407 REKABENTUK KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR I Unit: 4


Jum. Kredit : 22


NOTE : ** elektif (pilih salah satu)
Mohon semua pelajar Tahun 4 Program Kejuruteraan Alam Sekitar ambil perhatian dan tindakan.
Sekian, terima kasih.

…………………………………………………………………………………..................................



Nampaknya aku kena pilih betul-betul. Dah la semakin susah je. Kawan-kawan pun asyik tanya dah buat pilihan ke belum. Aduii… macam mana ni??


Aku pun merajinkan diri yang malas ni untuk bertanya pada yang lebih pakar. Siapa lagi kalau bukan senior-senior.


Untuk kursus ke 3:

Aku dah pilih persekitaran binaan. hoho. Sebab macam best je. kiki… Bukan-bukan. Bukan sebab macam best. Tapi sebab informatik tu subjek baru, kata senior. Diorang pun tak tau nak bagi nasihat apa pasal subjek tu. Subjek binaan tu pulak dekan yang ajar. Hoho takottnye… maka bertabah lah.. (macam la tak pernah ada kelas dengan dekan.. hihihi)


Untuk kursus ke 4:

Menurut senior aku, kalau minat matematik, ambik la statistik. Kalau suka membaca ambik la remediasi. Tapi masalahnya dua-dua aku tak suka. Aku suka tido je. kikiki. hmm.. Kompius2 nak pilih apa. Yela.. aku ni dah la susah nak menghafal. Kalau mengira pulak aku ni selalu sangat cuai. Sebab tu tak power math. hahaha alasan!


Pastu.. tengah pening-pening lalat nak pilih subjek, lecturer hantar lagi satu notis kena tambah subjek.


Kursus : EAT 231- Thermodynamics Unit : 3


Omak aii… ni bukan subjek tahun dua ke? tapi aku tak pernah pulak tengok kod 23. Seingat aku dulu semua 20 je. Ni budak building punye subjek ke apa nih? alamakkk!!! kimia lak tu.. last belajar kimia2 ni masa tahun 2 lau tak silap. Ni nak belajar balik. Lomah gomalai tulang-tulang dan urat sondi den..


Giler terkezut aku. Dah la 22 jam kredit semuanya. Tambah lagi 3 dah jadi 25. Setahu aku maksimum boleh ambik 22 jam je. Tapi rupa2nya yang FYP tak dikira lagi. FYP hanya akan dikira masa final sem. fuhhh lega…


Sekarang masa untuk perah otak pilih lagi satu subjek. Statistik atau remediasi…


hmmmm…

errrrmm...

aaaaaaa...


Nanti la pikir. Jom main game dulu!!! hehe

11 comments:

  1. ehem!!! buatlah keputusan yang terbaik ae! jangan salah! (=
    anyway. gud luck for u frends! blajar elok2..

    ReplyDelete
  2. ehehe.. TQ.. insyaAllah akn cb bt pilihan yg tpt nnt..

    ReplyDelete
  3. haha! welkem! jgn buat silap. penting ni last sem . hehe . wah. sy dah mcam ur lectre plak. haha. anyway. gud luck okey! best tol lagu kat blog nie..

    ReplyDelete
  4. owh, boley pilih subjek yea.. pilih la yang terbaik yea.. banyak jugak jam kedit yang dikira untuk 1 subjek yea.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. hahaha.. aizi. ad lg 1 sem.. yg ni sem 7.. ad lg sem 8.. huhu.. tp yg tu nnt pun kna bt pilihan jgk..

    a'aa la.. da mcm lecturer.. lecturer yg comei.. kikiki

    best ke lg tu.. rajin2 la dtg.. haha

    ReplyDelete
  6. niena: tQ ye.. yup.. final yr ni jam krdt tinggi.. x mcm ms 1st yr.. dlu subjek byk tp jam krdt skit.. skrg subjek sket jam krdt plak tggi..

    ReplyDelete
  7. salam kenal dik....
    buat keputusan dengan teliti...tanya pada org yg lebih pengalaman mereka pasti ader jawapannyer...gud luck yer...semoga hari2 bergelar pelajar akan sentiasa ceria n gembira....

    ReplyDelete
  8. apa??? statistik???? ni le subjek yg aku phobia sgt... mmg dia mcm math.. tp kena paham betul2.. tgk rumus pun dah ngantuk dah.. wakakaka..

    ReplyDelete
  9. ieyza: slm knl jgk.. tQ kak.. hihi jd student mmg best.. rs xmo msk drjah 1 blk.. hahaha

    suffian: hehe.. xske3.. klu ambik mmg tmbh biol.. tp cam x best lak sume subjek lain da byk membaca.. mgkin ptt ambil 1 math.. erkk tgolek2 la nnt nk blaja.. huhu

    ReplyDelete
  10. semoga berjaya hingga ke akhirnya kawan...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)