Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Tuesday, August 31, 2010

Erti Merdeka




"Tangkal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh... "

Bukan tangkal la wei.. Tanggal. Tangkal nak wat pe... Haha.. Kelakar betul budak-budak ni menyanyi lagu merdeka yang paling popular aku rasa. Kalau menyanyi lagu pun dah tak betul apatah lagi nak memahami apa erti merdeka kan?

22 tahun sudah aku sambut merdeka.. Tapi sampai sekarang aku tak paham lansung apa makna merdeka. Bebas dari penjajahan? Tak kisah la orang cakap bebas dari segi maksud penjajahan tanah air atau gaya hidup jajahan barat. Aku lansung tak memahami. Adakah kerana aku ni lansung tak mengambil berat pasal dunia sekarang, pasal hidup aku atau lansung tak memikirkan pasal bangsa aku? Aku sendiri tak tahu..

"Eleh. macam la orang lain ambik berat sangat pasal negara, bangsa atau masa depan kite kan?"

Kadang-kadang, kata hati aku sangat jahat memikirkan begitu.. tapi adakah lagi orang di luar yang sebaya aku masih begitu ambik berat pasal merdeka? Ada sesiapa yang peduli pasal hidup kite? Bangsa kite? Aku rasa takde atau satu dalam seribu..

Apa yang aku sedar dan nampak. Setiap kali menjelang merdeka, berduyun-duyun orang pergi sambut merdeka. Berkumpul laungkan kalimah "merdeka! merdeka! " tapi diorang betul-betul tahu apa makna merdeka atau sama je macam aku.. Waktu malam pulak sibuk nak pergi tengok bunga api. Untuk meraikan merdeka setiap tahun, walhal tiap-tiap tahun dah tengok bunga api tu.. Lepas tu masing-masing buat-buat kagum macam tak pernah tengok. Acara yang aku rasa tak pernah berubah dari dulu. Sebelum upacara bunga api, tengok konsert dulu.. menyanyi lagu patriotik, tapi pakaian macam artis barat. Itukah makna merdeka?

Kalau orang-orang tua dahulu mungkin berbeza erti merdeka dengan kite sekarang. Sebab mereka dah merasa hidup dalam kongkongan. Dan mereka mulakan perjuangan mereka untuk dapatkan kebebasan. Bebaskan diri dari kekejaman penjajah. Itu erti merdeka bagi mereka. Tapi macam mana pulak dengan kite?

Sampai sekarang, aku masih belum paham erti merdeka yang sebenar.. Masih mencari untuk memahami maksud dan perasaan merdeka itu sendiri. Kalaulah ada yang mampu sedarkan aku dan ajarilah aku apa itu erti merdeka.. aku juga tak mahu jadi manusia yang rugi.. Sehingga seumur hidup tak pernah memahami erti merdeka...

2 comments:

  1. hehe..susah org zaman kita nak hayati makna merdeka ...bagi sis selagi masalah sosial yang sudah tahp melampau tak berenti its mean minda kita masih di takuk kolot..dan kita masih jauh lagi...selagi kita tidak hayati makna kita hidp sebagai orang islam dengan sebaik mungkin selagi itulah kita tak kan dapat lahirkan cinta terhadap tempat kita bernaung..menghayati islam dengan sebaik mungkin dapat menerbitkan jiwa kita menghayati prinsip2 islam..kerana islam adalah syumul yakni keseluruhan..sempurna segalanya..termsuklah mencintai negara yang kita duduki...thats all..sori..tapanjang plak bebel..sharing is caring rite..sekdar bebel je ek..hehe...salam alaik

    ReplyDelete
  2. thanks 4 comment. 1st time la BH dgr erti merdeka dari sudut Islam. ap2 pun BH bsetuju je dgn pndngan sis. Cuma apa matlamat atau kunci utama dlm erti merdeka itu je blum btl2 phm. mgkin sesetengah org rs merdeka tu bebas dr cra hidup barat.. tp mampu ke nk bt semua tu sbb rsnye klu nk bebas dr cari hidup barat keseluruhannye kte x mampu bt.. brpa rmi ank muda kte yg nk dgr ckp sgt kan? atau mgkin ada yg tafsirkan erti merdeka dari sudut kte mampu mencintai agama Islam tnpa ada sbrng tntangan atau perubahan dlm cr hdup islam. atau mgkin ada yg tafsirkan merdeka sbgi penghapusan mslh sosial ke thp sifar. terlalu byk tafsiran tp yg mn 1 lbh tepat, itu yg nk tau.. klu kte tau erti merdeka pun blum tntu kte blh rs perasaan merdeka tu kan..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)