Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Wednesday, November 3, 2010

Lautan Air di Perlis

2 Nov 2010Justify Full
Hari in telah masuk hari kedua bumi perlis ini dilanda banjir. Walaupun hujan sudah berhenti sejak semalam, masih belum ada tanda-tanda yang air bakal surut. Semalam, aku bersiap awal pagi untuk ke kelas. Mengenangkan tanah yang sudah dibakar dan sample BOD (biochemical oxygen demand) yang perlu dianalisis, aku gagahkan juga. Sampai je di tempat tunggu bas, aku lihat puluhan pelajar berjaket sedang menunggu bas. Ada juga yang bersiap sedia dengan beg besar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.. Ehmm seronoknye dapat balik, bisik hatiku. Study week dah bermula. Jadi ramai yang lebih memilih untuk study di rumah daripada tinggal di sini. Dan sememangnya itu pilihan yang tepat untuk keadaan sekarang.

“Dik. Bas tak boleh pi Kubang. Jalan tutup. Ayaq(air) naik. “ beritahu abang yang menjaga jadual bas.

“Macam mana ni kak? Sape nak tolong tutupkan oven tu? “ aku risau memandangkan mungkin tiada sesiapa yang akan ke sana.

Pantas Kak Hani menghubungi salah seorang PLV(jurutera pengajar) kami. Malangnya dia juga terperangkap di rumahnya kerana banjir. Aku menghubungi seorang lagi PLV perempuan. Mujur dia masih berada di makmal. Satu masalah dah selesai. Sample BOD macam mana pula? Hmm nampaknya terpaksa dibiarkan rosak. Masuk ni dah dua kali sample aku rosak. Haduiii…

Kami mengambil keputusan untuk ke pekan Kangar. Takut pulak tak sempat beli tiket kalau banjir lambat surut. Kami pergi tapi bas terpaksa lalu jalan jauh melalui Kuala Perlis. Habis pusing satu Perlis baru nak sampai Kangar agaknya. Sedangkan kolej kediaman kami ni terletak di Kangar je. Cuma jauh terperuk dekat hutan. Berkawan la kami dengan segala binatang, monyet dan kaum kerabat beliau.

Aku lihat air sudah mula naik di sepanjang kiri kanan jalan. Habis rumah-rumah tenggelam. Kanak-kanak seronok bermain air. Ada juga orang kampung yang bersampan untuk berpindah ke tempat lain. Kasihan. Hanya itu saja yang mampu keluar dari mulutku. Sempat jugak ku ambil beberapa gambar mereka.

Rumah dah tenggelam dek air tapi jalan masih selamat..



Sebahagian rumah penduduk yang ditenggelami air


Mereka terpaksa bersampan untuk keluar dari rumah.



Sampai di Kangar. Air sudah mula naik. Tapi tidak seteruk di kawasan aku. Perkara pertama. Isi perut dulu. Kelaparan dari pagi dan kebetulan aku belum jamah nasi dari kelmarin. Memang terkejut sebab aku boleh habiskan sekeping roti telur dan sekeping roti planta. Lapar sangat la tu. Selalunya sepinggan roti telur tu mesti tak habis. Lepas mengisi perut kami bergegas membeli tiket. Banyak kaunter yang tutup akibat banjir. Mujur tempat tiket aku masih buka. Satu kejadian menarik perhatian aku bila seorang junior aku sikap kurang ajar dengan akak yang jaga kaunter tu. Marah kerana tertinggal bas. Pada pandangan aku, itu bukan salah kakak tu. Dia yang nak naik bas, sepatutnya dia bertanggungjawab sendiri. Terkejut aku bila budak perempuan tu mengeluarkan perkataan kesat dan memaki akak kaunter sambil menumbuk meja kaunter. Isyy kurang ajarnnye. Aku mengetap gigi. Malu nak mengaku junior. Mahu aje aku maki budak tu balik tapi ku tahan. Malas masuk campur. Mujur akak tu melawan balik. Kalau akak tu senyap memang aku maki budak junior tu. Geram tengok orang kurang ajar macam tu. Buat malu je. Belajar tinggi tapi adab takde. Selesai beli tiket aku teman akak-akak tadi beli stok makanan. Mana tahu banjir lambat surut. Tapi entah kenapa aku tak tergerak hati nak membeli sebab aku sangkakan banjir ni tak lama. Sempat jugak bertemu teman-teman lain yang tak jadi pergi ke kelas. Sudahnya masing-masing membawa diri ke Kangar.

Waktu ni banjir belum teruk di bandar Kangar. (saat entry ini ditulis. Bandar Kangar sudah ditutup dan perjalanan bas hanya naik dan turun di Kuala Perlis)





3 Nov 2010

Ayah call lagi bertanyakan keadaan aku di sini. Mulai malam tadi, tiada sesiapa pun yang boleh keluar selepas air mula naik. Bas juga sudah tidak bergerak pagi ni. Awal-awal pagi aku masej Yana bagitahu yang Test aku bermula jam 10 pagi. Aku minta Yana tolong hantarkan ke pejabat lecturer sebab hanya aku seorang yang tak pergi test kelmarin. Yana ajak aku keluar dulu tengok jalan macam mana. Bimbang air belum surut. Lepas mandi, aku terus bersiap-siap. Aku membonceng motosikal Yana sambil tengok keadaan banjir. Memang menakutkan bila tengok keadaan air sawah dah sama tinggi dengan air atas jalan. Silap-silap boleh tak Nampak mana satu jalan mana satu bendang. Sampai tengah jalan air makin dalam. Yana pulak bersemangat nak jalan sampai ke simpang masuk Wang Ulu (kolej kediaman kami).. Makin lama makin jauh. Aku pun rasa seronok bila tengok ramai orang keluar jalan-jalan. Dah macam pesta. Ada jugak pakcik yang menjalan ikan tengah jalan. Haha.. ada ikan ke? Fikirku. Tapi baru beberapa langkah berjalan, ikan-ikan berenang melalui kakiku. Tak sempat pulak nak snap gambar. Waktu tu, motosikal Yana dah mati enjin. Mungkin banyak air masuk. Kami berjalan sambil tolak moto. Ramai jugak yang ambil gambar dalam banjir. Aku pantas mengeluarkan telefon bimbit aku. Snap gambar Yana dan gambar aku. Err test macam mana?? Cepat-cepat bagitahu lecturer mintak untuk tundakan test. Sebab amaran dikeluarkan. Pelajar tak dibenarkan bawa kenderaan sendiri keluar dari kawasan Kolej. Memang kalau keluar jugak alamat terperangkap tengah jalan.


Boleh pulak tersenyum tengah banjir kan? Yang kat sebelah aku tu sebenarnya sawah. Kalau air laju memang tak perasan mana satu jalan raya mana satu sawah. Silap2 boleh accident masuk dalam sawah tu.



(banyak gambar ter'delate' dan aku tak berani nak ambil gambar jauh-jauh sebab air makin dalam dan laju. Masa ni moto Yana dah mati enjin. Kesiaaannn)

Balik ke Wang Ulu.. Kami bersiap untuk main badminton. Dah lama aku tak exercise. Bukan senang aku nak keluar awal-awal macam ni. Kalau keluar awal pun hanya nak ke kelas. Hari cuti pun banyak habiskan masa di rumah. Malas nak turun naik tangga ke tingkat 4. Masa main tu aku tengok ada ramai budak-budak dan nampak pakcik dan makcik naik blok. Pelik. Takkan ada ibu bapa melawat waktu banjir macam ni. Rupa-rupanya mereka penduduk sekitar tempat ni yang menumpang di blok-blok kolej kediaman ni. Menjerit-jerit budak-budak tu melihat kami main badminton. Ada penyokong rupanya. Haha.. Lepas aku dan Yana duduk-duduk di gym.. terdengar pengumuman bagitahu bekalan air akan terputus sebab tangki utama pecah. Bergegas kami balik ke rumah untuk tadah air. Mujur sempat. Aku bagitahu housemate suruh beli makanan cepat sebab tak ada orang yang akan keluar. Makanan mungkin terhad. Ketuk pintu bilik Dzu dan Huda.. Laaa tak bangun lagi budak ni. Kejutkan budak yang belum bangun tu. Mesti tengok drama korea sampai ke pagi. Isy3.. apa nak jadi dengan anak dara ni.. Ckin dengan Amy awal-awal pagi dah bangun buat senamrobik. Aku malas join sebab ada agenda nak main banjir tadi.

Kafeteria blok lelaki sudah dipenuhi orang. Ckin masih di blok mengisi air. Aku beratur ambil turn untuk bayar. Amy dan Huda sibuk mengisi nasi dan Dzu pulak bertugas mengambil lauk. Memang kami sangat bekerjasama kalau menyentuh bab-bab makan ni. Hehe.. Sementara tunggu aku bayar, Huda dengan Amy pergi koperasi beli maggi. Nak tambah stok makanan. Koperasi pun penuh. Memang makanan semakin terhad.

Awal pagi tadi aku lihat pelajar yang nak pulang ke kampung terpaksa menaiki lori untuk dihantar ke pekan. Berulangkali wakil MPKK buat pengumuman bagitahu sesiapa yang nak pulang perlu mendaftar di pejabat untuk dihantar ke Kuala Perlis. Nampaknya stesen bas di Kangar juga sudah dinaiki air. Aku semakin risau bila bekalan elektrik juga akan terputus petang ini. Wah.. ini dah macam combo. Makanan tak ada, elektrik dan air diputuskan. Internet awal-awal lagi memang dah tak ada. Hujan pula turun balik. Jadi bila la banjir ni nak surut agaknye. Duit dalam tangan semakin berkurang. Mesin atm dah tak berfungsi lagi. Aduhhh.. cobaannnn…

Ayah call lagi. Aku tak berniat buat ayah risau. Keadaan di sini sebenarnya tak seteruk mana. Kami masih boleh makan. Tapi tak boleh nak buat apa-apa. Jadi nak buat apa ye? Mungkin kami patut study je. Huhu.. Betul la.. Exam pun dah dekat. Nak keluar tak boleh, nak online tak boleh.. Yang boleh sekarang study je.. Jadi. Apa lagi. Study la kawan-kawan! Ayah pesan jangan main air. Heheh.. maaf ayah... Angah dah pergi main tadi. Ayah pesan lambat sangat. Hehe.. Ok.. lenguh jugak menaip. Cukup la laporan setakat ni. Laporan mengenai banjir ni akan disambung petang atau malam nanti. Tu pun kalau masih ada elektrik..


P/s: Aku tulis entry ni masa tengah kebosanan tadi dan saat aku post entry ni, elektrik dan internet sudah ada. Tapi aku masih kelaparan. huuu.. dan kenapa ye aku rasa macam tengah buat karangan bertajuk "Pengalaman yang tak dapat dilupakan".. macam budak-budak sekolah rendah pulak dengan ayat skemanye semua ada.. hihi.. Sekarang kepalaku dah mula sakit dan rasa nak demam.. ni la akibatnye main hujan.. adoiii


"Syukur.. walau banyak dugaan-Mu, Engkau masih mengasihani kami.. keadaan sekarang tak la seteruk bencana alam di tempat lain.. syukur Ya Allah atas sifat pengasihmu.."

4 comments:

  1. ingatkan kat kedah je banjir perlis pun banjir jgk ke?

    ReplyDelete
  2. yup.. rsnye perlis kna dlu kot.. dr hr sel lps lg..

    ReplyDelete
  3. wah bestnye banjir!!!

    tok esah suka blog wani!!!!

    http://taq6889.blogspot.com/2010/11/tok-suka-blog-kamu-lah.html

    ReplyDelete
  4. hallo teman,

    saya mau minta tolong nich... Boleh nggak..???
    Begini...saya kan sekarang sedang mengikuti sebuah kompetisi blog.
    Nah, saya butuh support dari teman agar bisa menang,
    untuk memberikan komentar pada artikel saya di :
    http://rifkifauzi.blogdetik.com/index.php/2010/11/dari-internet-sehat-jadi-hebat-dari-dunia-maya-jadi-nyata/

    TERIMA KASIH BANYAK

    salam teman blog,
    Rifki Fauzi
    (weowe.blogspot.com)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)