Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Tuesday, January 25, 2011

TAG@ Segmen Dari hati Ke Hati:10 Perkara Paling Best Masa Sekolah Rendah

Morning Semua!! eh morning ke. Matahari pun dah nak terpacak ni.. hihihi.. Sebenarnya tadi tengah kusyuk buat logbook FYP.. tiba2 teringat kat tag ni.. dan2 tutup logbook buka WLW.. hahah teruknye sayerrr…

Tag ni dari Haiqal.. TQ sebab tag menda ni.. tiba2 rasa rindu kat zaman sekolah rendah dulu.. huhu jom check 10 perkara yang cik BH rasa paling best masa sekolah rendah.

1. Masa sekolah rendah dulu selalu ada cikgu praktikal. Yang best tu kalau cikgu praktikal masuk selalu dapat main game. Kadang2 main lagu goreng pisang. tak pernah dengar ke? Ala yang satu group nyanyi then satu group plak sambung perkataan last yang group sebelumnya sebut.. huhu rindu tau nak main macam tu lagi!!! (awak tu da besau la cik Wani)

2. Best kena denda. Rindu plak nak kena berdiri atas kerusi.. (Dulu bukan main malu kalau kena berdiri atas kerusi. Sekarang rindu. Mereng tul minah ni).. kalau tak kena berdiri pun mesti kena lari pusing padang… Kenapa eh kat u ni lecturer taknak buat camtu??!!!

3. Bila cikgu masuk kelas, ketua akan bagi salam dan kita ikut ramai2… intonansi tu penting… cuba korang buat dalam klas. Kompem2 ade orang ikut.. hahaha… aku dah terkena. Bila sorang bagi salam macam masa sekolah dulu, otometik mulut aku pun gatal nak ikut. ngeh3… kenangan tu….


4. Suka main time rehat. Hahaha… kalau budak laki suka main kejar2 la. Aku kadang2 join jugak budak laki main kejar2… Ape nak malu? Nama pun budak2 kan… hihi

5. Nasik lemak murah giler. 3 kupang je.. sedap lak tu… kalau blanje sehari seringgit pun dah kenyang giler kot.

6. RMT (rancangan makanan tambahan ke ape tah name dia..) Aku tak dapat RMT ni.. tapi kalau ada budak yang dapat RMT ni tak datang, cikgu panggil je sapa2 suruh ganti makan. Wakaka… aku memang suka makan free ni. Dah la free, sedap plak tu.. siap dapat buah ngan air kotak lagi… huuu time budak2 dulu rasa best sangat kot… ngeh3….


7. Selalu dapat susu kotak percuma. Hahaha… dulu aku selalu kena tipu ngan kawan. Ada yang cakap klu bukak tepi kotak tu ada tanda + ape tah maknanya susu tu dah basi.. giler penipu.. geram tul aku bile dah besar ni ingat balik. Yang aku ni ye2 je percaya. Ceh!


8. Haaa.. aku paling takut kalau misi datang check gigi ngan kna cucuk. Tapi aku tak penah lagi nangis. Duk tengok kawan2 melalak2 je.. kalakar2.. hahaha padahal aku takut tengok orang tampal gigi. Nasib baik tak pernah kena.. gigi elok kot. wakaka


9. Ermm… ape lagi eh. Haaa… dulu selalu ada sesi gosok gigi ramai2 kat padang.. mula2 dapat berus gigi free ngan cawan isi air sorang satu.. pastu misi tu bawak gigi palsu yang BESAR tu ajar macam mana gosok gigi… hihi kelakar ingat time tu.. aku bukan gosok gigi sangat pun.. tertarik kat gigi palsu yang besar tu je… ngahahaha

10. Lasttt… aku suka hari sukan masa sekolah rendah.. main sukaneka n macam2 lagi… dapat hamper pun dah seronok sangat.. wuaa rindu semua tu…

Tu je la yang aku ingat.. aku ni, memori memang lemah sket.. tapi aku tak pernah lupa cikgu2 aku masa sekolah rendah dulu.. ni aku selitkan gambar aku masa sekolah dulu.. ni masa hari anugerah kot..

Kalau terer teka la aku yang mana satu.. hihihi

Korang kena buat 10 Perkara Paling Best Masa Sekolah Rendah di blog korang.
Tag sebanyak 2 orang.Kalau lebih pun tak apa.
Selepas buat,letak link entri korang dalam komen kat sini.

Sekarang aku nak tag orang la.. hihi
Cik Gadis
Tok Esah
Cik Dieda
Cik Alice


Kalau ada yang rasa berminat nak jawab tag ni.. dipersilakan.. hehe…

Wednesday, January 19, 2011

Maaf aku hanya untuk orang yang berhak.

Assalamualaikum...


Tadi aku terbaca satu blog tentang memaafkan..  ouch.. aku rasa pernah menulis tentang ini dulu.. tapi aku rasa sejak akhir2 ni keadaan hati aku sangat terseksa.. kasihan hati aku... sob3 … Kenapalah dalam dunia ni ada manusia yang TERLALU PENTINGKAN diri sendiri, terlalu gedik, tak pernah fikir perasaan orang lain dan yang paling aku menyampah manusia yang suka berlakon baik. Tolong la jangan menyesakkan hati aku lagi dengan benda2 yang buat hati aku jadi merana...


Selama 22 tahun 11 bulan dan 21 hari aku hidup atas muka bumi ni.. aku rasa hanya 2x tahap kesabaran aku benar2 duji hebat.. Macam mana aku dapat kesan? Aku dapat kesan yang kesabaran aku dah melangkaui tahap yang sepatutnya bila aku rasa badan aku menggeletar time aku marah. Betul... Dalam hidup aku, hanya 2x aku betul2 rasa macam tu bila aku marah. Aku akan ignore manusia itu seumur hidup aku dan seboleh2nya aku akan jauhkan diri dari orang tu..


Hati aku tak kuat untuk diuji lagi.. Kesabaran aku bukan seperti dulu lagi.. Hanya orang yang benar2 mengenali aku tahu bila masa aku benar2 marah atau aku marah2 manja.. Tanyalah adik2 aku, selembut mana aku.. Tanyalah kakak aku, benar2 garangkah aku? Tanyalah bestfriend aku dari sekolah dulu, adakah aku penyayang atau pentingkan diri sendiri? Kalau aku bukan penyayang aku takkan menangis bila aku marah adik2 aku.. Kalau aku pentingkan diri sendiri, aku takkan korbankan diri dan maruah aku demi pertahankan hak sahabat2 aku.. Kalau aku pemarah, aku takkan maafkan orang yang sakitkan hati aku berulang kali. Aku mungkin kasar, tapi aku bukan pemarah. Aku mungkin pemaaf, tapi maaf aku bukan untuk orang yang tak tahu menghargai perkataan maaf dan bukan untuk orang yang TERLALU PENTINGKAN diri sendiri..


Ingin aku tekankan di sini.. Aku sangat ANTI orang yang TERLALU PENTINGKAN diri sendiri.. Mungkin ada yang tak percaya. Tapi percayalah.. orang sebegini memang wujud disekeliling kamu!

Tuesday, January 11, 2011

Bye-Bye Thermo!!!

Ooohoooiii… Selesai sudah satu paper untuk final exam.. tapi tak boleh nak seronok sangat… masih ada dua lagi menanti.. Ni la paper yang baru habis tadi..

DSC03097

Alahaiii “senangnye”… senyum je aku time dapat paper tu… Crying face sampaikan masa kuar tadi aku rasa nak call hospital bahagia tolong amik aku… “tolong la amik aku!!! “

Arghhh!!! down giler! Tapi aku tak pandai nak tunjuk macam sesetengah orang. Menangis depan orang ramai.. Orang pun takkan simpati kat aku.. DIorang pun sibuk pikir pasal exam tadi. huhu… Lagipun aku tak pernah lagi menangis kalau tak dapat jawab exam. Nak marahkan sape? Sendiri yang jawab. Hadoiii…

TIba2 aku terasa macam nak kawin je. Wuaaa!!! Nak kawin. Kawin mesti tak susah macam jawab thermo tadi. Kalau aku bagitau kat mak macam ni, confirm2 dapat penampar. Gatai sangat da budak ni.. (bukan gatai. Ni mood orang down, yeke down? haha)

Harap2 aku tak perlu jumpa paper ni lagi next sem. Babai thermo!! Babai!!! Pegi jauh2 ye.. jangan jumpe lagi ye.. huhu

Sudah2!!! Ada lagi dua paper..  Hope paper kedua dan ketiga ni aku dapat jawab dengan baik.. Doakan aku ya!!

Thursday, January 6, 2011

Menimba ilmu atau dosa?

Ya Allah.. di awal kelas tadi aku rasa adalah kelas yang paling membosankan dalam sejarah hidup aku. Kelas Mr Ahmad Bakhtiar pun x bosan macam tu.. kurang2 Mr Ahmad Bakhtiar ada jugak usik2 aku.. lukis2 gambar boipren wanna be aku kat papan putih.. malu pun takpa. At least aku tak jad bengong sangat cam tadi. (hoi2.. bahasa tu tapis sikit)


15 minit pertama, dia duk mengarut pasal CO (course outcome), PO (program outcome).. menatang yang aku dah dengar dari 1st year sampai la topup course ritu.. tapi aku lagi rasa bertambah bengong sebab aku sendiri pun tak tahu ada berapa PO course aku.. Then dia duk berleter sebab student tak tahu itu ini.. Then compare dengan student oversea. Gila meroyan apa orang tua ni? (getus ati aku).. agak2 ar.. takkan la nak compare ngan student oversea. Sedih ati waa… sayu dengornye.. ---agak2 time ni aku dapat ilmu ke dosa sebab mengumpat dia dalam hati?Thinking smile


30 minit kemudian.. Tengok kerusi line kiri yang tadinya penuh, terus kosong.. mak aiii mamat2 line sebelah ni menguji keimanan betul.. boleh diorang blah camtu je.. aku nak blah jugak!. Kendian nampak sorang2 student bangun dan blah.. agak2 korang kalau situasi camtu, best ke tak kelas tu.. aku tak boleh nak kutuk lebih2… (mula2 je kutuk sebab dia tu berlagak giler.. drop kitorang kaw2) tapi lepas dia cakap dia lecturer fakulti alam (sejak bile U aku ni pakai sistem fakulti tah) , terus aku senyap… malu kotttt…. kos aku tu.. baik senyap sebelum budak2 kos lain membahan kitorang plak… huhu… ---mungkin dosa ke-2 aku timba ari ni. Crying face


Sejam tiga puluh minit kemudian. Line2 aku ni dah tak sabar nak sign attendance.. SIap nak cari gadoh ngan line sebelah sebab potong turn kitorang.. (macam budak2 … haha) Yang sebenarnya dah pasang niat nak cabut. Selepas jam ke-2 baru dapat sign rasanye.. Tapi bila dah sign tu cam malas plak nak cabut… (konon je..) ..Paling sakit hati tu.. dah habis kelas. Dia boleh cakap, siapa yang tak sign untuk minggu 1st ni kira dimaafkan.. Steaming madkalau aku tau, xperlu la aku berlari-lari dalam hujan tadi semata-mata nak pergi kelas ni.. (dapat dosa lagi berperasaan macam ni)


Lepas habis kelas.. aku fikir.. apa ilmu aku dapat tadi? ke aku kumpul dosa je hari ni.. adoiii…astaghfirullahalazim… insaf la cik Wani… baru je berazam nak jadi baik… isk3

Saya SUDAH BERPUNYA!!

(STICKY MODE ENTRY)

.:. assalamualaikum .:.

Selepas beberapa hari tak hapdate, baru la merasa tekan butang publish post ni… menci tol henternet kt Uni*** ni.. mujur la ada Encek CELCOM broadband ni (time line lembap dia jadi berukband).. Bile da dapat on9 ni baru la boleh settlekan segala hutang nih.. tag dari Cik Gadis

1455682apvfgvhztr Apakah status anda? (single, berpunya, berkahwin, bercerai) Ceritakan sedikit.

Mesti la dah berpunya.. sejak lahir lagi dah menjadi kepunyaan mami and dadi i .. (terus jd omputih you… ) sape berani kacau??

1455682apvfgvhztr[3]Ceritakan tentang diri anda.

Gadis comei ni bernama Nor Shazwani binti Ismail. Anak jati negeri Perak. Lahir pada 29 JANUARI 1988.. (sj nak highlight… sila bolatkn mata btl2 pada tarikh tersebut ye.. hihi).. lagi.. aku ni seorang yg kidal.. hobi aku sejak kecik… cakar2 gambar macam entry sebelum ni.. (penggunaan perkataan cakar lebih sesuai utk lukisan yg sangat tak kreatif berbanding penggunaan perkataan melukis).. emm lagi… pikir la sndiri.. Smile with tongue out

1455682apvfgvhztr[5]Ceritakan tentang blog anda.

Blog ni diberi nama Lagenda Budak Hitam. Bukan Lagenda Budak Setan ye… (setan2 tak dibenarkan berada di sini.. nyahh kau!!!).. dan nama Lagenda Budak Hitam ni diilhamkan daripada group Budak Hitam. Thanks to Zati aka Sutun yg mewujudkan Budak Hitam.

1455682apvfgvhztr[7]Apa pandangan anda tentang dunia blog?

No komen. aku ni tak pandai sangat nak komen2 ni.. komplen aku pandai la.. harharhar

1455682apvfgvhztr[9]Nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog?

Semoga berjaya di dunia blog dan berusaha memajukan blog anda demi memantapkan industri blog tanah air!.. jangan la jadi macam blog i ni yang “Hidup shy2 cat, mati nehi2!!” (ape aku merepek ni?)

1455682apvfgvhztr[11]Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda?

Blog aku ni totally pink.. Menyebabkan orang yang masuk pasti akan blah dengan segera dan kendian muntah2 meluat.. blog korang ade? hihi

1455682apvfgvhztr[13]Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Sampai ke akhir hayat.. pastu aku nak wasiatkan kat anak, cucu, cicit, piot.. sampai la keturunan2 seterusnya.. kire blog aku ni akan jadi warisan la.. agak2nye sampai keturunan ke berapa la baru blog aku nak jadi macam blog Hanis Zalikha ngan Ben Ashaari tu ek?

OK..

Next!!

Next question!!

Next!!!

da abess rupanya…. heheheh… Lepas jawab soklan kena tag orang. kalau aku malas boleh x?? takpe la.. aku tag la 2-3 ratus orang.. bukan susah pun… hihi

Dengan ini… dengan segala hormatnya sya nak tag

Cik Alice x 100

Cik Sizuka x 100

Mr. PKH x 100

Tok Esah x 100

Cik Dieda x 100

Mr Lemi x 100

haaa…. bukan setakat 2-3 ratus.. 5-6 ratus haku bagi kau nokk.. cukup x? tak cukup aku tambah lagi… hihi.. kalau ade yg rasa teringin nak buat. hamek la. kot2 la terlebey rajin.. heee

Wednesday, January 5, 2011

Tragedi New Year

Dalam orang duk sibuk pegi tengok bunga api time new year.. aku ngan Mr.K (bkn dato' K) plak pegi tengok cite Gulliver's Travels... cite 3D yg buat aku gelak terbahak2 (blum sampai tahap tak hengat dunia).. Memang best arr sebab tak ramai orang, so tak payah berebut beli tiket. Sume orang sibuk nak count down new year agaknye =.=
TQ Mr.K, sbb bawak pg tgk wayang.. hehe



Time ni aku bosan pasal semua plan tak menjadi.. terpaksa la aku meng-happy-kan diri sendri.. nak makan kfc tak menjadi, nak tengok wayang cancel.. argghh!!! boleh tak aku nak paku kepale orang yang cancel plan nak tengok wayang tu??!!!



Buang tebiat ke ape tah. Duk berkaraoke sorang2.. Sedih takde orang nak melayan la tu.. huhu.. Saat ini aku berharap, "someone, tolong la bawa daku pergi ke mana2!!!"



Hari terakhir cuti sebelum masuk sem baru. Alamak! terlupe buat assignment Encek Umar.. dan... report FYP-kuuu... T__T... ni la akibatnye kalau enjoy dulu sebelum siapkan keje. huhu


Corat-coret CikBH : Ntah buang tebiat ape aku melukis menatang ni sume.. lukisan da macam cakar kambing (sila betulkan simpulan bahasa kalau salah. hihi).. “wei!! lukisan dak tadika lagi lawa daa..”

p/s: -baru dpt post entry ni sbb internet da macam moyang kura2 T_T...
-eh! macam mana aku boleh post entry time ni eh??(pura2 terkejut) owhh... aku ponteng kelas rupenye.. hihihi