Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Friday, February 25, 2011

Al Kisah Lelaki dan Dot Dot Dot

Petang tu disebabkan terlalu kebosanan dek internet yang tiba2 down, aku pun pegi la ambik angin kat luar.. Selain tu nak “cuci mata” la kata orang. hihihi… duk tengok budak2(budak ke?) main bola kat padang sambil makan snickers.. dengan angin bertiup sepoi2 bahasa.. perghhh memang layan ar…


Aku sebenarnye tak minat pun tengok bola. Tapi tiba2 aku rasa tertarik nak tengok. Aku terpikir jugak. Selalu orang main bola 22 orang je dalam satu padang (eh btul ke? hentam sajalah!) Tapi aku tengok kat tempat aku ni diorang bantai sampai dekat 50 orang main. Bukan kat sini je, da banyak kali kot aku tengok. Yang aku musykil tu, bile main ramai2 camtu.. bleh dapat sepak bola ke? aku rase macam percentage bola tu nak sampai kat kaki macam tipis je dengan semua duk pakat kejar bola. (tapi kalau betul2 kaki bangku memang takkan dapat la kan) Pastu aku kagum tengok pakcik2 yang dah berusia pun masih lagi main bola dengan budak2 tu.. masih kuat. Aku yang muda ni, bersenam atas katil je.. Buat kuak lentang a.k.a tido… hak3… (patut la badan mcm……. hmmm x mampu nak taip.. kikiki) ..


Lagi satu.. aku penah la tanye adk aku sebab de pun selalu gak main bola camtu. Biase la budak asrama kan.. Adk aku cakap, diorang bukan kenal pun sape2 yg main tu.. tapi main belasah je. Asal boleh sepak bola sudah. Kalau dah tak kenal, macam mana nak tau mana satu team diorang eh?hmmm… Tapi aku nak kagum jugak la. Sebab aku rasa la kalau pompuan, kompem taknak main kalau tak kenal. Pi la suruh budak pompuan join sape2 tengah main batu seremban ke, main lompat tali ke.. kompem diorang (diorang? aku?? ) akan jawab “ malas la. tak kenal”. Tapi lelaki ni pelik. Kenal tak kenal belakang kire. Bola yang no.1. Memang pun bola no.1, pompuan?? No.2 kot. hehe.. Aku penah la pegi lepak kedai mamak ngan sorang member aku ni.. Tibe2 elok plak fav team dia, Chelsea tengah main.. Aku punya la dok potpet2 bercerita, alih2 aku tengok mata dia dok layan tv je.. Penat je aku cakap sensorang. Dia tak dengar lansung aku cakap ape!! Hampeh tul!


Dah nama pun lelaki kan.. Aku rasa nak cari lelaki yang tak suka bola sepak ni, 1 dalam seribu kot.. Memang tak dapat dipisahkan.. Itu lah al kisah, lelaki dan dot dot dot… kikiki





Moral of the story: sebelum lepak kedai mamak, aku kna check dulu fav team member aku main ke tak. Bukan pe. Untuk mengelakkan dari diriku terabai lagi. Kui3.. Tak mampu nak pura2 macam suka bola sepak. hahahaha


P/s: Just nak share. Aku ada terbaca tentang hukum permainan bola sepak kat SINI ..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)