Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Friday, February 4, 2011

Masam Manis 29 Jan 2011...

Salam semua..

Lama gak tak menulis ni... sebenarnya dah lama janji dengan bestfriend aku si Amy tu nak tulis pasal novel yang dia bagi masa birthday aku.. tapi belum berkesempatan (mana nak sempat kalau keja dok download sinetron ngan layan tv je..) Novel yang Amy bagi ni memang dah lama aku nak sebab aku nampak ada budak baca dalam bas. Lepas tu aku pun tergedik2 nak baca.. Hahaha.. Pape pun thanks Amy sebab bagi novel tu.. Ko memang best! Lagi satu hadiah mashimaro tu pun aku suka jugak.. Sebab dia cute macam aku.. (muahahaha!).. N thanks kat Encek Amin untuk doll ladybird yang cute tu.. motip bagi ladybird tu aku tak tau la.. tapi tetap suka. Sebab cute macam aku jugak! Hahahaha!
Dari mereka2 yang selalu dihatiku... kedua2nya bestfriend aku.. :)

Nak cerita pasal birthday aku pun macam tak best je.. Yela dah besar2 ni mana ada orang nak ingat pun.. Kawan aku pun tak ingat birthday aku dan yang paling sedih, orang yang aku harapkan wish birthday aku pun just wish selepas empat hari birthday aku... sedih kan? Huhu.. Tapi, walaupun kawan2 aku tak ingat, diorang tetap celebrate.. tu pun lepas diberitau oleh encek Amin.. Aku tau dia selalu ingat birthday aku.. TQ kat Dzu, Nazmin, Fik, Grace and Tye yang join main baling2 tepung malam tu.. Sanggup aku kejar si Fik tu sebab nak bg dia kena tepung jugak.. Cuma si Tye terlepas dari kandang.. Aku akan ingat kenangan ni sampai bila2.. Simple but memorable bak kata Nazmin... Ye la ni tahun terakhir aku kat U.. Tahun akhir sambut dengan kawan2...
Setelah aku menjadi mangsa serangan tepung..

Berbalik pada cite novel.. Erm nak start camne eh.. Walaupun aku dah cerita kat Amy dalam fon ritu tapi aku tetap nak tulis. Coz aku rasa dia tak faham kot. Sampai sejam lebih aku berceloteh je.. Mesti pening kepala dia dengar aku cakap tak berenti.. Ni aku tulis lagi skali..

Salah satu sebab aku suka sangat novel ni adalah kerana (macam jawab soalan sastera je.. haha) perangai watak utama novel ni yang bernama Lia tu sebijik macam aku.. Hahaha.. memang banyak la yang sama..

1) Lia ni suka sangat minum kopi. Memang sama la! (Give me 5!!) aku memang peminat kopi dari dulu.. Sejak bile tu tak ingat. Tapi aku special sket.. Kalau orang lain tapis serbuk kopi. Aku pulak amik serbuk kopi n kunyah.. Sedap!!!

2) Lia ni malas mandi. Sama jugak macam aku. Hahaha.. Bukan malas sebenarnye. Jimat air. Hihi

3) Lia ni ada migrain yang kronik. Pun sama macam aku.. Aku ni dalam seminggu mesti 2-3 hari ada kna migrain...

4) Lia tak tetap pendirian. Pun sama macam aku.. Hmm yang ni tak tahu la nak komen macam mana.. Tapi yang aku tau susah aku nak ubah benda tu..

5) Suka tido.. Hihihi.. ni memang hobi aku.. Lia tu pun sama gak. Suka bangun lambat. Sebijik. Waaaa!! Apsal sume benda buruk ni?!!! iSyy!!

6) Haaa.. yang ni memang sebijik giler la.. Suka ngumpat orang dalam hati... Astaghfirullahalazim... huhu.. kalau aku tak suka sumting tu mesti aku akan membebel dalam hati.. macam Lia jugak.. (tapi pasni aku akan cuba ubah.. huhu...)


Semua benda buruk2 kan? Adehhh.. Yang ni plak apa yang aku suka pasal hero cerita ni.. Hihi.. sebab hero cerita ni memang sama dengan ciri2 lelaki yang aku suka..

1) Tegas. Emm.. Rasanya ciri2 ni macam umum sangat tapi ini la salah satu ciri yang aku suka..

2) Selalu nak menang. Atau dalam erti kata lain orang kena ikut cakap dia. Pelik aku suka orang macam ni.. Maybe sebab aku suka melawan cakap kot. Hihi

3) Kasar. Aku tak suka lelaki yang terlalu polite. Tapi tak la kasar sangat. yang penting dia boleh sesuaikan diri ikt keadaan macam Joe dalam cite ni. Nampak kasar.. tapi bila dengan budak2, dia la yang paling suka melayan...

4) Luaran nampak jahat tapi dalaman dia sangat romantik dan penyayang. Macam Joe ni la.. Orang cakap dia jahat la, playboy la.. tapi sebenarnya dia sangat setia..

5) Haaa yang ni memang sama sangat la ciri2 lelaki yang aku suka.. Dia jenis yang kalau nak luahkan sumting, melalui perbuatan bukan mulut. Tak kisah la samada melalui pandangan dia ke...

6) Selalu buat sesuatu yang orang tak faham. Haha.. pelik? Tapi sebab aku suka berfikir sebab2 seseorang buat sesuatu.. Mcm dalam novel ni, Joe tu suruh Lia bayarkan cincin untuk Joe yang harga 10 ribu sedangkan duit kenduri semua dia support. Nak kata takda duit, dia memang kaya nak mampus. Tapi tu la... apa yg dia buat tu ada maksud. Macam tu la yg aku suka...

7) Joe ni jenis kuat bkerja. Bukan jenis yg suka mengendeng kat perempuan je.. sebab aku ske laki macam ni.. emmm... nanti aku pikirkan. hihi


Dah.. cukup la tu.. kalau nak tau keseluruhan cerita yang best ni kena la beli novel die ni..
Sweet Sour... macam2 rasa pun ada..
.
.
.
.
.

Dan akhir sekali...

Wajah2 sahabat yang aku sayang...
dari kiri: Dzu, Aku, Nazmin, Amy and Amin


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)