Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Monday, February 28, 2011

Saat dia mula mencintai kamu..

1. Apabila dia pergi ke suatu tempat, dia akan segera menghantar masej kepada kamu dan bertanya lokasi kamu. Saat itu dia berharap kamu juga berada di situ dan dia berharap akan bertembung dengan kamu.. Ketika itu.. dia sudah mula menyukai kamu..

2. Jika kamu jauh daripadanya dan suatu hari kamu menyatakan hasrat yang kamu ingin ke tempatnya. Waktu itu dia sangat2 gembira dan berasa kecewa apabila kamu mebatalkan hasratmu kerana dia sangat2 merindui kamu..

3. Apa saja kemahuan kamu pasti akan dipenuhi walaupun kamu sekadar bergurau. Walau sesusah mana dia pasti akan penuhinya tanpa banyak bicara. Kerana ketika itu, hanya kamu di hatinya..

4. Jika kamu mempunyai ramai teman berlawanan jantina, dia akan berusaha untuk mengenali teman kamu kerana dia cemburu jika kamu terlalu rapat dengan temanmu itu.

5. Apabila kamu membuat sesuatu untuk dia walaupun hanya sekadar menyanyikan lagu harijadi, sudah cukup membuatkan dia tersenyum selama berbulan2.. Kerana baginya, mungkin itu kenangan atau hadiah terindah untuknya..

6. Apabila bersama kamu, dia sudah pandai merengek dan merajuk manja.. Kerana waktu itu hatinya sudah terpaut pada kamu..

7. Saat dia mula jatuh hati padamu, hatinya mudah tersentuh jika kamu seakan2 tidak mempedulikannya..

8. Apabila kamu tidak menghantar masej walaupun hanya satu hari, dia sudah mula berasa bimbang dan pasti akan bertanya mengapa kamu tidak menghantar masej pada hari itu.. Tanpa kamu sedari dia sentiasa menanti masej dari kamu sepanjang masa…

9. Apabila berbicara di telefon, dia akan berdiam diri apabila mendengar suara kamu kerana ketika itu dia sudah terpukau apabila mendengar suara kamu..

10. Saat dia mula mencintai kamu.. dia sentiasa menjaga percakapannya kerana tidak mahu menggores hatimu dengan tutur katanya…

11. Akhir sekali… saat dia benar2 mencintai kamu, kamu dapat merasakan amat sukar untuk dia meluahkan “I love u” walaupun dia melakukan segala2nya untuk menggembirakan kamu kerana dia berharap kamu merasainya sendiri tanpa dia perlu memberitahu kamu…

4 comments:

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)