Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour

Apa itu Earth Hour??

Mungkin ada yang biasa dengar tapi masih belum tahu apa itu erath hour.. Earth Hour sebenarnya adalah acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF bagi menangani masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh dunia supaya tidak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari sabtu terakhir bulan March.


Acara ini telah diilhamkan oleh WWF-australia pada tahun 2007, sebanyak 2.2 juta rumah serta premis perniagaan memadamkan penggunaan lampu selama satu jam. setahun kemudian, acara ini dianjurkan ke peringkat global dengan 50 bilion penduduk di 35 negara menyertai kempen ini. mercu2 tanda seperti Golden Gate Bridge di san fransisco, Colosseum di Rom serta Coca-cola Billboard di time square bergelap bagi menyokong kempen ini sebagai tanda keperihatinan terhadap pemanasan global.


Pada 28 March 2009- 8.30pm, Untuk pertama kalinya Malaysia, menyertai Kempen "Earth Hour" secara rasmi. Untuk kempen kali ini, sasaran seramai lebih dari satu juta penduduk di 1000 buah bandar seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menujukkan keperihatinan terhadap perubahan iklim (pemanasan global)..

Sambutan Earth Hour

Masuk kali ni.. dah 2 kali BH sambut acara ni kat universiti.. Sekali masa 2009 dengan tahun ni.. Masa awal2 dulu blurrr sungguh ape kebenda laa earth hour ni kan.. orang tutup lampu kita pun tutup.. Tapi sebagai student environmental engineering, BH ambil tahu jugak la untuk apa kita sambut. Sekurang2nya kita buat something yang walaupun kecil tapi jika seluruh dunia pun buat benda yang sama dan stop gunakan elektrik selama 1 jam itu dah cukup menunjukkan kita ni prihatin dengan masalah global.

Ok.. mungkin ada yang akan cakap, alah.. tutup lampu sejam. Bukannye boleh selamatkan dunia. Dunia dah rosak. Gempa bumi, tsunami tetap jadi… Aishh mentaliti orang2 yang macam ni la yang sebenarnya tak nak tolong bumi sendiri.. Mampukah anda nak tangani semua masalah global dalam dunia ni? Mampukah anda nak tangani segala pencemaran di bumi kita ni? Dengan tangan anda sendiri? Jika sekadar cakap belakang tanpa berbuat sesuatu.. Anda samalah seperti tin kosong yang diketuk.. Bunyi kuat tapi tak ada apa2… Jadi sekurang2nya.. berbuatlah sesuatu walaupun ia kecil.. tapi sebenarnya sangat tinggi nilainya…

Acara yang kitorang sambut tadi dimulakan dengan menyusun dan memasang lilin. Setiap pelajar yang datang diberi sebiji lilin dan kitorang disuruh beratur membentuk nombor 60… Walaupun sekarang kat Perlis ni musim hujan dan dengan padang berbecaknya tetapi tetap tak menggugat semangat kami (cewah)… Dah elok2 susun.. Angin kuat pulak.. Maklum la musim hujan.. Pasang2 liling asyik padam. Tapi seronok bila tengok masing2 berusaha nak selamatkan lilin masing2… dan walaupun tak kenal siapa yang join.. kitorang masih boleh berkongsi api… Mungkin salah satu benefit kat situ nampak semangat perpaduan (al maklum la.. UniMAP kan juara perpaduan.. Yeah!!!) Tapi akhirnya.. selepas countdown dan bacakan al-Fatihah untuk mangsa tsunami serta tayangan video earth hour.. Kitorang cuma dapat buat bentuk nombor 60 yang kecik.. kira OK la daripada tak da lansung… Apa2 pun tahniah kepada semua yang menyertai… Sebab tadi bukan student environment je ada, student bioprocess, material ngan metalurgi pun ada… tahniah semua!

Kat bawah ni ada gambar BH dengan kawan2 BH tadi…

DSC03170

Masa ni baru dapat api..

DSC03181

Nampak tak bentuk 60? Walaupun kecik sebab angin kuat tapi kitorang berusaha jugak.. Smile

DSC03183

BH with 60

DSC03187

“Abg Lie” yang support api untuk lilin kitorang.. heheh

DSC03186

BH dengan kawan2 BH yang join…


BH ada terbaca yang sambutan EH ni khurafat dan sebagainya. Tapi bagi BH yang belajar Environment, kami lakukan kerana kami menghargai usaha untuk menyelamatkan bumi.. tidak ada upacara pelik pun dalam sambutan ni. Kami nyalakan lilin bagi menggantikan elektrik. Masa tu BH sedar, betapa susahnya nak menjaga lilin tu daripada padam.. Dan begitu jugaklah susahnya nak protect bumi kita ni..




p/s: Kadang2 perkara yang kecil tu mampu buat kita sedar tentang sesuatu yang besar di sekeliling kita..

Friday, March 25, 2011

Marabahaya..

"hoi.. apa kau buat..
di sini budak...
tahu tak erti MARABAHAYA.."

Teringat pulak lagu yang dinyanyikan Aznil Nawawi dalam cerita Magika.. Antara lagu dalam movie yang paling BH suka.. BH sebenarnya terarik dengan perkataan marabahaya tu sebab ada kena mengena dengan entry kali ni..

Pejam celik pejam celik.. hanya tinggal lebih kurang sebulan lebih je lagi.. berdebar2 rasenye... ahah.. macam menunggu hari nak bernikah je.. padahal tengah nebes nak abes sem.. hihi. insyaAllah ini sem yang terakhir.. Dalam masa sebulan lebih ni.. macam2 benda boleh jadi.. yela.. dari awal sem lagi ada je terdengar kes2 kemalangan.. bukan setakat eksiden kat jalan raya, ada jugak yang eksiden kat kolam renang.. sampai BH sendiri pun fobia nak pegi kolam renang. hukhuk...

Start dari bulan satu, sorang classmate ekisden masa nak ambik exam topup couse.. kendian bulan lepas housemate BH pulak jatuh kat tepi kolam renang sampai patah lengan.. Seminggu lepas tu sorang lagi classmate BH eksiden moto.. yang ni patah gigi.. tapi moto lawa dia teruk jugak la... Baru tadi 2 orang lagi classmate BH eksiden.. Yang sorang patah tulang bahu.. Masuk ni dah 5 orang classmate BH eksiden.. huhu.. takutnye..

Harap2 pasni takde lagi la yang terlibat atau cuba melibatkan diri dengan kemalangan. (da name kemalangan.. mane ada orang sengaja nak kan? melainkan mat2 rempit di luar sana laaa...). Kadang2 kita ni berhati2 macam mana pun boleh jatuh.. jatuh katil pun boleh patah.. aiii marabahayaaa... tapi kata kawan BH tak payah tunggu jatuh.. duk diam2 pun boleh patah... (patah hati... hahaks)

Semoga tak ada lagi kes.. Doakan keselamatan bersama.. Sebulan lebih je lagiii.. Jangan kerana kemalangan pulak terpaksa repeat satu paper ni.. TIDAKKKK!!!


p/s: - Berhati-hatilah.. bahaya ada di mana2
-To student PPKAS 4th yr.. harap2 kita dapat grad sama2... Sayang korang semua!!





Monday, March 21, 2011

SIZUKA's First GiveAway :)

Ohooiii... dah lama BH tak join contest.. mungkin ini yang pertama untuk tahun ni.. sebab?? sebab apa BH tak join contest? Sebab BH sangat malas dan busy(konon je).. hihihi Tapi untuk kes ni, BH dengan penuh semangat dan keyakinan ingin men'join' contest aka SIZUKA's First GiveAway ni!

Nak tau kenapa BH semangat sangat nak join? Hehe.. tiga sebab yang nyata..

1) Sebab Cik Sizuka adalah pengkomen tegar Blog LBH dan blogger terawal yang BH kenal..
2) Sebab ini adalah contest pertama yang Cik Sizuka buat. (Support member k.. ^.^)
3) Sebab.. sebab.. saya nak hadiah tu!!! hihi


Nak join contest ni sangat senang! Cuma perlu mematuhi terma & syarat penyertaan. gitewwww (bak kata Cik Sizuka. hihi).. Untuk segala terma & syarat anda boleh rujuk di blog tuan empunya contest Sizuka World of Life...


Dan ini yang Cik BH pertandingkan... ^_^


Task yang pertama Cik BH kena buat Review tentang blog Sizuka World of Life ... heheh kena kipas banyak2 ni..



Task num 2, CIk BH kena lengkapkan slogan dan.... ini Slogan saya!

"saya suka blog sizuka-world-of-life kerana blog ini penuh dengan cerita menarik, tertarik dan da domb mengenai Cik Sizuka serta dunianya ibarat kisah fantasi yang sentiasa indah!"
(belasah abes ni.. kikiki...)



Task num 3.. Ade lagi ke?? Dah abes kotttt... hihi.. cukupla sampai sini..



p/s: harap2 dapat keychain rugby tu.. suka All Black!!! >.<

Down..

Sem terakhir ni memang tak banyak kelas yang aku ambil. Hanya satu paper untuk final exam. Tapi itulah yang menjadikan aku semakin malas. Sepatutnya, dengan kelas yang sikit dan tak banyak test, aku harus jadi lebih rajin. Entah kenapa adi semakin malas pulak. Kerja aku pun siap ala kadar. Tak se'perfect' mana.. What happen to me?? Aku tak tau apa nak jadi dengan aku.. Aku rasa kosong yang amat sangat. Aku lupa apa yang aku mahukan sebenarnya... Pandai aje aku bagi nasihat kat orang, tapi diri sendiri semakin layu.. lemah.. tak terurus segala... Sebab tu jugak la aku balik minggu ni.. Pulang untuk mencari semangat yang hilang.. Dan aku perlukan seseorang untuk bagi aku semangat.. (sigh)




p/s:- jangan balik ke u nanti semangat aku jadi semakin down sudah...
- janji aku kepada seseorang untuk post entry 'mirror' tu masih belum tertunai.. kehilangan semangat dan tak ada mood utk mengarang panjang ..