Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour

Apa itu Earth Hour??

Mungkin ada yang biasa dengar tapi masih belum tahu apa itu erath hour.. Earth Hour sebenarnya adalah acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF bagi menangani masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh dunia supaya tidak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari sabtu terakhir bulan March.


Acara ini telah diilhamkan oleh WWF-australia pada tahun 2007, sebanyak 2.2 juta rumah serta premis perniagaan memadamkan penggunaan lampu selama satu jam. setahun kemudian, acara ini dianjurkan ke peringkat global dengan 50 bilion penduduk di 35 negara menyertai kempen ini. mercu2 tanda seperti Golden Gate Bridge di san fransisco, Colosseum di Rom serta Coca-cola Billboard di time square bergelap bagi menyokong kempen ini sebagai tanda keperihatinan terhadap pemanasan global.


Pada 28 March 2009- 8.30pm, Untuk pertama kalinya Malaysia, menyertai Kempen "Earth Hour" secara rasmi. Untuk kempen kali ini, sasaran seramai lebih dari satu juta penduduk di 1000 buah bandar seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menujukkan keperihatinan terhadap perubahan iklim (pemanasan global)..

Sambutan Earth Hour

Masuk kali ni.. dah 2 kali BH sambut acara ni kat universiti.. Sekali masa 2009 dengan tahun ni.. Masa awal2 dulu blurrr sungguh ape kebenda laa earth hour ni kan.. orang tutup lampu kita pun tutup.. Tapi sebagai student environmental engineering, BH ambil tahu jugak la untuk apa kita sambut. Sekurang2nya kita buat something yang walaupun kecil tapi jika seluruh dunia pun buat benda yang sama dan stop gunakan elektrik selama 1 jam itu dah cukup menunjukkan kita ni prihatin dengan masalah global.

Ok.. mungkin ada yang akan cakap, alah.. tutup lampu sejam. Bukannye boleh selamatkan dunia. Dunia dah rosak. Gempa bumi, tsunami tetap jadi… Aishh mentaliti orang2 yang macam ni la yang sebenarnya tak nak tolong bumi sendiri.. Mampukah anda nak tangani semua masalah global dalam dunia ni? Mampukah anda nak tangani segala pencemaran di bumi kita ni? Dengan tangan anda sendiri? Jika sekadar cakap belakang tanpa berbuat sesuatu.. Anda samalah seperti tin kosong yang diketuk.. Bunyi kuat tapi tak ada apa2… Jadi sekurang2nya.. berbuatlah sesuatu walaupun ia kecil.. tapi sebenarnya sangat tinggi nilainya…

Acara yang kitorang sambut tadi dimulakan dengan menyusun dan memasang lilin. Setiap pelajar yang datang diberi sebiji lilin dan kitorang disuruh beratur membentuk nombor 60… Walaupun sekarang kat Perlis ni musim hujan dan dengan padang berbecaknya tetapi tetap tak menggugat semangat kami (cewah)… Dah elok2 susun.. Angin kuat pulak.. Maklum la musim hujan.. Pasang2 liling asyik padam. Tapi seronok bila tengok masing2 berusaha nak selamatkan lilin masing2… dan walaupun tak kenal siapa yang join.. kitorang masih boleh berkongsi api… Mungkin salah satu benefit kat situ nampak semangat perpaduan (al maklum la.. UniMAP kan juara perpaduan.. Yeah!!!) Tapi akhirnya.. selepas countdown dan bacakan al-Fatihah untuk mangsa tsunami serta tayangan video earth hour.. Kitorang cuma dapat buat bentuk nombor 60 yang kecik.. kira OK la daripada tak da lansung… Apa2 pun tahniah kepada semua yang menyertai… Sebab tadi bukan student environment je ada, student bioprocess, material ngan metalurgi pun ada… tahniah semua!

Kat bawah ni ada gambar BH dengan kawan2 BH tadi…

DSC03170

Masa ni baru dapat api..

DSC03181

Nampak tak bentuk 60? Walaupun kecik sebab angin kuat tapi kitorang berusaha jugak.. Smile

DSC03183

BH with 60

DSC03187

“Abg Lie” yang support api untuk lilin kitorang.. heheh

DSC03186

BH dengan kawan2 BH yang join…


BH ada terbaca yang sambutan EH ni khurafat dan sebagainya. Tapi bagi BH yang belajar Environment, kami lakukan kerana kami menghargai usaha untuk menyelamatkan bumi.. tidak ada upacara pelik pun dalam sambutan ni. Kami nyalakan lilin bagi menggantikan elektrik. Masa tu BH sedar, betapa susahnya nak menjaga lilin tu daripada padam.. Dan begitu jugaklah susahnya nak protect bumi kita ni..




p/s: Kadang2 perkara yang kecil tu mampu buat kita sedar tentang sesuatu yang besar di sekeliling kita..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)