Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Thursday, June 30, 2011

Masih Belum Sempurna

Kerana aku seorang manusia..
sentiasa mahukan yang sempurna..
sedangkan diri tidak seadanya..

Kerana aku seorang manusia..
sentiasa nampak keburukan dunia..
walhal diri cerminan yang serupa..

Kerana aku seorang manusia..
tidak pernah puas apa yang ada..
walau kurniaan Tuhan melampaui segalanya...

Kerana aku seorang manusia..
menuding silap sini dan sana...
lihatlah aku apa kurangnya..

Kerana aku seorang manusia...
biarpun mulut yang mengata..
badanku pula menanggung binasa..

Kerana aku seorang manusia..
pandai berhujah pelbagai perkara..
bahkan akulah yang selalu alpa...

Adakah kerana aku seorang manusia.. yang cantik itu nampak buruk?
Adakah kerana aku seorang manusia.. yang mungkar selalu mendahului ma'ruf?


Tidak wahai manusia!
Allah SWT ciptakan manusia sebaik-baik kejadian..
Namun hati.. hati dan nafsu yang mendorong ke arah kegelapan..

Bukanlah salah aku seorang manusia..
Tapi salah imanku yang tidak setara mana...

Sedarlah diri.. sedarlah hati..
Adakah ketika kehadiran 'tetamu terakhir' nanti,
pintu taubat masih terbuka buat kami?


Ilahi...
Bantulah kami...
Semoga tiba saat itu,
hati-hati kami akan tetap di jalan-Mu..