Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Thursday, June 30, 2011

Masih Belum Sempurna

Kerana aku seorang manusia..
sentiasa mahukan yang sempurna..
sedangkan diri tidak seadanya..

Kerana aku seorang manusia..
sentiasa nampak keburukan dunia..
walhal diri cerminan yang serupa..

Kerana aku seorang manusia..
tidak pernah puas apa yang ada..
walau kurniaan Tuhan melampaui segalanya...

Kerana aku seorang manusia..
menuding silap sini dan sana...
lihatlah aku apa kurangnya..

Kerana aku seorang manusia...
biarpun mulut yang mengata..
badanku pula menanggung binasa..

Kerana aku seorang manusia..
pandai berhujah pelbagai perkara..
bahkan akulah yang selalu alpa...

Adakah kerana aku seorang manusia.. yang cantik itu nampak buruk?
Adakah kerana aku seorang manusia.. yang mungkar selalu mendahului ma'ruf?


Tidak wahai manusia!
Allah SWT ciptakan manusia sebaik-baik kejadian..
Namun hati.. hati dan nafsu yang mendorong ke arah kegelapan..

Bukanlah salah aku seorang manusia..
Tapi salah imanku yang tidak setara mana...

Sedarlah diri.. sedarlah hati..
Adakah ketika kehadiran 'tetamu terakhir' nanti,
pintu taubat masih terbuka buat kami?


Ilahi...
Bantulah kami...
Semoga tiba saat itu,
hati-hati kami akan tetap di jalan-Mu..

7 comments:

  1. salam ziarah..
    nice entry, bagus puisi =)
    teruskan menulis sis..
    dakwah: mencipta mahu menuju mampu..
    nyway sy ada tag sis untuk j0in satu segmen, ayuh tunjukkan sokongan..TQ

    ReplyDelete
  2. puitis...terkesan kepada saya sbg manusia...selalu alpa dan leka...jarang sekali bersyukur apa yang ada...moga Allah memberikan hidayah dan taufik pada semua..amin

    ReplyDelete
  3. Azrai: trima kasih.. sedang cuba ke arah perubahan yg leih baik.. insyaAllah.. nnt sy akan ke sna.. dan join..


    Mohamadazhan:trima kasih.. tidak ada yg sempurna melainkan Dia..
    amin~~

    ReplyDelete
  4. akulah yang alpa itu..
    dan aku juga yang ingin kembali padaMu..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah.
    semoga kita tak menyimpang di jalanNya.

    ReplyDelete
  6. Salam sis..
    khaifa haluk?
    moga sihat hendaknya..biasa la..
    busy kan, utamakan yg utama..huhu

    Nyway nak minta jasa baik & sokongan sis sikit boleh? Lawati link di bawah & vote di bahagian poll & comment (cari responses ke-36) untuk laman qamarguyz.blogspot.com - Aksara Cinta Ilahi.. ‘Tinta hamba..menuju Yang Esa’..thanz yer =)

    http://komuniti.2dayblogger.com/undian-tagline-blog-terbaik-2011/

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)