Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Wednesday, September 7, 2011

Salam sayang Dari BH



Ok. Setelah selesai memerah otak serebrum (entah ye entah tidak sebab BH pun dah lupa pasal ilmu biologi) menulis Milik Siapa Hati Ini? takpe tak perlu jawab milik siapa sebab sememangnya itu bukanlah satu soalan tapi tajuk novel baru cik BH. hehehe..

Ye! cik BH tulis novel. Aww!! kagumnye.. sebelum ni BH hanya buat puisi picisan je (cewah). Sekarang saja nak test market boleh ke tak menulis novel. Dan sebenarnya BH ni nak uji iman dan kesabaran serta kecekalan hati ni. Mampu ke tak habiskan novel tu. Kalau habis alhamdulillah. Kalau sekerat jalan tu nampaknya iman ku ni masih setebal kulit bawang dikerat 18. Tapi kalau tak habis-habis jalan cerita dia.. tu nampaknya BH kena banyak mengucap dan perlu diberi sebiji pelempang sebab perasan menulis sambil syok sendiri. Hahaha

Dekat 2 bulan jugak BH tak update blog kan? Bukan sebab dek kemalasan tahap gunung kinabalu tu, tapi disebabkan hormon adrenalline terlebih merembes akibat tekanan dan ketensionan BH di tempat kerja yang rasanya mampu buat BH jadi penghuni tetap di hotel bahagia Tanjung Rambutan. Mujur BH bertindak pantas dengan menghantar surat cinta untuk bercuti sampai lah BH dapat kerja lain. Sekarang ni rasanya terlebih tenang lah pula. Jadi BH  pun tergatal jari nak menulis novel bersiri sebab punya  masa terluang yang berlebihan bagaikan coklat yang melimpah ke ladang gandum! (Errr terlebih merepek dah ni)

BH cuma harapkan dapat sokongan dari pembaca-pembaca blog ni (kalau ada la.. macam sadis je bunyinya).. dan segala komen-komen yang baik dan membina BH terima dengan hati yang ikhlas (komen buruk-buruk tu terima jugak la tapi kurang sikit ikhlasnya kot. hihi).. 



Harap-harap BH akan diberi kekuatan dan kesabaran untuk teruskan menulis novel dan akan teruskan menulis puisi-puisi untuk keinsafan dan mengenal diri.. 



Maka.. dengan ini ku undur diri dan terimalah sejambak salam sayang dari BH.. hehehe.. Jumpe lagi di lain entry. .. ^_^



Milik Siapa Hati Ini (Bahagian 1)


Milik Siapa Hati Ini: Bahagian [2] [3]


Salam... Lama betul BH tak menulis. Kali ni BH kembali nak test market. Hehe.. Saja nak try tulis novel. Ni baru peringkat permulaan. Baru nak berjinak2 la kata orang.. Boleh bagi komen ke apa ke.. sebab nak buat penambah baikan. Dan.. jalan ceritanya.. ermm kena follow baru tau.. :) Jangan buat kesimpulan awal ye? hihihi


Milik Siapa Hati Ini (Bahagian 1)

“Salam.. hai boleh berkenalan?” Mesej yang masuk ke ruangan ‘chat’ di facebook menarik perhatianku.

“Wsalam.. ermm hi.. saya tak ada halangan untuk itu..” balasku sehabis sopan. Ceh berlakon sungguh. Tawaku sendiri.

“I am Ammar. And you?” Perghh.. nak ber’speaking’ pulak mamat ni.

“Wiya. Rabiatul Adawiyah”

“Owh.. saya selalu nampak awak. Sejak dari first year lagi. Tapi saya tak berani la nak tegur awak. Sekarang baru ada keberanian dan kejantanan nak tegur. Hehe..”

Hahahaha! Aku biarkan tawa panjangku habis sendiri. Biar betul mamat ni.

“Kita satu u ke? Kenapa saya tak pernah nampak awak pun?” Aku mengerah otak, mengingati siapakah gerangan jejaka yang baru punya kejantanan ini.

“Emm.. yelah siapa nak pandang saya ni. Awak cantik. Ramai yang suka awak. Saya tengok page awak, hari-hari ada lelaki komen. Nampak sangat awak ni hot”

“Kah kah kah!” terhambur tawaku. Nasib baik tak tersembur kopi favourite dalam mulut aku ni. Gila apa orang cakap aku hot. Setakat orang tegur kat facebook pun dah cakap hot. Apa ingat aku ni cun sangat macam Lisa Surihani ke?. Merepek betul mamat ni. Tapi sayangnya kata-kataku hanya bermain dalam hati je. Karang kalau aku sembur mau la mamat ni cop aku mulut laser pulak. Cupp! Dia ni kerja ushar page aku je ke? Hii menakutkan betul la..

“Tak adalah wak. Tu member-member je..” aku membalas acuh tak acuh.

“Ermm bukan setakat kat sini. Masa kat matrik pun saya ada terpandang awak tengah senyum. Manis macam gula-gula. Sampai sekarang saya ingat. Hmm sekarang pun masih terasa manisnya.. Hehehe”

********

Kenangan pertama kali mengenali Ammar 2 tahun lalu membuatkan aku tersenyum sendiri. Entah kenapa setiap kali teringat bait-bait katanya yang manis pasti buat aku tersenyum. Bagaikan saat indah tu berulang kembali. Aku tersenyum lagi sambil kenangan-kenangan lain silih berganti..

“Hoi.. sudah-sudah la tu Wiya.. kau ni kalau tak berangan tak sah kan? Hari-hari aku tengok kau senyum sorang-sorang. Aku rasa aku nak balik sekarang la!” ujar Ammar sambil mengacah mahu berlalu.

“Kenapa nak balik pulak?”

“Yelah.. nanti orang ingat aku kawan dengan orang gila. Kau nak gila sorang tak ape. Jangan libatkan aku. Hahaha”

Dengan pantas aku membelasah Ammar dengan botol air mineral ditangan. “Aaaa ambik ni!”

“Aduii… Kau ni macam jantan la! Nasib baik tak jadi awek aku. Isyy siapa la malang dapat kau ni.. Haishh!”

Kata-kata yang keluar dari mulut Ammar pasti buat hati aku menggelegak seketika. Tapi aku masih tersenyum mendengar butir bicaranya. Entah kenapa aku suka mendengar bicaranya walaupun kadang-kala dia terlampau berkasar dengan aku. Kalaulah Ammar boleh membaca isi hati aku..

Aku dengan Ammar akrab bagai isi dengan kuku walaupun luarannya orang nampak kami macam anjing dengan kucing. Bagi aku Ammar adalah ‘clown’ aku yang sentiasa buat aku tersenyum. Kalaulah orang lain mengatakan aku garang dan susah nak senyum. Tapi berbeza dengan Ammar. Setiap kali aku nampak wajah Ammar, senyuman aku tak pernah terhenti. Bagi Ammar pulak, akulah ‘guardian angel’ dia. Mana tidaknya. Dari perkara sekecil-kecil zarah sampai la ke perkara sebesar-sebesar dinasor, aku yang akan uruskan. Akulah ‘reminder’, akulah ‘secretary’ dan akulah juga jam Ammar.. Pendek kata segala-galanya aku.

“Wiya. Kita kawan sampai maut memisahkan kita tau. Kau jangan tinggalkan aku tau. Kau pun tau kan aku tak boleh hidup tanpa kau”

Perghh.. rasa terharu gila bila dengar Ammar cakap macam tu. Tapi yang tak ‘best’nya bila dia bagitau..

“Yelah.. kau kan ‘secretary’, jam dengan ‘reminder’ aku. Hahaha”

“Kau ni memang hampehkan Mar? Cuba la ikhlas sikit hargai aku ni”

“Tak la Wiya.. Aku main-main je. Kau kan ‘Guardian Angel’ aku yang selalu lindungi aku. Thanks Wiya”. Ujarnya sambil tersenyum. Terasa ikhlas senyumannya kali ini.

Aku sekadar tersenyum. Mar.. Kau takkan pernah sedar isi hati aku kan? Aku mengeluh sendiri..


******************************************************************


Notes: Saya baru cuba-cuba menulis. Dan sedang menulis sambungannya . Maaf kalau ada kekurangan. Harap-harap dapat berikan teguran membina