Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Tuesday, October 18, 2011

Milik Siapa Hati Ini (Bahagian 2)


Milik Siapa Hati Ini: Bahagian [1] [3]




Hari ni hari pertama aku mula bekerja. Terasa macam belum bersedia sebab belum puas bergoyang kaki di rumah. Tapi kalau aku tak kerja, takkan mak ayah aku nak tanggung aku sampai tua. Dah jadi resmi alam. Dari kecil mak ayah besarkan, bagi makan, bagi pendidikan yang cukup.. Sekarang tiba ‘turn’ aku pula untuk jaga mak ayah. Tak sangka aku dah kena pikul tanggungjawab yang besar. Tambahan lagi aku anak sulung. Adik aku yang seorang tu pun baru nak ambil SPM tahun ni. Memang besar nampaknya tanggungjawab aku.

Eh. Kenapa pagi-pagi ni aku bagi tazkirah kat diri sendiri ye? Baru aku tersedar!

“Apa la yang kau mengomel sorang-sorang tu Wiya oii. Dah dekat pukul 8 ni.” Hah sudah. Mak dah bersuara. Nampaknya bakal terima tazkirah lagi pagi ni.

“Ye ye.. Wiya nak pergi dah ni.” Pantas aku cium tangan dan pipi mak. Memamg itu rutin bila aku nak keluar ke mana-mana.

“Wiya pergi dulu ye mak!”

Sampai ofis hampir-hampir 8.30 pagi. Fuh! Nasib baik sempat. Jalan ni pun kalau nak 'jammed' jangan la time aku dah lambat. Sempat lagi aku marah-marah dalam kereta tadi.

Dalam marah-marah tu sempat pula mata ni gatal menjeling lelaki yang lalu di depanku. Handsome jugak. Haii mata dengan tuan dia sama je gatalnya. Handsome memang handsome, tapi sayangnya rambut berkarat. Memang tak boleh buat calon suami ni.

Eh. Tak baiknya aku ni termengumpat pulak.

Aku tak pamerkan senyuman pun sebab tengok muka lelaki tu masam mencuka. Jalan pun laju semacam aje. Tengah sedap ushar baik punya sambil mengumpat sikit-sikit dalam hati, tiba-tiba aku dirempuh dari belakang. Terasa macam kena langgar lori balak je.

"Siapa yang tak beradab sangat ni?" Ngomelku sendiri. Aku berpaling sambil menggosok-gosok bahuku yang terasa sengal.

“Heii tepi lah! Yang duduk tengah jalan ni apasal?!"

Wahh cantiknya bahasa perempuan tak cukup kain ni. Isyy geramnya.. Dah la dia langgar aku. Sesuka hati limpa dia je nak marah aku. Nasib baiklah aku ni masih sedar erti bersabar. Kalau tak memang aku dah ajar perempuan tu tentang erti penyesalan. Aku tengok perempuan tak cukup kain tadi terkedek-kedek mengejar lelaki berambut karat.

“Hmm gaduh la tu. Isy. Kalau ye pun ada masalah rumah tangga, jangan la bawak ke ofis. Tak pasal-pasal bahu aku jadi mangsa. Kang da senget sebelah siapa nak ganti?”

“Apa yang senget tu cikk??”

“Ehh??” Aku berpaling. Alamak, Tuan Halim. Macam manalah aku boleh tak perasan bos besar kat belakang aku ni?? Alamak malunya..

“Tak.. Tak ada apa-apa tuan.. “ Balasku dengan senyuman kurang gula.

Tuan Halim membalas senyumanku “Tak apalah kalau macam tu. Nanti saya suruh Fiza tunjukkan tempat Rabiatul Adawiyah. Owh ye. Rabiatul Adawiyah dah jumpa dengan Adam?”

“Err.. Adam?”

“Emm tak apalah nanti Rabiatul Adawiyah boleh bertanya dengan Fiza kalau ada apa-apa masalah ye.” Ujarnya dengan nama penuh aku. Isy kalau iya pun tak payah la sebut nama penuh. Kan panjang tu. Buat susah-susah je..

“Panggil Wiya je tuan” Kataku hormat dalam keadaan serba salah. Tuan Halim pula hanya membalas dengan senyuman sambil berlalu.

Aku mula bergerak mencari Fiza sambil otakku tertanya-tanya siapakah Adam? Dan apa pulak kena mengena aku dengan Adam?

***************************************************************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)