Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Tuesday, October 18, 2011

Milik Siapa Hati Ini (Bahagian 3)


Milik Siapa Hati Ini : Bahagian [1] [2]






“Selamat pagi kak Fiza, kenal saya lagi tak?” Aku terlebih dulu menyapa kak Fiza sebelum sempat dia membuka mulut. Maklumlah, orang mesra alam macam aku ni memang rajin bermesra-mesra dengan orang.

“Selamat pagi. Apa pulak tak kenal. Tak boleh lupa dengan Wiya. Satu-satunya calon temuduga yang cari pasal dengan bos kita tu.. hehe” Aku tersipu-sipu malu bila Kak Fiza mengingatkan kembali tragedi dua minggu lalu. Tragedi? Macam teruk sangat je bunyinya..

“Isy. Jangan la cakap macam tu kak. Malu saya. Akak jangan bagitau siapa-siapa pasal ni tau”

“Nak bagitau apanya.. Satu ofis dah tau pasal Wiya bergaduh masa interview, habis orang yang selepas Wiya tu kena halau balik. Kalau nak tahu, orang-orang kat ofis ni semua menikus je bila nampak bos tu. Dia tu bos nombor tiga kat sini, tu yang ego semacam. Cakap pun main lepas je. Wiya la satu-satunya orang yang paling berani melawan dia tau. Bila buku dah bertemu ruas, mengamuk sakan la dia hari tu. Tapi hairankan, kenapa agaknya dia tetap ambik Wiya bekerja kat sini? ” soal Kak Fiza dalam senyuman penuh makna.


*********************************


“Sebenarnya.. I nak cari secretary, bukan tukang buat air. Macam mana you boleh apply kerja ni. You mintak kerja secretary sedangkan you ni a degree holder in engineering. You tak baca betul-betul ke requirement dalam iklan tu?”

“Mana-mana peluang yang ada depan mata, saya ambil la. Tak salah rasanya kalau saya mencuba kan? Lagipun kalau tak sesuai kenapa saya dipanggil untuk temuduga?” Alamak. Mulut aku ni main lepas je. Berani sangat! Biasa mulut ni. Nak kena ajar ni.

“Emm.. “ Lelaki di depan aku buat muka tak puas hati dengan jawapan aku.

“Tapi you rasa you layak ke jadi secretary I? Apa yang you tau pasal tugas-tugas setiausaha?

“Apa yang saya tahu, tugas seorang setiausaha adalah membantu dalam pengelolaan dan pentadbiran syarikat, menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai mesyuarat dan perkara-perkara penting, bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail, serta menguruskan mesyuarat-mesyuarat. ” Aku menjawab sehabis tenang.

“Hmm.. you ingat semudah itu tugas secretary? Setakat cakap memang la boleh. Tapi kalau suruh buat, I tak rasa you boleh buat. You lansung tak ada basic dalam bidang ni.”

“Tapi, saya belum cuba lagi. Kalau encik bagi peluang pada saya, saya yakin saya boleh jadi setiausaha yang bagus. Saya boleh belajar perlahan-lahan. Dan saya ni jenis yang committed dalam kerja.”

Committed? You datang ni pun dah nampak sangat you tak bersungguh-sungguh. I rasa you tak layak kerja kat company I. I bukan setakat menitikberatkan pasal kelulusan, Cik Adawiyah. Tapi if pakaian you pun setakat standard makcik nak pergi pasar. Lebih baik you pergi mintak kerja kilang. You nak kerja ofis tapi kenapa you datang mintak kerja macam ni?. Tak professional lansung”

Wah. Bahasa dia cantik sangat lah. Macam orang sekolah setakat darjah tiga je. Dalam hati aku ni rasa macam magma gunung berapi tengah menggelegak je. Apa masalah dia ni? Ni bukan temuduga cari kerja ni. Ni temuduga nak cari pasal. Takkan soal pakaian aku pulak yang jadi masalah.


“Encik. Kalau encik taknak ambik saya berkerja, encik cakap je. Tak payah susah-susah nak kutuk pasal pakaian saya ni berjela-jela. Encik tau tak ini first time saya pakai baju kurung bukan untuk beraya atau kenduri kahwin. Ni pun dah kira baik daripada pakai baju dedah sana sini. Saya tengok pekerja-pekerja encik tak ada lah pakai elok sangat. Haii.. takkan company besar macam ni tak mampu beli kain yang cukup untuk staff sendiri” Aku memberi paku buah keras. Beraninya!!! Tapi dalam hati kecut jugak.. Aku dapat merasakan kemenangan berpihak kepada aku. Kalau dia tak nak ambik aku bekerja pun aku tak kisah. Lagipun dah tak ada hati nak kerja dengan orang macam dia ni.

I rasa you tau pintu kat mana kan? So takkan nak I hantar sampai pondok guard pulak kan?”

“Eh. Tak payah susah-susah.. Saya bukannya buta sampai tak nampak pintu. Tapi kalau buta mata tak apa lagi. Jangan buta hati dan minda macam encik ni”

What?? You!!!! Better you keluar sebelum I naik angin!”

Hahaha.. hati aku dah ketawa riang. Kemenangan milik aku! Kemenangan milik aku! Memang puas hati aku tengok muka dia merah padam tahan marah. Baru kau kenal siapa Rabiatul Adawiyah. Kau memang silap sebab cari pasal dengan aku. Arghhh malang sungguh first interview ni.

“Sebelum apanya. Dah naik angin pun kan? Hahaha” Aku ketawa sambil mengangkat punggung. Aku nampak lelaki tu tengok aku dengan pandangan tajam, tak puas hati dan dendam membara.

“Encik marah-marah nampak cute. Macam incredible hulk!” Sempat aku jelir lidah sambil cepat-cepat menutup pintu sebelum fail-fail tercampak ke muka aku.

Rasanya itu interview aku yang paling teruk aku pernah pergi. Memang la. Sebab satu tu aje interview yang aku dapat. Balik dari interview tu memang teruk aku kena lecture dengan Ammar dan Laila. Bagus sangat. Kalau dua orang tu bergabung mentazkirahkan aku. Mau aku insaf tiga hari tiga malam. Ye... aku sedar memang salah aku pun sebab cepat sangat naik angin dan main cakap lepas je. Tapi aku geram sebab dia tak hargai usaha aku nak pakai baju kurung tu. Ceh! Macam susah sangat je usaha aku tu kan.Tapi… dalam marah-marah pun. Dapat jugak kerja tu. Dah rezeki aku kan..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)