Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Sunday, June 24, 2012

Beautiful moment

(maaf ye.. lukisan buruk ni hasil tangan aku.. hihi)


Really miss that moment :'(
First time dapat main layang-layang.. Macam mana nak cakap betapa aku rindu saat-saat aku dengan encik kekasih. Dia ikutkan kerenah aku bila aku merengek macam budak kecik nak beli layang-layang. Teringat macam mana dia gelakkan aku dan jerit "lari! lari!" bila layang-layang dah nak jatuh.

Encik kekasih terlalu penyabar orangnya. Bila aku cakap nak makan itu ini, mesti akan ditunaikan. Bila aku merajuk sampai muncung dah macam itik, cepat-cepat dia pujuk. Mintalahh apa saja. Bukan janji, tapi pasti dapat! Siapa lagi yang sanggup tahan kerenah aku, sila angkat tangan. (ok. Yang angkat tangan boleh isi borang jadi boipren aku. hahah)

Aku ingat lagi masa kitorang pergi PD. Aku mengada-ngada mintak pelampung. Sekali encik kekasih tu sewa pelampung yang paling besar (macam nak perli aku je). Bila aku berenang-renang dengan pelampung besar tu sambil kocak-kocak air dengan kaki, dia gelak bagai nak rak. Sampai je kat tepi, air dah paras lutut tapi aku still berenang-renang lagi dengan pelampung. Dia punya gelak tak hengat dunia. Masa tu aku rasa happy sangat dengar dia ketawa. Aku harap masa tu berulang kembali. Tapi tak mungkin kan? Lepas ni aku akan cuba cipta memori baru yang lebih indah dari itu..


Apa lagi yang boleh saya buat supaya awak terus ketawa?
Saya betul-betul rindukan senyuman dan gelak tawa awak tu, Encik Haidhar..