Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Wednesday, February 27, 2013

Belajar Untuk Kurus

Lepas grad setahun lebih.. aku kembali jumpa kawan-kawan.. tapi dalam masa setahun tu aku ada jugak jumpa member barang sorang dua masa aku kerja kat Shah Alam dulu. Biase la.. bile jauh dari family, member-member la orang yang penting bagi aku..

Kebetulan ada la sorang member study kat UITM Shah Alam dan sorang lagi kerja kat Proton.. Bila aku jumpa member aku yang kerja Proton tu, agak terkejut jugak la sebab tengok dia yang kurus keding tu dah mula chubby. sebenarnya dia nampak lebih cantik bila chubby.. dan aku ada la jumpa dua-tiga orang lagi yang mengalami hal yang sama..

Kali terakhir aku jumpa member UniMAP masa kenduri kawin classmate kat Kedah. Aku mula perasan tentang sesuatu.. Selepas bergelar pekerja, ramai member aku yang semakin bagus perkembangannya.. maksudnya semakin chubby la.. why aaa... benda yang sama terjadi kat aku.. padahal sepanjang 4 tahun kat UniMAP.. aku berjaya kekalkan range BMI terbaik.. tapi sekarang BMI yang caantik dulu dah naik dengan jayanya.. Cayalaaa!!!

Nak nak pulak lagi 3 bulan nak nikah.. memang betul-betul menguji kesabaran dan kewarasan akal.. padahal masa study dulu aku melantak bagai.. takde istilah-istilah diet ni semua tapi maintain je berat tu... huhu. kecewa betul.. yang tunang aku pulak semakin mengurus.. dia cakap pinggang dia dah tinggal 29 inch. Melampau!!! wuaaaa... aku rasa aku patut sedekah segala lemak-lemak aku kat dia.. hukhuk.. walaupun dia cakap chubby cantik ke hape ke.. itu semua nak sedapkan ati je.. aku tau tu.. :(

Ada suatu masa aku terlalu obses untuk kurus. Aku beli hula hoop, tali skipping dengan dumbell.. konon-konon nak buat kerahan tenaga la.. Tapi.. non hadoo... yang kelakarnya aku tak reti main hula hoop.. kena gelak dengan sepupu aku yang darjah tiga.. hua hua hua... aku sendiri tergelak bila main depan cermin.. dah macam ulat beluncas kena renjatan elektrik.. menyesal masa sekolah rendah dulu aku tak belajar.. masa sekolah rendah dulu aku tak suka main hula hoop sebab aku malu budak-budak laki tengok kitorang tergelek-gelek.. hahaha.. sengal!

So secara kesimpulannya aku kena masuk UniMAP balik la baru boleh kurus.. sebab... aku pun tak tau sebabnya.. Sekian... Heheheh



Wednesday, February 20, 2013

Si Kitul, Raja Mendeliar & Sultan Mahmud Moden

Aku tak tahu kenapa aku susah nak kekal lama dengan satu-satu kerja? Ini la salah satu benda yang sangat susah untuk aku elakkan. Bukan aku memilih. Tapi aku tak sanggup kerja dalam lingkungan manusia pentingkan diri sendiri even though I have to admit walau kat mana pun aku pergi, aku tetap akan jumpa 'manusia' sebegini.. Dan aku tak boleh nak stay sebab aku ni penentang. Bukan tukang kipas.

Masih ingat kisah 'si Kitul' dan 'Raja Mendeliar'? Sampai sekarang pun mesti ada 'si Kitul' kat mana-mana tempat.. Cubalah pandang sekeliling dan perhatikan.. Sebab tukang pembawa khabar angin ni la, orang baik-baik macam aku (ye ke?) selalu jadi mangsa. My fiancee selalu jadi tukang cuci 'taik' yang orang tinggalkan. Tak kesah lah sebanyak mana pun usaha susah payah dia, sebelah mata pun orang takkan hargai. Si 'Raja Mendeliar' ni lebih bahaya sebab jenis 'dia' ni suka bermain serampang 2,3,4,5 mata hnya semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan dan perhatian bos. Cucuk orang sana sini. Tikam orang dari depan, belakang, atas, bawah. Yang penting matlamat 'dia' tercapai walaupun terpaksa main cara kotor.

Sekarang ni nampak tak betapa banyak peranan yang 'diaorang' mainkan? Kalau office tu nak kasi award.. memang sah-sah best actor/actress dapat p kat 'diaorang'.. hat orang lain putih mata la alamatnya.. Tapi yang aku heran tu, yang bos punya la cerdik pandai. Macam mana boleh tertipu dengan lakonan 'Si Kitul' dan 'Raja Mendeliar' ni? Dah sah-sah la cerita 'diaorang' tu nak tunjuk diri 'malaikat' je.. Takkan la tak boleh guna sikit otak cerdik pandai tu untuk menilai manusia macam ni. Kemon la.. sekarang zaman sudah moden. Apa guna belajar tinggi melangit tapi pemikiran masih tahap Sultan Mahmud? Tapi.. kalaulah bos sendiri yang berperangai macam Raja Mendeliar.. say goodbye je la kat tempat tu..

Kalau macam ni la mentaliti orang sekarang, sampai ke anak cucu cicit kite nanti, 'Si Kitul' dan 'Raja Mandeliar' ni dah jadi satu identiti orang kite. Bukan nak mengata la.. Tapi yang banyak buat fi'il gini bangsa ape ye? Tak kata bangsa lain tak buat. Tapi better tengok orang terdekat. Dalam kelompok kita ni je dah cukup.. Malu aih kat atok nenek moyang kite...

note: sekadar luahan hati.. anti tukang kipas macam aku ni memang selalu jadi mangsa keadaan..


Tuesday, February 19, 2013

Counting the Day


Oh My!!!! tinggal 3 bulan lagi nak jengah hari nikah.. Banyak benda tak settle lagi.. Rasa macam nak buat semua benda tapi satu pun tak gerak-gerak.. dengan nak tempah baju nikahnya.. Encek tunang pulak dah pegi tempah baju nikah.. huhu.. Aku malas nak tempah lagi sebab kunun-kunun nak tunggu kurus la.. tapi NAN HADOOO...

Nasib baik barang-barang hantaran dah siap beli.. tinggal nak gubah je.. tu pun ada cita-cita nak gubah sendiri u ollss.. tak tau la ke laut ke mana.. sebab beli bulan 12 tahun lepas lagi.. duk je dalam plastik tu tak gerak-gerak. hahaha.. I memang pemalas.. lagi sebulan nak kenduri pun belum tentu gerak.. I olls bukannye penggubah profesional pun.. tapi masa adik kawin tahun lepas memang terrajin pulak aku menggubah hantaran dia.. sampaikan hantaran tunang aku pun aku buat sendiri (ekceli mak tolong laa.. hihih).. nak kata cantik sangat tu tak la kan.. asalkan ada rupe.. huhu

Sekarang ni tengah berangan nak DIY veil nikah.. hahaha.. cita-cita nak buat tu memang ada.. dah dapat pun resepi nak buat veil tu.. cadangnya hujung minggu ni or minggu depan nak ajak encek tunang pergi Nagoya.. cari segala mak nenek bahan untuk membuat veil (tuh kauu.. dah macam nak main masak-masak pulak).. hope boleh siapkan sebelum majlis tu.. Rajin!! tolonglah datang!!

Encik tunang pun dah banyak kali tanya bila nak p KL.. nak p fitting baju untuk majlis sebelah lelaki.. huhu.. rase macam lambat lagi la dear.. tapi I dah aim dress yang cantik tu.. takut jugak dah takda nanti.. arghh.. bila la nak ada masa nak pergi.. next month ok.. next month.. bulan ni kite settle yang kat sini dulu..

Yang lain-lain boleh settle slow-slow (sedapkan ati je ni.. ).. ada kawan tu nak kawin bulan 5 jugak tapi dah siap fitting baju bulan 12.. amik kau.. advanced gila aihh.. Aku je terkedek-kedek.. Ni pun tengah duk cari idea.. tudung apa sesuai pakai masa sanding nanti.. macam nak cari shawl.. ade jugak rasa nak pakai simple je macam inner silang tu.. tah laaaa... takdak ideaaaaa

Esok la sambung fikir.. sekarang ni masa untuk tuan puteri beradu pulak.. papaaaiiii... kroh kroh kroh...






Thursday, February 14, 2013

Hai lah KMPP-ku..


Bila yang tertulis untukkuAdalah yang terbaik untukmuKan kujadikan kau kenanganYang terindah dalam hidupkuNamun takkan mudah bagikuMeninggalkan jejak hidupkuYang telah terukir abadiSebagai kenangan yang terindah... 

Oohooi... tetiba teringat kenangan lama.. indahnye la.. why time-time kesunyian dan ditinggalkan gini la nak teringat semua tu??? Sayu tau x.. teringatkan kenangan di matrik KMPP yang dah jauh sangat aku tinggalkan.. hampir 6 tahun.. 6 tahun?? wo wo.. macam tua sangat je aku ni.. kurang2 kalau ada anak, dah tadika dah anak aku.. hohoho.. lama jugak tu.. x menjejakkan kaki kat sana.. mesti banyak yang dah berubah.. pensyarah2 yang ajar aku dulu.. masih mengajar di sana lagi ke? hmmm.. masih ada lagi ke pakcik 4 flat tu?? haii.. macam2 yang aku nak tau pasal KMPP sebenarnye..
Kalau ada rezeki.. aku nak bawak tunang a.k.a my future husband pergi sana.. supaya dia boleh tengok tempat yang simpan banyak kenangan manis aku dulu.. dan aku harap dia pun akan bawak aku pergi matrik johor nun.. nak jugak tengok tempat dia selalu dating2 dulu.. gatal dia ni! time matrik dah bercintan-cintun.. ce tengok aku ni.. baik je (blushing).. xde nak bercintan-cintun mee magie time matrik.. (hahahaha bajet...)

Dalam duk teringat pasal KMPP ni jenuh jugak la aku nak mengingat balik camna la lagu KMPP ni ye? first dengar lagu ni.. Abg Fuad dgn kak Hanis yang ajar.. diorang ni fasi masa orientasi dulu.. disebabkan mentor kitorang masa tu cuti, jadi diorang la yang banyak berkepit dengan kitorang dulu.. tapi malangnya sekarang aku dah tak ingat lagu tu!!! lagu sekolah rendah pulak yang aku ingat sampai sekarang.. hai lah cik Wanie... cik Wanie..
kalau ada sesapa yang ingat tolong la remind kan I yang pelupa ni.. huhu