Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Wednesday, February 27, 2013

Belajar Untuk Kurus

Lepas grad setahun lebih.. aku kembali jumpa kawan-kawan.. tapi dalam masa setahun tu aku ada jugak jumpa member barang sorang dua masa aku kerja kat Shah Alam dulu. Biase la.. bile jauh dari family, member-member la orang yang penting bagi aku..

Kebetulan ada la sorang member study kat UITM Shah Alam dan sorang lagi kerja kat Proton.. Bila aku jumpa member aku yang kerja Proton tu, agak terkejut jugak la sebab tengok dia yang kurus keding tu dah mula chubby. sebenarnya dia nampak lebih cantik bila chubby.. dan aku ada la jumpa dua-tiga orang lagi yang mengalami hal yang sama..

Kali terakhir aku jumpa member UniMAP masa kenduri kawin classmate kat Kedah. Aku mula perasan tentang sesuatu.. Selepas bergelar pekerja, ramai member aku yang semakin bagus perkembangannya.. maksudnya semakin chubby la.. why aaa... benda yang sama terjadi kat aku.. padahal sepanjang 4 tahun kat UniMAP.. aku berjaya kekalkan range BMI terbaik.. tapi sekarang BMI yang caantik dulu dah naik dengan jayanya.. Cayalaaa!!!

Nak nak pulak lagi 3 bulan nak nikah.. memang betul-betul menguji kesabaran dan kewarasan akal.. padahal masa study dulu aku melantak bagai.. takde istilah-istilah diet ni semua tapi maintain je berat tu... huhu. kecewa betul.. yang tunang aku pulak semakin mengurus.. dia cakap pinggang dia dah tinggal 29 inch. Melampau!!! wuaaaa... aku rasa aku patut sedekah segala lemak-lemak aku kat dia.. hukhuk.. walaupun dia cakap chubby cantik ke hape ke.. itu semua nak sedapkan ati je.. aku tau tu.. :(

Ada suatu masa aku terlalu obses untuk kurus. Aku beli hula hoop, tali skipping dengan dumbell.. konon-konon nak buat kerahan tenaga la.. Tapi.. non hadoo... yang kelakarnya aku tak reti main hula hoop.. kena gelak dengan sepupu aku yang darjah tiga.. hua hua hua... aku sendiri tergelak bila main depan cermin.. dah macam ulat beluncas kena renjatan elektrik.. menyesal masa sekolah rendah dulu aku tak belajar.. masa sekolah rendah dulu aku tak suka main hula hoop sebab aku malu budak-budak laki tengok kitorang tergelek-gelek.. hahaha.. sengal!

So secara kesimpulannya aku kena masuk UniMAP balik la baru boleh kurus.. sebab... aku pun tak tau sebabnya.. Sekian... Heheheh



No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)