Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Tuesday, February 19, 2013

Counting the Day


Oh My!!!! tinggal 3 bulan lagi nak jengah hari nikah.. Banyak benda tak settle lagi.. Rasa macam nak buat semua benda tapi satu pun tak gerak-gerak.. dengan nak tempah baju nikahnya.. Encek tunang pulak dah pegi tempah baju nikah.. huhu.. Aku malas nak tempah lagi sebab kunun-kunun nak tunggu kurus la.. tapi NAN HADOOO...

Nasib baik barang-barang hantaran dah siap beli.. tinggal nak gubah je.. tu pun ada cita-cita nak gubah sendiri u ollss.. tak tau la ke laut ke mana.. sebab beli bulan 12 tahun lepas lagi.. duk je dalam plastik tu tak gerak-gerak. hahaha.. I memang pemalas.. lagi sebulan nak kenduri pun belum tentu gerak.. I olls bukannye penggubah profesional pun.. tapi masa adik kawin tahun lepas memang terrajin pulak aku menggubah hantaran dia.. sampaikan hantaran tunang aku pun aku buat sendiri (ekceli mak tolong laa.. hihih).. nak kata cantik sangat tu tak la kan.. asalkan ada rupe.. huhu

Sekarang ni tengah berangan nak DIY veil nikah.. hahaha.. cita-cita nak buat tu memang ada.. dah dapat pun resepi nak buat veil tu.. cadangnya hujung minggu ni or minggu depan nak ajak encek tunang pergi Nagoya.. cari segala mak nenek bahan untuk membuat veil (tuh kauu.. dah macam nak main masak-masak pulak).. hope boleh siapkan sebelum majlis tu.. Rajin!! tolonglah datang!!

Encik tunang pun dah banyak kali tanya bila nak p KL.. nak p fitting baju untuk majlis sebelah lelaki.. huhu.. rase macam lambat lagi la dear.. tapi I dah aim dress yang cantik tu.. takut jugak dah takda nanti.. arghh.. bila la nak ada masa nak pergi.. next month ok.. next month.. bulan ni kite settle yang kat sini dulu..

Yang lain-lain boleh settle slow-slow (sedapkan ati je ni.. ).. ada kawan tu nak kawin bulan 5 jugak tapi dah siap fitting baju bulan 12.. amik kau.. advanced gila aihh.. Aku je terkedek-kedek.. Ni pun tengah duk cari idea.. tudung apa sesuai pakai masa sanding nanti.. macam nak cari shawl.. ade jugak rasa nak pakai simple je macam inner silang tu.. tah laaaa... takdak ideaaaaa

Esok la sambung fikir.. sekarang ni masa untuk tuan puteri beradu pulak.. papaaaiiii... kroh kroh kroh...






No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)