Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Wednesday, February 20, 2013

Si Kitul, Raja Mendeliar & Sultan Mahmud Moden

Aku tak tahu kenapa aku susah nak kekal lama dengan satu-satu kerja? Ini la salah satu benda yang sangat susah untuk aku elakkan. Bukan aku memilih. Tapi aku tak sanggup kerja dalam lingkungan manusia pentingkan diri sendiri even though I have to admit walau kat mana pun aku pergi, aku tetap akan jumpa 'manusia' sebegini.. Dan aku tak boleh nak stay sebab aku ni penentang. Bukan tukang kipas.

Masih ingat kisah 'si Kitul' dan 'Raja Mendeliar'? Sampai sekarang pun mesti ada 'si Kitul' kat mana-mana tempat.. Cubalah pandang sekeliling dan perhatikan.. Sebab tukang pembawa khabar angin ni la, orang baik-baik macam aku (ye ke?) selalu jadi mangsa. My fiancee selalu jadi tukang cuci 'taik' yang orang tinggalkan. Tak kesah lah sebanyak mana pun usaha susah payah dia, sebelah mata pun orang takkan hargai. Si 'Raja Mendeliar' ni lebih bahaya sebab jenis 'dia' ni suka bermain serampang 2,3,4,5 mata hnya semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan dan perhatian bos. Cucuk orang sana sini. Tikam orang dari depan, belakang, atas, bawah. Yang penting matlamat 'dia' tercapai walaupun terpaksa main cara kotor.

Sekarang ni nampak tak betapa banyak peranan yang 'diaorang' mainkan? Kalau office tu nak kasi award.. memang sah-sah best actor/actress dapat p kat 'diaorang'.. hat orang lain putih mata la alamatnya.. Tapi yang aku heran tu, yang bos punya la cerdik pandai. Macam mana boleh tertipu dengan lakonan 'Si Kitul' dan 'Raja Mendeliar' ni? Dah sah-sah la cerita 'diaorang' tu nak tunjuk diri 'malaikat' je.. Takkan la tak boleh guna sikit otak cerdik pandai tu untuk menilai manusia macam ni. Kemon la.. sekarang zaman sudah moden. Apa guna belajar tinggi melangit tapi pemikiran masih tahap Sultan Mahmud? Tapi.. kalaulah bos sendiri yang berperangai macam Raja Mendeliar.. say goodbye je la kat tempat tu..

Kalau macam ni la mentaliti orang sekarang, sampai ke anak cucu cicit kite nanti, 'Si Kitul' dan 'Raja Mandeliar' ni dah jadi satu identiti orang kite. Bukan nak mengata la.. Tapi yang banyak buat fi'il gini bangsa ape ye? Tak kata bangsa lain tak buat. Tapi better tengok orang terdekat. Dalam kelompok kita ni je dah cukup.. Malu aih kat atok nenek moyang kite...

note: sekadar luahan hati.. anti tukang kipas macam aku ni memang selalu jadi mangsa keadaan..


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)