Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Sunday, March 3, 2013

My Guardian Angel

Tajuk takleh blah..macam tajuk lagu je.. Tetiba teringat kat someone yang pernah declare dirinya 'my guardian angel' (bluekkk)..dan aku pun tergedik-gedik mengaku dialah 'guardian angel' aku (blueekk lagi sekali). Tu kisah zaman gelap aku masa kat universiti dulu.. Haha.. Celah mana la yang mamat tu jaga aku taktau la.. mungkin ada la kot..

Ada satu kisah. Si Angel ajak pegi sahur.. tapi time tu dah nak imsak la plak. Brader ni nak nak jugak dan mengharap sambil buat mata macam Boots dalam cite Shrek tu... Aku ni pulak tak tahan dengan kesayuan mata beliau.. Aku teman la brader tu.. tapi otw nak pegi cari kedai tu.. Aku rasa macam da tak sempat.. aku cakap kat beliau. "Tak sempat la wei. Beli je la ape pun kat Petronas tu." Kebetulan petronas da dekat. So dia stop kat petronas nak bedal 2 bungkus roti dan 1 air kotak. Dia tanya aku nak tak. Aku ni tengah bengang. So konon-konon jual mahal. Aku cakap tak nak. Tak sangka plak si Guardian Angel aku ni boleh plak offer skali je. Pastu dia habiskan kedua-dua ketul roti tu.. elok-elok je dia habiskan air kotak dia.. Azan Subuh berkumandang.. Dan dia hantar aku balik gitu je tanpa aku menjamah sikit air pun.. Jadi kiranya aku makan angin subuh gelap tu semata-mata untuk tengok dia makan 2 ketul roti dan sekotak air. Memang 'guardian angel' sangat..

Lagi satu kisah lepas balik dari lepak mamak. Ok. Selalu kalau dia bosan bila member-member dia tinggalkan dia terkontang kanting sorang diri.. Aku la jadi mangsa terakhir yang dia akan cari. Ok aku memang baik.. Sebab aku kesian kat Angel ni.. Aku pun teman la.. Sampai kat kedai mamak tu.. Rezeki dia pulak kan.. ada la game bola tengah tayang. Walaweh.. aku rasa aku macam cakap dengan gelas je.. Sebab dia tak pandang muka aku lansung sebab terlalu khusyuk tengok tirai putih yang tertayang game tu.. Aku tak tau apa function aku duk kat sebelah dia. Dah terang-terang aku tak minat bola. Dan dia pun tau.. Disebabkan bosan tahap gaban, aku pun cakap nak pi jalan-jalan sekejap. Dia boleh biar aku jalan sorang-sorang waktu malam tanpa risaukan aku lansung.. dan dia seronok menikmati tayangan bola. Dia memang 'guardian angel' yang sangat  'caring'....

Kisah ketiga.. Suatu hari aku pergi berbuka puasa dengan dia.. masa tu aku dah bedal nasik ayam masa berbuka pun kat hostel. tapi sebab taknak hampakan permintaan dia ni.. aku setuju.. Lepas maghrib aku pun teman la.. tapi aku just tengok dia makan. Aku tak makan pun. Aku cuma minum air coke. Tapi aku lupa yang aku tak boleh minum air gas. Lepas je makan-makan dan borak-borak sambil anyam ketupat barang dua-tiga dulang..Kitorang pun balik.. Tengah duduk-duduk tu tiba-tiba sakit gastrik aku menyerang disebabkan air gas yang aku minum. Aku bagitau yang aku tengah sakit tapi aku tak tau la kot dia rasa aku tengah practise maharaja lawak dan dia bantai kutuk and gelakkan aku. Aku yang tengah sakit campur hati panas tu pun bangun dan blah duduk tempat lain. Aku takut kalau-kalau aku duk dekat, dia akan makan maki dari aku.. Duduk jauh adalah jalan terbaik. Tapi dia macam tak faham bahasa.. Dia ikut ke mana aku pergi dan sengih-sengih tengok aku.. Aku dah start naik angin.. Aku halau mamat tu. Dia pun mungkin rasa tercabar sebab aku halau dia. Dia campak rokok yang dia tengah hisap sambil mencarut kat aku dan blah. Aku tahan sakit dan pasrah sebab masa tu bas ke kolej kediaman aku dah lepas. Dengan rasa sedih sambil menahan sakit, aku pergi cari teksi dan balik ke kolej kediaman. Malam tu aku bantai nangis sampai la esok pagi..

Kisah ke 4.. Ada suatu masa 'my angel' tengah suka gila kat member aku. Sampai dia lansung lupakan aku.. Aku tak tau la mungkin aku dah tak wujud dalam hidup dia.. Aku jadi pelik sampaikan aku ingat aku dah buat salah besar kat dia. So aku tegur-tegur dia kat skype dan minta maaf walaupun aku tak tahu apa salah aku.. Yang member aku ni pulak selalu cerita kat aku yang mamat ni selalu chat dengan dia. Bila kawan aku bagitau diaorang tengah chatting, aku pun try la tegur-tegur.. mungkin sebelum tu dia tak dapat semua msg-msg aku.. Aku pun tak pasti member aku ni jenis apa. Setiap apa yang diorang borak dan msg mesti dia akan cerita kat aku. Untuk menunjuk-nunjuk? AKu pun tak pasti. Aku jadi bengang sebab mamat ni macam tiba-tiba marah aku. Aku pun tanya la apsal tak jawab aku sedangkan aku tau yang diorang tengah chatting dan aku tau apa yang diorang borak. 'My angel' tiba-tiba naik angin dan maki aku penyibuk sebab jaga hal diorang dan kata aku curi baca msg diorang. Dia cakap member aku yang bagitau aku curi baca.. Time tu aku rasa sedih sangat dan tangan aku time tu tengah pegang garpu.. Aku tak sedar yang aku menjerit dan menangis sambil tikam meja dengan garpu.. Terbantut niat nak makan. Bestfriend aku datang peluk dan pujuk aku. Yang member aku lidah bercabang tu pulak datang konon-konon nak pujuk. Tapi badan aku  jadi keras sebab aku rasa macam ditikam dari belakang.. Dialah 'my gurdian angel' yang pernah lukakan hati aku..

Sebenarnya banyak lagi cerita pasal 'guardian angel' tu.. tapi kalau aku karang mau jadi satu buku.. Mungkin aku tak sebagus mana. Mungkin aku tak cukup baik untuk jadi sahabat dia. Mungkin aku tak cukup baik untuk dihargai oleh dia.. Aku cuma perempuan yang selalu tunaikan semua permintaan dia. Aku tak banyak tolong dia siapkan semua report-report dia, aku cuma dapat tolong dia siapkan report LI.. Aku tak mampu nak bagi dia kerja, aku cuma dapat bawak dia pergi cari kerja kat penang&kedah dan tolong dia dapat kerja part time.. Aku tak mampu nak bagi kenangan terindah, aku cuma mampu beri pengalaman pahit masa kami sama-sama eksiden waktu nak cari kerja dulu.. Aku tak mampu nak bagi hadiah besar-besar, aku cuma mampu temankan dia waktu dia keseorangan dan buat dia tersenyum.. Aku mungkin tidak cukup baik untuk menggembirakan dia sampaikan aku hanya tahu menangis untuk dapatkan perhatian dia..

Tapi itu kisah lama.. Mungkin dulu hati aku terikat pada dia sampaikan aku jadi buta. Tapi sekarang tak lagi. Aku dah jumpa seseorang yang betul-betul dapat jaga aku dengan baik. Seorang lelaki yang sanggup tumpahkan air mata kerana aku.. Seorang lelaki yang sama-sama berkongsi rasa sakit bila penyakit gastrik aku menyerang.. Seorang lelaki yang tidak akan makan selagi suapan pertama tak diberikan pada aku.. seorang lelaki yang sanggup bersusah payah membelikan hadiah semasa hari jadi aku walaupun masa tu poketnya kering, seorang lelaki yang sanggup datang jauh waktu malam sebab bimbangkan aku pulang rumah lewat.. seorang lelaki yang sanggup korbankan masanya untuk datang berjumpa aku walaupun kami jauh.. Dialah 'guardian angel' aku yang sebenar.. My future husband, my fiancee, my bestfriend, Muhammad Haidhar Abdul Manap :)



Jari Jemari yang Berkata: ~Kisah Tragedi Lahad Datu~

Sekarang tengah heboh di fb, tv dan akhbar pasal kejadian di Lahad Datu.. Aku turut bersimpati dengan keluarga arwah..

Namun  aku jadi tak faham dan kecewa kerana terlalu ramai yang berlagak pandai seperti diorang berada di tempat kejadian.. Malah yang tak pernah tahu menahu pasal Kerajaan Kesultanan Sulu pun tiba-tiba jadi pakar sejarah.. Dan paling menyedihkan bila dikaitkan dengan politik.. Maka terkeluarlah segala kisah-kisah seperti serangan Al Maunah dan sebagainya.. Yang memberi komen pun tak kurang hebat menyalahkan pihak itu ini, tuding jari sana sini.. Disebabkan komen@ulasan yang belum tentu sahih, orang lain yang tak tau akan jadi terkeliru tentang maklumat atau cerita sebenar..

Yelah.. Memang rakyat Malaysia begitu hebat dalam memberi ulasan dan pandangan bila tiba sesuatu masalah.. Lebih-lebih lagi begitu peka dengan kejadian@keadaan semasa.. Boleh aku katakan jari jemari rakyat Malaysia ni lebih pantas dari cahaya bila memberi komen.. Tapi tak bolehkah memberi komen yang membina? Bagi cadangan untuk mengatasi atau memperbaiki.. Bukan setakat tuding jari menyalahkan pihak sana sini.. Nama pun manusia.. pasti ada salah silap.. Jom kita sama-sama fikir macam mana nak berikan pandangan yang membina..

Inilah masalahnya kalau manusia terlalu sibuk menghabiskan masa untuk mencari salah orang..

p/s: post aku ni ada macam nak cari salah orang ke?? Tak kot? ni bukan maghah.. Nasihaattt.. heheh