Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke BUKAN CERITA LAGENDA. Silalah buat macam rumah sendiri ea..

Sunday, March 3, 2013

Jari Jemari yang Berkata: ~Kisah Tragedi Lahad Datu~

Sekarang tengah heboh di fb, tv dan akhbar pasal kejadian di Lahad Datu.. Aku turut bersimpati dengan keluarga arwah..

Namun  aku jadi tak faham dan kecewa kerana terlalu ramai yang berlagak pandai seperti diorang berada di tempat kejadian.. Malah yang tak pernah tahu menahu pasal Kerajaan Kesultanan Sulu pun tiba-tiba jadi pakar sejarah.. Dan paling menyedihkan bila dikaitkan dengan politik.. Maka terkeluarlah segala kisah-kisah seperti serangan Al Maunah dan sebagainya.. Yang memberi komen pun tak kurang hebat menyalahkan pihak itu ini, tuding jari sana sini.. Disebabkan komen@ulasan yang belum tentu sahih, orang lain yang tak tau akan jadi terkeliru tentang maklumat atau cerita sebenar..

Yelah.. Memang rakyat Malaysia begitu hebat dalam memberi ulasan dan pandangan bila tiba sesuatu masalah.. Lebih-lebih lagi begitu peka dengan kejadian@keadaan semasa.. Boleh aku katakan jari jemari rakyat Malaysia ni lebih pantas dari cahaya bila memberi komen.. Tapi tak bolehkah memberi komen yang membina? Bagi cadangan untuk mengatasi atau memperbaiki.. Bukan setakat tuding jari menyalahkan pihak sana sini.. Nama pun manusia.. pasti ada salah silap.. Jom kita sama-sama fikir macam mana nak berikan pandangan yang membina..

Inilah masalahnya kalau manusia terlalu sibuk menghabiskan masa untuk mencari salah orang..

p/s: post aku ni ada macam nak cari salah orang ke?? Tak kot? ni bukan maghah.. Nasihaattt.. heheh

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi.. kalau sudi komen la lagi.. :)